Ads: (Please Click!)

Thursday, February 25, 2010

Shutdown@Perwaja

Assalamu'alaikum semua. Rasa macam lama aku tidak kemaskini blog. Walhal baru 2 hari. Haha.Untuk pengetahuan semua, aku baru mengambil kontrak bekerja selama 1 bulan di dalam industri pembuatan. Anda pernah dengar Perwaja? Aku bekerja kontrak sebagai buruh kasar saja. Hari ini sudah 3 hari aku bekerja. Walaupun memenatkan, tapi aku puas. Dan selama 3 hari ini jugalah aku jarang blogwalk.Mungkin seterusnya selama sebulan juga aku 'bercuti' dari aktiviti blogwalk. Aku akan buka senarai artikel di dalam bloglist sahaja dan baca. Kemudian aku tutup. Yang mana aku tidak sempat tinggalkan komen, faham-faham...

Sunday, February 21, 2010

Pengemis Samseng Di Kota Bharu

Selepas aku baca satu artikel dari Cik Panadol yang berkisar tentang pengemis, aku teringatkan peristiwa yang hampir sama mengenainya pada tahun pertama aku memasuki kolej di Kota Bharu, Kelantan.Sewaktu di kolej, kenderaan sapu (van prebet sapu) tersedia untuk mengambil dan menghantar penumpang yang kebanyakkannya pelajar kolej ke bandar. Sebilangan dari mereka adalah berasal dari kampung di situ yang menjadikan ia sebagai sumber pendapatan. Aku mendapat maklumat dari pelajar senior dan orang kampung, sejak adanya kolej di kawasan kampung ini, aktiviti prebet sapu semakin banyak seperti cendawan...

Friday, February 19, 2010

Diam Jangan Disangkakan Bisu. Tapi.. itulah Lumrahnya

Semalam aku bersama rakan aku pergi ke bandar. Petangnya, dia kata hendak belanja aku makan. Kebetulan waktu itu aku lapar. Alhamdulillah, rezeki aku ada. Aku tanya, "Makan kat kedai mana?" Kawan aku membalas, "Aku sudah lama mengidam nasi kukus ayam goreng berempah, bro. Jom pekena nasik kukus!"Wah! Menarik sungguh. Aku pun sudah lama tidak makan nasi kukus. Salah satu makanan kegemaran aku. Aku terus ke destinasi pertama iaitu ke Kampung Dusun Nyior. Di situ ada satu gerai nasi kukus yang popular di Chukai Kemaman. Malangnya, setiba di sana kedai...

Tuesday, February 16, 2010

Wanita Idaman

Aku sudah mula hendak merapu meraban..(Gambar hiasan semata-mata)Ciri-ciri wanita idaman? Teman wanita atau lebih dari itu? Hm.. maksudnya mungkin isteri lah kot.. Hehe..Sedang lompat-melompat dari blog ke blog, aku singgah di blog ieQa sWetLuv. Salah satu artikel di blog beliau ada menerangkan daya tarikan lelaki di mata wanita. Agak menarik. Artikel beliau ada menyentuh lima ciri-ciri penting atau daya penarik dari lelaki buat wanita. Fakta dari mana beliau ambil, aku kurang periksa. Tanya beliau sendiri. Sedang asyik membaca aritikel beliau,...

Friday, February 12, 2010

True Meaning of Love : Cinta Mengubah Kita

Entah apa puncanya aku tiba-tiba terkenangkan kisah lama. Kisah cinta lampau. Sebenarnya, aku susah hendak bercerita apalagi berkongsi hal peribadi di blog ini. Lebih-lebih lagi kisah cinta, emosi, dan perasaan. Bila terbaca artikel dari joegrimjow, membuatkan aku melayang dalam dunia klasik. Maka aku mengambil satu keputusan untuk mencipta kisah ini. Alang-alang mendapat idea, langsung saja aku kaitkan dengan contest dari joegrimjow. Bagus sangatlah.Dahulu, aku pernah bercerita tentang kisah cinta, termasuk cinta monyet yang aku anggapkan tidak...

Monday, February 08, 2010

"Maarobbuka..?!"

Waktu itu aku cuti pertengahan semester enam. Aku tidak pulang ke kampung, sebaliknya aku tinggal di hostel sahaja. Oleh kerana banyak assignment dan kerja yang perlu diselesaikan, aku bernekad untuk tidak pulang ke kampung. Aku tinggal bersama seorang lagi rakan serumah aku, dan yang lain pulang ke kampung masing-masing. Oleh kerana aku tiada komputer, aku terpaksa meminjam komputer rakan di rumah sebelah untuk membuat kerja-kerja aku. Rakan rumah sebelah sebilangan besarnya tidak pulang ke kampung.Aku memulakan kerja pada waktu pagi selepas subuh hingga tengahari. Jika tuan empunya tidak menggunakan...

Thursday, February 04, 2010

CONTEST!!! : If I Were A Millionaire

Mode : StickyAnda bosan tidak tahu apa yang mahu ditulis di blog anda? Buntu? Ketandusan idea? Apa kata korang semua sertai contest aku ini. Sekurang-kurangnya, ter'update'lah juga blog korang. Manalah tahu jika korang bernasib baik, korang boleh menang contest aku ini?(credit to Emila Blog)Klik sini untuk meneruskan bacaan..Contest ini senang saja. Anda hanya perlu menulis satu entry berbentuk esei menceritakan tentang angan-angan @ impian ATAU pengalaman anda sebagai SEORANG JUTAWAN (tu pun kalau ada la..). Anda bebas menulis samada dalam bahasa...

Wednesday, February 03, 2010

'Pistol' Jijie

"Aaaaaaaaaaaarrggghhhhhhhhhhhhhhh!!!"Terdengar jeritan yang amat menakutkan Jijie. Keringatnya mula terbit di padang dahinya. Matanya terbeliak. Kakinya menggigil. Sedari tadi matanya terpaku ke arah satu bilik yang agak asing baginya. Terbayang-bayang di sudut matanya akan bebayang jahat keluar dari ruang-ruang celahan pintu tersebut. Walaupun bayangan mainan semata-mata, namun ia membuatkan Jijie amat takut. Tangannya menggenggam erat tangan Mak Gayah, ibunya. Mak Gayah sedari tadi hanya mendiamkan diri sambil melihat Jijie. Lencun belakang baju Jijie. Pak Hamid, bapanya si Jijie sedang berbual-bual...

Tuesday, February 02, 2010

Percantuman Sperma Dan Ovum Punya Cerita

Ini isu klon. Siapa tahu apa itu klon? Kalau kita tengok kebanyakan cerita-cerita barat, sinonimnya penceritaan mereka pokoknya kepada pengklonan manusia. Boleh dikatakan mencipta sesuatu benda hidup tanpa memerlukan asas kepada kejadian sesuatu makhluk itu sendiri. Atau dengan lebih tepat. klon adalah teknik penggandaan gen yang menghasilkan keturunan yang sama sifat dan rupanya. Setakat ini, sudah beberapa spesis haiwan yang telah berjaya diklonkan, iaitu ikan, kodok, kuda, kucing, serigala anjing, monyet, dan juga lembu. Mujurlah tiada rekod...
 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger