Ads: (Please Click!)

Wednesday, April 29, 2009

Surat bapa kepada anaknya..

Pak Hamid sudah 22 tahun mendirikan rumahtangga.. selama tempoh itu, dia dikurniakan 4 orang anak.. 3 lelaki dan seorang perempuan.. anak yang sulung, lelaki, berusia 20 tahun.. kemudian disusuli perempuan 16 tahun, lelaki 15 dan 13 tahun.. semua anak-anak Pak Hamid masih bersekolah, kecuali yang sulung.. anaknya yang sulung masih lagi menganggur.. namanya Faris.. sudah penat Pak Hamid menasihati dan memarahinya.. disuruhnya Faris melanjutkan pelajaran, Faris berkeras mengatakan keputusan SPM-nya tidak layak untuk meneruskan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.. disuruhnya pula bekerja, pelbagai...

Tuesday, April 28, 2009

"Demi sayang, abang masak!"

jam menunjukkan tepat pukul 6 petang.. Zambri mengemas mejanya yang agak berselerak.. segala fail-fail yang berada di atas meja, disusun cantik.. komputer dimatikan.."hai, Zambri.. balik awal nampaknya hari ni? rindu 'orang rumah' ke?", sapa Hamdan, kawan sepejabat Zambri, sinis.."ya.. aku ada sedikit urusan..", jawab Zambri ringkas sambil memberikan senyuman kepada Hamdan.."urusan ke, ehem-ehem?!", sampuk Alif pula.. beberapa orang rakan sepejabatnya gelak.. Zambri tidak menghiraukan usikan mereka.. malah, Zambri hanya mengukir senyum dibibir.. lantas Zambri melangkah laju keluar dari pejabatnya.....

Monday, April 27, 2009

Cerita hutang

Micha sumpah seranah.."celaka! bulls**t! b**i!""oi Micha.. ko ni pehal? masuk dah la tak ketuk pintu..! terkejut aku..", tanya Baby.. Baby yang sedang membaca buku kini terbantut setelah Micha tiba-tiba memasuki biliknya sambil mencarut-carut.."camni ke kawan? bodoh! ah! bencinya!", jerit Micha lagi sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai.. tangannya menggosok-gosok kepala.. rambutnya sudah kusut.."kawan apa? kawan mana yang kau maksudkan ni? cuba kau cerita kat aku..", tanya Baby.. dia terkebil-kebil melihat Micha meradang tanpa mengetahui hujung pangkal sebab musababnya..air mata Micha tiba-tiba...

Saturday, April 25, 2009

Melayan Kegersangan

25 April 2009.. 4.56 pagi..Sudah terlalu lama aku menahan nafsu bergelodak ini. Entah kenapa malam ini, jiwa aku bagaikan memberontak. Membuak-buak. Badan menjadi panas, dan tidak menentu. Walaupun badan penat selepas saja bermain sukan badminton dan mata terasa kantuknya, namun segalanya pudar dan musnah bila dikuasai nafsu yang gulana ini. Ah, aku sudah tidak tertahan lagi!gambar hiasan?READ MORE/LESS >>Aku perlu mengambil keputusan yang drastik tapi taktikal dalam hal ini. Aku tidak mahu sesiapapun tahu aktiviti aku sewaktu melayani nafsu...

Friday, April 24, 2009

Rokok

rokok? ya, rokok.. lihatlah di mana-mana saja disekeliling anda.. majoritinya adalah lelaki.. tapi tak hairan sekarang kaum hawa pun semakin berani merokok dikhalayak ramai! malu? tidak.. tanyalah pada mereka, apa kata mereka?ape tengok-tengok? nak se'pam'?"inilah style! baru nampak cool!" ... cool?!"bro! kau ni kuno la.. kau lelaki.. takkan tak pernah hisap rokok, bro! jangan nak menipu kitorang la.. tengok bibir dah tau la kau merokok bro!" ... apa? kuno? aku merokok?"kau jangan menyibuk pasal kitorang boleh tak? suka hati kitorang la nak hisap...

Wednesday, April 22, 2009

Alam pun tahu CINTA

PULAU SPITZBERGEN, NORWAY - Satu fenomena alam semula jadi berlaku apabila satu bentuk hati yang sinonim dengan lambang cinta terbentuk selepas ais cair di sini, lapor sebuah akhbar semalam.Bentuk itu terjadi disebabkan oleh perubahan cuaca yang mencairkan glasier di pulau tersebut yang terletak 997.28 kilometer dari Kutub Utara.Beberapa blok ais terperangkap ketika glasier bergerak menyebabkan satu lubang berbentuk hati berlaku yang kemudian dipenuhi air akibat hujan dan ais mencair.Pulau itu mempunyai bilangan penduduk yang paling ramai di bahagian...

Tuesday, April 21, 2009

Aku dan Kahwin?

malam semalam, aku mendapat SMS dari seorang rakan lama.. sudah lama kami tidak ketemu.. mujurlah aku dan dia masing-masing mempunyai nombor telefon.. dan kami hanya berhubung dengan SMS dan berbual di telefon sahaja.. sebelum ini, aku bekerja di KL seketika atau orang putih cakap, 'outstation'.. sempat juga aku bertemu dengannya, alhamdulillah.. terkenang kembali zaman persekolahan.. kami selalu pulang ke rumah bersama, berbasikal..selama kami ber-SMS, dia bertanya kepada aku, "mu bila mau kawin? kawan-kawan yang lain smua dah kawin.. aku tunggu gak nasi minyak dari kau! haha!"kahwin? aku berkahwin?siapa...

Monday, April 20, 2009

Allah swt ketemukan kita..

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan...

Sunday, April 19, 2009

Bahasa Melayu Bahasa Ibunda

saya ingin bertanya kepada anda.. sejauh manakah anda memperkayakan bahasa melayu sehari-hari dalam hidup anda? sejauh manakah anda 'menghormati' bahasa melayu?mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa dengan tiba-tiba saya mencipta artikel yang agak berbaur tegas dan lurus kali ini.. baru saja sebentar tadi saya terbaca tentang artikel mengenai penghapusan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan pertubuhan yang berkaitan, yang mana penasihatnya adalah karyawan negara terkenal iaitu A Samad Said.. lantas saya pun mencari-cari alamat web yang berkaitan dengannya, lalu saya...

Saturday, April 18, 2009

Penat

ya, aku penat.. aku sampai rumah sewa aku di Durian Burung, Kuala Terengganu dalam pukul 7.30 petang.. aku bertolak dari rumah di kampung dalam pukul 5 petang.. jadi, ia memakan masa selama 2 jam setengah perjalanan.. lama, bukan? sebab aku merempit.. hehe..oh, ya.. mungkin kalian semua tidak mengetahui perjalanan aku kebelakangan ini, bukan? untuk pengetahuan semua, pagi hari jumaat (semalam) aku bertolak balik ke kampung halaman aku untuk mengambil cermin mata aku yang sudah siap.. alhamdulillah.. 'pendekar mata satu' kini berubah menjadi 'pendekar sempurna'.. haha.. satu cermin mata baru, harga...

Friday, April 17, 2009

Tuluskah cinta?

beberapa hari yang lalu, aku berborak menerusi Yahoo! Messenger dengan beberapa orang rakan (secara conference) tentang cinta.. banyak kami bincangkan.. bukannya serious sangat.. sekadar suka-suka saja.. banyak topik tentang cinta yang kami bualkan secara maya.. antaranya, tentang ketulusan cinta, lelaki memiliki ramai teman wanita, dan perempuan cerewet.. dan kami masing-masing berkongsi cerita cinta kami..topik pertama; ketulusan cinta..topik ni asalnya aku yang mula.. aku tanya kepada mereka, "tuluskah cinta kamu semua?" dan mereka menjawab, "mesti!" dan aku bertanya kembali, "sejauh mana tulus...

Thursday, April 16, 2009

Tutorial: Blogumulus Blog Label

what is Blogumulus? as you can see in my sidebar, it’s a navigation menu (titled Label) through my articles.. it’s easy to use, but it’s easy to make too.. follow this instructions and you will get it in your blog perfectly..go to your blog dashboard and choose Layout -> Edit HTML.. search the following code :<b:section class='sidebar' id='sidebar' preferred='yes'>After this line copy the following code :<b:widget id='Label999' locked='false' title='Labels' type='Label'><b:includable id='main'><b:if cond='data:title'><h2><data:title/></h2></b:if><div...

Tuesday, April 14, 2009

Wajah di tingkap..

cerita ini diilhamkan dari artikel cik eida fatiha mengenai cara terbaik menghadapi hantu.. nampak menarik tapi aku rasa mungkin tidak berapa sesuai untuk dipraktikkan.. hehe.. kisah aku kali ini lebih kurang sama dengan jalan cerita sebelum ini.. namun, cerita kali ini adalah benar, agak menyeramkan, dan tiada sedikitpun tokok tambah jalan ceritanya.. dan apa yang tersurat di dalam cerita ini juga akan menceritakan bagaimana aku menghadapinya.. (mungkin tak sama macam artikel cik eida fatiha.. hehe..)**********hari kedua di bulan Ramadhan, tahun 2007..aku begitu selesa dengan bilik baru, rumah...

Sunday, April 12, 2009

Panggilan Hangit!

pagi tadi, aku dikejutkan dari tidur oleh panggilan dari nombor yang aku tidak kenali.."hello.. siapa..?", tanya aku.. suara agak garau sebab baru bangkit dari tidur.."hai.. tak kenal saya?", tanya suara lembut lagi halus.. suara perempuan.."errr.. siapa ni? takde dalam simpanan la.. sorry.. siapa ek?", tanya aku lagi untuk kepastian.."sampai hati.. awak juga yang bagi nombor awak kat saya kan? awak cakap awak nak berkenalan dengan saya kan? awak kata nak call saya, tapi saya tunggu awak langsung tak call.. jadi saya call saja la..", jawab perempuan tersebut panjang lebar.."ok.. kalau betul saya...

Saturday, April 11, 2009

Pedih!!!

aduh.. pertama kali aku pakai contact lens.. pedih! gatal! arghh..!kenapa begitu malang sekali kepada 'pendekar mata satu' ini..?**********jam 10.45 pagi.."hello.. nama saya Abdul Latiff Yusoh.. saya nak tanya pasal cermin mata yang saya buat minggu lepas.. er.. dah siap ke belum?", tanya si pendekar.."kejap ye dik..", kata suara wanita di telefon.. dalam beberapa minit menunggu, suara wanita tersebut memberi jawapan..... yang agak mengecewakan juga....."sebenarnya cermin dah siap beberapa hari yang lepas.. tetapi, oleh sebab cermin adik diperbuat dari kaca, ia pecah la semasa proses memotong..""hah?!...

Friday, April 10, 2009

Disapa makhluk di tingkap

cerita seram dari aku.. jom layan..malam semalam, aku keseorangan di rumah.. selesai saja solat isyak, aku lepak di bilik adik aku.. tujuan aku hanya satu; layan blogging, yang sudah menjadi hobi sambilan aku kini.. dalam beberapa ketika, pintu bilik diketuk.. aku lihat mak aku masuk ke dalam bilik dan memberitahu kepadaku, "mak, ayah dan adik-adik nak tidur di surau malam ni.. nak ikut?""tak lah kot, mak.. tak apalah, saya jaga rumah ngan adik..", jawab aku.. mak aku hanya mengangguk.."adik kau ni, asalkan malam, merayap.. asal malam, merayap.. tak reti-reti duk kat rumah.. nanti adik kau balik,...

Thursday, April 02, 2009

Aku 'buta'

baru sekejap tadi aku menjadi insan 'buta'.. buta? apakah???aku pulang ke kondo dalam pukul 9.30 pm.. sesudah makan malam, aku bersiap-siap mandi dan solat.. mungkin juga Allah swt ingin menguji aku,, selesai sahaja menunaikan kewajipan, dengan tidak sengajha aku tertolak sedikit cermin bel;ah kiri pada cermin mata dengan jari aku.. cermin tersebut jatuh dan lalu pecah! aku merancang ingin menyambung sdikit kerja aku yang tertunggak.. apabila terjadi begini, menjadi kesulitan pula hendak merenung skrin laptop dalam jarak yagn dekat..maaf lagi sekali.. mungkin juga aku tak perasan, jika ada sedkit...

Wednesday, April 01, 2009

(Sibuk + Penat) ^ 2 = ???

kalu korang pandai matematik, try lew jawab soalan aku neh.. hahaha.. sengal..!sebelum aku teruskan merepek dan merapu, ingin aku ucapkan jutaan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang sudi mengikuti, atau dalam english-nya 'follow', blog aku yang tidak seberapa ini.. kalau dulunya 'follower' maintain 20 orang, dan kini telah pun mencecah 100! terima kasih..! tidak dilupakan juga kepada pembaca-pembaca yang sudi klik iklan nuffnang aku.. biarlah sedikit tapi aku menghargainya dengan seikhlas hati.. ya, memang pada mulanya aku meletak nuffnang sekadar suka-suka sahaja.. tetapi bila melihat hasilnya,...
 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger