Ads: (Please Click!)

Thursday, August 06, 2009

Syahadat Tokku Paloh




Ertinya aku ketahui dan aku iktiqad dengan hatiku dan aku nyatakan bagi yang lain daripadaku akan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah jua yang kaya Ia daripada tiap-tiap yang lain daripada-Nya dan berkehendak oleh tiap-tiap yang lain itu kepada-Nya. Lagi yang bersifat Ia dengan tiap-tiap sifat kesempurnaan yang maha suci Ia daripada segala kekurangan dan daripada barang yang terlintas Ia di dalam segala hati daripada barang yang tiada patut Ia bagi-Nya lagi tiada beristeri dan tiada anak dan tiada yang memperanakkan bagi-Nya. Dan tiada menyamai Ia pada zat-Nya dan sifat-Nya dan af'al-Nya akan seseorang maka Ialah Tuhan yang menjadi Ia akan segala makhluk yang 'ulvi-Nya dan syufli-Nya lagi ketunggalan Ia pada mengadakan dan mentiadakan dengan kekerasan takluk qudrat dan iradat-Nya maka terserahlah segala kainat ini semuanya pada bawah perintah-Nya dan tiadalah jenis 'itirat bagi seorang jua pun akan kehendak-Nya.



Dan aku ketahui dan aku iktiqad dengan hatiku dan aku nyatakan bagi yang lain daripadaku akan bahawa sungguhnya penghulu kita Nabi Muhammad anak Abdullah itu hamba Allah dan pesuruh-Nya kepada sekalian makhluk lagi sangat benar ia pada tiap-tiap barang yang ia khabarkan dengan dia daripada Tuhannya. Maka wajiblah atas tiap-tiap makhluk itu benar akan dia dan mengikut akan dia dan haram atas mereka itu mendusta akan dia atau menyalahi akan dia maka barang siapa yang mendusta ia akan dia maka orang itu zalim ia lagi kafir ia, dan barang siapa yang menyalahi ia akan dia maka orang itu derhaka ia lagi binasa ia. (Mula menadah doa) Mudah-mudahan memberi taufiq akan kita oleh Allah bagi sempurna mengikut akan dia dan mengurnia ia bagi kita akan sempurna berpegang dengan jalannya dan menjadi ia akan kita akan setengah daripada orang yang menghidup ia akan segala hukum syariat-Nya dan memati Ia akan kita atas keagamaan-Nya dan menghimpun Ia akan kita serta perhimpunannya. Demikian lagi segala yang memperanak akan kita dan ahli kita dan segala saudara kita dan yang kasih la akan kita dan segala sahabat kita daripada segala orang yang Muslimin. Amin.
Syahadat Tokku ini adalah satu amalan tambahan yang kebiasaannya di baca selepas sembahyang 5 waktu, ketika bangun tidur, mahupun bacaan amalan harian. Marilah kita amalkan syahadat ini. Moga mendapat manfaat daripadanya..

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
14 Comments


14 Orang Kentut Madu:

NFA said... [Reply]

insaf..

joegrimjow said... [Reply]

turut insaf/..

iKa said... [Reply]

insaf insaf..

:: eyeNa :: said... [Reply]

hahaii bagus2.. keinsafan ni.. hahai..

oh yaa mybe tak sesuai laa komen kat sini.. tapi kan i nak tanya aduka kan..

camne eh nak buat yg kotak mcm "Gift and Awards" lam blog kamu ni? maksud i leh kumpul semua award tu and leh scrol down.. huhu nak buat jugak tapi tak pandai.. leh ajarkan?

Budak Malu818 said... [Reply]

salam aduka..tertera kt kt atas,syahadat tokku..mana anda dpat,syahadat ini dan adakah saudara aduka juga merupakan salah seorang dari keturunan tokku paloh? ingin mengetahui saja,jika keberatan xpe.. :) smile sokmo!

Aduka said... [Reply]

budak malu:
wsalam.. sebenarnya banyak di internet cuma ia berbentuk gambar.. utk pengetahuan anda, sy bukan keturunan tokku paloh.. tp saya keturunan Hj Mamat, iaitu khadam (anak murid) yg paling rapat dgn Abdul Rahman Limbong.. mls nk cite byk2.. nnti org ckp sy lebih2 plak..

Budak Malu818 said... [Reply]

owh,mcm 2..slain dari keturunan aduka,ada ag x anak murid haji abdul rahman limbong?

MATTXtwo said... [Reply]

Shahadat Tokku?
Shahadat baru ker?
termasuk sekali yang bahasa rumi ker?

Aduka said... [Reply]

budak malu..
Setahu saya, hj muhammad bin abbas yaitu moyang saya adalah khadam yakni anak muridnya yg terakhir dan antara yg paling rapat dan taat kpd tok limbong (hj abd rahman limbong). Mungkin ada sebelumnya namun saya tidak ketahui dan tidak pasti. Walhal tiada sejarah pun yang tercatit akan salasiah anak2 murid dan khadam tok limbong. Wallahua'lam..

Hazwan Khalid said... [Reply]

Saya mempnyai pertalian darah dgn pewaris Haji Abdul Rahman Limbong.. Kalau mahu mncari keturunan beliau..cari dekat2 kampung Kuala Bekah(Kuala Terengganu) dan Manir..

Aduka said... [Reply]

mahu tahu selain haji muhammad bin abbas (moyang saya), siapa lagi anak murid (khadam) tok limbong.. itu saja..

Hazwan Khalid said... [Reply]

Hmm... Kalau macam tu saya xsure.. saya ada link dengan anak cicit Haji Abdul Rahman Limbong.. cucu Cek Loh Keramat.. Kalau ada masa, saya akan bertanyakan soalan saudara kepada keluarga diorg...Insya-Allah...

Anonymous said... [Reply]

pohon kebenaran copy yer....terima kasih

Anonymous said... [Reply]

Apa yang saya tahu Syahadah ini, bukan dari Tok Ku Paloh, tetapi dari Tok Ku Tuan Besar (Syed Muhammad bin Zainal Abidin Al Idrus, cuba semak semula warkah asal, Tok Ku yang dimaksudkan pada Syahadah ini adalah kepada Tok Ku Tuan Besar dan bukan Tok Ku Paloh. Kalu saya tersilap mohon maaf.

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger