Ads: (Please Click!)

Wednesday, June 18, 2008

Kerna Gadis Itu...


Warkah Utk Arris...


Ntah knapa bbrapa hari ini otak ku asyik berputar memikirkan perkara yg dh lepas2.. dan setiap kali otak aku mengimbau, kenangan pahit lebih kuat mempengaruhi, berbanding dgn kenangan manis.. dan dipenghujung kesedaran, dipenghujung imbauan, aku sedar yg aku ni insan yg lemah, hina, dan jahil.. dan juga aku berfikir, alangkah indahnya jika diri ini dilahirkan semula.. aku ku hapuskan kesemua titik2 hitam yg ku ukir sendiri, hasil drpd kesilapan diri.. alangkah indahnya jika masa ini boleh dihentikan.. alangkah indahnya jika masa ini boleh dikembalikan, diterbalikkan.. tp apakan daya.. hanya mimpi dan angan.. aku tidak mampu melakukannya.. aku bukan tuhan, yg mencipta alam ini.. kdg2 juga aku sedar.. hidup aku ada pegangan.. ada prinsip.. ada jati diri.. ada semangat.. maka hidup mesti terus.. walau secalit mana pun titik hitam di dlm hati, minda, dan perasaan.. kini.. hanya kalam menjadi teman setia ku..


Sampai suatu tahap, ada juga ku tangisi kesemua kesilapan besar yg tlh ku lakukan.. yg tidak dpt hati ini, perasaan ini, jiwa ini, mnanggungnya.. air mata.. alangkah indahnya jika air mata ini dpt mngembalikan apa yg ku sayangi.. alangkah indahnya jika air mata ini dpt mmadamkan kesilapan ku yg lalu.. kelemahan ku.. apakan daya.. bukan pd air mata yg dpt memulihkan sgalanya.. tatapan terakhir, aku tersedar.. bkn pd ratapan, bkn pd tangisan yg boleh memulihkan sgalanya.. tetapi.. dosa.. bila difikirkan kembali, imbauan perilaku yg telah berlalu.. ah! Alangkah berdosanya aku.. adakah dgn perbuatan aku dlu dpt ku lupakan dgn mudah? Kini aku hanya berpura baik, pendiam dan ramah.. dan hidup bersendirian.. menyisih dari masyarakat.. adakah aku ni hipokrit? Tipu diri sdri? Aku tiada tempat utk ku berpaut..


Jika susu telah bercampur dgn air, mustahil utk kita memisahkan kembali air dan susu.. maka ku rasakan begitulah dosa yg tlh ku lakukan.. mustahil utk ku memisahkan dari jiwa ku.. pahit ttp pahit dan manis ttp manis.. bkn mudah utk melupakan.. hingga suatu masa, aku merenung sendrian.. memikirkan kesilapan yg lalu.. kesilapanku padamu.. yg aku sendri x dpt memaafkan dirku sendri.. imbauan ngeri dan sadis..


Jeaney Arris Dzulkepli.. maafkan aku.. kerna GADIS ITU kita terseksa.. kini kau mghadap Illahi.. dan aku jua kini mnaggung dosa dan siksa.. igtkah dikau saat kita mbesar bersama? Igtkah dikau saat kita mndi sungai bersama? Igtkah dikau kita pnh dipukul dgn budak nakal sekampung smasa kita balik mngaji kerna kita tidak endah pelawaan mereka? Igtkah dikau kita pnh kacau GADIS ITU? Tapi GADIS ITU... GADIS ITU.. Arris.. jika kau dgr launganku ini.. jika kau mngerti sahutan aku ini.. mngenai GADIS ITU.. GADIS ITU kini tlh mpunyi cahaya mata.. 2 org smuanya.. bertuah sungguh GADIS ITU.. yg dlu kau panggil PERMATA.. yg dlu kau gelarkannya BULAN, yg mnerangi malam.. malam itu dukamu.. cahaya itu impianmu.. tapi.. begini pula kesudahannya.. SI BULAN ITU.. SI PERMATA ITU.. bukannya milik kita.. bukan milik kau.. dan juga bukan milik aku.. GADIS ITU... milik lelaki yg berkaca mata.. kacak dan kaya..


Arris.. jika kau masih di sini..tentunya kau mjadi spertiku.. mgkin juga kau memusuhiku.. tp percayalah Arris.. sbenarnya bukan salah kita.. salah GADIS ITU.. kalau tidak kerna GADIS ITU, kita tidak bermusuhan, bergaduh dlu.. parut diblakangku.. bekas tindakanmu.. sengsaraku.. dan pusara mu! Smua kerna GADIS ITU! Akhirnya.. dia bukan milik kita.. tinggalkan kita tanpa belas.. ‘hidup dan takdir mudah berubah jika kita berusaha merubahnya!’ senang sungguh GADIS ITU berkata2.. tp apakan daya aku? Timun dan kobis xkan dpt mghancurkan kulit durian.. kerasnya hati GADIS ITU..


Aku terfikir.. alangkah indahnya perkara ini tidak pernah, tidak ditakdirkan terjadi.. tentunya kita berdua kini bersahabat lebih erat dan mesra.. seperti kita masih kecil dlu.. erat dan mesra.. di mana pn aku berada, tentunya kau jua ada.. tp kini..?! Di penghujung setiap bulan, aku tidak pernah lupa utk melewati pusaramu.. tidak pernah ku biarkan rumput2 tumbuh dipusaramu.. akn ku bersihkannya.. aku ku cabut dgn tgnku, sperti aku cabut dosaku.. dosaku pdmu! Akn ku sdekahkan doa utkmu..


Kini.. aku sudah tua.. keseorangan.. tiada berteman.. tapi aku redha.. aku berdosa, aku hina, dan aku rela aku begini.. aku tidak pernah berkahwin.. aku tidak lg berpoya2.. biarlah dipondok usang ni aku mnumpang teduh.. biarlah.. sampai suatu masa, ingin jua aku menemui dikau, Arris.. di sana nanti, akn ku biarkan diriku dipukul, dipalu oleh mu.. aku buat silap dgn kau.. biarlah.. bukan ku bersalah dan kcewa dgn GADIS ITU.. tp hanya pdmu.. sahabatku.. dan kini.. aku bertarung nyawa dipondok usang.. aku mghidapi lelah yg kronik.. mgkin xlama lg aku bjumpa dgnmu, Arris.. tunggu aku.. tunggulah aku..


Tgn ini tidak lg segenggam dlu.. tnaga ini tidak lg segagah dlu.. pndgn ini tidak lg sejelas dlu.. nsfu ini tidak lg sebuas dlu.. langkah ini tidak lg spntas dlu.. tidur ini tidak lg slena dlu.. smuanya tlh luput, merosot.. stiap pgi aku merenung sendrian.. stiap mlm aku mngimbau knangan di bwh pokok nyiur.. merenung jauh ke tengah lautan luas.. kdg2 ku mdongak mlihat bulan.. cantiknya lautan.. cantiknya bulan.. melihat lautan dan bulan, teringat aku pd dirimu.. seluas lautan lah impian kau, cita2 kau.. secantik bulan lah hati budimu.. angin yg sepoi2 bahasa itu yg mlenakan aku.. mmbuaikan aku.. di stiap ketika aku bhrap brakhirnya tidurku adalah bertemu dgnmu.. tp bila dicelik, maya ini ttp mghiasi pndgn mataku.. bila lg? Bila lg? Biarlah siksa, biarlah sngsara.. aku rela.. rela dijemput.. dgn sisa hidup inilah aku berbakti.. berbakti utk diri.. biarlah di masa yg singkat ini, akn ku cuba mnyesali kesilapan diri yg lampau..


Aku tadahkan tgn.. memohon agar segala calit di dlm hati dan jiwaku dpt dileburkan.. dgn tadahan ini juga aku brharap gar cepat aku mnemuimu.. ampunkan aku..


**********

Coretan taulanmu.. NUH LOKMAN SAPITO..
Untuk Allahyarham JEANEY ARRIS DZULKEPLI..
...dan juga... NURYN MAZILEY BT MOHD IKEY..semoga berbahagia..

(Coretan Nk Sapito.. post pd 26 Disember 2007 oleh nuryn maziley)


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
0 Comments


0 Orang Kentut Madu:

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger