Ads: (Please Click!)

Tuesday, April 14, 2009

Wajah di tingkap..


cerita ini diilhamkan dari artikel cik eida fatiha mengenai cara terbaik menghadapi hantu.. nampak menarik tapi aku rasa mungkin tidak berapa sesuai untuk dipraktikkan.. hehe.. kisah aku kali ini lebih kurang sama dengan jalan cerita sebelum ini.. namun, cerita kali ini adalah benar, agak menyeramkan, dan tiada sedikitpun tokok tambah jalan ceritanya.. dan apa yang tersurat di dalam cerita ini juga akan menceritakan bagaimana aku menghadapinya.. (mungkin tak sama macam artikel cik eida fatiha.. hehe..)

**********

hari kedua di bulan Ramadhan, tahun 2007..

aku begitu selesa dengan bilik baru, rumah baru aku.. setelah penat lelah menolong ayah aku mengecat dan menghias rumah selama lebih kurang 2 bulan lamanya, kini aku berada di dalam 'isi perutnya'.. bau cat masih baru.. bau perabot masih baru.. ah, sungguh selesa dan nyaman..

Klik sini untuk meneruskan pembacaan..

habis saja azan maghrib tadi, pelbagai lauk pauk dihidang dimeja.. aku yang lapar berpuasa terus saja melahap segala yang terhidang.. nafsu makan aku begitu 'buas' sekali.. "tak padan dengan badan tuan.. kuat makan..!", kata mak aku.. selesai berbuka tadi pula, aku terus bersiap-siap ke masjid untuk menunaikan solat terawikh.. penat masih lagi terasa.. bilik yang nyaman dengan deruan angin kipas menyejukkan suasana bilik.. aku bersandar pada kerusi sambil medengar lagu yang terpasang di komputer..

aku membuka tingkap seluas-luasnya.. kedudukan bilik aku adalah mengadap jalan kampung dan berlatarkan bukit-bukau.. di seberang jalan kampung pula terletaknya padang sekolah.. maka dengan keadaan yang lapang itu membenarkan angin dingin malam memasuki bilik aku.. tak perlu memasang penyaman udara.. walaupun begitu, oleh kerana rumah aku adalah banglo tunggal, kiri, kanan, dan belakang adalah hutan.. lampu jalan pula belum lagi dipasang.. maka pandangan di luar tingkap amatlah gelap.. hanya suram langit malam saja yang sedikit memperlihatkan suasana di luar.. takut? tidak.. aku yang berjiwa keras ini langsung tidak takut akan 'benda-benda' pelik.. di bulan puasa, bukankah syaitan dan iblis semua di'rantai'?

kepala dan badan aku sedikit bergoyang mengikuti rentak lagu yang terpasang di komputer sedari tadi.. jari jemari pula tidak putus-putus menekan bebutang papan kekunci.. seakan-akan juga mengikuti rentak lagu..

dengan tidak semena-mena, angin kuat menghembus masuk melalui tingkap bilik yang terbuka luas.. tiupan angin tersebut amat kuat dan hanya sekali hembus.. ia juga menghasilkan bunyi yang agak menyeramkan.. aku terkial-kial sambil melontarkan pandangan ke luar tingkap.. gelap dan suram..

aneh.. dari mana pula datangnya angin kuat secara tiba-tiba?

aku menghendap ke luar tingkap.. tiada sesiapa.. hanya kegelapan malam yang dapat aku saksikan.. aku kembali mengadap komputer.. hati masih tertanya-tanya, apakah dan dari manakah angin kuat sebentar tadi?

beberapa minit kemudian, aku megerutkan dahi.. deria bau aku seakan-akan menghidu bau yang amat busuk.. aku mencari-cari sekeliling bilik.. manalah tahu adanya bangkai tikus atau najis di dalam bilik.. beberapa ketika, aku tersedar bahawa tindakan aku amatlah bodoh sekali.. ini rumah baru aku.. bilik baru aku.. masakan ada bangkai atau najis di dalam bilik?!

tiba-tiba saja aku tidak sedap hati.. aku memperlahankan lagu yang terpasang di komputer.. aku merasakan seperti ada seseorang memerhatikan tindak tanduk aku.. aku memberanikan diri memandang ke arah tingkap.. tiada sesiapa..

aku merapatkan diri ke arah tingkap bilik.. aku cuba menjenguk ke luar.. bau busuk masih lagi menusuk hidung.. aku menekup hidung aku dengan tangan.. ah, sungguh busuk! tidak pernah aku menghidu bau busuk sebusuk demikian! sungguh hairan.. tiada sesiapa juga di luar.. hanya bunyi jeritan nyaring sang cengkerik..

oleh kerana tidak sedap hati, aku terus menutup tingkap.. walaupun ditutup dengan rapat, bau busuk masih lagi menusuk hidung..

"celaka! bau apa ni.. ada orang matikah?!", bisik hati aku..

tangan aku mencapai langsir kiri dan kanan.. tiba-tiba, aku tersentak.. aku terpandang satu wajah yang amat buruk lagi hodoh di luar tingkap! terlalu rapat dengan cermin tingkap bilik aku! wajah itu amatlah hodoh! rambut jarang dan mengurai! dahi berkerut dan pucat! hidung pula rompong terbentuk rongga hidung tengkorak! bentuk dagu pula agak memanjang! matanya pula merah menyala! dan seingat aku, pipi pada wajah makhluk hodoh itu seolah-olah terkopak dan terserlah daging! wajah itu juga tiada mulut!

"masyaAllah!", aku menjerit..

kerana terkejut, aku sedikit bertapak mengundur ke belakang.. aku memberanikan diri merapati kembali tingkap bilik.. lantas aku membuka tingkap.. tangan aku sedia menggenggam buku lima.. rancangan aku untuk menghayun penumbuk pada wajah hodoh tadi.. namun tidak kesampaian.. wajah tadi tiba-tiba lenyap dari pandangan selepas saja aku membuka luas tingkap bilik! aku beristighfar panjang..

"wajah apakah tadi???"

tahukah anda.. sewaktu kemunculan wajah hodoh itu, aku terdengar seolah-olah bunyi bingit halus.. seolah-olah bunyi yang terhasil dari pembakaran garing daging burger! aku tidak pasti bunyi apakah itu.. tapi aku yakin bahawa bunyi tersebut mungkin nafas si wajah hodoh tadi! dan yang paling aku hairankan adalah, aku hanya nampak kepala sahaja.. mana badan makhluk berwajah hodoh tadi?!

aku tidak sedar, peluh sudah memercik di dahi.. beberapa ketika, aku menutup kembali tingkap yang terbuka luas tadi.. bau busuk tiba-tiba saja lenyap! suasana bilik yang tadi nyaman dan dingin, bertukar panas..

aku terduduk di pinggir katil.. aku termenung dan memikirkan wajah apakah sebentar tadi.. mungkinkah aku celupar tadi? walaupun begitu, perasaan takut sedikit pun tidak terasa.. tapi maki hamun tersembur keluar dari mulut aku.. selepas beberapa minit aku termenung dan memaki-maki, aku menutup komputer dan lampu bilik.. aku terus baring untuk melelapkan mata.. sungguh malang bagi aku, pukul 4 pagi baru aku dapat melelapkan mata..

**********

sehingga kini, kejadian tersebut masih segar dalam ingatan... pertama kali kejadian sebegitu berlaku dalam seumur hidup aku.. takut? tidak.. terus terang aku nyatakan, aku sedikitpun tidak takut.. bagi aku, ia juga makhluk Allah swt.. mungkin itu hanyalah jelmaan syaitan untuk menakut-nakut dan menyesatkan anak-anak Adam..

maaf.. cerita ini bukanlah berniat untuk menakut-nakutkan kalian.. tapi sebagai pengajaran.. jika anda terserempak dengan 'benda' tersebut, beranikan diri anda.. 'benda' itu tidak akan dapat mengapa-apakan kita sebenarnya.. percayalah..

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
4 Comments


4 Orang Kentut Madu:

kasih said... [Reply]

hmm... tak tidur malam la nampaknya ni... dah la sorang... huhuhu...

aDuKa イスラム教 said... [Reply]

x ada apa yg perlu ditakutkan.. kalu ia menjelma dpn mata, hayun je penumbuk.. hehehe.. =P

Monkey D Luffy said... [Reply]

menakutkan eeeeeeee

alien said... [Reply]

xpenah nampak..
tapi feel, bau busuk hanyir dan bunyik2 tue penah..
time tue aku rase cam ko gak..
kalo die muncul, aku shoot sekali muka die..
hehehe

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger