Ads: (Please Click!)

Friday, October 08, 2010

Proton Gen 2 dan Satria Neo Di Tarik Balik!




Salam.

Maaf sebab lama aku tak update blog! Hehe.

Pagi tadi, aku ke Kuantan menemani rakan aku untuk menyelesaikan perihal pinjaman peribadinya. Dalam kira-kira pukul 11 pagi, aku terdengar berita melalui radio (lupa apa nama stesen radionya) tentang penarikan balik kereta Proton model Gen 2 dan Satria Neo model H Line keluaran tahun 2004 hingga 2008.

Read more/less..

Agak terperanjat juga setelah penyampai berita memaklumkan bahawa, antara sebab penarikan balik model tersebut adalah kerana masalah yang boleh menjejaskan keselamatan dan pemanduan.

Pada mulanya, aku seperti tersilap dengar. Aku dengar seperti penarikan balik model kereta tersebut adalah disebabkan masalah sistem bunyi dan hon. Aku bertanya beberapa kali kepada rakan aku yang ketika itu sedang memandu sebab musabab penarikan tersebut. Namun, rakan aku itu membalas bahawa dia pun kurang peka. Tidak dengar dengan jelas. Yalah. Kami sedang bersembang lebat sewaktu berita itu sedang disampaikan.

Oleh kerana ingin tahu (walaupun aku tidak memiliki model kereta tersebut), aku terus belek-belek di ruangan berita online. Cari di Harian Metro, tiada. Kemudian Kosmo pula, tiada. Berita Harian, nah! Ada!

Ini adalah petikan berita:

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) memanggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan di antara 2004 hingga 2008 disebabkan kerosakan pada komponen 'clock spring' yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan.

Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata komponen terbabit menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan 'cruise'.

Katanya, ujian rutin mengenal pasti kerosakan pada 'clock spring' menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu.

Beliau berkata, panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton membabitkan 15,911 unit atau dua peratus daripada 660,000 unit kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh berkenaan.

"Meskipun bilangannya kecil, keselamatan pelanggan kami sangat penting dan kami memohon maaf berikutan masalah itu. Kami berharap pelanggan memahami bahawa panggilan semula ini perlu untuk memastikan keyakinan berterusan terhadap keselamatan dan prestasi kenderaan mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Pemilik kenderaan yang terbabit boleh menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji bagi mendapatkan pemeriksaan percuma. Semua kos buruh dan peralatan yang berkaitan penggantian 'clock spring' akan disediakan tanpa caj di pusat sah Proton di seluruh negara.

Proton akan menghantar surat kepada pelanggan yang terbabit untuk memaklumkan mereka mengenai perkara itu.

Pada masa sama, Proton membuka laman web khusus, www.protonaftersales.com untuk membantu pelanggan menyemak tahun pengeluaran kenderaan masing-masing. - Berita Harian Online.


Selepas membaca, barulah aku ketahui hal yang sebenar. Kemudian aku poskan berita ini di ruangan Wall Facebook.

15,911 unit! Gila. Banyak, bukan?

Adakah anda salah seorang dari bilangan tersebut? Jika ya, anda boleh menghantar sendiri kereta anda di pusat servis Proton yang terdekat ATAU dengan hanya mengisi borang secara online. Klik DI SINI untuk memeriksa.

Oh ya. Ini keselamatan kereta dan diri anda! Jangan berlengah. Ingat orang yang tersayang.. dan kereta kesayangan anda itu!

Update:

"Pemilik model yang terlibat boleh menghubungi mana-mana pusat servis sah Proton bagi pemeriksaan percuma, dan semua kos buruh dan alat-alat ganti berkaitan dengan penggantian clock spring adalah percuma. Kami mempunyai bajet dan ia bukanlah dalam jumlah yang besar yang kami perlu peruntuk, ia sekitar RM4 hingga RM5 juta dan saya tidak rasa ia akan menjejaskan Proton," kata Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir.

Clock spring itu menghubungkan suis dan beg udara kepada radio, hon dan kawalan kruis.

Panggilan sukarela itu, sebahagian daripada program Jaminan Kualiti Global syarikat, melibatkan 15,911 unit kereta di seluruh dunia (dua peratus) daripada 660,000 kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh empat tahun berkenaan.

Sejumlah 5,836 kereta di Malaysia terdiri daripada 4,128 Gen.2 1.6 A/T H-Line dan 1,708 Satria Neo 1.6 A/T Hi-Line disediakan dengan fungsi kruis auto. - Berita Harian Online.



Maaf. Video ini di ambil dari YouTube. Ada sedikit pengeditan yang tidak munasabah. Sila tumpukan pada penyampaian beritanya sahaja, okey? *Yang last tu juga!*

Sebab tu la banyak kereta model ni, asalkan accident mesti terbakar, kan? Haha!

Aduka: Tak suka kereta jenama Malaysia! :-)


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
2 Comments


2 Orang Kentut Madu:

dayah said... [Reply]

haha. cam tu la kan buatan malaysia. aku suka kereta Honda................

Aduka said... [Reply]

@dayah:
suka buatan jepun la ye?bgus3..

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger