Ads: (Please Click!)

Saturday, February 19, 2011

Maher Zain Live In Concert : Konsert Yang Bakal Gegar!


Maher Zain Live In Concert
Salam.

Masih berbaki lebih kurang seminggu lagi konsert yang bakal mencatat sejarah ini berlangsung dan mengegarkan bumi Malaysia! Sudah tentunya peminat fanatik Maher Zain tidak sabar-sabar untuk menghadiri konsert yang julung kalinya mempersembahkan nyanyian nasyid lunak dan merdu Maher Zain bersama kumpulan nasyid penuh beliau. Adakah anda juga turut serta?

READ MORE / LESS..

Maher Zain, artis nasyid antarabangsa popular dari negara Lubnan (Lebanon) yang popular dengan lagu Insha Allah (Insya Allah, Insya'Allah, InshaAllah, InsyaAllah) ini bakal hadir ke Malaysia bagi menjayakan konsert besar-besaran beliau.

Konsert yang bertajuk 'Maher Zain Live In Concert' ini akan dilangsungkan di Stadium Melawati Shah Alam pada 25 Februari 2011 hingga 26 Februari 2011 bermula jam 8.30 malam, selama 24 jam berturut-turut. Antara artis-artis jemputan yang bakal mengubat lara hati dan melembutkan hati anda dengan bait-bait nasyid termasuklah Mesut Kurtis dari negara Macedonia yang popular dengan lagu 'Qasida Burdah', Irfan Makki dari negara Canada, dan kumpulan InTeam dari negara Malaysia.

Harga untuk tiket konsert tersebut didatangkan dengan harga serendah RM 53 hingga RM 297 sahaja. Tiket boleh di-book atau dibeli di laman web http://www.tickethotline.com.my/ atau menghubungi di talian +603-7725 1177 atau +603-7725 1166.

Untuk keterangan lanjut tentang konsert ini serta harga-harga tiket, anda boleh melawat di Facebook Fan Page Maher Zain atau Facebook Event Page Maher Zain Live In Concert.

UPDATE!

Semalam adalah tarikh akhir penjualan tiket Maher Zain Live In Concert! Adakah anda sempat membelinya?


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
1 Comments


1 Orang Kentut Madu:

dayah said... [Reply]

awk pegi konsert tu nt krim salam kat abg maher zain eh :P

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger