Ads: (Please Click!)

Tuesday, April 28, 2009

"Demi sayang, abang masak!"


jam menunjukkan tepat pukul 6 petang.. Zambri mengemas mejanya yang agak berselerak.. segala fail-fail yang berada di atas meja, disusun cantik.. komputer dimatikan..

"hai, Zambri.. balik awal nampaknya hari ni? rindu 'orang rumah' ke?", sapa Hamdan, kawan sepejabat Zambri, sinis..

"ya.. aku ada sedikit urusan..", jawab Zambri ringkas sambil memberikan senyuman kepada Hamdan..

"urusan ke, ehem-ehem?!", sampuk Alif pula.. beberapa orang rakan sepejabatnya gelak.. Zambri tidak menghiraukan usikan mereka.. malah, Zambri hanya mengukir senyum dibibir.. lantas Zambri melangkah laju keluar dari pejabatnya.. walaupun masih ada beberapa suara yang mengusiknya, dia langsung tidak mempedulikan.. difikirannya, hanya mahu pulang menemui Zaleha, isterinya.. ada sesuatu yang ingin dikhabarkan kepada isterinya..

sebenarnya Zambri baru saja beberapa bulan berumahtangga.. dia mengahwini dengan wanita pilihan hatinya.. walaupun pejabat dan rumahnya tidaklah begitu jauh, namun hati naluri lelaki Zambri selalu saja bergelodak merindui isterinya.. selalunya dialah pekerja terakhir keluar dari pejabat.. selepas saja bernikah, dia pula menjadi pekerja pertama yang melangkah keluar pejabat.. sebab itulah, Zambri selalu menjadi bahan usikan oleh rakan-rakan sepejabatnya.. namun, dia tidak marah ataupun berkecil hati.. baginya, ia sudah menjadi lumrah kepada sesiapa saja yang baru berumahtangga..

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

walaupun Zambri mempunyai kenderaan sendiri, namun dia lebih gemar berjalan kaki untuk ke pejabat dan pulang.. dia melajukan langkah kakinya.. kalau boleh dia mahu cepat tiba dirumahnya.. sudah tentu isterinya menunggu di rumah.. dan tentu juga isterinya merindui dirinya! Zambri mengukir senyum.. saat manis bergelar mempelai terlintas saja difikirannya..

"sayang, abang dah pulang!"

Zambri disambut isterinya di muka pintu rumah..

"oh, abang dah balik..", kata isterinya sambil mencium tangan Zambri..

"sayang, abang ada something nak tunjukkan pada sayang..", kata Zambri kepada Zaleha..

"apa dia, abang?"

"haaa.. sebelum tu, abang nak bagi intro sikit.. ini sebenarnya rancangan abang untuk rumahtangga kita.. duduk sini, sayang..", kata Zambri sambil menarik tangan isterinya untuk duduk bersebelahan di atas sofa.. isterinya tersenyum..

"rancangan? rancangan apa tu, bang?", tanya isterinya mencari kepastian..

"begini.. sebenarnya, abang dah fikir perkara ni sebelum kita kahwin.. kalau boleh abang tak mahu berikan sayang 100 percent beban di rumah ni kat sayang.. jadi...", Zambri tidak menghabiskan kata-katanya.. dia tersenyum dan meratap wajah isterinya yang berkerut..

"apa?", tanya isterinya..

"beberapa minggu yang lepas abang pergi menuntut ilmu!", jawab Zambri..

"menuntut ilmu? ilmu apa pula ni, bang? ilmu silat kuntau ke?", tanya isterinya sambil ketawa manja..

"ehhh.. bukanlah, sayang.."

"habis tu?"

"ilmu memasak!", kata Zambri lalu ketawa..

"hah? memasak?".. isterinya agak terperanjat..

"ya!", jawab Zambri.. Zaleha hanya terdiam.. dia memandang ke siling sambil menggosok-gosok dagunya..

"boleh percaya ke ni?", tanya Zaleha..

"amboi.. takkan isteri abang tak percaya kat abang kot.. abang tau la sebelum ni abang tak reti langsung memasak.. so, that's why la abang belajar tau.. sekarang, kalah Chef Wan! nak tengok bukti ke?", tanya Zambri kepada isterinya sambil tersengih..

"eleeehh.. ye la tu! ok.. sayang nak tengok bukti.. lepas ni abang masak.. boleh? then biar sayang jadi juri!", kata Zaleha..

"baik, ma'am!".. Zambri bingkas bangun dan memberi tabik hormat kepada isterinya.. lagak seperti askar memberi tabik hormat kepada leftenan.. Zaleha tergelak melihat tingkah laku suaminya..

"abang ni.. macam budak kecik..!", kata Zaleha sambil ketawa manja..

**********

di dapur, ibarat ada perang.. bunyi hentakan kuali bergema.. tang! tung! tang!

"abang! abang memasak ke menukang?", pekik isterinya dari meja di ruang makan..

"taklah! tengah berjogging ni.. tunggu la kejap, wahai tuan puteri..! hampir nak siap dah..!", pekik Zambri dari dapur.. Zaleha ketawa kecil.. Zaleha hanya duduk di meja.. malam itu, dia bagaikan puteri raja.. hanya menunggu hidangan sedap tiba..

"perut tuan puteri ni dah bermain wayang kulit! lapar! cepaaaattt..!"

beberapa minit kemudian, Zambri muncul.. dia memuncungkan mulutnya..

"amboi, amboi.. tuan puteri la sangat.. nah, hidangan sudah siap.. tadaaaaaa..!"

mata Zaleha terbeliak.. dia terkejut dengan lauk pauk yang terhidang di depan matanya..

"wow! abang buat semua ni???", tanya Zaleha bagaikan tidak percaya..

"ye la.. amacam? hebat tak? macam chef kan? kalah la Chef Wan tuuu..!"

"hebat! kalau macam ni, confirm kalah sayang.. abang lagi terror la dari sayang..!", puji isteri Zambri..

"apa ditunggu lagi? silalah santap, tuan puteri..", kata Zambri sambil tersenyum.. lantas mereka berdua menatap hidangan yang istimewa hasil tangan Zambri..

beberapa minit sesudah makan malam, isteri Zambri bersuara, "sedaplah, abang! sayang kagum dengan abang!"

Zambri hanya tersenyum.. dia lap tangannya yang basah dengan tuala kecil..

"ha.. tengok tangan la sapa yang masak!", kata Zambri bangga.. "kalau sayang nak tahu, ini tandanya abang sayang sangat kat sayang.. dari tidak pandai memasak, kini abang dah pandai.. abang sanggup belajar.. demi apa? demi sayang tau.. lepas-lepas ni, kalau sayang sakit ke ape ke, abang tak payah susahkan sayang 'berperang' di dapur.. abang boleh buat sendiri..!"

"baguslah kalau macam tu abang.. kalau macam ni, sayang saaaaayyyaannngggg abang!", rengek Zaleha, manja.. Zambri ketawa kecil..

"abang.. sayang tanya sikit boleh?", kata Zaleha..

"apa dia, sayang?"

"emmm.. abang pandai masak, kalah Chef Wan, bukan?", tanya Zaleha.. Zambri mengangguk..

"abang rasa masakan abang ni sedap, bukan?".. Zambri mengangguk..

"mesti memakan masa yang lama abang belajar semua ni, bukan?".. Zambri mengangguk..

"abang buat semua ni sebab sayangkan sayang, bukan?".. Zambri mengangguk lagi..

"haaa.. sayang ada satu idea bernas, tau! nak tahu tak?"

"idea? idea apa? nak suruh abang berniaga sendiri? buka restoran? tidak.. abang tak mahu..! abang sayang kerja abang kat office tu..", kata Zambri..

"bukanlah, abang.. dengar la dulu sayang nak cakap ni.."

"okay.. apa?"

"ideanya...", kata Zaleha.. Zambri menunggu kata-kata isterinya..

"baik abang jadi chef je kat rumah ni.. sayang jadi puteri raja.. abang jadi tukang masak! sayang tengok TV, abang masak.. sayang karaoke, abang masak lagi.. best lah jadi tuan puteri! bagus tak idea tu?", tanya isterinya sambil ketawa..

"APA?! amboi, amboi..! lebih-lebih sayang ni ya! jaga sayang! hiarghhh..!! abang kejar!"

Zambri berkejar-kejaran dengan isterinya.. isterinya ketawa sambil berlari apabila dikejar oleh suaminya.. dia ketawa berdekah-dekah.. Zambri memeluk isterinya dari belakang..

"tak adil! abang tipu..! tadi kata sayang kat sayang..! dahtu, buat aje la idea sayang tadi! hahaha..!"

Zambri memapah Zaleha.. "turunkan dindaaaaa..!", rengek isteri Zambri..

"hahaha..! kalau tuan puteri mahukan Chef Zambri ni masak, tuan puteri kenalah 'berkhidmat untuk negara' dulu..", kata Zambri sambil tersengeh..

Zaleha tersenyum.. dia memeluk leher suaminya..

"baiklah, Chef Zambri sayang..!"

malam yang sunyi bagaikan tenggelam dengan rengekan Zaleha..

"sayang.. demi sayang abang 'masak'!", bisik Zambri di telinga Zaleha..

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
11 Comments


11 Orang Kentut Madu:

♥ cik intanurulfateha ♥ said... [Reply]

.nk jd 2nd wife zambri la :P

cikeYda said... [Reply]

hahhhhhhhahhahhahah!!
ketawa sendri baca en3 ni..
aduhh syiok nya klu i ada husband mcm 2.. hahahhhhahah

IxoR@ said... [Reply]

Mcm biase terjadi...la la la la la

reen said... [Reply]

kanda kanda..
wife kanda nnti wat lah cam tu!ngee~

aimee said... [Reply]

main kejar2?
sayang?
rasa nak muntah~~~
hahaha..

qishie said... [Reply]

haha..
best2..

nak cari suami cemni boleh?

NieSah said... [Reply]

hehehe...
tersengih biri2 seorang diri...
=)
romantis gitu..
skrg ni mesti is3 dok karoke suami pi masak kan..
pastuh nnti..
ehem..ehem..*berkhidmat utk negara* hahaha...

istighfar!
;)

aDuKa イスラム教 said... [Reply]

teacher intan: muahaha..! zambri baru kawen.. bini die ngamuk kang.. =P

cikeYda: syok?? O_o haha..

ixora: ehehe.. mne ade.. =P

reen: semestinya! =P

aimee: hahaha.. mempelai bahagia.. stended lew.. =P

qishie: blehhhh..! sy ade! hahaha.. =P

niesah: aiyakk..! X_x

haN@ said... [Reply]

ceh..
loya tekak..ngeh3...

aDuKa イスラム教 said... [Reply]

han@: nape loya tu hana? haha.. bahagia pe gitu.. =P

Anonymous said... [Reply]

lepas masak abang zambri main tak ngan bini dia?? nak tau crita selanjutnye.....suspen...liku2 hidup abng zambri yg playaboi suke masak untuk mendapatkan vagina basah...

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger