Ads: (Please Click!)

Saturday, November 27, 2010

Tips Kuruskan Badan: Makan Punggung Kerengga!


Tak percaya dengan apa tajuk yang aku tulis?

Ramai orang bertanya kepada aku sejak beberapa tahun yang lalu. Itu pun kerana melihat dengan 'kecantikan' bentuk tubuh badan yang aku miliki. Masakan tidak, hampir beberapa tahun aku boleh 'maintain' bentuk tubuh yang sedang-sedang. Kurus sangat pun tidak, gemuk sangat pun tidak. Malah ada juga beberapa orang rakan perempuan bertanya kepada aku, macam mana aku berjaya buat.

Read more/less..

'Cantik tubuh' bukan bermakna tubuh 'slim' seperti kerengga yang diidamkan perempuan. Oh tidak, tidak. Aku lelaki. Mana mungkin mahu tubuh 'slim' seperti perempuan, kan? Kelakarlah!

Setelah jemu disoal acapkali, samada di internet dan ruang sembang, aku dedahkan rahsia kepada mereka.

"Makan punggung seekor kerengga seminggu sekali!"

Nah, ramai yang terkejut. Mereka kata aku gila. Kotor kata mereka. Tak tahan dengan bau hancing kencing kerengga. Tak boleh makan, kata mereka. Ok, fine! Aku pun bagi hujah-hujah lagi.

"Aku kenal seorang perempuan dari negara luar. Orang putih. Makan punggung seekor kerengga seminggu sekali! Dalam masa enam bulan boleh turun 200 paun!"

Nah, terkejut sekali lagi mereka. Susul mereka, tidak pernah dengar dalam seumur hidup yang orang dapat turunkan berat badan dengan memakan punggung kerengga yang hancing itu. Petua orang lama pun mustahil ada!

Aku pun tunjuk perempuan orang putih itu.

Bentuk badan asal. Gedempol!

Baru belasan tahun waktu ini, sudah nampak macam wanita berumur!

Tergamam mereka. Apalagi, aku pun berceramah kepada mereka. Kata aku, orang-orang negara luar sanggup buat apa sahaja utk menurunkan berat badan mereka. Benda pelik-pelik pun mereka sanggup makan. Apatah lagi makan serangga. Asalkan mereka dapat apa yang mereka mahukan, lebih-lebih lagi perihal imej dan bentuk badan idaman.

"Mereka boleh. Masakan kita tidak, kan?"

Aku kemudiannya tunjuk lagi beberapa keping gambar perempuan orang putih itu kepada mereka. Gambar tersebut adalah selepas dia memakan punggung seekor kerengga selama enam bulan.

Nah, terbeliak biji mata mereka!



Aku bertanya kepada mereka, "Sanggup makan punggung kerengga?"

Semua terdiam.

Beberapa minit kemudian, mereka beredar meninggalkan aku sendirian. Aku hanya tersenyum melihat mereka saling bercakap-cakap sesama sendiri ketika melangkah pergi. Berkerut-kerut muka mereka.

Keesokkan harinya, datang seorang kawan aku bertanya tentang perihal semalamnya.

"Eh, betul ke kau bagi petua makan punggung kerengga kat diorang untuk kuruskan badan?"

Aku hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum sinis. Aku rasa seperti darah mengalir hingga ke paras tengkuk. Aku menahan ketawa sebenarnya.

"Apsal kau bagi tips macam tu?" soal kawan ku tadi lagi sambil ketawa kecil.

Oleh kerana tidak tahan kelakar, aku ketawa terbahak-bahak.

"Dah diorang tu nak sangat tips nak kurus. Mana la aku tahu! Tak pernah-pernah aku ikut mana-mana tips atau petua nak kurus. Dah memang badan aku kurus dari dulu. So.. aku kelentong je la! Aku reka aje petua tu," terang aku sambil tergelak.

"Siot kau!" kata kawan aku. Dia ketawa sambil menahan perut dengan tangannya.

"Diorang cari ke kerengga?"

"Yelah. Habis pokok rambutan kat belakang rumah aku diorang berkumpul. Tangkap kerengga! Mujurlah aku kata kau 'kencing' diorang. Terus diorang balik marah-marah! Kalau tak, sure ade orang muntah hijau sebab makan punggung kerengga yang hancing tu!"

Kami ketawa bagai mahu keluar usus besar.

Namanya wanita di atas adalah Harriet Jenkins, seorang gadis Inggeris yang berumur 25 tahun yang turun hampir 200 paun hanya dalam 18 bulan! Beliau baru-baru ini digelar 'Slimming Woman of the Year'. Sebenarnya, aku pun tak tahu menahu macam mana minah ni boleh kurus macam tu sekali. Hebat, kan?


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
5 Comments


5 Orang Kentut Madu:

dayah said... [Reply]

latip penipo . sian dorang

Aduka said... [Reply]

@dayah
haha.. sape suruh pcaya..
=P

lalink7 said... [Reply]

bendulnyee org yg pecaye..hahaha..

Aduka said... [Reply]

@lalink7
harapnye xde lah yg ikot..
hahaha..

Anonymous said... [Reply]

dulu aku penah melambung berat hingga 71kg... memang stok muka bulat la.. aku baru perasan yang aku kerap makan makanan segera dot..dot... yang korang mmg suka gler tu.. at last ader sorang member aku sound direct ke muka aku..dia cakap aku gemuk gler.. then selang 2 bulan lepas tu.. aku kembali ke campus. dan semua org tergamam. berat aku trun mendadak ke 54kg!~... sgt2 suke aku .... semua berkat mulut seorang sahabat. jaga makan n bersenam.tu je aku buat. aku betul2 ikut dalam the biggest loser. dan ia memang berbaloi... (^_^)

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger