Ads: (Please Click!)

Tuesday, February 22, 2011

Harry Potter And The Deathly Hollows Part 1 (2010) : Download Link


Harry Potter And The Deathly Hollows 1
Filem Harry Potter and the Deathly Hallows (Bahagian I) adalah filem yang ke-7 di dalam siri Harry Potter. Filem Harry Potter diadaptasi dari novel tulisan J.K. Rowling. Dalam siri yang ke-7 ini ianya dibahagikan kepada dua, iaitu Part I telah menemui peminat pada 18 November 2010 dan Part II akan bakal ditayangkan pada 14 Julai 2011 ini.

READ MORE / LESS..

Sinopsis

Harry Potter and The Deathly Hallows: Part 1, kisah bermula dengan paparan visual Voldemort dan para Death Eater berada di kediaman Lucius Malfoy. Mereka merancang untuk membunuh Harry Potter sebelum Harry sempat untuk bersembunyi. Pada ketika itu juga, Voldemort membunuh Profesor Charity Burbage, guru Pengajian Muggle di Hogwarts, atas alasan pengajaran beliau memberikan pandangan positif kepada golongan Muggle. (bukan keturunan ahli sihir)

Harry telah bersedia untuk melakukan perjalanannya dan beliau telah membaca wasiat Albus Dumbledore; dalam wasiat itu, diceritakan bahawa ayah Dumbledore, Percival, adalah seorang yang benci pada golongan Muggle. Akibat kebencian itu, beliau telah menyerang tiga orang Muggle (yang sebenarnya telah menyebabkan Ariana, adik Albus menjadi gila), dan akhirnya meninggal dunia di Penjara Azkaban atas kesalahannya. Harry kemudiannya meyakinkan keluarga Dursley bahawa mereka harus segera meninggalkan rumah mereka untuk mengelakkan diri dari diserang para Death Eater.

Bersama-sama dengan anggota Kumpulan Phoenix, Harry bertolak ke The Burrow. Dalam perjalanan itu mereka telah diserang oleh Voldemort dan Death Eaternya. Serangan tersebut telah menyebabkan Hedwig, burung hantu Harry telah terbunuh akibat terkena sumpahan pembunuh, George Weasley pula kehilangan sebelah telinganya akibat Sihir Sectumsempra dan Mad-Eye Moody pula dibunuh oleh Voldemort. Harry berjaya meloloskan diri daripada Voldemort yang mengejarnya setelah tongkat sakti milik Harry menghancurkan tongkat sakti yang dipinjam Voldemort dari Lucius.

Beberapa hari kemudian, Menteri Sihir, Rufus Scrimgeour tiba di The Burrow dan memberikan beberapa barang peninggalan Dumbledore yang telah diwasiatkan untuk Harry dan rakan-rakannya, antaranya ialah: "Deluminator" (Pemadam Lampu) untuk Ron; buku cerita 'The Tales of Beedle the Bard' (Kisah Beedle Si Pujangga) iaitu mengenai buku cerita kanak-kanak untuk Hermione yang sebenarnya mempuyai maksud yang tersembunyi; dan pedang Godric Gryffindor serta Bola Snitch pertama yang ditangkap oleh Harry dalam perlawanan Qudditch pertamanya. Namun, pedang tersebut tidak diserahkan kepada Harry kerana menurut Kementerian Sihir, pedang tersebut bukanlah milik Dumbledore. Ketiga-tiga mereka kemudiannya berusaha untuk mencari maksud tersirat di sebalik pemberian tersebut. Sehari kemudian, perkahwinan antara Fleur Delacour dan Bill Weasley berlangsung.

Trailer



Download Link : (Harry Potter And The Deathly Hollows Part 1)

(Part 1) PPV SmaLL-HPATDHollowsP1PPV
(Part 2) PPV SmaLL-HPATDHollowsP1PPV

ATAU

(Part 1) PPV MegaUpload
(Part 2) PPV MegaUpload
(Part 3) PPV MegaUpload
(Part 4) PPV MegaUpload
(Part 5) PPV MegaUpload
(Part 6) PPV MegaUpload

Selamat menonton!


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
0 Comments


0 Orang Kentut Madu:

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger