Ads: (Please Click!)
Showing posts with label web. Show all posts
Showing posts with label web. Show all posts

Friday, May 02, 2014

Live Streaming! Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UStream)


Saksikan kuliah Maghrib Penceramah Tersohor Malaysia, Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus secara langsung (live) pada setiap akhir minggu setiap bulan di Surau Kampung Ladang (bukan Masjid Surau Ladang), Kuala Terengganu. Siaran ini bergantung kepada keupayaan internet anda, cuaca semasa online streaming, dan faktor kamera rakaman.

Semoga anda memperoleh kebaikan dan ilmu dari kuliah agama yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus, insyaAllah. Selamat menonton!

Tarikh Kuliah Siaran: 2 Mei 2014.


Siaran live adalah bergantung kepada pengumuman, dan tarikh tertentu. Jika anda melayari pada tarikh selain dari tarikh yang dinyatakan di atas, anda hanya akan dapat menonton rakaman (recorded) kuliah sahaja. Oleh itu, jika anda terlepas dari siaran langsung, anda masih dapat menonton rakaman, sekiranya video tersebut telah dimuatnaik (upload).

Sila tinggalkan sebarang komen anda. Terima kasih.

Wednesday, October 12, 2011

Laman Sosial Dr Rozmey Sudah Dilancarkan! Anda Sudah Daftar?

dRBook.biz - Laman sosial Dr Rozmey

Salam.

"Wow! Boleh tahan!"

Itulah ungkapan yang terintas di dalam hati aku buat pertama kali aku singgah di laman sosial yang kononnya milik Dr Rozmey, Herba Prima Marketing. Anda kenal? Mustahil anda tidak kenal. Nama beliau cukup gah dan selalu menjadi bahan ejekan suatu masa dahulu.

Yalah. Kontroversi filemnya tu la. Aku pernah membuat artikel pasal beliau. Klik DI SINI untuk membaca.

Kesian. Memang ramai orang tidak suka dengan cara beliau yang 'bersifat' berlagak. Tapi walau apapun orang kata, aku memandang beliau dari sudut yang berbeza. Aku bangga dengan beliau yang mana anak tempatan yang berjaya menempa nama mencipta produk kesihatan yang memberi seribu kebaikan kepada pengguna. Anak Melayu pula tu. Tak bangga ke?

Dahulu, beliau menimbulkan beberapa kontroversi yang menyebabkan ramai orang tidak suka dengan beliau, termasuk kebanyakan wartawan media cetak dan hiburan. Selain dari filem yang bertajuk '2 Alam', kontroversi selanjutnya yang cuba ditimbulkan oleh beliau adalah kewujudan laman sosial yang dijangka menandingi Facebook!

Pada awalnya, aku ketawa. Serius aku ketawa. Jadi aku ke alamat laman sosial tersebut. Kalau tidak silap, laman pertama yang didaftar adalah dengan menggunakan URL www.drbook.com. Waktu itu, terdapat satu tarikh pelancaran laman sosial tersebut berupa 'countdown clock'. Namun, menjelang tarikh tersebut dan hari-hari berikutnya, laman sosial tersebut tidak juga dilancarkan. Langsung ramai orang bercakap-cakap di Facebook bahawa Dr Rozmey hanya mengarut dan berangan-angan Mat Jenin semata-mata. Ada juga yang mengatakan beliau sebagai 'orang gila'.

Realitinya sekarang, laman sosial tersebut akhirnya wujud. Aku tidak tahu bila sebenarnya laman sosial beliau ini dilancarkan. Sedar-sedar, dah wujud dah pun! Dan kini jumlah pengguna laman sosial beliau itu telah mencecah 1,600 orang! Hmmm.. Not bad la kan? Hehe.

Apa URL laman sosial beliau tu?

Jika anda berminat, anda boleh ke URL ini dan selanjutnya daftar satu akaun: www.dRBook.biz

Rasakan kelainnya sendiri!

Saturday, July 02, 2011

Populariti Facebook Akan Jatuh Tidak Lama Lagi?

Salam.

Mungkin sesetengah pihak mengatakan ini adalah 'rumors' atau khabar angin semata-mata. Mungkin juga sesetengah pihak akan menafikan jatuh bangun laman sosial popular iaitu Facebook. Walau bagaimanapun, teknologi atau kejuruteraan sesebuah laman sosial bergantung kepada keselesaan dan kepuasan penggunanya.

READ MORE / LESS >>

Maka, jika sesebuah laman sosial itu memberikan keselesaan dan satu kepuasan yang unik kepada pengguna bakal menjatuhkan populariti laman-laman sosial yang lain. Sebagai contoh, pada awal tahun 2006 sehingga tahun 2008, laman sosial Friendster menjadi salah satu lama sosial yang amat popular. Namun sejak wujudnya Facebook, laman Friendster tidak lagi menjadi sebutan atau 'laman sosial yang mesti dilewati' yang popular di internet. Bukankah begitu?

Kini, Facebook menjadi satu laman platform yang sangat tinggi dan popular kepenggunaannya. Bukan sahaja orang perseorangan yang menggunakan Facebook, malah jabatan kerajaan, kedai-kedai online, industri muzik, tokoh-tokoh politik, artis, dan sebagainya turut memiliki Facebook. Facebook juga menjadi satu laman sosial yang 'mesti' dilayari oleh setiap orang tanpa mengira umur.

Menurut statistik, sebanyak purata lebih 3 juta pengguna mengakses Facebook seminit sepanjang dalam masa 24 jam! Facebook adalah salah satu fenomena laman web sosial yang mengejutkan penganalisis internet. Menurut statistik lagi, angka pengguna Facebook semakin meningkat dari hari ke sehari. Walau bagaimanapun, jurutera-jurutera pembangunan Facebook telah menjangkakan akan kewujudan 'pencabar' mereka dalam masa beberapa tahun ini.

Persoalannya, siapakah 'pencabar' Facebook?

Google+ (disebut Google Plus atau G-Plus)!

Anda boleh melewati 'bakal pencabar' Facebook ini dengan menilai sendiri web demo yang telah disediakan. KLIK DI SINI.

Google+ ini masih diperingkat pengujian fasa beta (beta phase) di mana, Google telah menghadkan kepada beberapa orang pengguna sahaja. Di bawah ini adalah gambar contoh. Terdapat juga komenbalas (feedback) yang telah dibuat oleh orang tempatan.

Klik gambar untuk besarkan (auto open new window) - Sumber: Oh! Media

Soalan yang amat penting bagi pengguna: Sejauh manakah kehebatan 'pencabar' Facebook ini?

Ya. Sudah tentu kita semua tertanya-tanya. Dan mungkin kebanyakan dari kita juga mempersoal akan mutu atau tahap 'keseronokan' atau tahap keselesaan Google+ ini. Adakah sehebat atau setanding dengan Facebook? Adakah ia boleh memenuhi kehendak kita seperti Facebook? Anda boleh membuat carian atau baca 'review' yang telah dibuat oleh blogger AdmiralHafiz ini.

Walau apa pun yang bermain dibenak kita, jawapan yang tepat bakal terjawab selepas kemunculan rasmi Google+ ini. Nantikan kemunculan 'pencabar' hebat Facebook ini!

Aduka: Dah tak sabar nak guna Google+!!!
 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger