Ads: (Please Click!)

Tuesday, July 13, 2010

Sumpah Tak Nak!


Ini adalah cerita lama, daripada pengalaman aku sendiri ketika di kolej. Cerita ini bukanlah untuk memburukkan mana-mana pihak, dan bukan juga memberi perasaan jijik kepada anda semua. Cuma apa yang aku cuba tampilkan dari cerita ini nanti adalah supaya berhati-hati dengan makanan atau minuman segera percuma.

Waktu itu, kami pelajar di salah sebuah kolej yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kota Bharu Kelantan, sedang menjalani peperiksaan semester terakhir. Peperiksaan bagi dua fakulti iaitu Teknologi Maklumat dan Pengurusan Perniagaan dijalankan serentak jika tidak silap aku. Pada minggu pertama iaitu setelah beberapa hari kami menduduki peperiksaan semester akhir, kolej kami didatangi oleh syarikat minuman ringan segera. Nama syarikat tersebut biarlah aku rahsiakan. Biasanya syarikat minuman segera ini akan berada di kolej (juga di sekolah) dalam dua ke tiga hari, dan mungkin juga seminggu.

Seingat aku, syarikat minuman segera ini tidak lama di kolej waktu itu. Mungkin tiga hari. Oleh kerana jadual peperiksaan aku tidak terlalu ketat, aku jarang dapat bertembung dengan syarikat minuman segera tersebut. Maka tidak dapatlah aku merasa minuman percuma mereka pada waktu-waktu kerongkong kekeringan kehausan.

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

Pada suatu hari, kertas peperiksaan aku habis awal. Begitu juga dengan beberapa orang rakanku. Sewaktu melangkah keluar dari pintu utama kolej, aku lihat lori minuman segera sedang menanti pelajar-pelajar di ruang tempat letak kereta. Kedengaran suara lelaki dewasa melaung memanggil-manggil kami untuk menikmati minuman segera yang telah disediakan, secara percuma.

"Mari, dik! Mari! Percumo jah!" tempik lelaki itu seraya melambai-lambaikan tangan kepada kami.

Apa lagi, seperti semut kebulur gula, sekejap saja lori minuman segera itu dihurung oleh puluhan pelajar. Kerongkong yang kering terpaksa aku tahan dengan sabar. Aku menunggu biar keadaan beransur sedikit.

Aku dan rakanku, Man, berdiri di birai longkang sambil berbual tentang kertas peperiksaan yang diduduki tadi. Beberapa minit kemudian, Man pergi merapati lori minuman segera tersebut dan mengambil dua gelas minuman. Satu untukku dan satu untuk dirinya sendiri.

"Nah," kata Man sambil menghulurkan segelas minuman. Aku menyambut dan mengucapkan terima kasih. Sebaik aku mengambil gelas yang dihulurkan, aku duduk mencangkung dan meletakkan alat-alat tulis di atas bibir konkrit longkang di situ. Gelas air masih aku pegang kemas di tangan kanan.

Aku mendongak melihat ke arah Man. Aku lihat dia meneguk perlahan air minuman segera tersebut. Sampai separuh, dia berhenti. Dia mengerutkan muka sambil pipinya kembung menahan air yang diminum dari jatuh ke dalam perutnya. Dia memerhati gelas tersebut. Wajahnya tergambar seribu persoalan. Entah mengapa waktu Man berkelakuan demikian, aku belum lagi meneguk minuman aku. Aku terus menyapa Man.

"Kenapa kau ni, Man? Air tu tak sedap ke?" soalku.

Man menggelengkan kepalanya seraya menelan air yang ditahan di dalam mulutnya tadi. Beberapa kali dia memandang ke arahku.

"Lain macam saja air ni," gumamnya sambil melihat beberapa kali ke dalam gelas yang dipegangnya. Dia sesekali menjelirkan lidahnya.

"Lain yang macam mana tu, Man?" soalku yang masih kurang mengerti kata-kata Man tadi. Namun, belum pun Man menjawab soalan aku, dia berlari ke arah longkang dan terus muntah-muntah. Aku kaget. Aku mendapatkan Man sambil mengurut-urut belakangnya.

"Kenapa ni, Man?" soalku. Aku lihat ditangannya masih tergenggam erat gelas kertas yang berisi minuman segera tadi. Man menyeka cecair yang ada dipinggir-pinggir bibirnya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Kau dah minum ke air tadi?" soal Man kepadaku. Aku menjawab tidak dan mengulangi persoalan yang sama.

"Kau tengok ni," kata Man sambil menghulur gelas yang diminumnya tadi. "Tengok kat dalam."

Aku menyambut gelas minuman yang dihulur oleh Man lantas melihat ke dalam.

"MasyaAllah!" Aku tersentak. Di dalam gelas tersebut masih terdapat sedikit air minuman segera. Mungkin dalam kira-kira satu per lima yang berbaki. Perutku secara spontan bergelodak. Terasa isi-isi perut seperti hendak menjengah keluar. Aku lihat di dalam gelas Man tadi terdapat anasir-anasir kecil putih yang berkeriut. Lebih dari sepuluh ekor, anggaran.

"Ulat!" tempikku. Gelas minuman aku yang masih belum diteguk, cepat-cepat aku buang ke dalam longkang. Tanpa berlengah, aku dan Man terus beredar dan pulang ke hostel. Waktu itu, tidak terlintas langsung untuk memberitahu kejadian tersebut kepada rakan-rakan yang lain yang sedang berebut-rebut mendapatkan minuman segera itu.

Didesak dengan perut yang bergelodak loya dan kepala pening-pening lalat, aku tidak berfikiran waras lagi. Risau aku turut termuntah. Selepas kejadian itu, barulah kami membuka mulut. Maka kecohlah satu hostel lelaki, lebih-lebih lagi yang minum lebih dari segelas air minuman tersebut!

Man, dan hampir 10 orang pelajar kolej khabarnya jatuh sakit selepas minum minuman segera tersebut. Syukur alhamdulillah, aku terselamat dari meminum air minuman ulat tersebut, dan juga tidak jatuh sakit.

Selepas kejadian tersebut, lori minuman segera tidak lagi kelihatan di kolej. Dan selepas itu juga aku sudah serik meminum minuman segera yang datang dengan lori. Biarlah dihulur satu tong pun minuman tersebut, aku akan menolaknya dengan baik.

Bukan lori ini! Hehe.


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
16 Comments


16 Orang Kentut Madu:

ceksumolek's said... [Reply]

pernah kena jugak.. masa zaman skolah.. kan budak2 skolh ade dapat air kotak free kan.. time minum bukan main sedap je.. skali rasa mcm pelik atas lidah.. euwwwwhhWW baayngkan lah..??

lieya orange M.I. said... [Reply]

ulat...eiii..yg lain dah minum, tak rasa ker..huhuuu..

qishie said... [Reply]

minum tak baca bismillah tu.huhu

syahira ariff said... [Reply]

yuuuccckkkssss!!
sumpah geli
dahla ulat putih tu busuk
ia biasa hurung sampah jer kan
euwww
nasib baik awk tak minum lagi kan
bahaya lorh,selalunya bas minuman segera nampak best


*malu sbb berlaku kt kelantan.hehe

hans said... [Reply]

macam kenal jer lori minuman tu
hahaha

NomborSebelas said... [Reply]

arhh loya betui.....






http://nomborsebelas.blogspot.com/

Aduka said... [Reply]

cik sumi:
Sbnrnya diorg tlepas pandang psl expired date mnuman2 ttentu..tu klu jenis packaging..klu yg bukan packaging?leh byg x cmne air yg diorang buat tu?huhu cannot imagine..loya!

Aduka said... [Reply]

lieya:
Mungkin ulat2 tu duk kt tepi2 tong..yg kena ok la..yg x kena mmg naya la..agaknya 2 3 gelas gak minum tu..haha

Aduka said... [Reply]

qishie:
Bkn org yg mnum air tu yg x baca bismillah..tp org yg buat air tu yg x baca bismillah..hehe

Aduka said... [Reply]

syahira ariff:
Mungkin x smua cmtu kot..aritu terkena mgkin tukang bancuh tu lupa nk cucikan tong minuman..huhu

Aduka said... [Reply]

hans:
Itu lori sampah..

Aduka said... [Reply]

sebelas:
hahaha..control ya..

bARdbOO said... [Reply]

air pe ek? aduh takutnya...huhu...

Aduka said... [Reply]

bardboo:
x perlu tkut..cuma perlu berhati-hati n waspada..
:-)

hasni said... [Reply]

hai aduka:-)
erm
teruknya syarikat tu
tak jaga nama sendiri
n sian kat man n kengkawan
yang dah terminum
mujur aduka tak kena
tapi sumpah geli
dapat bayang mcm mn ulat2 tu menari2 dalam cawan
eiii

dayah said... [Reply]

eeew, air apa tu. boleh saman kan

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger