Ads: (Please Click!)

Monday, June 21, 2010

Pelajar Kembali



Sebenarnya malu mahu cerita. Tetapi bila difikirkan dua tiga kali, cerita sajalah.

Hari ini, aku melanjutkan pelajaran di Ruane TATI Sdn. Bhd. dalam bidang Non-Destructive Testing (NDT) atau dalam bahasa melayunya, Ujian Tanpa Musnah. Bidang ini sebenarnya adalah luar dari bidang IT yang pernah aku ceburi dan pelajari sebelum ini. Biarlah. Bertukar-tukar angin dan memperbanyakkan lagi ilmu di dalam dada. Dalam benak aku ini terngiang-ngiang. "Tua-tua pun masih nak sambung belajar ke?" Sebab itulah aku kata tadi aku malu mahu cerita. Haha. Tapi bak kata Nabi, "menuntutlah ilmu sampai ke negara China". Dan satu lagi, "menuntut ilmu adalah salah satu ibadah". Jadi, buat apa malu?

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

Tentunya ada kawan-kawan di Facebook pernah bertanya akan tarikh ini setelah aku post di Facebook Wall. Inilah makna 21 Jun 2010, iaitu hari aku bergelar pelajar kembali! Seronok? Entahlah, tidak tahu mahu cakap macam mana. Maklumlah. Ini pun short-course atau kursus jangka pendek. Maka, environment dan feel seperti belajar di kolej dahulu adalah berbeza dengan belajar sekarang. Lagipun, hari ini baru hari pertama. Belum merasai apa-apa. Seronok yang lain ada. Apa? Maksud aku.. kursus ini free! WTH? Free?! Ya, free! Percuma! Itu yang seronok sebenarnya! Environment ke feel sebagai student ke, itu tolak ke tepi! Yang penting peluang belajar free mesti disambar cepat-cepat! Terima kasih kepada kerajaan Negeri Terengganu sebab sediakan kursus jangka pendek ini secara percuma untuk anak-anak Terengganu (bukannya nama yang berBINkan Terengganu okey!).

Aku daftar tadi dalam pukul 11 pagi. Aku ditempatkan di hotel yang telah disediakan oleh pihak Ruane TATI. Ops, jangan salah faham. Hotel. Bukan asrama biasa. Walaupun begitu, agak mengecewakan juga dengan nama hotel tersebut. Masakan tidak. Sempit! Pendingin hawanya ada, tetapi tidak dapat dipasang! Oh, kecewa... mahu atau tidak, terima sajalah apa yang ada, bukan? Bersyukurlah, daripada tidak dapat langsung asrama. Mahu ulang alik dari rumah ke kolej? Fuh, kos minyak pula. Bilik hotel itu adalah bilik untuk dua orang. Maka tadinya, aku mendapat teman sebilik yang baru.

Usai mendaftar, aku letak kesemua barang-barang aku iaitu pakaian di dalam bilik. Aku dimaklumkan bahawa kelas akan bermula esok. Kemudian aku mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah. Di dalam hotel itu tiada televisyen. Tidak boleh tengok bola FIFA. Tidak boleh tengok cerita di Astro. Perjalanan ke rumah memakan masa selama lebih kurang 20 minit.

"20 minit?! Dekat je tu!"

Ya. Memang pun. Hehe.


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
19 Comments


19 Orang Kentut Madu:

hasni said... [Reply]

talabul ilmi minal lahdi ilal mahdi
tuntutlah ilmu dr buaian hingga ke liang lahad
so
xyah malu walaupon terasa dr macam dah tua tp mash belajar lagi
hehe
all da best aduka

Aduka said... [Reply]

hasni:
trima kasih cik hasni..
=)

dayah said... [Reply]

teruskan usaha nk berjaya timba ilmu, xde masalah blajar yg penting usaha :) brapa bln blaja nihh

C++ said... [Reply]

Bhai Aduka..

Awat tak kasi tahu awal tentang kursus tue... hehehe...

Bhai... ader masa call atau SMS gua.. boleh la ajar minum pagi sebelum lu pi kelas tue kat kedai depan TATI tue... hehehe

0146071456 okeh

Ann said... [Reply]

orait ar tuh mnmbahkan skill yg ade...all da best

Yatre Hayati said... [Reply]

selamat jadi student balik. jangan ngurat awek je...hahah

GadisKasutConverse said... [Reply]

smbg bljr kembali yee?!!slmt kembali menjadi pelajar!=)

einahnutayiffus said... [Reply]

wahhh..welcome to student life back atok!

Aduka said... [Reply]

dayah:
7 bln..

Aduka said... [Reply]

c++:
nombor sudah disalin..
akan diroger oke?
=)

Aduka said... [Reply]

ann:
terima kasih..
=)

Aduka said... [Reply]

yatre:
hehe.. mujur kalau ada.. masalahnya xde awek amik course ni..
=P

Aduka said... [Reply]

cik reen:
trima kasih..
=)

Aduka said... [Reply]

hunny:
u r welcome nenek krepot!
=P

syahira ariff said... [Reply]

yup!
bak kata hadis nabi
tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad
ilmu luas tiada batasan umur
thumbs up aduka
=]

Aduka said... [Reply]

syahira ariff:
btol tu..
=)

CEO said... [Reply]

pasni bleh keje nuklear la ek??haha..

CEO said... [Reply]

pasni bleh keje nuklear la ek??haha..

AyieBlog said... [Reply]

Salam,hahaha abam aduka i like this stament :),tua muda menuntut ilmu itu tak kira usia :),hehehe

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger