Ads: (Please Click!)

Sunday, April 19, 2009

Bahasa Melayu Bahasa Ibunda


saya ingin bertanya kepada anda.. sejauh manakah anda memperkayakan bahasa melayu sehari-hari dalam hidup anda? sejauh manakah anda 'menghormati' bahasa melayu?

mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa dengan tiba-tiba saya mencipta artikel yang agak berbaur tegas dan lurus kali ini.. baru saja sebentar tadi saya terbaca tentang artikel mengenai penghapusan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan pertubuhan yang berkaitan, yang mana penasihatnya adalah karyawan negara terkenal iaitu A Samad Said.. lantas saya pun mencari-cari alamat web yang berkaitan dengannya, lalu saya jumpa alamat WEB INI dan WEB INI..

sebelum ini, saya hanya endah tak endah sahaja tentang perkara ini.. selepas membuat beberapa bacaan dan pemerhatian, boleh dikatakan saya berasa bersalah kerana tidak mengikuti perkembangan tentang PPSMI ini.. mengapa saya boleh berkata demikian?

Klik sini untuk meneruskan pembacaan..

saya masih ingat ketika waktu saya di sekolah rendah.. anak-anak setahun jagung sudah tentunya tidak tahu menahu tentang dunia disekeliling kami.. maka kami diasuh dan disematkan tentang rukun tetangga, ikrar, tentang bunga kebangsaan, bendera kebangsaan, perdana-perdana menteri, dan pelbagai lagi yang rata-rata menyentuh tentang perihal negara dan kewarganegaraan.. dan apa yang masih kukuh di dalam ingatan saya adalah, kami diajar bahawa; BAHASA MELAYU ADALAH BAHASA IBUNDA MALAYSIA.. tapi sedarkah saudara dan saudari sekalian.. pergilah di mana saja dan bandingkan.. berapa peratuskah penggunaan bahasa melayu dan bahasa asing (inggeris dll) di industri professional dan bukan professional? saya akui sendiri, kini saya sendiri bekerja di dalam kelompok golongan professional, dan malangnya lagi saya harus berkomunikasi di dalam bahasa yang selain dari bahasa ibunda saya sendiri!

pernah suatu ketika dahulu, di masa tersebut saya masih bergelar siswa.. dan pada ketika itu juga saya sedang dalam proses menyiapkan projek tahun akhir saya.. projek tersebut 100% dalam bahasa inggeris.. saya akui saya lemah berbahasa inggeris.. namun saya cuba belajar kerana inginkan kerjaya dan kejayaan.. walaupun begitu, tidak bermakna saya lupakan bahasa ibunda saya.. setelah projek selesai dihantar dan dipersembahkan, saya tanam dalam hati yang saya akan mempertahankan bahasa melayu bila saya bekerja kelak.. biarlah orang berkomunikasi dalam bahasa inggeris sedangkan saya berbahasa melayu! begitu bersemangat sekali.. namun, saya hanyalah hamba.. kuli.. orang yang diperintah dari orang yang memerintah.. bila bergelar pekerja, saya harus hormati arahan.. jadi, apa yang saya tanamkan azam dahulunya kini terkubur!

saya tetap bersyukur.. tahun 2003, saya mula bergelar siswa.. dan pada tahun tersebut juga, bahasa inggeris hanya sesetengah subjek sahaja diperkenalkan.. boleh dikatakan 70% subjek adalah dalam bahasa melayu.. awalnya saya rasa lucu juga bila bahasa-bahasa lazim perkomputeran dialih bahasa ke dalam bahasa melayu, contohnya hard disk menjadi cakera keras, motherboard menjadi papan induk, dan sebagainya.. tapi bila semester berganti semester, ia menjadi perkara biasa.. walaupun begitu, saya dapat lihat pro dan kontra bila dunia perkomputeran yang originaliti asalnya dalam bahasa inggeris diganti dalam bahasa melayu.. antaranya, kita lemah dan sukar mendapat pekerjaan kerana masalah bahasa pengantar dan komunikasi.. cuba anda bayangkan, 3 tahun bergelumang dalam bidang teknologi maklumat bahasa melayu, bila dalam kerjaya, bergelumang pula dalam bidang teknologi maklumat yang rata-rata berbahasa inggeris! janggal, bukan? alhamdulillah.. saya meminati bahasa inggeris dan saya cuba belajar, saya boleh berkomunikasi dengan baik walaupun agak lambat..

berbalik kepada isu PPSMI, tidaklah saya mengatakan menyokong pemansuhan PPSMI ataupun membantah pemansuhan PPSMI.. bila saya putar berfikir, saya masih sayangkan bahasa ibunda saya.. maka saya sedikit memberat ke arah menyokong pemansuhannya.. kenapa? seperti saya ceritakan sebelumnya, saya pernah berazam memperkukuhkan bahasa melayu di dalam diri dan hidup saya! tapi patutkah kita mempersalahkan siapa yang menciptanya?

A Samad Said adalah salah seorang sasterawan dan karyawan pujaan saya dahulu.. saya pernah menanam minat untuk menulis cerpen.. dan saya pernah mencipta beberapa cerpen saya sendiri.. kenapa? adakah kerana minat? ya, minat memang tidak dinafikan lagi.. selainnya adalah saya sayangkan bahasa ibunda saya! memang saya tidak nafikan bahasa inggeris amat penting di masa sekarang.. namun, perlukah kita mengubah sesuatu perkara secara drastik seperti isu PPSMI?

pernah ibu bapa saya mempersoal, "hina sangatkah kita hinggakan sedikit demi sedikit bahasa melayu hendak dihapuskan?", "kita nak jadi orang putihkah?" dan "kita ni tinggal di negara penjajahkah?" mesti kalian merasakan soalan sebegitu adalah kolot dan kuno.. tapi saya, tidak!

sudahlah interaksi dan komunikasi dalam bahasa melayu semakin dilupakan.. masakan pembelajaran pula hendak ditukar? wajarkah PPSMI? mungkinkah selepas ini, bahasa ibunda negara kita akan ditukar kepada bahasa inggeris? jangan kita biarkan negara kita sebagaimana negara Singapura.. sudahlah dijajah cina, bahasa ibunda pun ditukarnya! inginkah anda bila terjadinya pada negara kita sendiri? adakah kata pujangga, "takkan melayu hilang di dunia" berkekalan? mungkin tidak.. mungkin juga anda lupa kata pujangga ini, bukan? ah, mungkih saja 'rupa' nampak melayu tapi 'jiwa' orang inggeris! ah, sudah banyak melayu yang sebegitu!

marilah wahai kalian semua.. buka minda buka hati.. fikir-fikirkanlah bersama.. melayukah anda? jika melayu, tidak usahlah berlagak bukan melayu.. jika tidak, sedarlah bahawa dimanakah kaki anda memijak.. ayuh, kalian.. jika anda fikir artikel saya kolot, anda silap! anda yang sebenarnya kolot, malah lupa diri.. sedarlah dan cerminlah asal usul diri anda sebelum melontar perkataan 'kolot' atau 'kuno' kepada isu ini..

saya kini sedar.. selepas ini, saya akan kurangkan artikel atau cerita inggeris di dalam blog saya ini.. saya akan bangkitkan kembali apa yang saya azamkan dahulu.. saya sedar, bahasa melayu saya hampir saja musnah.. bahasa melayu saya semakin lemah.. dan kerana itu, saya akan berpegang teguh bahawa BAHASA MELAYU ADALAH BAHASA IBUNDA MALAYSIA!

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
8 Comments


8 Orang Kentut Madu:

♥ cik intanurulfateha ♥ said... [Reply]

.abg aduka
.bahse ayahanda bahse ape pulak ek :P

aDuKa イスラム教 said... [Reply]

haha.. bahasa ayahanda bahasa melayu gak.. cuma di'pasar'kan.. contohnya; awak mahu ke mana? = kau nak kemana? OR awak apa khabar? = pe cer?

=P

aimee said... [Reply]

pada pendapat saya, sains and math tak yah bahse omputeh sebab nanti dak kecik susah nak paham. ada kwn sy punye adik yg benci math sbb die tak paham soalan bahse omputeh.

kalau nak bg diorang terer omputeh tingkatkan je mutu pengajaran subjek ommputeh tu. subjek lain tak yah usik.

sekian hujah saya. ekeke.

aDuKa イスラム教 said... [Reply]

aimee: saya sokong anda 100%!

fzalah said... [Reply]

Kta seharusnya berbangga dgn bahasa kita. :)

ReeN said... [Reply]

bahasa melambangkan bangsa!!
ada baik dn buruknya bila math+sains di'inggeris'kn.begitulah sebaliknye..
Manusia ada akal..fikirlah sendiri!!

p/s:cousin dinda punye anak berdialog begini,'mama,im so tired speaking malay'...sape nak jwb??

Nem0 o0h Nem0 said... [Reply]

kalo negra jepun boleh berjaya dgn bhsa dorg nape mlysia tak boleh?

aDuKa イスラム教 said... [Reply]

fzalah: ya btol..

reen: aduh.. dah kes parah tu..

nemo: dlu melaka leh kekalkan bahasa melayu..hatta pedagang luar masuk wajib berbahasa melayu.. kini? semuanya dah terbalik..

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger