Wah! Menarik sungguh. Aku pun sudah lama tidak makan nasi kukus. Salah satu makanan kegemaran aku. Aku terus ke destinasi pertama iaitu ke Kampung Dusun Nyior. Di situ ada satu gerai nasi kukus yang popular di Chukai Kemaman. Malangnya, setiba di sana kedai tutup. Maka kami terus ke kedai kedua, tidak jauh dari Centre Point Kemaman.
Sampai sana, agak mengecewakan juga. Bukan tutup tetapi terpaksa menunggu lama kerana ayam goreng berempahnya baru saja hendak digoreng. Kami duduk dan memesan minuman terlebih dahulu. Aku lihat ada 2 orang remaja lelaki bekerja menjadi pelayan di situ. Salah seorangnya meminta pesanan dari kami. Aku milo ais manakala kawanku teh o ais. Kami bersembang untuk seketika. Hampir 40 minit menunggu (menunggu ayam berempah siap digoreng dan tunggu giliran), barulah nasi kukus ayam berempah kami terhidang di depan mata.
Klik sini untuk meneruskan bacaan..
Selesai makan, aku berbual sebentar. Perut kekenyangan.
Kemudian kami bingkas bangkit untuk berangkat pulang. Tiba-tiba aku terpandang salah seorang budak remaja lelaki yang bekerja sebagai pelayan di situ. Seolah-olah memanggil aku. Aku sangkakan kalau-kalau ada barangan tertinggal di atas meja seperti kunci kereta, dompet atau sebagainya. Aku pandang di atas meja tetapi tiada apa pun. Aku menoleh kembali kepada remaja tadi. Perlahan dia merapati aku. Kemudian..
"#_&@!+^&%=%#@@5"
Aku tercengang. Datang seorang rakannya remaja itu kemudian merapati aku.
Dia berkata, "Bang, dia tu bisu. Jangan layan sangat dia tu. 'Kureng' sikit."
'Kureng'? Biasanya maksud 'kureng' atau istilah sebenar 'kurang' membawa makna 'tidak betul' atau 'gila' atau 'kurang waras'. Biol pun, boleh jadi. Tetapi tidak mungkin kerana bisu dia terus dilabelkan 'kureng'? Lagipun aku tengok elok saja dia boleh bekerja. Mana boleh panggilan sebegitu diletakkan pada dia? Kasihan pula aku tengok.
Patutlah semasa aku menunggu tadi aku tengok remaja bisu tadi diam saja. Langsung tidak bercakap dan tidak mengambil pesanan dari pelanggannya. Tugasnya; angkat pinggan yang telah digunakan pelanggan, kemudian belai-belai kucing. Kucing kurap.
Nasib baik bukan dia yang sediakan nasi kukus aku!