Ads: (Please Click!)

Sunday, November 16, 2008

Koleksi Cerita Paranormal (Part 1)


Salam all bloggers..

Kali ni aku post mende laen dari yg laen sikit.. Ntah camne malam ni aku rasa cam nak post je mende alah ni.. Koleksi ni aku simpan dari member2 forumers aku dulu.. Aku join forum macam2, cuma skrg aku dah kureng bergiat aktif.. Jarang sgt aku join.. Forum ape korg xyah la tanya.. Koleksi cerita2 ni aku post balik kat sini.. Mana la tau korg bosan2 baca blogpost aku yg ntah ape2.. Baek korg layan crita paranormal gak skali-skala xde la bosan sgt kan? Sblom tu, biar aku cerita sikit dari mana source cerita2 ni.. Semua cerita2 yang aku ceritakan nanti BUKANLAH dari pengalaman aku.. Sebaliknya, adalah daripada pengalaman forumer2 aku dulu.. TIADA LANGSUNG PROSES PENGUBAHSUAIAN CERITA / PENULISAN! Original.. So, kalu macam ada ape2 persoalan ke ape ke, jgn tanya aku.. Ok? Tapi satu je aku nasihatkan.. Sblom baca cerita2 paranormal (hantu) kat post ni, pastikan anda:
  • Tidak membaca pada waktu lewat malam
  • Tidak membaca ketika anda keseorangan
  • Tidak membaca di dalam suasana kegelapan / kesamaran
  • Kuat semangat dan berani
  • Tidak mempercayainya 100%
  • Tidak memperingati jalan ceritanya
Koleksi2 ni aku akan post secara berperingkat, yakni ada PART.. Setiap part aku akan post TIGA (3) cerita dlm SATU (1) post.. Ok? So.. Selamat terhibur..


* * * * * * * * * *

CERITA PERTAMA
Pengalaman :
sp3d2
Tarikh : tahun 2003
Lokasi : bilik tido
Masa : 2 pagi

malam tu aku tido sorang kat rumah aku. parents tak der kat umah. abang aku lepas subuh jer baru die balik. parents aku lak ader kat kampung.

malam tu yg aku igt, aku mmg tak leh tido. golek kanan golek kiri tak leh tido gak. mcm2 la aku terlintas kat pikiran aku. ntah camne, henset buruk aku tiba2 berbunyi. bile aku tgk no sape, cube korang teka kuar no sape?

kuar no tel rumah aku.....

aku tak angkat. aku biar jer. dalam beberapa saat jer aku dicall oleh no umah aku tu.

dalam hati, aku wat donno jer. aku sambung tido. mmg aku tak berani kuar bilik g tgk kat telefon tu ada sapa.

korang rasa sapa call aku mlm tu?. ni kisah benar ni. seyes aku tak tipu.


CERITA KEDUA
Pengalaman :
ninanano
Tarikh : tahun 2007
Lokasi : Highway Tangkak
Masa : 11 - 11.30 pm

masa tu aku tgh drive, nak balik kg..dalam kete cume ada aku, kakak aku n anak die umur belum cukup 2 tahun time tu..kakak aku n anak die tido kat seat sebelah...aku drive sorg2..sambil2 tu layan lagu kat radio...DJ pasang radio, aku pn nyanyi la pelan2, nak hilangkan ngantuk...

tgh nyanyi sorg2 tu, tetiba telinga kiri aku menangkap satu bunyi halus, aku perasan macam suara halus perempuan ikut sama nyanyi lagu yg DJ tgh mainkan..aku terdiam, aku tgk kiri, ingat kakak aku yg nyanyi..tp, mustahil, sebab die tgh tdo..anak die pn kecik lagi, mana reti nyanyi..lagi satu yg aku kata mustahil, kakak aku ni jenis tak suke dgr radio dalam kete, mana mungkin die pn nak nyanyi sama...

aku rasa pelik..sebab tak nak pikir bukan2..aku abaikan je suara yg aku dengar tu...aku pn teruskan memandu, sambil terus nyanyi2 kecil..tanpa disangka2, aku dgr lagi suara yg sama, sama2 menyanyikan lagu tu dgn aku....tak byk, dalam 2,3 baris je..tp mmg aku pasti, aku mmg dgr sayup2 suara tu kat telingat aku...kali ni aku tak berani nak mencabar, aku diam..aku terus tak nyanyi dah, sampai aku keluar highway..


CERITA KETIGA
Pengalaman :
ain07ik
Tarikh : tahun 2006
Lokasi : Kilang
Masa : Senja

Teman terpaksa lambat balik menunggu sorang customer dr KL yg lewat tiba dari masa yg dijanjikan. Sementara menunggu tu teman menghabiskan saki-baki kerja. Member lain semua dah balik. Hari pun belum gelap sangat (kira2 jam 6.30pm). Hati kecik tu terasa jugak takutnye bila berseorangan tapi teman kuatkan semangat dan tak layan sangat perasaan takut tu.

Teman terkejut bila member di kilang sebelah masuk secara tiba2 tanpa menyapa teman yg tengah buat koje ni. Tapi teman rasa lega, rupanya teman tak keseorangan waktu tu . Member teman tadi terus aje masuk tanpa menoleh kiri-kanan, terus mengambil plastik bungkusan pasu dan selepas itu berlalu pergi. Dia lalu betul2 depan teman dan sekujur tubuhnya dapat teman lihat. Macam manusia biasa. Teman terpinga-pinga melihat gelagat member tu. Dahlah ambil barang tak minta izin, teman pun langsung tak disapanye. Hati teman berbisik. Member tu pun berlalu pergi.

Tak lama lepas tu, teman tedengar bunyi enjin keta. Ingatkan customer dah sampai rupanye member tadi datang balik. Kali ni teman tak tunggu dan terus menyapanya :
"Ha!!! Apa pulak ko nak ambik lepas ni???" Secara bergurau.
Dia memandang teman dgn penuh kehairanan. Teman pun terdiam melihat aksi dia. Peh tu dia buka mulut:
"Aku nak pinjam ko punya plastik wrap. Aku punya dah abih. Esok aku ganti", katanya pada teman.
Teman jawab: "Tadi ko dah ambik. Baru kejab ni. Tak mintak izin pun."
Dia jawab: "Bila masa aku ambik, aku baru aje sampai. Ko ni gile ke apa???"

Baru teman teringat, masa yg mula2 member teman tiba tadi, memang teman tak dengar bunyi enjin kereta. Masyaallah! Teman terus balik tanpa menunggu lagi customer tu. Kami berdua terus ke kedai kopi. Lama juga masa teman ambil menceritakan kejadian tu pd member tadi, barulah dia percaya.


End of Part 1
[To Be Continue...]

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
0 Comments


0 Orang Kentut Madu:

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger