
Salam.Korang semestinya gian gila mahu ping blog atau artikel korang di GengBlogger, bukan? Haha. Faham, faham. Sejak laman GengBlogger ditutup atau di-suspend-kan dalam beberapa hari sebelum ini membuatkan rata-rata blogger terasa sesuatu 'kehilangan' dalam aktiviti blogging selain aktiviti blogwalk. Aku rasakan begitu. Macam rasa tidak lengkap saja bila ada artikel baru yang dicipta tapi tidak dikongsi atau diterbitkan di GengBlogger. Hanya share di Facebook dan Twitter saja. Bosan. Rata-rata blogger lepak di GengBlogger. Korang pun mesti terasa...