Ads: (Please Click!)

Friday, December 12, 2008

Kawan lama berubah PONDAN???


Astaghafirullah al 'azim.. Ape la nak jadi ngan dunia skrg ni.. Petanda awal nak kiamat kot.. Isk! Muluuuttt.. cepular btol! (cepular?) Tadi aku dapat SMS dari kawan aku satu kolej, tahun 2003-2006 dulu.. Skrg maseh keep in touch kalu ade ape2.. Edy nama dia.. Bunyik SMS die camni..
SMS #1 - "Bro.. Awat ngan kawan kita sorang ni? Ang jaga dia camna dulu ha? Kalu ang nak taw skrg dia dh brubah jd PONDAN! Ang tgk msj ni.. Sat lg aku forward kat ang.."

SMS #2 (forward) - "Sape Alia??? Aku bukan Alia yg ko knl lg! Berambus ko dr idop aku! Alia yg ko knl dlu skrg dh brubah! Aku skrg PONDAN yg bernama A*******! No more ALIA ok?! Aku xde kwn yg (terpaksa ditapis..sorry..) - Ni sms dia..(Edy)"

SMS #3 - "Aku x sdp ati la bro.. Pacerita?"
Bila aku dpt SMS Edy camtu aku mulanya x percaya.. Tapi Edy beriya-iya dan sampai sanggup bersumpah.. Kata-kata Edy membuatkan aku termenung jauh.. Apa dah jadi ni??? Did he had a big prob??? Ya Allah.. Bala apakah ini?

Utk pengetahuan korg, dulu time blaja di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kota Bharu, kawan2 panggil dia 'Alia' coz sifat die yg lembut.. (Aku pn panggil dia Alia krn tu nama first yg aku tau smasa 1st kenal dia..) Menjerit cam girls.. Minat cam girls.. Menyanyi pn lagu2 yg girls nyanyi.. Pandang laki pn cam pandangan girls.. Mujur la pemakaian die x mcm girls.. Nama sbenar dia cantek.. Mohd A***i.. Asal Kelantan.. Orgnya gempal dan kulit hitam manis.. Dia ni blaja dlm course laen ngan aku.. Dia course Business Study, aku plak IT.. Start semester ke-3 aku dh kenal rapat ngan dia sbb dia ni caring.. Lagi satu dia ni baek sgt.. Walopun kadang2 aku rasa cam geli, tp bila fikirkan dia manusia ni jugak.. ada hati dan perasaan.. kawan aku plak tu.. So aku wat dunno je la rasa geli geleman aku ni.. Aku sebilik ngan dia sepanjang semester ke-4 dan satu rumah sewa dari semester ke-5 dan semester last (ke-6)..

Sepanjang aku berkawan ngan dia ni, macam maaaacaaamm perangai lembut dia tunjuk.. Makin lama makin parah.. Aku pernah la bagi nasihat kat dia masa semester ke-4.. Time tu aku berdua je kat kedai makan.. Aku buat sesi brain-wash.. Masa first brain-wash, dia not interested! Lama2 aku try then try lagi.. Sampai satu tahap aku bercerita ttg keindahan berkahwin n berkeluarga (walhal aku xde experience pn..), dan keseronokan bercinta (yg ni experience btol ek..).. Tapi dia langsung x mnunjukkan sebarang minat.. Wat dunno.. pastu cuba nak tukar2 topik.. Sampuk2 cakap aku.. Last skali, aku buka cerita pasal seks.. Aku terpaksa walopun aku tau topik tu topik sensitif.. Tapi niat aku baik.. Just ingin menyedarkan dia.. Ubah taste dia.. Bila bukak citer pasal seks, tiba2 je semangat dia datang berkobar-kobar.. Enthusiasm.. Excited.. Tanya itu ini.. Tgh duk sok sek sok sek psl seks, dia senyuuumm.. laen macam.. Tiba2 dia tanya, "Ko penah &%@=?$ tak, Latip?" Aku pn balas, "Isk.. ko agak2 la nak tanya.. mesti la blom.. tunggu kawen nanti la..! Apsal?" Then dia ckp, "Aku pernah!" Time tu terkejut gila aku! "Hah? Ngan sape???! Pompuan mana???!", tanya aku.. "Bukan camtu.. Aku x buat seks.. Aku #@&?% laki tu.." Gilaaaaa~!!! Laki???!!! Time tu hanya Allah je tau.. Seram sejuk aku rasa keliling aku ni.. Cane nih? Nak blah ke cane ni??? Tiba2 dia sound, "Jgn bimbang Latip.. Ko kawan aku.. Aku hargai ko.. Thanks sbb sudi nasihatkan aku.. Aku pun nyesal psl kisah lama aku tu.." Pheww.. Dia ni saje nak sedapkan ati aku ke..? Selepas beberapa ketika, aku settle aku punya makan.. Aku pn blah cepat2..!

Walaupun aku rasa ngeri dan seriau selepas dari conversation tu, aku tetap kentalkan semangat aku utk ubah dia.. Biar jadi laki sejati! Tapi akhirnya.. hajat x kesampaian.. Time tu sem last.. Aku sibuk dgn projek akhir aku.. Aku mmg serabai dan serabut gila.. Siang malam fikir pasal projek.. projek.. dan projek! Sbenarnya, awal2 lagi aku dah prepare pasal projek akhir.. Baru masuk semester ke-6 aku dah cari tajuk projek akhir aku.. Tgh duk serabai dan serabut tu la dia datang.. Gurau2 bodoh ngan aku.. Then aku pn memarahi dia.. jangan ganggu aku.. Tp dia ni jenis gedik! Dia ganggu gak aku.. Aku punya geram aku pun sound kuat2.. Dia terasa hati ngan aku then kami gaduh dan bermasam muka.. Ahhhh! Lantak ko lah! Kalu x silap aku, 2 bln lebih kami x bertegur sapa hinggalah grad.. Sekarang pn x penah2 SMS ke ape ke..

Hari ni.. Petang yang cerah walopun hati aku tidak seterang sinar mentari.. Aku maseh termenung.. Berfikir.. Apa dah jadi ngan kawan aku ni..? Adakah aku yg bersalah dlm hal ni? Adakah kerana aku yg buat dia berubah? Jahat ke aku? Betul ke tindakan aku ni? Then tiba2 terlintas di hati utk contact dia.. First, aku bg SMS.. Tp x terbalas.. Lebih 5 6 SMS aku hantar.. Then aku call.. Cuba.. 5 6 kali gak aku call tp x terangkat oleh tuan punya nombor.. Kredit aku perabih gak la berposen-posen (kes dia pkai Celcom!) sbb masuk voice mail.. Aku try contact Poyo, member aku dak Kelantan.. Kot la dia boleh jumpa.. Rupa2nya si Edy dh bgtau lama kat Poyo dan Poyo tau crita ni awal dari aku.. Poyo cakap, dia sendri dah cuba buat macam2.. Cari sana sini.. call.. tp gagal! Aku suruh contact or jumpa family dia tp Poyo sendri pn xtau family dia katne.. Last skali, aku give up..! Aku berharap jgn la dia wat perkara yg bukan2..

Lantas aku pn bertadah dan berdoa.. "Ya Allah.. Bukakanlah hati kawan ku Mohd A***i agar dia berubah menjadi seorg lelaki yg sejati.. Terangilah dengan sinar hidayahMu, Ya Allah.. Kasihanilah dia seperti mana Engkau kasihani Pesuruh-pesuruhMu, Ya Allah.. Janganlah Kau bebani dia dengan beban dan cabaran yg berat dariMu, Ya Allah.. Ampuni dosa2nya dan berkatilah hidupnya dengan sinarMu, Ya Allah.. Jika dia menerima perubahan, terimalah dia dengan kasih dan hidayahMu, Ya Allah.. Dengan iktikad hatiku, Ya Allah.. Sesungguhnya Engkaulah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengampun.. Amin ya robbal 'alamin.."

Dengan hati yg sayu.. Aku send last SMS yg berbunyi.. "Maafkan aku jika aku bersalah wahai kawan ku.. Kau maseh kawan aku.. Maafkan aku.." Sama juga.. tidak terbalas.. Aku mula dah merasa give up sangat2.. Tak sangka bleh jadi gini.. Aku pn x faham kenapa hal yg kecik bleh jadi besar.. Maybe dia ada sifat 'kewanitaan' kot.. Kalu gitu, mmg aku terkasar sangat la ngan dia..

Aku dh xtau ape nak buat lagi dah.. Aku dah fikir macam2 sampai aku sendri saket kepala.. Aku btol2 blank..! Blur..! Dan tanpa disedari.. air mata lelaki ku gugur membasahi pipi.. Dah lama aku tak menangis.. Dah bertahun-tahun.. kini ia gugur.. Pertama kali dalam hidup aku kehilangan seorg kawan.. Perubahan dia mmg aku xleh terima.. Kalu dia berubah jadi org kaya sombong xpe la juga.. Ini PONDAN! I really, really can't accept that, never ever!!!

Kawan2 blogger.. sama2lah kita berdoa agar dia berubah dan boleh memilih dan berdiri di atas pegangan yg betul..

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
3 Comments


3 Orang Kentut Madu:

Cikgu Ije said... [Reply]

gigih bace cite ni. emm. semoga mohd a***i berubah nanti. =)

Aduka said... [Reply]

timer kaceh goasop.. mudah2an.. amin.. cedih la ilang kwn.. :((

munira hashim said... [Reply]

semoga kawan awak menemui nur...

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger