Ads: (Please Click!)

Wednesday, September 22, 2010

Putus Cinta


Di dalam sepanjang tempoh kehidupan seseorang manusia, putus cinta adalah sesuatu perkara atau ukiran sejarah yang membawa maksud yang amat kompleks untuk difahami.

Read more/less..

Dalam perihal putus cinta ini, amat jarang kita dengar seseorang yang putus cinta akan berakhir dalam keadaan yang aman. Kebiasaannya pasti sedih dan bisa membuat seseorang itu menangis, kecewa, tertekan, dan yang paling teruk impaknya apabila mengubah personaliti, kehidupan, dan mentaliti kewarasan seseorang. Begitu hebat dan bahayanya penangan cinta ini. Dan lebih teruk lagi jika cinta berbekalkan pengorbanan. Sanggup menyerahkan segala-segalanya demi cinta. Maruah entah ke mana, kehormatan entah ke mana.

Kebiasaan yang kita dengar dan lihat, perasaan yang timbul dikalangan orang-orang yang putus cinta adalah benci, meluat, menyesal dan sebagainya kepada bekas pasangan masing-masing. Biasanya perasaan ini timbul akibat dorongan hati yang berselari dengan bisikan syaitan tentang perkara-perkara penyebab percintaan putus di tengah jalan. Samada kesalahan si dia, kehadiran orang ketiga, mahupun ketidak sefahaman.

Antara dosa-dosa besar adalah memutuskan ikatan silaturrahim. Bila diulaskan makna silaturrahim ini, ia membawa makna ikatan yang menyeluruh. Samada antara pasangan, ibubapa, keluarga, kejiranan, serta sahabat handai. Walhal sesama saudara seagama sekalipun. Biasa didengari apabila putus cinta, si A bencikan si B hingga lihat wajah pun dirasakan tidak rela. Ada juga keadaannya di mana sanggup tidak bertegur sapa hatta senyum sekalipun tatkala bersua.

Aku berpesan kepada diriku dan kalian semua. Putus cinta bukanlah berakhirnya jodoh bagi kita. Sebaliknya ia adalah dugaan dan ujian dari Allah s.w.t semata-mata agar kita hidup dengan lebih matang dan rasional. Sangkallah perasaan benci sesama bekas pasangan. Tutuplah segala keaiban bekas pasangan sedaya yang mampu. Kekalkanlah ikatan silaturrahim antara saudara seagama walaupun dengan sekurang-kurangnya menganggap bekas pasangan sekadar rakan biasa. Sememangnya bukan mudah untuk menerima hubungan cinta yang terputus. Namun serahkanlah kainat ini di bawah ketetapanNya.

Sekalah air mata. Hapuslah gusar hati. Senyumlah mengadap Illahi dan berdoa agar guris hati berbalut bahagia kelak.

Kalau sudah jodoh, tidak akan ke mana-mana. Betul tak?

Tuesday, September 21, 2010

Kantoi Dalam Peperiksaan?

Salam semua.

Amboi. Sejak memutuskan mahu jadikan blog aku ini selaku 'Facebook No 2' semalam, rasa macam rajin pula mahu update blog. Yalah. Mahu mengadap PC jangan haraplah. PC tiada. Ini pun mujurlah boleh akses melalui telefon bimbit. Alang-alang dapat servis internet percuma dari Maxis. Haha. Jangan tanya bagaimana mahu buat percuma, okey? :-P

Read more/less..

Hari ini, baru sebentar tadi aku baru sudah menduduki peperiksaan bagi Dye Penetration Inspection. Aku sedikit kelewatan memasuki bilik peperiksaan pada sebelah paginya. Sengaja aku berbuat begitu. Dan soalan teori tadi amatlah payah. Pening kepala juga dibuatnya. Di meja sebelah terdapat seorang lelaki Inggeris juga sedang menduduki peperiksaan. Khusyuk benar dia buat peperiksaan praktikal Ultrasonic. Peperiksaan teori aku selesai tengahari.

Ada perkara yang agak kecoh setelah semasa peperiksaan tamat. Kecoh di hostel. Bukan kecoh di bilik peperiksaan. Kes budak kantoi semasa di dalam bilik peperiksaan. Kasihan, budak itu kantoi tatkala dia selesai menjawab soalan teori. Khabarnya budak tersebut ingin menyerahkan 'toyol' kepada rakannya. Perbuatannya itu disedari oleh ketua pemeriksa. Apa lagi, terus dihalaunya budak itu oleh ketua pemeriksa. Budak tersebut dilarang untuk menduduki peperiksaan praktikal pada sebelah petangnya.

Kasihan, bukan?

Pssttt! Korang pernah menipu dalam peperiksaan, tidak? Tipulah jika korang menyatakan tidak pernah! Tapi, jika mahu menipu, buatlah secara professional. Jangan bagi kantoi. Macam aku. Haha. Bongkaknya. Kata orang, seelok-eloknya jangan menipulah! Menipu adalah sifat syaitan, bukan? Cikgu aku pernah bagi nasihat sewaktu aku di sekolah rendah; 'Jangan meniru, ditiru atau membawa toyol. Perbuatan itu umpama menipu diri sendiri. Menipu keupayaan sendiri. Nak pandai, buat cara nak pandai. Jadi sang kancil. Jangan jadi macam sang monyet. Faham ya, murid-murid?'

Maaflah, cikgu. Kadang-kadang je 'murid-murid' cikgu ni dengar cakap cikgu! Haha.

Monday, September 20, 2010

Si Kotak Penipu


Salam semua.

Agak lama bercuti dari berblogging. Idea mahu menulis banyak. Tapi entah kenapa begitu culas jari jemari ini berentak menari di atas mata-mata papan kekunci komputer. Mungkin hangat hari raya masih terasa. Bahang cuti masih berbisa. Lihat jumlah follower ada keluar masuk. Jumlah Facebook Fan Page kian menyusut. Malah trafik blog pun turut sama turunnya. Entah kenapa perasaan culas dan malas sudah berapi di dalam jiwa.

Read more/less..

Beberapa hari ini hanya duduk di rumah mengadap si kotak penipu besar; televisyen. Dan beberapa kali juga si kotak penipu itu mempengaruhi minda aku dengan cerita-cerita yang melalaikan. Alpa. Jiwa. Sepi. Dan romantika. Begitu banyak drama-drama romantis yang menyebabkan aku tidak mampu berganjak di hadapan si kotak penipu.

Walau si kotak penipu ini menipu, ada juga bagus sebenarnya. Kenapa? Ia bagi aku satu ilham mahu mengarang lagi. Hehe.

Tunggu sajalah, ya?

Thursday, September 09, 2010

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin


Assalamu'alaikum kepada semua umat Islam dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam.

Di kesempatan ini, ingin aku membuat satu ucapan ringkas sempena Aidilfitri yang bakal menjelma esok (Jumaat). Kepada semua follower, silent reader, pengunjung baru dan lama blog aku terutama yang beragama Islam, aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari kalian jika ada sebarang kesalahan, kesilapan, kekhilafan, mana-mana yang menyinggung hati dan perasaan serta terkasar bahasa yang mampu melukakan sesiapa samada di blog, di Facebook, di laman ping blog seperti Innit Nuffnang, serta di ruang sembang. Sesungguhnya segala kebaikan datangnya dari Allah s.w.t. dan segala keburukan datangnya dari diri aku sendiri. Ingin juga aku ucapkan ribuan terima kasih yang tidak ternilai kepada kawan-kawan yang menyokong aku ketika aku dalam kesedihan dan susah hati baru-baru ini. Terima kasih semua.

Walaupun dalam kemeriahan menyambut lebaran nanti, sama-samalah kita berdoa supaya kita sentiasa dilindungi oleh Allah dari segala mara-bahaya, kecelakaan atau apa jua musibah.

Kepada semua rakan-rakan, tidak kiralah blogger mahupun bukan blogger yang mengenali diri ini, jemputlah datang ke rumah samada pada hari raya pertama atau kedua. Pada hari seterusnya kebiasaan aku tiada di rumah. Pada tahun ini, rancangan pada hari raya ketiga aku akan beraya ke rumah kawan-kawan lama di Kuala Terengganu. Oleh itu, kepada blogger-blogger yang berada di KT, jom jumpa. Sila tinggalkan nombor telefon di inbox Facebook. Itu pun kalau korang mahu jumpa aku lah..

Akhir kata, semoga anda semua bergembira di hari raya yang mulia ini. Aku dan blog ini akan bercuti buat beberapa hari. Aku hanya akan aktif di Facebook. Jika ada apa-apa, cari aku di Facebook, okey?

Sekian.

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Tuesday, September 07, 2010

Tutorial: Cara Mudah Elak Gambar Anda Dicuri

Salam sejahtera.

Kali ini aku buat tutorial macam mana mahu elakkan gambar daripada blog anda dicuri oleh newbie atau boleh dikatakan hacker junior hingusan; contohnya blogger-blogger yang baru hendak belajar berblogging ni. Plagiat biasanya menjadi ikutan puak-puak ini. Curi gambar pun menjadi salah satu aktiviti wajib mereka. Tentunya anda marah tahap cipan jika gambar-gambar peribadi anda dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, bukan?

Read more/less..

Tutorial ini bukan tutorial tahap advance. Asas sahaja. Kalau pencuri tahap professional, ada cara lain pula mereka mencuri, hatta tutorial ini diikuti sekalipun. Caranya biarlah menjadi rahsia aku seorang sahaja.

Asas kepada tutorial ini, anda terlebih dahulu menyiapkan artikel yang bergambar. Kebiasaan artikel ditulis pada tab 'Compose'. Anda rasakan anda mahukan protect gambar di artikel tersebut daripada dicuri. Kemudian, cara pengubahsuaian kod adalah pada ruang editor 'Edit Html' pula. Bukan di 'Compose' tab. Lihat gambar di bawah.

Tulisan artikel anda akan berubah jadi pelik-pelik. Kepada blogger baru, ini bukan pelik. Inilah kod HTML atau nama penuh dia Hypertext Mark-up Language.

Perhatikan gambar di atas, ini adalah kod link imej. Apa itu? Biasanya, setelah sesuatu gambar dimuatnaik (upload) ke dalam editor blogger, secara automatik ia membuat link untuk anda. Gambar anda pula disaizkan mengikut saiz sebelum anda upload; small, medium, dan large. Kod <a adalah mewakili link, manakala kod <img pula mewakili gambar anda.
Biasanya, selepas suatu gambar berjaya dimuatnaik ke dalam editor, dan kemudian di-preview, tetingkap menu pilihan akan terpapar jika anda right click pada gambar anda. Benar atau tidak? Benar, bukan? Lihat gambar di atas. Itulah menu pilihan. Pada menu pilihan inilah biasanya pelawat blog anda mudah-mudah saja mampu memuat turun (download) atau 'mencuri' gambar anda tanpa kebenaran mahupun pengetahuan anda!

Untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, apa yang perlu anda buat ialah mengubahsuai kod <img anda. Anda perlu tambah satu kod ringkas pada kod tersebut. Apa kodnya?

oncontextmenu="return false"

Lihat pada gambar di atas. Copy kod yang ditandakan warna biru, kemudian paste sepertimana anda lihat di dalam gambar. Kemudian, anda boleh publish. Cuba preview dan lihat hasilnya. Anda uji. Cuba right click pada gambar yang anda ubahsuai. Sepatutnya, menu pilihan tidak akan keluar lagi. Mudah, bukan?

Oh ya. Tentu anda tertanya-tanya. Kenapa aku gariskan warna merah di dalam gambar di atas? Okey. Aku terangkan. Biasanya gambar yang di-link, cursor mouse anda akan berbentuk tangan tatkala cursor mouse anda dialihkan ke atas gambar tersebut. Oleh yang demikian, biasanya kod yang digariskan warna merah itu aku buang. Cursor mouse anda akan menjadi seperti biasa; anak panah. Terpulang kepada anda. Aku rasa buang adalah lebih cantik. Hehe.

Sekian saja tutorial mudah. Selamat mencuba.
Untuk tutorial-tutorial menarik yang lain, lihat pada sidebar kanan blog ini.


Sunday, September 05, 2010

Penawar Duka


Salam sejahtera semua. Haip, haip! Penawar duka ya. Bukan penawar aduka! Haha.

Sejak akhir bulan Ogos sampai sekarang aku dihimpit beberapa tekanan dan dugaan yang sedikit sebanyak mencuit emosi aku. Dugaan bulan mulia bulan Ramadhan. Diharap ada hikmah disebalik dugaan-dugaan ini. Oleh yang demikian, aku seperti sedikit kehilangan idea dan mood untuk update blog. Gaya penulisan sebelum ini pun macam tidak berapa betul. Mujurlah pada malam ini, aku sedikit ceria dan gembira. Seterusnya membangkitkan sedikit semangat mahu berblogging. Alhamdulillah.

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

Okey. Artikel kali ini tidaklah begitu panjang. Cuma artikel kali ini membawa anda semua kepada artikel-artikel yang 'panjang'. Hehe. Artikel kali ini adalah untuk follower baru serta lama blog aku khasnya, dan pembaca-pembaca serta pelawat-pelawat blog aku amnya. Artikel kali ini mengajak anda semua membaca artikel-artikel lama dari blog aku.

Aku akan membahagi-bahagikan setiap satu artikel kepada satu kategori. Okey. Kali ini aku akan review balik artikel-artikel lama dalam kategori yang boleh dikatakan lawak. Aku tidak mengajak anda membaca kesemua artikel. Pilih. Anda pilih sendiri tajuk mana yang dirasakan menarik. Maaflah kalau cerita-cerita yang tersenarai tidak menepati kehendak. Semua link yang aku senarai di bawah akan auto open new window.

Kata pujangga, ketawa pengubat duka lara yang terpendam di hati.. *Senyum!*

Sekian.
Jangan lupa klik Nuffnang aku juga ya. Apa yang penting? KERJASAMA..!


Thursday, September 02, 2010

Blogger Stats

Salam sejahtera.

Hari ini baru aku perasan. Ada kelainan pada Blogger Dashboard. Padahal malam semalam aku online dan masuk ke Blogger Dashboard tiada pun menda alah ni. Tidak perasan, dan memang aku yakin butang baru ini tiada pun! Sungguh! Hari ini agak tertarik dengan fungsi baru di Dashboard, maka aku buat satu artikel review untuk fungsi baru ini. Ia dinamakan Blogger Stats.

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

Jika anda perasan, fungsi Blogger Stats ini berada pada hujung Dashboard anda. Lihat pada gambar di atas.

Di luar sana, maksud aku, di internet banyak laman sesawang yang menyediakan stats trafik percuma, sebagai contoh e-referrer. Dan aku juga pernah meletakkan widget ini di blog.

Namun widget ini tidaklah sesempurna mana. Hanya mampu merekod unik ID dalam satu-satu masa tertentu.

Sebenarnya sudah lama aku mencari satu stats yang sempurna, mudah digunapakai, dan mesra pengguna (user friendly). Bila Blogger memperkenalkan fungsi Blogger Stats ini, aku jadi tertarik. Antaramukanya pun mudah. Aku cuba menggunakan Blogger Stats ini dalam masa 1 jam. Aku explore apa fungsi dan kelebihan yang ada pada Blogger Stats ini. Yang pertama aku perasan, ia laju. Klik satu-satu butang, ia akan memaparkan keputusan (results) dalam sekelip mata sahaja! Untuk pengguna broadband, aku tidak pasti. Mungkin kelajuannya lebih lambat daripada biasa.

Okey. Aku ada 'print screen' beberapa paparan berkenaan Blogger Stats ini. Jom kita lihat.

Ini adalah muka hadapan atau lebih tepat menu keseluruhan/ringkasan pada Blogger Stats ini. Pada 'Overview' ia memaparkan ringkasan trafik, unik id, addressing, jumlah page yang di-view, dan sebagainya. Ia disertakan sekali dengan gambarajah graf dan peta pelawat yang melawat blog anda. Cantik dan menarik. Melihat gambar di atas, ringkasan boleh dibuat mengikut pembahagian yang telah dibuat. Mingguan (week), harian (day), Keseluruhan masa (all time), serta yang terkini (now). Uniknya, stats dari Blogger ini adalah salah satu stats yang pertama kali aku lihat mempunyai overview 'masa terkini' (now). Berbanding dengan stats dari laman sesawang lain, ia mungkin jarang kita lihat. Kalau ada pun mungkin tidak banyak dan mungkin dari servis laman berbayar.

Okey. Untuk memudahkan review ini, aku menggunakan butang overview 'masa sekarang' (now). Kemudian aku klik pada 'Posts'. Lihat gambar di atas, ia menunjukkan keputusan jumlah satu-satu artikel yang telah di review dalam sela masa 2 jam sebelumnya dari masa aku online. Aku online pada pukul 5.15 pm. Jadi melihat pada gambar, keputusan yang sepatutnya adalah dari pukul 3.15 pm hingga 5.15 pm. Lebih kurang saja, bukan? Blogger Stats akan memaparkan apa dan berapakah jumlah pelawat unik dalam masa 2 jam tersebut. Jika mahu melihat keputusan pada masa hari ini, anda hanya perlu klik pada butang 'Day'.

Fungsi-fungsi butang ini adalah sama. Samada pada Posts, Traffic Sources, dan Audience.

Ini pula Traffic Sources. Di sini ia memaparkan unik ID, address dan keyword yang dicari oleh pelawat blog anda. Susah sebenarnya mahu terangkan bab ini. Jika anda biasa bermain dengan trafik, mungkin anda faham apakah maksud graf di atas. Graf ini juga amat sesuai kepada blogger yang mahu buat contest top referrer. Hehe.

Bahagian ini paling menarik. Jika di Nuffnang ia memaparkan dari mana dan negara mana yang melawat dan membaca artikel blog anda. Di Blogger Stats pula, fungsinya di tambah. Siap boleh view statistik pengguna browser beb! Teruja! Mungkin ini adalah kali pertama aku melihat stats sedemikian rupa, maka aku teruja.

Cukuplah review aku serba sedikit dan serba ringkas pada kali ini. Hendak terang secara detail pun susah sebenarnya. Jika mahu lebih pemahaman, lakukan research di internet dan bertanya kepada blogger yang biasa bermain dengan trafik, SEO dan yang berkaitan dengan referrer.

Aku berterima kasih kepada Blogger kerana telah menyediakan perkhidmatan sebegini rupa. Pada awal bulan lepas, aku cuba mencari stats yang lebih efisyen. Tidak sangka pada bulan ini, Blogger menyediakan terus perkhidmatan stats ini. Macam tahu-tahu pula keinginan aku. Maka tidak perlulah aku menggunakan perkhidmatan dari laman sesawang lain. Blogger Stats best!

Terima kasih, Blogger!

Tuesday, August 31, 2010

Ping Blog Selain GengBlogger


Salam.

Korang semestinya gian gila mahu ping blog atau artikel korang di GengBlogger, bukan? Haha. Faham, faham. Sejak laman GengBlogger ditutup atau di-suspend-kan dalam beberapa hari sebelum ini membuatkan rata-rata blogger terasa sesuatu 'kehilangan' dalam aktiviti blogging selain aktiviti blogwalk. Aku rasakan begitu. Macam rasa tidak lengkap saja bila ada artikel baru yang dicipta tapi tidak dikongsi atau diterbitkan di GengBlogger. Hanya share di Facebook dan Twitter saja. Bosan. Rata-rata blogger lepak di GengBlogger. Korang pun mesti terasa seperti apa yang aku rasa, bukan? Ish. Macam ada something missing!

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

Untuk mengubati gian korang untuk ping blog, ingin jugalah aku kongsi aktiviti ping blog aku selain di GengBlogger. Mungkin tidak sepopular GengBlogger, ia adalah satu alternatif untuk kita meningkatkan trafik. Tidak salah dan tidak rugi pun kalau kita expose artikel blog kita di laman lain. Lagi elok sebenarnya.

Terdapat banyak laman sesawang menawarkan perkhidmatan perkongsian artikel sepertimana GengBlogger. Aku senaraikan laman yang mana aku tahu dan yang aku rasa relevan sahaja. Jika korang ada tahu laman alternatif yang lain selain senarai aku, sila tinggalkan link tersebut di ruangan komen, okey?

Senarai laman sesawang sharing atau ping artikel:

- ImCurtain (dulu pun pernah suspended sekali)
- Innit Nuffnang (aku selalu lepak kat sini selain Facebook)
- Blogged
- OzBloggers
- Ping

Ini saja update dari aku.

Sharing means caring, right
? Hehe.

Terima kasih.

Facebook Like / Recommend Button

Artikel tutorial ini telah dikemaskini. Sila KLIK SINI untuk tutorial yang lebih up-to-date.


Salam semua.

Di sini ada sedikit pengemaskinian tutorial tentang bagaimana mahu letak butang Facebook Like (Facebook Like / Recommend Button) pada setiap artikel (entry) yang anda terbitkan (post) di dalam blog anda.

Sebelum ini, saya pernah terbitkan satu artikel tutorial yang berkaitan dengan Facebook, iaitu Facebook Share di mana tutorial ini mengajar anda bagaimana suatu artikel anda itu dikongsi di Facebook. Kali ini aku akan nyatakan bagaimana mahu buat 'Like' pula, sekiranya pembaca-pembaca blog anda menyukai atau meminati suatu artikel di blog anda. Terlebih dahulu, aku ingin menyatakan bahawa butang ini bukan sahaja didatangi dengan 'Like' malah ia boleh berbentuk 'Recommend' juga.

Di sini saya nyatakan secara mudah bagaimana mahu aplikasikan butang Facebook Like / Recommend ini di dalam blog anda.

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

Caranya:

1) Masuk (login) blogger anda. Klik pada Layout (sekarang ditukar kepada Design) dan klik Edit HTML.
2) Kemudian, tandakan (check) pada kotak Expand Widget Templates.
3) Seterusnya, buat carian pada editor HTML anda dengan katakunci '<data:post.body/>'. Jika anda menggunakan Firefox, anda hanya perlu menekan keyboard Ctrl+F.
4) Kemudian, copy kod di bawah:

<iframe allowTransparency='true' expr:src='&quot;http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;layout=standard&amp;show_faces=true&amp;width=100&amp;action=like&amp;colorscheme=light&quot;' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:450px; height:80px;'/>

5) Kemudian, paste kod di atas pada baris bawah '<data:post.body/> tadi.
6) Save kod anda.

Opsyen Tambahan.

Anda juga boleh mengubah code di atas. Seperti yang aku telah nyatakan di atas, butang ini bukan sahaja didatangi dengan 'Like' malah ia boleh berbentuk 'Recommend'. Tetapi bagaimana?


Berdasarkan kod yang telah diberi, anda hanya perlu menukar action=like kepada action=recommend. Butang anda akan berubah seperti imej di atas.

Anda juga boleh meringkaskan paparan jumlah pengguna seperti di atas. Caranya, tukarkan layout=standard kepada layout=button_count.

Selain itu, anda juga boleh mengubah font yang berlainan. Di bawah, aku sediakan jenis font yang boleh digunapakai:

1) font=lucida+grande
2) font=segoe+ui
3) font=tahoma
4) font=trebuchet+ms
5) font=verdana

Anda hanya perlu mengubah kod font=arial kepada salah satu font-font yang dinyatakan seperti di atas.

Jika ada persoalan dan kemusykilan, nyatakan di ruang komen bukannya di ruang chat.

Oh ya. Ada beberapa pembaca pernah bertanyakan masalah kepada aku di mana butang Like mereka tidak memaparkan gambar profile kecil seperti di bawah:

Untuk mengatasi masalah ini, anda hanya perlu memastikan kod show_faces perlulah equal (=) kepada true. Dengan kata lain, anda perlu ubah kod show_faces=false kepada show_faces=true.

Sekian. Selamat mencuba!
Jom cuba: Tukarkan kod colorscheme=light kepada colorscheme=dark. Lihat kelainannya! :)

Saturday, August 28, 2010

Rollercoaster. Sumpah Tak Nak!

Secara jujurnya aku mahu cerita sama korang semua.. err... malu sebenarnya! Hehe. Hm. Okey. Okey. Aku cerita. Secara jujurnya sepanjang umur hidup aku ini, dan kinilah maksudnya.. aku.. aku tidak pernah menaiki rollercoaster!

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

"Eh, betul ke kau ni, Latip?" soal salah seorang rakan aku pada suatu masa dulu.

"Ya," jawabku selamba namun pandanganku telah dialih ke tempat lain. Cover malu sebenarnya. Rakan aku yang bertanya ketawa kecil.

Ya. Setiap kali aku mengatakan bahawa seumur hidup aku tidak pernah menaiki rollercoaster, pasti orang akan tertawakan aku. Apatah lagi sebenarnya seumur hidup aku pun tidak pernah ke taman tema! Bukan aku tidak mahu. Cuma tiada kepingin. Tiada langsung nafsu mahu ke sana. Biar pun ramai rakan-rakan bercerita, pergi ke taman tema itu best, syok, boleh buat hilang tension, boleh cuci mata, boleh kencing dalam pool, boleh muntah-muntah, dan macam-macam lagi. Ah, lantaklah apa orang mahu kata dan ketawa. Biarlah.

Aku sebenarnya marah. Sangat marah. Tatkala setiap kali mendengar rakan-rakan bercerita dengan nada dan wajah yang amat-amat ceria dan bling-bling. Sesudah satu soalan 'maut' dituju ke arah aku, pasti gelak ketawa besar yang aku terima. Ya. Aku amat marah!

Lantas aku ke pusat komputer di bandar. Mencari bahan mengenai taman tema. Aku menumpu ke arah rollercoaster. Khabarnya, jika pergi ke taman tema jika tidak menaiki rollercoaster, tidak sah! Aktiviti di taman tema cacat cela! Yalah. Aku mencari cerita fasal rollercoaster khususnya, taman teman amnya. Kebanyakkannya memang cerita berkisar menarik, seronok, ketawa, riang, ceria dan pelbagai lagi emosi-emosi yang membuatkan aku benar-benar 'marah dan geram'.

Kemudian, aku beralih ke foto pula.

Dan.. aku ketawa berdekah-dekah. Habis orang di dalam pusat komputer tengok ke arah aku. Aku tidak boleh cover-cover lagi. Aku lihat salah satu gambar yang cukup menggelikan hati. Gambar yang amat menarik. Terdetik di hati aku untuk menunjukkan gambar itu kepada rakan-rakan kelak. Okey! Idea yang bernas. Aku klik kanan tetikus dan simpan gambar tersebut ke dalam telefon bimbit aku. Beres.

Aku bertemu dengan rakan-rakan aku yang bermulut tempayan itu. Dengan senyuman sinis dan penuh dendam kesumat, aku melontar kata-kata pendahuluan untuk sesi debat pada petang itu. Kami bertekak. Bertekak ala-ala kanak-kanak hingusan. Bertekak mengenai rollercoaster.

"Amacam? Ada tak sepanjang kau naik rollercoaster tu rasa ada percikan-percikan air menitis ke muka kau?" soal aku.

"Ada! Ada!" jawab rakan-rakanku serentak. Terus aku ketawa berdekah-dekah. Mereka saling berpandangan kerana hairan punca aku ketawa.

"Agaknya air dari taman tema kot memercik. Kenapa?"

Jawapan yang amat tidak logik. Masakan air dari taman tema boleh terpercik pada jarak ketinggian lebih 50 kaki?! Tanpa membuang masa, aku menunjukkan gambar yang aku temui di internet pada telefon bimbit aku.

"Agaknya, air ini kot yang 'menghempap' muka-muka korang!"

Tunjukkan gambar!


Langsung serentak mereka terdiam. Ada yang tutup mulut dengan telapak tangan. Mahu muntah agaknya.

Nah, padan muka!

"Sebab tu aku tak nak naik rollercoaster! Sumpah aku tak nak! Haha!"


 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger