Ads: (Please Click!)

Monday, November 01, 2010

Nama Anak


Pada suatu petang, aku di datangi oleh kawan lama. Lelaki. Kamal namanya. Waktu itu aku sedang senang minum petang bersama seorang lagi rakan aku di sebuah restoran di Kemaman.

Read more/less..

Dari jauh, aku lihat riak wajahnya kurang menyenangkan. Kelat dan muram. Aku menjemputnya turut serta minum petang. Setelah dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi, dia menunduk merenung lantai seraya mengeluh. Agak berat juga keluhnya. Aku yang ada sifat ingin tahu, langsung bertanya khabarnya.

"Aku baru dapat baby. Baby girl!" katanya. Aku agak tersentak. Masakan dapat anak masih berdiam durja? Isterinya ada masalahkah? Soalanku agak tersirat. Sedangkan di dalam kepalaku berputar dengan fikiran yang bukan-bukan. Sengaja aku bertanyakan begitu untuk menjaga hatinya. Namun, dia hanya menggelengkan kepala.

"Wife aku okey. Cuma..."

Kamal tidak menghabiskan kata-katanya. Sebaliknya, dia hanya merenung mataku sedalam-dalamnya.

"Cuma apa?" soalku sambil menoleh sekejap ke arah kawanku yang asyik berdiam diri sedari tadi. Dia hanya memasang telinga.

"Maaflah kalau aku bercerita sedikit tentang masalah aku ni. Tidak apa, kan?" soalnya sambil menjeling sekejap ke arah kawan di sebelahku.

"Oh, dia takde masalah, Kamal. Cerita ajalah. Yang mana boleh kami tolong, kami tolonglah," kataku sambil tersenyum. Aku sengaja menggunakan perkataan 'kami' agar kawanku di sebelah tidak merasa janggal. Kawanku hanya tersengih seperti kerang busuk. Sekejap-sekejap kawanku itu melayan SMS di telefon bimbitnya.

"Begini." kata Kamal. Kemudian dia menyambung, "Sejak baby girl aku lahir, aku dan wife aku belum lagi memutuskan nak bagi apa nama kat baby kami ni. Sampailah kami bawak balik baby girl kami ke rumah. Semalam kami gaduh."

"Gaduh? Sebab?" sampukku.

"Kami selisih nak bagi nama. Aku berkenan satu nama. Dia berkenan satu nama. Aku berkeras nak nama dari aku. Tapi wife aku pun berkeras juga mahu nama dari dia. Susah betul."

"Kau nak bubuh nama apa baby girl kau tu?"

"Raja Khuzaimah Aalia."

"Amboi! Cantiknya nama!" kataku dengan penuh teruja. Kamal hanya tersenyum kelat.

"Memang cantik pun. Tapi wife aku tak setuju. Dia mahu nama lain. Mahu nama dari dia gak macam mana sekali pun."

"Alaaa kau ni. Mengalahlah dengan wife kau. Ikut aja nama dia nak bagi apa pun."

"Dulu kami dah berjanji.. dah deal pun nama baby yang pertama, aku yang bagi! Bukan dia."

"Nama apa wife kau nak bubuh?"

"Raja Mardhiah Syamimi."

"Eh, cantik juga nama wife kau nak bagi. Cun!"

"Itu la masalahnya sekarang. Wife aku ni plak keras kepala sangat!"

"Haha. Kau pun sama! Alah kau ni. Bende senang camni pun kau tak boleh solve."

"Kau ada idea?"

Aku mengurut-urut dagu sambil berfikir. Di dalam benak terbayang-bayang bayinya yang comel. Terbayang muka ibu dan ayah bayi itu juga.

"Orang zaman sekarang ni ada satu trend. Satu cara yang amat berkesan. Kadang-kadang ramai sangat orang suka buat sekarang especially budak-budak muda," kata aku, bermukadimah.

"Macam mana?"

"Sekarang la kan, orang couple couple biasa combine nama masing-masing. Contohnya, Kamal dan Zuriati. Jadi la Kazue. Kau combine la nama baby kau tu. Nama yang kau nak combine dengan nama wife kau nak. Abih cerita!"

Kamal terdiam. Dia mengerutkan mukanya. Matanya memandang tepat ke arah mataku. Aku hanya membalas dengan senyuman.

"Betul juga kata kau tu, Latip! Terima kasih!" katanya sambil bingkas bangun dan menghulurkan salam kepada aku dan kawan aku di sebelah.

"Eh? Mahu ke mana?" soalku. Aku terpinga-pinga.

"Mahu balik. Bagitahu kat wife aku. Combine nama baby girl kami!"

Kamal beredar dari meja kami. Dia berlari-lari anak menuju ke keretanya yang tidak jauh diparkir tanpa memalingkan mukanya ke belakang. Gopoh benar nampaknya. Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah Kamal. Maklumlah. Orang baru dapat anak yang pertama, fikirku. Aku tersengih sendirian.

"Jahat betul kau, Latip."

Tiba-tiba kawanku di sebelah bersuara setelah beberapa minit kemudian. Aku menoleh ke arahnya dengan hairan.

"Jahat? Kenapa plak?"

"Kau tak sedar ke ape yang kau dah buat ni, Latip?" soal kawanku sambil tersengih-sengih. Kelihatan asap rokok berkepul-kepul terbang dari celahan jari kanannya hilang ke udara.

"Apa?" soalku. Aku masih kurang mengerti apakah maksud kawanku itu berkata sedemikian.

"Kau ni satu dol.. kau sedar tak jadi apa nama anak kawan kau tadi tu kalau kau combine?"

Aku terkedu. Sekilas tersedar akan kesilapan, lantas aku ketawa terbahak-bahak.

"Raja Khumar?! RAJA KUMAR!"

Kawan aku pun turut ketawa terbahak-bahak.

"Habis aku!" kataku sambil menepuk dahi.

Aduka: Tiba-tiba rasa bersalah dekat si Raja Kamarulhafiz tu. Camne nak cakap ya? +________+


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
0 Comments


0 Orang Kentut Madu:

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger