Secara jujurnya aku mahu cerita sama korang semua.. err... malu sebenarnya! Hehe. Hm. Okey. Okey. Aku cerita. Secara jujurnya sepanjang umur hidup aku ini, dan kinilah maksudnya.. aku.. aku tidak pernah menaiki rollercoaster!Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..


"Ya," jawabku selamba namun pandanganku telah dialih ke tempat lain. Cover malu sebenarnya. Rakan aku yang bertanya ketawa kecil.
Ya. Setiap kali aku mengatakan bahawa seumur hidup aku tidak pernah menaiki rollercoaster, pasti orang akan tertawakan aku. Apatah lagi sebenarnya seumur hidup aku pun tidak pernah ke taman tema! Bukan aku tidak mahu. Cuma tiada kepingin. Tiada langsung nafsu mahu ke sana. Biar pun ramai rakan-rakan bercerita, pergi ke taman tema itu best, syok, boleh buat hilang tension, boleh cuci mata, boleh kencing dalam pool, boleh muntah-muntah, dan macam-macam lagi. Ah, lantaklah apa orang mahu kata dan ketawa. Biarlah.
Aku sebenarnya marah. Sangat marah. Tatkala setiap kali mendengar rakan-rakan bercerita dengan nada dan wajah yang amat-amat ceria dan bling-bling. Sesudah satu soalan 'maut' dituju ke arah aku, pasti gelak ketawa besar yang aku terima. Ya. Aku amat marah!
Lantas aku ke pusat komputer di bandar. Mencari bahan mengenai taman tema. Aku menumpu ke arah rollercoaster. Khabarnya, jika pergi ke taman tema jika tidak menaiki rollercoaster, tidak sah! Aktiviti di taman tema cacat cela! Yalah. Aku mencari cerita fasal rollercoaster khususnya, taman teman amnya. Kebanyakkannya memang cerita berkisar menarik, seronok, ketawa, riang, ceria dan pelbagai lagi emosi-emosi yang membuatkan aku benar-benar 'marah dan geram'.
Kemudian, aku beralih ke foto pula.
Dan.. aku ketawa berdekah-dekah. Habis orang di dalam pusat komputer tengok ke arah aku. Aku tidak boleh cover-cover lagi. Aku lihat salah satu gambar yang cukup menggelikan hati. Gambar yang amat menarik. Terdetik di hati aku untuk menunjukkan gambar itu kepada rakan-rakan kelak. Okey! Idea yang bernas. Aku klik kanan tetikus dan simpan gambar tersebut ke dalam telefon bimbit aku. Beres.
Aku bertemu dengan rakan-rakan aku yang bermulut tempayan itu. Dengan senyuman sinis dan penuh dendam kesumat, aku melontar kata-kata pendahuluan untuk sesi debat pada petang itu. Kami bertekak. Bertekak ala-ala kanak-kanak hingusan. Bertekak mengenai rollercoaster.
"Amacam? Ada tak sepanjang kau naik rollercoaster tu rasa ada percikan-percikan air menitis ke muka kau?" soal aku.
"Ada! Ada!" jawab rakan-rakanku serentak. Terus aku ketawa berdekah-dekah. Mereka saling berpandangan kerana hairan punca aku ketawa.
"Agaknya air dari taman tema kot memercik. Kenapa?"
Jawapan yang amat tidak logik. Masakan air dari taman tema boleh terpercik pada jarak ketinggian lebih 50 kaki?! Tanpa membuang masa, aku menunjukkan gambar yang aku temui di internet pada telefon bimbit aku.
"Agaknya, air ini kot yang 'menghempap' muka-muka korang!"
Tunjukkan gambar!
Langsung serentak mereka terdiam. Ada yang tutup mulut dengan telapak tangan. Mahu muntah agaknya.
Nah, padan muka!
"Sebab tu aku tak nak naik rollercoaster! Sumpah aku tak nak! Haha!"