Ads: (Please Click!)
Showing posts with label contests. Show all posts
Showing posts with label contests. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

Kontest Blog Terkemas

Salam.

Wah wah. Dah lama sebenarnya tak join kontes. Artikel-artikel sebelum ni pun banyak cam skema je kan. Bosan. So artikel kali ni guna bahasa pasar sikit. Tak rasa skema dan bosan sangat kan. Hehe.

Read more/less..

Okey. Kontes ini aku pick dari GengBlogger sebenarnya. Takde dari sape-sape. So nak cerita panjang pun tak guna kan. Sikit-sikit sudah.

Berdasarkan tajuk, kontes ini dianjurkan oleh Cik Hana. Umur beliau 17 tahun (eh, budak skolah lagi rupa-rupanya). I wish a goodluck for your SPM! Blogging tu blogging juga. Jangan sampai exam tu terganggu sudah la ye. Eh, sempat lagi bagi nasihat kan? Yelah. Tak nak la tengok dia buat entry yang berbunyi 'sesal' nanti. Hehe.

Bab hadiah ni la yang suspens sikit. Misteri, katanya. Tak apalah. Bagus juga misteri. Kontes yang beliau buat ni mungkin mencari blog antara yang terkemas dalam ramai-ramai peserta yang menyertai. Hm, okey juga kan kontes macam ni. Unik. So itu antara sebab aku join kontes. Sebab yang lain, dia tak wajibkan sesiapa follow blog dia. Yang ini aku suka. Tiada unsur paksaan. Hehe. Cuma satu aje aku alergi. Kena tag 3 orang plak. Aduh!

Nak tak nak, kena buat juga. Aku tag:

- Yatre Hayati
- Leesa
- Cik Yana

Orang lain yang nak join kontes ni pun boleh. Sila, sila. Klik DI SINI ataupun boleh klik banner kat atas ni. Aku dah siap-siap buat link auto open new window/tab plak tuh.

Harapnya, blog aku shortlisted yang terkemas. Hehe. Menang ke tak, terserah kepada judges.

Saturday, October 02, 2010

RM 10 Ribu Contest Dari Joegrimjow


Pergh! Bapak punya mewah Joe punya hadiah contest kan? RM 10 ribu tu!!!!

Read more/less..

Aku rasa, dalam banyak-banyak contest, contest Joe biasanya sangat-sangat mudah. Pandai la Joe ni buat contest. Hadiah plak.. mak oi.. boleh dikatakan sangat-sangat mewah! Dan.. aku adalah orang pertama yang menyertai contest dari Joe! Haha. Tak pernah-pernah jadi orang pertama yang turut serta. Biasanya sebelum-sebelum ini aku adalah antara orang yang terlewat. Alahai. Biasalah, PC tiada internet pun tiada.

Untuk entry kali ini aku ada tujuan sebenarnya. Pertama, mahu promosikan contest dari Joe ini. Kedua, mahu bantuan dari anda semua untuk 'Like' wall di Facebook aku. Hehe. Kepada sesiapa yang belum ada akaun aku as friend, klik Facebook aku di sini. Kemudian, sila like wall aku di sini.

Terima kasih di atas kerjasama korang!

Kalau korang nak join, klik link contest RM 10 ribu Joe kat SINI.

Sebenarnya, hadiah dia RM 100 aje.. Haha..!

Friday, August 20, 2010

Selamat Hari Ibu, Untuk Emak.

Sejak kecil, saya dan abang dijaga oleh emak. Selepas kematian ayah semasa saya berumur 12 tahun, emaklah yang menjaga saya dua beradik. Hidup kami pada awalnya memang susah dan lebih memeritkan lagi, ketiadaan ayah memutuskan sumber pendapatan keluarga dan tempat bergantung harap. Emak tidak bekerja. Jadi terpaksalah emak keluar dari rumah mencari rezeki menggantikan tempat ayah. Keluar awal pagi selepas subuh kemudian pulang ke rumah pada waktu senja. Kadang-kadang pulang lewat. Paling lewat pukul 10 malam. Emak bekerja biasa-biasa saja namun pelbagai. Mengambil upah menjaga anak jiran, membantu berniaga air tebu di jalanan, tukang cuci tandas, mengangkut sampah. Boleh dikatakan segala kerja emak buat.


Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

Melihat kepayahan emak dan kedaifan keluarga, abang sanggup berhenti sekolah. Waktu itu dia masih di tingkatan 5 dan saya baru memasuki tingkatan 1. Pada mulanya emak marah abang berhenti sekolah. Abang punyai cita-cita yang tinggi. Abang seorang anak lelaki yang baik. Ikut kata kedua ibu bapa. Ayah sayangkan abang. Emak juga sayangkan abang. Abang anak emas keluarga. Sejak ayah sakit, abang mula hilang minat untuk ke sekolah.

Pernah abang cerita pada saya, dia bukan tidak mahu mengejar cita-citanya. Namun melihat kedaifan kami, dia nekad melupakan segalanya. Dia sanggup berbuat demikian demi keluarga. Ditegasnya agar saya saja yang meneruskan persekolahan. Katanya, biar adik pandai. Adik dapat masuk universiti. Biar adik dapat kerja yang baik-baik. Dapat tanggung keluarga. Tidak susah macam abang dan emak. Kahwin, dapat suami yang baik dan kaya. Lantas, dia memeluk saya dan menangis. Saya turut menangis. Begitu besar pengorbanan abang.

Sesudah hampir beberapa tahun abang dan emak bekerja bagi menampung keluarga, emak sudah tidak larat lagi. Emak sudah tua. Sudah tidak larat. Masa mak banyak dihabiskan di rumah. Kadang-kadang jika sakitnya dirasakan kebah sedikit, emak gagahkan diri untuk berdiri, berjalan, dan bekerja. Namun tidak lama.

Emak jatuh ditangga di suatu pagi. Emak sakit dan berdarah pada lutut. Dia tidak boleh berjalan. Emak meraung kesakitan, sambil memanggil-manggil nama abang dan saya. Malangnya, tiada sesiapa di rumah waktu itu. Saya di sekolah. Abang keluar bekerja. Nasib baik Pak Pie, jiran sebelah rumah terdengar jeritan emak. Emak dihantarkan ke klinik yang jaraknya 25 kilometer dari rumah oleh Pak Pie.

Selepas mendapat khabaran berita tentang emak, saya bergegas pulang. Abang juga pulang. Kami menangis melihat emak. Emak sudah pun terbaring di ruang rumah. Saya lihat jiran-jiran termasuk Pak Pie duduk bersila mengadap emak. Mak Cu Piah, duduk di lujuran kaki emak sambil mengurut-urut kaki emak.

Terdengar rintihan kecil emak, mengaduh kesakitan. Saya lihat abang mengurut kepala emak. Mata emak hanya terpejam rapat, dan mukanya mengerut menahan kesakitan. Waktu itu, mata saya bertakung dengan air yang jernih. Mendengar rintihan emak, takungan air tidak dapat dibendung lagi. Empangan itu pecah dan membasahi pipi saya. Saya menangis teresak-esak. Saya terduduk di sebelah emak sambil ditenangkan oleh makcik-makcik kejiranan. Mulut emak mengatakan 'tidak mengapa' sedangkan mata emak masih terpejam rapat. Waktu itu rasa kesal menyelubungi diri ini. Saya rasakan rasa benci dan meluat ke atas diri sendiri. Rasa bodoh dan tidak berguna. Saya menyesal pergi ke sekolah. Saya sepatutnya menjaga emak yang sakit. Saya berdegil mahu ke sekolah juga. Kesudahan, inilah akibatnya. Saya memeluk emak dengan erat.

Sejak emak pula jatuh sakit, abang semakin tidak pulang-pulang ke rumah. Dua atau tiga hari baru pulang. Paling awal pun, pukul 3 atau 4 pagi baru pulang ke rumah. Abang semakin kuat bekerja. Makan minumnya tidak dipedulikan lagi. Asalkan ada sehelai dua wang dihulurkan kepada saya atau emak.

Pernah dulu abang dan saya bergilir menjaga emak. Tatkala dirasakan dia perlu bekerja, dia keluar bekerja. Akhirnya pada akhir tahun, saya menyatakan hasrat saya untuk berhenti sekolah kepada abang. Saya pula dimarahi oleh abang. Teruk saya dibebelnya. Saya berkeras yang saya mahu menjaga emak. Emak tidak boleh jalan lagi. Kata doktor, emak menghidap kencing manis dan darah tinggi. Penyakit gout yang menyerang emak 5 tahun yang lalu juga semakin parah. Apabila saya mengungkit begitu, abang terdiam. Jelas air jernih membasah kelopak mata abang. Namun cepat-cepat abang seka lalu keluar untuk pergi kerja lagi. Abang selalu macam itu. Dia tidak menunjukkan sedihnya pada saya apatah lagi emak. Keesokkannya abang membenarkan saya berhenti sekolah. Walaupun jelas kecewa terpancar diwajah abang, abang tidak terus memarahi saya. Abang nyatakan, dia memahami situasi sekarang. Saya lihat hari itu abang tidak pergi kerja. Abang banyak termenung. Kasihan abang. Tentunya dia kecewa dengan saya.

Ada satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan sehingga kini. Waktu itu saya sedang demahkan emak. Emak berbisik kepada saya. Dia teringin sangat makan pengat pisang. Saya tersentak. Saya juga menjadi buntu. Saya tidak pandai membuat pengat pisang. Mahu dibeli, wangnya tiada untuk berbuat demikian. Ada pun, memang cukup-cukup untuk membeli beras dan keperluan dapur sahaja. Saya cuba cakap-cakap dan memujuk emak. Namun emak tetap berkeras. Dia teringin sangat makan pengat pisang.

Saya mengimbau dalam ingatan. Setahu saya, emak tidak makan pisang. Emak tidak pernah buat pengat pisang. Dulu, ayah pernah beli cucur pisang. Hanya ayah dan abang yang sentuh dan memakannya sehingga habis. Mereka suka pisang. Sedangkan emak dan saya sebaliknya. Tetapi, kenapa kali ini emak kepingin makan pengat pisang? Mahu atau tidak, saya keluar dari rumah meninggalkan emak terlantar sendirian. Saya berjumpa Pak Pie dan menceritakan kemahuan emak padanya. Bersusah payahlah orang tua itu mencari pisang di kebun. Saya terus pulang dan menunggu di rumah.

"Kamu pulang dan tunggu di rumah. Jaga mak kamu. Nanti Pak Pie balik dan hantarkan pengat pisang kepada kamu," ujar Pak Pie.

Kasihan Pak Pie.

Petang itu, saya menunggu agak lama di rumah. Emak pula berkali-kali meminta pingat pisang pada saya. Saya meminta emak bersabar. Saya memujuk emak beberapa kali. Entah kenapa saya langsung tidak memberitahu emak bahawa Pak Pie yang tolong sediakan pengat pisang untuk emak. Tidak terdetik untuk memberitahu emak. Saya risau emak marahkan saya kerana susahkan jiran.

Setelah sekian lama menunggu, Pak Pie datang ke rumah. Dia memanggil saya secara perlahan dari laman rumah. Kata Pak Pie, dia tidak mahu mengganggu emak. Pak Pie memberikan ribuan maaf kepada saya. Katanya, puas memujuk taukeh kebun pisang namun taukeh yang sememangnya sinonim dengan sifat yang kedekutnya, tidak endah.

"Jika mahu, belilah! Kamu ingat hasil kebun ini senang-senang saja diberikan percuma?" Begitulah gertak dan bongkaknya taukeh cina tersebut. Saya lihat Pak Pie teramat kecewa. Jelas terpancar diwajahnya. Tidak apalah, kata saya kepada Pak Pie.

Saya duduk di dapur keseorangan. Di sebalik dapur, terdapat satu bungkusan plastik kuning yang terisi sesuatu. Ubi keledek. Ia diberikan oleh isteri Pak Pie, Mak Jah dua hari lepas. Saya membuka bungkusan plastik tersebut dan mengira-ngira jumlahnya. Tiga ketul. Saya ambil dua ketul. Satu saya tinggalkan untuk abang pulang makan nanti. Dengan dua ketul ubi keledek itu, saya membuat pengat. Dihati saya, hanya tuhan saja yang tahu. Betapa lemahnya saya waktu itu. Hanya semata-mata ingin menjaga hati emak, saya gantikan pisang kepada ubi keledek untuk dibuat pengat. Sebak menerjah dijiwa. Saya tahan. Air mula bertakung di kelopak mata, cepat-cepat saya seka.

Saya duduk di sebelah emak. Mata emak terpejam waktu itu. Bibir emak merekah. Muka emak pucat. Dulu emak sihat dan gemuk. Kini kurus melidi. Kulit lengannya berkedut dan menggelebir menampak jelas urat-urat di sana sini. Saya gosok-gosok tangan emak dengan lembut. Saya genggam tangan emak erat. Saya cium tangan emak. Tangan emak kering, bisik saya dalam hati. Saya tengok mata emak terbuka sedikit. Saya perasan emak mahu mengukir senyum kepada saya tapi emak tidak mampu. Emak menahan sakit. Tidak mengapa emak, bisik saya. Saya suapkan emak. Saya tinggikan sedikit bantal yang memangku kepala emak. Saya paut bahu emak. Emak bangun tapi mata emak masih terkatup rapat.

"Emak, ini pengat pisang mak," tipu saya. Dada saya mula sebak. Emak hanya mengangguk perlahan.

Pada suapan pertama, emak tersedak dan terus batuk-batuk. Saya lap mulut emak. Saya suap lagi. Saya masih ingat emak kata. Pengat itu tidak sedap. Rasanya lain. Ya, emak. Memang lain. Saya tidak pandai buat pengat. Apatah lagi itu bukan pengat pisang yang emak mahu. Ia pingat ubi keledek! Maafkan saya, emak. Saya menipu emak. Saya mahu jaga hati emak. Saya tidak mahu emak kempunan! Itu saja.

Saya menangis. Sedu sedan saya tahan. Saya pujuk emak. Saya kata, emak sakit tentulah selera hilang. Pengat pisang rasa memang tidak sedap bila sakit. Saya pun cakap, nanti emak sembuh emak makanlah puas-puas pengat pisang yang dibuat oleh saya lagi. Emak mengangguk. Emak sempat bergurau, masa muda makanlah apa saja. Masa sakit nanti susah mahu makan yang sedap-sedap. Hilang selera dan lidah tidak merasa sedap! Saya cium dahi emak. Saya mengangguk walaupun saya tahu emak tidak tengok saya mengangguk dan senyum. Apatah lagi melihat air mata saya jatuh bercucuran membasahi pipi saya.

Emak.

Setiap kali suami saya membawa balik pengat pisang dari pantai timur, saya sentiasa terkenangkan emak. Saya merindui emak sangat, sangat. Masih terasa jari jemari saya ini seakan mengurut, menyentuh dan menggosok-gosok kulit tangan dan badan mak ketika sakit dulu. Biarpun berkedut dan busuk peluh emak, saya langsung tidak mengambil cakna. Saya tidak peduli. Emak berak dan kencing sewaktu emak tenat dahulu pun, saya redha. Sebab saya sedar, dahulu emak pun basuh berak kencing saya. Tiada lagi perasaan jijik dihati saya. Dan, saya juga tahu syurga itu di bawah kaki seorang ibu. Tiada kemanisan dalam hidup dirasakan jika tidak berbakti kepada ibu.

Abang.

Kerana abang, emak tenat. Menyesalnya saya rasa sebab memberitahu emak akan berita itu. Saya tahu emak sayangkan abang lebih daripada saya. Kerana berita abang, emak seakan tidak mahu hidup lagi.

Waktu itu, saya tidur sebelah emak. Saya menganggar waktu itu sudah lewat benar. Suasana sekitar rumah sunyi. Hanya terdengar bunyi sang cengkerik dan unggas di luar. Sesekali terdengar jeritan cicak di suatu sudut rumah buruk itu. Entah kenapa saya tidak dapat melelapkan mata setelah terjaga dari tidur. Saya lihat mata emak terkatup rapat. Dada emak berombak perlahan. Emak tidur nyenyak sangat. Di sebelah kiri emak terdapat talam berisi ubat-ubat dan semangkuk bubur emak yang saya sedia pada sebelah siangnya. Berbantukan cahaya lampu minyak tanah, saya betul-betulkan selimut emak. Mata saya segar sangat waktu itu. Kantuk sudahpun luput. Saya mengambil kesempatan itu untuk membaca Al-Quran. Boleh juga saya sedekahkan kepada arwah ayah. Dan boleh juga saya berdoa untuk emak agar sihat kembali. Dalam dua muka surat, saya berasa tidak sedap hati. Saya bantutkan bacaan surah. Saya termenung. Emak masih tidur nyenyak. Entah kenapa jantung saya berdegup kencang.

Tatkala waktu subuh hampir tiba, datang beberapa orang lelaki kampung ke rumah. Mereka membawa perkhabaran buruk. Abang, mak. Berita fasal abang. Abang kemalangan di tempat kerja, mak. Saya jatuh terduduk di muka pintu mendengar perkhabaran abang. Abang kemalangan dan meninggal di tempat kerja. Kata orang kampung, abang terjatuh dari tingkat lima semasa hendak memasang cermin tingkap bangunan. Saya tidak mahu tahu apa puncanya. Saya menangis semahu-mahunya. Apakah bala yang menimpa, fikir saya. Apakah dugaan yang mendatang, rintih saya. Putus lagi satu sumber ekonomi rumahtangga. Putus lagi satu tempat bergantung kita, emak.

Siangnya, emak terkejut besar dengan berita itu. Mata emak yang sebelum itu hanya terpejam dan terkadang saja dibuka, emak celik luas-luas. Emak sangat terkejut. Air mata emak mengalir. Saya lihat emak tidak bergerak. Seperti patung. Hanya air mata emak deras jatuh melaju. Saya memeluk emak erat-erat. Saya menangis dan meraung. Orang kampung cuba memujuk saya. Emak. Abang sudah tiada!

Selepas abang selamat dikebumi, keadaan kesihatan emak semakin tenat. Emak sudah kurang mahu makan. Selera emak jatuh, benar-benar jatuh. Muka emak kian cengkung. Bibir emak luka dan kering. Tangan emak menggeletar. Saya pujuk emak supaya bersabar. Saya pujuk emak dengan menyatakan Pak Pie berusaha membantu kami sekeluarga. Pak Pie jiran yang baik. Pak Pie sanggup ke kota mencari rezeki untuk berkongsi dengan kita. Pak Pie tiada anak. Maka hanya kita berempat tanggungan dia termasuk Pak Pie sendiri.

Emak menggeleng-geleng kepala saja. Emak seakan tidak setuju Pak Pie berbuat demikian. Ya, emak. Saya faham perasaan emak. Tapi apakan daya saya. Saya tidak mampu keluar mencari rezeki. Jika saya keluar, siapa mahu jaga emak? Jika diharapkan jiran, mereka juga ada urusan mereka. Mahu atau tidak, saya terpaksa menerima pelawaan Pak Pie. Maafkan saya, emak. Saya juga pujuk emak agar ke hospital. Namun emak berkeras. Emak degil sangat. Emak enggan. Emak membantah bulat-bulat cadangan saya dan Pak Pie. Emak meronta-ronta apabila jiran datang membantu emak bangun untuk ke hospital menaiki kereta milik Pak Jusoh, ketua kampung. Emak tetap tidak mahu. Kami akur kehendak emak. Emak kata, emak mahu mati di rumah buruk itu. Emak mahu kenangan dan sejarah berkubur di rumah itu bersama emak. Emak. Sedihnya dan pilunya saya rasa tatkala emak berkata sedemikian. Saya menangis lagi, tersedu sedan.

Pada suatu pagi yang hening, saya keseorangan sibuk di dapur bagi menyediakan emak sarapan. Saya membuat bubur untuk emak. Sewaktu menunggu bubur siap, saya bermain-main imbauan sejarah silam.

Masih saya ingat sewaktu kecil-kecil dahulu. Abang selalu buli saya. Ayahlah yang pertahankan saya. Emak pula pertahankan abang. Saya tersenyum bila mengenangkan ketika kami berebut untuk naik basikal ayah. Ayah beli basikal baru untuk pergi dan pulang ke tempat kerja.

Saya menangis apabila ditolak jatuh oleh abang. Emak biasanya memenangi abang. Tapi tidak kali itu. Emak pujuk saya. Emak marahkan abang. Abang merajuk dan duduk di atas pangkin di bawah pokok mempelam rendang depan rumah. Abang menjuihkan bibir kepada saya. Saya berhenti menangis dan ketawa riang setelah emak pujuk. Ayah ambil saya dan letak saya di atas batang basikal. Saya menjerit kegembiraan. Emak melambai-lambai. Ayah membawa saya pergi. Kami pusing-pusing satu kampung. Saya sempat menoleh melihat emak dan abang. Abang merenung dari jauh. Emak masih lambaikan tangan sambil tersenyum. Senyuman emak adalah senyuman yang paling manis pernah saya lihat. Ya, emak. Emak cantik sewaktu sihat dulu.

Ayah. Emak. Abang.

Kini hampir 10 tahun ia berlalu. Kini saya pun sudah bersuami, mempunyai anak, dan kami hidup dengan bahagia. Walaupun saya sebak kerana emak dan ayah tidak melihat saya menjadi raja sehari, namun saya redha. Allah lebih sayangkan ayah. Allah lebih sayangkan emak. Allah lebih sayangkan abang. Saya juga sedih tatkala mendapat cahaya mata yang pertama. Jika ayah ada, saya suruh ayah azankan cucu dia yang pertama ini. Perempuan. Comel sangat. Mata anak sulung saya itu sama sangat macam ayah. Bibirnya pula sama sangat macam emak. Jikalah cucu ayah emak ini besar nanti tentunya senyumannya menawan dan manis semanis senyuman emak dahulu. Betul, emak! Saya tidak tipu!

Saya, suami dan anak-anak bersama-sama menonton televisyen. Kami berehat di hari minggu. Kebetulan bulan ini adalah bulan Mei. Hari Ibu bakal disambut. Hari saya mengenangkan emak semakin kuat bermain dalam ingatan dan benak saya. Setiap kali lagu ibu berkumandang, dan lagu Aishah, Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu berkumandang di corong radio, hati saya sebak. Pernah sekali saya menangis di depan suami. Suami saya memujuk saya. Ya, emak. Saya tidak kuat. Walaupun ia sudah lama berlalu, ingatan saya kepada emak masih kuat dan segar sangat dalam ingatan. Umpama berlaku hanya beberapa bulan yang lepas saja.

Saya berumur 7 tahun waktu itu.

Ayah, emak dan abang membuat kejutan untuk saya. Saya masih ingat bulan itu adalah bulan Mei. Saya diberikan kek yang besar. Ayah, emak dan abang sama-sama menyanyikan lagu selamat untuk saya di hari kelahiran saya yang baru menjangkau 7 tahun. Saya amat seronok. Saya bergurau senda dengan ayah. Saya bergurau senda dengan emak. Saya bergurau senda dengan abang. Kita gelak ketawa gembira bersama.

Pada lewat malam, emak, ayah dan abang mahu masuk tidur. Namun saya memohon agar emak tunggu saya di ruang tamu. Emak senyum dan mengikut kemahuan saya. Saya pergi ke dapur dan mengambil sesuatu. Saya kembali mendapatkan emak dan menghulurkan ia kepada emak. Masih emak ingat saat itu? Emak suka dan gembira sangat. Saya ucapkan 'Selamat Hari Ibu' kepada emak. Emak memegang dan mencium hadiah saya itu. Emak cakap wangi dan emak mahu simpan di dalam bilik. Emak memeluk saya erat-erat. Emak cium dahi saya. Emak cakap, emak sayang saya. Emak. Saya sedar hadiah saya tidak seberapa. Bunga plastik sahaja. Saya semburkan dengan pewangi sahaja. Pewangi itu pula pewangi yang selalu emak pakai. Emak seakan tidak kisah itu semua. Saya sangka emak akan berkecil hati namun tidak. Mulianya hati emak.

Saya berdiri betul-betul di hadapan busutan dengan dua pacakan batu. Tertera nama emak yang cantik di permukaan batu itu. Suami saya memegang bahu saya. Dia menggosok-gosok dan menepuk bahu saya. Tangan saya yang memimpin tangan anak, saya lepaskan. Saya duduk mencangkung di depan kuburan emak. Saya mengambil satu kalungan bunga dari suami.

"Emak, saya datang ni," kata saya. Saya letak kalungan bunga itu di atas kubur emak. Saya menekup muka saya dengan kedua-dua tapak tangan saya. Dia saat itu segala peristiwa saya bersama emak bermain dengan jelas di dalam benak.

"Emak. Alangkah bagusnya kalungan ini menjadi pengganti sewaktu saya menghadiahkan emak bunga plastik di Hari Ibu sewaktu saya kecil dahulu!"

Emak. Ayah.

Tengoklah siapa yang datang. Inilah menantu emak, Hairi. Inilah cucu sulung ayah emak, Sofea. Inilah cucu kedua ayah emak, Amran. Inilah cucu ketiga ayah emak, Jalilah. Saya.. saya datang, emak, ayah. Saya bahagia dan senang sekarang.

Abang.

Tengoklah anak buah abang ini. Mereka comel-comel belaka. Lihat Amran, bang. Mukanya mirip abang. Perangainya pun seakan sama perangai macam abang. Nakal. Tapi hatinya baik macam abang. Tentu abang seronok bersamanya jika abang masih bernafas sekarang.

Emak.

Kenangan saya lebih banyak bersama dengan emak berbanding ayah. Walaupun sayang saya tidak berbelah bahagi, saya rasakan saya lebih rapat dengan emak. Dari emak sihat hinggalah emak sakit tenat. Saya sentiasa di sisi emak. Emak lapar, saya suapkan. Emak sakit, saya urut dan demahkan emak. Emak panas, saya kipaskan. Pengorbanan perit saya sewaktu usia remaja dahulu tidak sia-sia. Nasihat emak agar saya tabah menghadapi hidup benar-benar melatih saya menjadi insan yang berguna sekarang.

Lantas, saya, suami dan anak-anak mengangkat tangan. Kami berdoa dan bersedekah Al-Fatihah bersama-sama. Kami semua menghadiahkannya kepada ayah, emak, dan abang di sana.

Ayah. Emak. Abang.

Bersemadilah ayah dengan aman di sana. Bersemadilah emak dengan aman di sana. Bersemadilah abang dengan aman di sana.

Semoga Allah tempatkan emak, ayah, dan abang di kalangan orang-orang yang mukmin. Amin.

Saya berjalan berat meninggalkan ayah, emak, dan abang 'terbaring' di sana. Jangan risau, saya akan sentiasa menghadiahkan doa sejahtera kepada kalian. Ingatan saya kepada kalian tidak akan saya lupakan sehingga ajal menjemput saya.

Sampai di muka pintu utama kawasan kuburan itu, saya berhenti melangkah. Suami dan anak-anak terus berjalan menuju ke kereta. Saya pusing dan berpaling ke arah kuburan emak dari jauh.

"Emak.. Selamat Hari Ibu.."

Air mata saya jatuh berguguran lagi membasahi pipi.


Aishah - Syurga Di Telapak Kaki Ibu


"Dan tuhanmu memerintahkan supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'uuh', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): 'Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.'" (Surah al-Israk, ayat 23-24)


Cerpen ini adalah hasil karya aku sendiri sempena Hari Ibu (Mei 2010). Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu di luar sana. Beringatlah. Hargailah ibu bapa kita yang bersusah payah membesarkan kita. Janganlah kita derhaka kepada kedua ibu bapa kita. Sesungguhnya anak yang derhaka, neraka jahannamlah yang layak baginya. Wallahua'lam.

P/S: Cerpen ini diterbitkan kembali (repost) bagi menyertai Pertandingan Cerita Berilhamkan Lagu yang dianjurkan oleh Ezany-kun.

Saturday, July 31, 2010

Contest Aku dan Ray Ban


Salam semua.

Sudah lama aku tak join contest. Lama sudah memeram. Biasalah, tiada internet di rumah. Akses pun di handphone aje selama ni. Nak blogging pun tiada mood sebab banyak tool blog tak nampak (Opera Mini cap ayam lagi kot!). Asyik mengomel di Facebook saja.

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

Okey. Kali ini aku join contest Ray Ban pula. Di blog penulisnya, Caer, dia eja Ray Bon. Alah. Typo error kot. Tak pun Ray Ban dia cap ayam. Ntah. Haha. Gurau saja, Caer. Alang-alang join contest, boleh kenal-kenal sama Caer (Cara sebutannya 'Ka-ir'. Bukan 'Ca-ir'. Haha.) Blogger baru, bagi aku. Mungkin. Jadi kepada Caer, maaf ya. Blog aku ini kurang sangat update. Aku ada saja online. Cuma di Facebook. Add la aku.

Belum pernah aku join contest serupa ini. Ini first time. Malas mahu menonjol sangat dalam blog. Di Facebook, okey la. Action begitu begini. Posing bagai. Tidak mengapa. Kali ini saja. Khas untuk contest yang dianjurkan oleh Caer.


Tu diaaa aiihhh..! Model fesyen mana ntah ni! Haha!

Dalam banyak-banyak, inilah antara gambar aku dress-up bagai. Semua barang branded punya. Dari atas sampai bawah. Cermin mata Ray Ban original. Sweater Evisu original. Baju Miami Ink original. Jeans Levi's Engineered original. Kasut Adidas original. Seluar dalam pun original juga! Cap Lee Cooper kalau tak silap aku. Haha. Sila abaikan budak spastik dan botol 100plus kat belakang tu ya. Itu hiasan semata-mata. *Rasa spoil jer ada semua tu* Gambar ini di snap pada tahun lepas di Marang, Terengganu. Ada perjumpaan ape ntah. Lupa.

Gambar di atas ni di edit oleh Hunny. Thanks, Hunny. Al-maklum masa tu aku belum mahir sangat guna sebarang aplikasi edit meng-edit gambar. Haha. Tapi tidak lagi sekarang. Bolehlah sikit-sikit.

Last but not least, contest si Caer ni mahu contestant tag 2 orang. Hm.. mahu tag siapa ya? Hm..
1 - Dayah
2 - Hunny

Hamik kau! Buat! Buat! * pandai la kau Caer cari contestant.. tapi cam cara memaksa plak.. haha.. gurau jerk! :P *

Okey, sekian saja dari aku. Harap-harap terpilih ya, Caer. Dah habis macho dah posing tuh! Haha.
Ada sesiapa nak sign aku tak? Haha.


Thursday, April 29, 2010

Contest: 10 Sebab Menggunakan Internet


Contest lagi!

Hari ini buka blogger list, terus nampak artikel dari Shah Rukh Hans *nick poyo! hehe..*. Macam menarik. Aku terus lompat ke blog penganjur. Eh eh! Si Atok Poyo rupa-rupanya. Alaa.. atok poyo yang famous dalam Facebook tuh! Tafsir Mimpi, Tukang Nujum.. dia la tu! Siapa-siapa yang pernah guna aplikasi Facebook Atok mesti tahu. Aku dulu pernah guna. Bukan mahu percaya 100% pun. Karut! Main-main saja, sekadar suka-suka di waktu kebosanan. Hehe.

Hadiah contest ini menarik juga.

Tempat Pertama – RM100 tunai
Tempat Kedua – RM50 tunai
Tempat Ketiga – RM25 tunai

Jom sertai bersama! Klik SINI ya!

Okey. Di nyatakan di bawah 10 sebab aku guna internet. Penting woo internet bagi aku.

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..


1) Check email di GMail

Ini adalah wajib setiap kali aku buka browser. Di mana-mana pun aku online; di rumah atau di cyber cafe. Tab pertama browser yang aku buka adalah semestinya email. Email ini teramat penting bagi aku. Di email aku biasanya banyak masuk dari blogger, Facebook, email forward, kerja, bisnes, dan sebagainya. Boleh dikatakan 30% dari keseluruhan email adalah spam. Yang ini wajib ada. Entah dari mana datangnya email seperti ini. Macam tahu-tahu pula email aku. 20% daripadanya pula adalah forwarded email. Separuh darinya dari rakan, dan separuh pula lagi dari entah-siapa-siapa. Tapi terus terang aku cakap, aku tak pernah submit mana-mana untuk forwarded email ni. Hatta dari sesawang @ blog BLUE sekalipun! Haha.

2) Facebook

Yang ini wajib buka juga. Ramai rakan di sana. Aweks-aweks juga. Haha. Kalau dulunya, aku mendaftar di Facebook disebabkan game. Sekarang ini tidak lagi. Semalam pun masih 'digoda' oleh Hans tu untuk join dia main game. Mula-mula 'goyang' juga jiwa aku ni. Tapi bila fikir-fikir secara mendalam, nehi hai! Sorry la Hans. Not interested anymore! Haha. Jadi sekarang di Facebook aku banyak komen sana sini. Bersembang, dan mengutuk juga. Kadang-kadang Facebook ni bagus, tau. Kita boleh lead info rakan-rakan kita. Yang jauh dan yang dekat. Apa yang dia buat, apa aktiviti dia, dan kebanyakan mood diorang pun kita boleh tahu. Nak nak yang jenis feeling or jiwang terlebih tu. Di Facebook sajalah tempat meluahkan segala 'emosi-emosi'. Haha. Aku? Ada juga. Tapi jarang sangat la beb! Awww..! :P

3) Blogger

Yang ini wajib juga. Tak buka, tak sah! Buka dan baca blog rakan-rakan dulu. Boleh dikatakan 70% dari senarai artikel aku buka dan baca. 30% lagi adalah bila perasaan diselubungi kurang minat. Betul la blogger otai-otai cakap. Tajuk artikel juga penting untuk menarik minat pembaca blog kita. Hmmm.. psikologi! Kemudian, selepas habis baca blog rakan-rakan, komen dan sebagainya, aku bermula menaip artikel aku. Itu pun jika ada idea. Jika tiada, blogwalking sajalah. Itu pun sekadar yang termampu. Minat untuk blogwalking tinggal 60% saja setakat ini. Haha. Mujurlah belum down macam Kapten Luffy. Dia sudah tidak berminat untuk blogwalk lagi.

4) Shoutmix

Di halaman blog aku ada widget shoutmix iaitu satu kotak ruangan sembang yang aku sediakan khas untuk rakan-rakan yang baru dan yang lama. Di sana, aku boleh berkomunikasi dengan mereka. Namun, aku tidak membuka laman blog aku secara terus. Aku akan ke Shoutmix.com dan aksesnya dari sana. Kemudian, barulah aku blogwalk dan bersembang dengan mereka. Aku amat cerewet tentang ruangan sembang. Jika ada ayat-ayat pelik, porno, maki hamun, dan ulang-ulang, aku boleh buang dan haramkan (delete and ban!). Kadang-kadang kaki iklan pun ada. Walaupun begitu, aku masih memberi kelonggaran serba sedikit untuk pelawat-pelawat meninggalkan iklan mereka. Yang mana okey bagi aku, aku tidak buang dan haram. Biar begitu saja.

Nombor 1 hingga 4 adalah tab wajib di browser. Bila tengok saja browser aku, 4 benda di atas ini tersusun cantik tab-nya pada browser. Haha.


5) Yahoo! Messenger (YM)

Antara sebab aku perlukan internet juga. Di sini antara paling ramai senarai rakan-rakan aku. Dari rakan zaman sekolah, kolej hinggalah rakan kerja lama dulu. Semua ada. Penting sangat-sangat bagi aku. YM juga adalah aplikasi penting selepas Facebook. 5% senarai contact yang tiada di Facebook, tetapi ada di YM!

6) Aplikasi Peer-to-peer (P2P)

Apakebendekah P2P ini? Korang tak tahu? Pernah guna torrent tak? Pernah guna Ares tak? Bearshare? Ha.. itulah P2P! Perkongsian fail-fail seperti mp3, fail video dan movie, gambar, dan sebagainya secara akses secara beramai-ramai di platform yang sama. Itu kefahaman aku. Definisi sebenar korang boleh cari di internet. Aku guna P2P ni biasanya mencari mp3, video, dan movie.

7) Politik

Haha. Kelakar betul. Serious s**t, okey. Dulu aku cukup-cukup anti bab-bab politik. Namun bila dah besar panjang, tahu tanggungjawab, nak tak nak kena juga terlibat di medan peperangan politik tanahair. Walaupun begitu, aku tidaklah fanatik sangat. Sokong mana pihak yang betul sahaja. Lagipun, aku tidak 'berpolitik' di landasan yang salah. Aku tiada blog politik. Di sini pun aku langsung tiada membuat ulasan atau artikel berkaitan politik. Walaupun aku sedikit sebanyak lead info fasal politik negara kita. Biasanya aku akan buka laman sesawang kedua-dua belah parti. Yalah. Negara kita ini boleh dibahagi kepada 2 haluan. Haluan kiri dan kanan. PKR dan BN. Aku ni jenis kalau nak tahu sesuatu cerita, mesti tak dengar sebelah pihak je. Mesti mahu dengar cerita kedua-dua belah pihak. Jadi, aku akan buka blog atau sesawang kedua-dua belah parti. Contohnya, berita fasal Anwar Ibrahim di HarakahDaily atau Malaysiakini. Aku baca sampai habis. Lekat di memori ingatan. Kemudian, aku buka pula cerita yang sama di Utusan atau mana-mana akhbar pro kerajaan. Aku baca sampai habis. Kemudian, remind dan nilai. Dari situ kita boleh compare, mana satu betul mana satu 'si putar belit', mana satu fitnah, mana satu agenda propaganda, mana satu cerita reka-reka, dan sebagainya.

Berpolitik itu WAJIB dalam Islam. Namun biarlah kita di 'saluran' yang BETUL, okey.

8) Gadget dan komputer

Ini hobi sampingan aku. Kerana tidak mampu, sekadar tengok pun jadilah! Bila sudah minat, tengok pun sudah puas. Biasanya aku akan buka di laman Mobile88.com. Kebanyakannya telefon bimbit la. Selain gadget terkini, di sana juga terdapat ulasan terperinci dan komen-komen pengguna. Malah tersedia juga klip-klip video untuk tatapan peminat gadget.

Untuk info tentang dunia komputer pula, aku banyak menghabiskan masa di sesawang Need for Games (N4G). Antara sesawang paling menarik bagi aku. Semua ada. Tentang OS, aplikasi komputer, jentera komputer terbaru, komen, laptop, permainan konsol, dan sebagainya. Boleh dikatakan, jika anada minat game, komputer, dan barangan elektronik canggih, sila ke laman sesawang ini!

Kadang-kadang game lucah pun mereka buat review! Tak percaya? Aku dah cilok satu gambar dari sesawang tersebut. Haha.

9) Kerja part-time

Sebenarnya aku tidak pernah heboh fasal ini di blog. Namun untuk contest ini, terpaksa senaraikan juga. Sekarang aku tidak bekerja. Maka aku terpaksa cari alternatif lain untuk menjana duit. Oleh yang demikian, aku telah menyertai sesawang yang menyediakan kerja part-time, iaitu Freelancer.com dan EUFreelance.com. Pakai dollar. Antara kerja yang aku buat adalah designing dan coding. Aku biasanya pilih kerja yang simple dan murah saja. Kalau yang mahal, selalunya kerja itu susah nak buat. Walau bagaimanapun, biasanya yang murahlah yang paling sukar nak dapatkan. Siapa cepat dan offer terendah, dia dapat!

10) Klip, trailer, dan wayang

Kerja, berblog, berpolitik, kadang-kadang memenatkan otak. Otak penat, automatik jiwa tenat dan tak tenang. Maka untuk meneutralkan kembali, aku biasanya melayan klip-klip video, cerita, dan trailer di YouTube.com.

Dengar-dengar, ada Tube lain selain YouTube. Apa ek? Kata orang, popular juga. BlueTube ke? RedTube ke? GreenTube ke? Siapa tahu? Haha.

Tuesday, April 20, 2010

Contest: Happy Birthday, Joe!


Sesudah membaca dan menilai dari segelinap sudut salah satu artikel contest anjuran Encik Joegrimjow, aku menepuk dada sendiri. Aku berkira-kira sendiri. Aku mempersoal diri sendiri. Mampukah aku mencipta satu agenda dalam blog aku yang mampu membuatkan Joe tersenyum lebar? Mampukah aku mencipta satu agenda yang dapat menceriakan hari bermakna Joe dengan hanya membaca karutan aku? Mampukah Joe menerima, dan yang paling penting, memahami agenda yang akan aku coretkan nanti? Mampukah.. mampukah aku mendeskripsikan agenda karutan aku yang membolehkan Joe tidak akan melupakan aku? Seorang rakan alam cyber ini. Seorang lelaki yang merasa kerdil berselindung di antara nama-nama peminatnya dalam ribu-ribu. Seorang blogger lelaki yang tidak dikenali.

"Mampukah aku?"

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

Ya! Mungkin boleh! Dan.. mungkin juga tidak. Selama lebih 24 jam aku memikirkan akan kemampuan diri.

* * * * * * * * * *

"Itu coretan bila, Latip?" tanya lelaki yang berada di hadapanku. Dia berpakaian biasa namun tampak kemas dan bergaya. Bercermin mata sepertiku. Aku meneliti bekas-bekas misai dan janggutnya. Alur jambangnya yang dicukur kemas aku perhatikan. Aku mengukir senyum selepas lelaki itu mengangkat keningnya, menanti jawapan keluar dari mulutku.

"Beberapa minggu yang lalu," jawabku. "Tak tidur malam, tau!" kataku lagi. Lelaki yang duduk di depanku ketawa. Aku hanya mampu tersengih. Perasaan segan dan hormat bersipongang di dalam dada.

"Kenapa sampai macam tu? Sepatutnya tak perlu jadi macam tu," kata lelaki itu sambil ketawa. Ketawanya kian perlahan. Lantas dia tersenyum.

"Entahlah. Excited sangat kot!" jawabku selamba.

Mataku liar memandang suasana di situ. Agak sibuk tapi selesa. Sejuk penghawa dingin menerjah kulit lenganku. Dinginnya mampu membuat bulu tengkukku berdiri tegak. Sejuk! Kelihatan beberapa orang pelayan wanita berkeliaran. Ada yang berjalan sambil memegang dulang di tangannya. Ada juga yang sedang berbual-bual dengan pelanggan di situ. Mengambil pesanan, fikirku. Beberapa orang darinya cantik. Berdiri sibuk meletakkan gelas-gelas di atas dulangan di kaunter. Sekali aku lemparkan senyuman. Berbalas. Mataku tidak lekang dari pipinya. Senyuman yang membentuk lesung pipit yang cantik. Ah, alangkah.. alangkah cantiknya wanita itu. Bukankah bagusnya wanita itu sibuk di dapur rumahku bertanggung suri, bukannya bertanggung pelayan?

"Errr.. Latip!"

Teguran lelaki tadi telah membantutkan khayalku. Lamunan pada wanita tadi tergendala. Aku memandang tepat pada lelaki itu. Aku melempar senyum.

"Katanya.. dalam Facebook kau.. ada perkara penting kau nak bagitahu, kan?" kata lelaki itu, sedikit tersangkut-sangkut. Aku mengangguk laju. "Apa dia?" soalnya lagi.

"Adalah, nanti," jawabku ringkas. Lelaki tadi melopong.

"Penting?" soal lelaki tadi. Dia memperbetulkan cermin matanya. Mukanya tampak tegas.

"Emmm.. penting buat kau!" balasku. Dia menyandar pada belakang kerusi seraya tersengih.

"Kau bikin suspens?"

"Hari ini hari istimewa, so.. jawapan aku.. ya!" kataku seraya ketawa.

Beberapa minit kemudian, hidangan tiba di meja. Banyak sungguh. Hidangannya pelbagai. Ala carte, hidangan ala Sepanyol, dan pelbagai lagi hidangan kebaratan. Aku terpegun. Pelik benar hidangan di hadapanku. Aku memandang lelaki di hadapanku dengan mata terbeliak.

"Apa ni?" soalku.

"Makanan yang mahal-mahal. Yang kau nak!" jawab lelaki itu sambil tersengih. "Tak pernah tengok? Tak pernah makan?"

Aku menggelengkan kepala. Hairan. Beginikah bentuknya makanan barat? Pelik-pelik belaka, aneh caranya.

"Halal?"

Lelaki tadi mengangguk laju.

"Kau makan semua-semua ini dulu?" soalku, ingin tahu. Aku memandang dengan penuh tanda tanya kepada lelaki itu. Lelaki itu mengangguk lantas berkata, "Sekali sekala!"

"Mana seorang lagi? Kata kau, ada jemputan untuk seorang lagi, kan?" soal lelaki itu sambil menoleh kiri dan kanan. Aku tidak menjawab. Aku turut mengintai-intai, tercari-cari di mana seorang lagi rakanku. Beberapa hari yang lepas, aku sudah maklumkan padanya perihal malam istimewa ini. Lupakah dia?

"Kita makan dululah. Perut dah lapar ni. Kejap lagi sampailah dia. Apa kata kau?" kataku.

"Suka hatilah," jawab lelaki itu, selepas dia terdiam seketika.

Selang beberapa ketika kami menatap hidangan pelik-pelik di hadapanku itu, rakanku Abie tiba. Dia turut dijemput untuk menatap hidangan pelik-pelik itu. Memakan masa yang lama juga untuk menghabiskannya walaupun perut terasa seperti hendak meletup. Sambil makan, aku berbual panjang dengan lelaki itu. Banyak perkara kami sentuh. Terkadang kami ketawa besar. Tergambar ceria di wajah lelaki itu.

"Abie. Nah, pegang ni. Tolong aku ambilkan," kataku kepada Abie sambil menghulurkan sebuah kamera kepadanya. Abie bersetuju sambil mengangguk. Aku bangkit dan duduk di sebelah lelaki yang berkaca mata tadi.

"Sempena hari ini, hari yang bermakna ini, aku ada hadiah juga untuk kau," kataku. Dan sambungku lagi, "Terima kasih di atas susah payahnya kau datang ke Kemaman, lagi, sudi belanja kami, aku dan Abie, menatap hidangan yang.. hebat ini!"

Aku meletakkan tangan di atas bahu lelaki tadi. Aku memeluk bahunya erat. Dia hanya tersenyum dan sesekali mengangguk.

"Tak sangka sebenarnya, dari berkawan jarak jauh, sekarang bersua muka. Eh, kau jangan salah anggap aku ni gay pula, ya?" kataku sambil ketawa.

"Eh, tak!" balas lelaki itu sambil turut ketawa besar.

"Abie! Camera ready for snap?!" soalku sambil jari telunjukku menunjuk kepada kamera yang dipegang oleh Abie sedari tadi.

"Yes! Ready!" kata Abie sambil mengangkat ibu jari tangan kirinya.

"You.. ready?" kataku sambil memalingkan muka kepada lelaki di sebelahku. Dia hanya mengangguk dan terpinga-pinga.

"Nah..!!!"





Kanan = aku (konon). Kiri = lelaki itu (konon).

"Dah snap?" tanyaku pada Abie. Abie mengangguk. Terpancar jelas kejutan diwajah Abie. Aku ketawa terkekeh-kekeh. Lelaki itu juga agak terkejut. Dia turut ketawa terkekeh-kekeh.

"Bagus! Itulah hadiah birthday untuk kau, Joe! Suka?" kataku sambil tersenyum. Tangan kananku menepuk-nepuk bahu lelaki yang bernama Joe, di sebelahku beberapa kali.

"Happy birthday, my friend! Kau dah tua, okey? Dan sangat sesuai dah kahwin! Sudah masak ranum! Haha." ulangku lagi.

Agak berat untuk Joe mengangguk. Dia terdiam seribu bahasa, kelu sejuta kata. Hanya senyuman bisa jelas terukir diwajahnya.
Cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan pun samada antara penulis dan Joe. Haha. Tapi perihal gay, jangan percaya sangat. I'm straight, okay? Haha.

Kepada Joe, selamat hari lahir yang ke 22! Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dan dipercepatkan jodoh. Mudah-mudahan kau berjaya dalam hidup dan berbahagia selalu. Senyum sokmo, okey? :)

"We know we're getting old when the only thing we want for our birthday is not to be reminded of it."

JOE...

Wednesday, March 17, 2010

Pemenang Contest 'If I Were A Millionaire'


Lama korang semua menunggu, kan? Kasihan.

Okey. Di sini dengan sukacitanya aku mahu maklumkan pemenang tempat pertama, kedua, dan ketiga bagi contest yang pernah aku anjurkan sebelum ini yang bertajuk 'If I Were A Millionaire'. Tapi sebelum itu, mahu juga aku komen dulu fasal contest ini, ya tak? Bagi saspen sikit. Hehe.

Pada awalnya aku tidak menyangka seramai 36 peserta yang menyertai contest aku ini. Itu pun ada lagi yang tercicir sebab tak tahu aku ada anjur contest. Maaf. Korang tak follow aku memang nasib la kan. Takpe. Aku tak salahkan korang. Tapi yang hairannya, ada gak yang bagi komen 'akan join' walhal sudah lepas tarikh tutupnya. Haha. Agaknya beliau sibuk melampau hingga tak sempat baca dengan teliti. Takpe la. Tak kisah la. Tunggu je la next contest aku lepas ni.

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

Dalam 36, ada lebih 3 penyertaan yang terpaksa ditolak. Yelah. Dah mention awal-awal yang artikel korang mestilah berbentuk esei. Korang buat bentuk list plak. Haih. Minta maaf banyak-banyak.

Untuk penilai pula.. ehem.. bukan aku penilai, okey? Aku dah lantik adik aku sendiri untuk menilai. Kasihan pula dia. Yalah. 36 artikel beb! Mau tak pening baca artikel one-by-one. Aku ni baca 5 artikel pun dah pening. Inikan pula 36 artikel. Boleh pengsan. Haha. Aku tak sangka gak senarai pemenang yang adik aku list tu layak jadi pemenang. Sebab aku rasa ada lagi yang lagi bagus. Namun komen adik aku; yang lain bosan. Jadi, takleh nak kata apa la beb. Dia yang penilai. Redha je la. Yang kalah tak menang tu, jangan marah, kecewa, dan give up. At least korang dah mengasah bakat dalam penulisan. Dan secara tak langsung, blog korang ter-update juga kan? Hehe. Think positive, okey?

Okeylah. Cukup. Malas dah nak membebel.

Pemenang untuk contest ini adalah:



Tempat pertama; mendapat title 'Mat Jenin Alaf Baru' dan top-up RM30 jatuh kepada.. SIR MARCELLO!!! Tepuk tepuk tepuk..

Tempat kedua; mendapat title 'Minah Igau Siang Malam' dan top-up RM20 jatuh kepada.. HUDA!!! Tepuk lagi tepuk lagi..

Tempat ketiga; mendapat title.. eh! takde title.. sorry sorry.. hadiah top-up RM10 jatuh kepada.. HANS!!! Yeah! Tepuk kuat-kuat semua..!



Dengar Baca sini baik-baik. Kepada pemenang yang dah diumumkan ni, sila emailkan ke latip04@gmail.com nama korang, alamat blog, dan nombor telefon bimbit korang. Aku akan terus top-up ke nombor telefon bimbit korang setelah aku dapat kesemua data dari ketiga-tiga pemenang. Lambat korang submit, lambat la korang dapat. Bagi yang taknak top-up, aku boleh cash ke akaun korang. Tapi email la nombor akaun bank korang.

Aku harap semua enjoy dengan contest yang telah aku anjurkan. InsyaAllah, selepas ini ada lagi contest akan menyusul. Hadiah aku nak up sikit.
Dah lama tak guna ayat pasar. Seronok la plak. Haha.

Thursday, March 04, 2010

Pemenang Contest 'Weekend@Sheffield'

"I am the winner!!!", jerit aku keseorangan.

Secara jujurnya sepanjang aku berblogging selama bertahun ini, hanya tiga kali aku menyertai contest atau pertandingan menerusi blog. Walhal jika kita perhatikan di setiap ceruk pikuk blog terdapat lebih kurang 10 contest dicipta setiap bulan termasuklah contest berbentuk esei, contest bergambar dan sebagainya. Sebanyak tiga kali ini, hanya dua contest yang aku sertai berbentuk esei.

Contest pertama aku sertai adalah contest yang dianjurkan oleh Khairil Afzal sewaktu ketika dahulu. Aku adalah pemenang utamanya. Walaupun aku menulis sewaktu mata mengantuk, kepala tengah berkhayal, tidak disangka juga esei tersebut menarik hati pembaca dan penganjur lantas memenangi tempat pertama contest esei bergambar tersebut. Maaf. Khairel Afzal atau Kriel sudah menukar domainnya dari blogspot ke wordpress. Pautan ke contest tersebut aku pun tidak tahu sudah pergi ke mana. Sudah delete agaknya. Namun esei aku masih tersimpan rapi. Anda boleh baca dengan klik di sini.

Contest kedua pula aku baru sertainya pada 22 Februari baru-baru ini. Contest teka-teki tapi malangnya aku kalah. Teka-tekinya mudah cuma memerlukan kekuatan pada slogannya sahaja. Mungkin aku lemah perihal mencipta slogan. Haha. Contest ini adalah anjuran Puan Zuliana. Jenguk blog beliau, langsung saja aku sertainya tanpa berfikir panjang.

Contest ketiga pula, anjuran oleh saudara joegrimjow. Sebenarnya pertama kali aku membaca contest dari beliau, buatkan aku pening. Baca berulang kali pun masih pening. Baca penyertaan dari peserta pertama hingga peserta kelima, masih juga pening. Pening kerana tidak ketemu sebarang klu atau idea. Contest beliau bertajuk 'Weekend@Sheffield'. Ada dua jenis tajuk di bawah contest yang sama iaitu 'True meaning of love' dan 'Unity through sportmanship'.

Secara jujurnya aku kurang bersukan, bukan tidak ada langsung. Cuma bila bercakap pasal sportmanship, aku jadi longlai. Ketandusan idea. Lagipun, apalah sangat aktiviti sukan aku selama ini? Badminton? Ping pong? Bowling? Futsal? Ah, aku buntu. Seterusnya aku menumpu ke tajuk lain.

Love.. Cinta..

Rumit sebenarnya. Masakan tidak. Selama 26 tahun aku hidup di dunia ini, samada aku tidak sedari, langsung tiada perkara manis mengenai cinta. Seperti pencinta-pencinta di luar sana. Ke taman bunga, panggung wayang bersama, berpegangan tangan.. oh tidak! Itu terlalu common bagi aku. Aku rasa bila diceritakan semua itu, mesti pembaca akan muntah! Yalah. Macamlah aku seorang saja di bumi ini yang berpegangan tangan, bercumbu sana sini, tengok wayang bersama.. Ah! Karut! Jadi bagaimana ceritanya yang harus aku cipta untuk menepati tajuk contest? Sekian lama berfikir dan ketandusan idea, aku bertekad untuk melepaskan..

"Maaf, Joe. Lain kali sajalah," bisik hatiku.

Suatu hari, aku terkenangkan bekas kekasih lama. Aku masuk bilik dan pegang gitar milik aku. Sewaktu itu, terlintaslah difikiran aku untuk menceritakan kisah kekasih hati aku ini. Untuk pengetahuan semua, kisah cinta aku dengan bekas kekasih aku ini tidak pernah aku ceritakan kepada sesiapa pun hatta di dalam blog ini juga. Kesannya cukup mendalam membuatkan aku cuba mengenepi dan menepis niat untuk bercerita. Mungkin sesetengah kawan yang rapat sahaja mengetahui kisah cinta aku itu. Maka, aku hidupkan komputer dan mula mengarang.

Sewaktu di akhir karangan kisah cinta aku, aku agak buntu untuk mencipta penutup cerita. Lantas aku simpankan cerita aku sebagai draft. Aku mengambil masa untuk blogwalk. Sehinggalah aku singgah di blog joegrimjow. Semasa singgah di blog beliau barulah aku teringat akan contest yang beliau anjurkan. MasyaAllah! Aku terlupa. Dan kebetulan pula cerita aku hampir-hampir kena dengan salah satu tajuk dalam contest beliau. Maka, dengan cepatnya aku cipta pengakhiran cerita dan terus backlink ke blog beliau. Nah, tertunai juga penyertaan aku di contest beliau!

Lewat petang tadi, aku mendapat mesej dari joegrimjow yang menyatakan pemenang contest beliau sudah diumumkan. Lantas aku terus ke blog beliau. Tanpa diduga setelah membaca keputusan pemenang, tempat pertama jatuh kepada aku! Agak terkejut dan teruja juga sebenarnya. Masakan artikel kisah cinta aku boleh menang? Inilah yang dinamakan rezeki dan nasib, bukan? Ya, memang aku akui artikel cinta aku itu lain dari yang lain. Oleh kerana lain dari yang lain, mungkin ceritanya tidak menarik sangat pun. Bukannya direct bercerita apa itu cinta. Sebaliknya apa yang kita dapat dari cinta. Huh, susah sebenarnya hendak beri penerangan terperinci. Baca sendiri artikel aku itu, ya? Klik sini.

Kepada joegrimjow, terima kasih aku ucapkan kerana mengisytihar aku sebagai pemenang. Sekiranya ada contest dari kamu lagi selepas ini, insyaAllah aku akan sertai. Itu pun jika ada idea. Terima kasih banyak-banyak.

Thursday, February 04, 2010

CONTEST!!! : If I Were A Millionaire

Mode : Sticky

Anda bosan tidak tahu apa yang mahu ditulis di blog anda? Buntu? Ketandusan idea? Apa kata korang semua sertai contest aku ini. Sekurang-kurangnya, ter'update'lah juga blog korang. Manalah tahu jika korang bernasib baik, korang boleh menang contest aku ini?

(credit to Emila Blog)

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

Contest ini senang saja. Anda hanya perlu menulis satu entry berbentuk esei menceritakan tentang angan-angan @ impian ATAU pengalaman anda sebagai SEORANG JUTAWAN (tu pun kalau ada la..). Anda bebas menulis samada dalam bahasa Inggeris ataupun bahasa Melayu. Bahasa-bahasa lain seperti Indonesia, Thailand, dan mana-mana bahasa yang tidak berkaitan, janganlah tulis ya. Kalau tulis juga, aku geget korang. Haha.. Antara syarat-syarat lain adalah seperti berikut;

1) Sila 'link'kan entry korang ke blog aku (syarat umum dan WAJIB).
2) Sila maklum penyertaan anda di ruangan komen entry ini, BUKAN di ruangan chat.
3) Anda BEBAS salin dan tampal (copy and paste) ilustrasi di atas, buat perhiasan. Haha..
4) Tajuk entry BEBAS! Asalkan kandungan entry tidak lari tajuk, okey? Haha..
5) Sesiapa pun boleh sertai, tidak kisah follower ke bukan follower ke.. Join je..

Hadiah.. Hm.. Hadiah ek..? Korang mahu hadiah juga ke? Haha.. Okey.. Hadiah-hadiahnya;

Pemenang tempat pertama, akan mendapat title 'Mat/Minah Jenin Era Baru' DAN RM30 top-up.

Pemenang tempat kedua, akan mendapat title 'Pengigau Siang dan Malam' DAN RM20 top-up.

Pemenang tempat ketiga, akan mendapat RM10 top-up tanpa apa-apa title. Hahaha..
(Yang pakai postpaid, hadiah boleh convert ke tunai)

Nampak aku macam main-main, bukan? Oh, tidak. Title tu mungkin main-main. Top-up tu bukan main-main, okey?

Hadiah tidaklah selumayan mana pun. Ini adalah contest suka-suka saja. Budak-budak sekolah pun boleh karang esei macam ini. Kalau sebelum ini, korang asyik gelakkan esei budak-budak sekolah, apa kata korang plak tulis esei. Boleh kita gelak sama-sama pula. Amacam? Ada berani? Kalau berani, jom sertai contest dari aku ni..

TARIKH TUTUP:
4 MAC 2010!!!


Peace!
 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger