Ads: (Please Click!)
Showing posts with label kantoi. Show all posts
Showing posts with label kantoi. Show all posts

Saturday, March 19, 2011

From FB To Blog (Part 3) : Maria Ozawa

Maria Ozawa
Mak datuk! Cantik kan gadis (err.. gadis ke?) dalam gambar kat atas ni kan? Siapa dia ni? Ni la awek aku! Eh, bukan bukan. Hah, sebut saja nama gadis comel ni, semua lelaki seluruh dunia confirm kenal dia punya! Maklumlah, gadis paling HOT! Mana tak HOT-nya. Semua scenes PANAS PANAS dia buat! Haha.

READ MORE / LESS >>

Tak faham?

Oh, mungkin sesetengah kaum Hawa tak kenal siapa gadis dalam gambar di atas ni. Nama dia Maria Ozawa. Gadis ini kacukan Jepun-Perancis, yang popular dalam industri pornografi di Jepun. Nak plak sekarang ni tsunami melanda Jepun. Masing-masing duk sebut nama Maria Ozawa ni. Di Facebook, Twitter malah di blog! Amboi. Cuma yang hairannya, kenapa nama si gadis ini saja di-mention di dalam internet? Yalah. Nama 'Maria Ozawa' aje orang kenal di Jepun. Perdana Menteri Jepun belum tentu orang kenal beb! Haha.

Bercakap tentang tsunami, dua hari lepas aku terlepas cakap dengan mak aku fasal Maria Ozawa ni. Malu! Rasa bengkak panas menyirap lain macam aje muka aku ni dek malu. Ini aku petik status aku buat di Facebook.

Mak: "Teruk kan tsunami kat Jepun sana.."
Aku: "Teruk! Setakat ni dlm 600 lebih org terkorban!"

Mak: "Banyak tu!"
Aku: "Memang! Mujurlah Maria Ozawa ok.."

Mak: "Sape???"
Aku: "Errr.. Ma.. Maria.. Ozawa.. Hehehe.."

Mak: "Maria mane ni? Nama macam Melayu! Sape die tu?"
Aku: "Errr.. pelakon!"

Mak: "Pelakon ape?"
Aku: "..........!"

*ah sudah! ape aku nk jwb ni?!*

=__________="

Kerana terlalu excited bercerita fasal bencana tusnami di Jepun, aku telah kantoi dengan mak aku sendiri. Korang bayang sendiri la apa jawapan yang aku cakap seterusnya kepada mak aku, okey? Malu mahu cerita lebih-lebih!

Tuesday, March 15, 2011

From FB To Blog (Part 1) : Cik Kak Kantoi Kentut

Girl Fart
Salam.

Ok ok. Mesti korang tertanya-tanya. Ape bende 'From FB To Blog' tu kan? Haha. Actually, ni cerita ringkas yang aku tulis pada status di Facebook (FB) aku. Almost cerita ringkas yang lucu dan membuatkan aku terfikir-fikir. Jadi, oleh sebab blog aku ini sudah kurang artikel bercerita, jadi aku masukkan sekali 'cerita ringkas' dari FB ini ke dalam blog. Jadi, ia akan bersegmen la sikit.

READ MORE / LESS >>

Segmen ini berdasarkan life aku. Jadi, kisah benar ler. Straight copy dari FB. Takde edit-edit. Mungkin segmen-segmen ini akan membawa korang ke dalam perasaan yang boring sikit. Kalau kena dengan cerita, mungkin juga akan jadi best. Terserah pada citarasa korang masing-masing. Nama pun cerita ringkas! Hehe.

Tujuan segmen? Saja je berkongsi di dalam blog plak. Status di FB bukannya di cache oleh search engine pun. So, alangkah baiknya kalau dikongsi di blog, kan? Hehe.

Ikuti kisah pertama ini dari aku;

From FB To Blog (Part 1) : Cik Kak Kantoi Kentut.

Situasi : Nak withdraw Duit
Tempat : ATM Maybank Kemaman
Masa : Dekat2 Nak Maghrib

2 org beratur dpn aku ada cik kak ngn pakcik.. hnya kami ber-3.. pakcik tu dpn skali.. slesai amik duit, pakcik tu nk blah.. then giliran cik kak.. aku move ke dpn sikit.. dlm 5 minit aku tgu cik kak.. tiba2.. "puuuuuuttttttttttt.." manja bunyinya.. ape tu...? aku tgk cik kak tu cpt2 amik duit n blah..

=________="

demmit!


Monday, November 01, 2010

Nama Anak

Pada suatu petang, aku di datangi oleh kawan lama. Lelaki. Kamal namanya. Waktu itu aku sedang senang minum petang bersama seorang lagi rakan aku di sebuah restoran di Kemaman.

Read more/less..

Dari jauh, aku lihat riak wajahnya kurang menyenangkan. Kelat dan muram. Aku menjemputnya turut serta minum petang. Setelah dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi, dia menunduk merenung lantai seraya mengeluh. Agak berat juga keluhnya. Aku yang ada sifat ingin tahu, langsung bertanya khabarnya.

"Aku baru dapat baby. Baby girl!" katanya. Aku agak tersentak. Masakan dapat anak masih berdiam durja? Isterinya ada masalahkah? Soalanku agak tersirat. Sedangkan di dalam kepalaku berputar dengan fikiran yang bukan-bukan. Sengaja aku bertanyakan begitu untuk menjaga hatinya. Namun, dia hanya menggelengkan kepala.

"Wife aku okey. Cuma..."

Kamal tidak menghabiskan kata-katanya. Sebaliknya, dia hanya merenung mataku sedalam-dalamnya.

"Cuma apa?" soalku sambil menoleh sekejap ke arah kawanku yang asyik berdiam diri sedari tadi. Dia hanya memasang telinga.

"Maaflah kalau aku bercerita sedikit tentang masalah aku ni. Tidak apa, kan?" soalnya sambil menjeling sekejap ke arah kawan di sebelahku.

"Oh, dia takde masalah, Kamal. Cerita ajalah. Yang mana boleh kami tolong, kami tolonglah," kataku sambil tersenyum. Aku sengaja menggunakan perkataan 'kami' agar kawanku di sebelah tidak merasa janggal. Kawanku hanya tersengih seperti kerang busuk. Sekejap-sekejap kawanku itu melayan SMS di telefon bimbitnya.

"Begini." kata Kamal. Kemudian dia menyambung, "Sejak baby girl aku lahir, aku dan wife aku belum lagi memutuskan nak bagi apa nama kat baby kami ni. Sampailah kami bawak balik baby girl kami ke rumah. Semalam kami gaduh."

"Gaduh? Sebab?" sampukku.

"Kami selisih nak bagi nama. Aku berkenan satu nama. Dia berkenan satu nama. Aku berkeras nak nama dari aku. Tapi wife aku pun berkeras juga mahu nama dari dia. Susah betul."

"Kau nak bubuh nama apa baby girl kau tu?"

"Raja Khuzaimah Aalia."

"Amboi! Cantiknya nama!" kataku dengan penuh teruja. Kamal hanya tersenyum kelat.

"Memang cantik pun. Tapi wife aku tak setuju. Dia mahu nama lain. Mahu nama dari dia gak macam mana sekali pun."

"Alaaa kau ni. Mengalahlah dengan wife kau. Ikut aja nama dia nak bagi apa pun."

"Dulu kami dah berjanji.. dah deal pun nama baby yang pertama, aku yang bagi! Bukan dia."

"Nama apa wife kau nak bubuh?"

"Raja Mardhiah Syamimi."

"Eh, cantik juga nama wife kau nak bagi. Cun!"

"Itu la masalahnya sekarang. Wife aku ni plak keras kepala sangat!"

"Haha. Kau pun sama! Alah kau ni. Bende senang camni pun kau tak boleh solve."

"Kau ada idea?"

Aku mengurut-urut dagu sambil berfikir. Di dalam benak terbayang-bayang bayinya yang comel. Terbayang muka ibu dan ayah bayi itu juga.

"Orang zaman sekarang ni ada satu trend. Satu cara yang amat berkesan. Kadang-kadang ramai sangat orang suka buat sekarang especially budak-budak muda," kata aku, bermukadimah.

"Macam mana?"

"Sekarang la kan, orang couple couple biasa combine nama masing-masing. Contohnya, Kamal dan Zuriati. Jadi la Kazue. Kau combine la nama baby kau tu. Nama yang kau nak combine dengan nama wife kau nak. Abih cerita!"

Kamal terdiam. Dia mengerutkan mukanya. Matanya memandang tepat ke arah mataku. Aku hanya membalas dengan senyuman.

"Betul juga kata kau tu, Latip! Terima kasih!" katanya sambil bingkas bangun dan menghulurkan salam kepada aku dan kawan aku di sebelah.

"Eh? Mahu ke mana?" soalku. Aku terpinga-pinga.

"Mahu balik. Bagitahu kat wife aku. Combine nama baby girl kami!"

Kamal beredar dari meja kami. Dia berlari-lari anak menuju ke keretanya yang tidak jauh diparkir tanpa memalingkan mukanya ke belakang. Gopoh benar nampaknya. Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah Kamal. Maklumlah. Orang baru dapat anak yang pertama, fikirku. Aku tersengih sendirian.

"Jahat betul kau, Latip."

Tiba-tiba kawanku di sebelah bersuara setelah beberapa minit kemudian. Aku menoleh ke arahnya dengan hairan.

"Jahat? Kenapa plak?"

"Kau tak sedar ke ape yang kau dah buat ni, Latip?" soal kawanku sambil tersengih-sengih. Kelihatan asap rokok berkepul-kepul terbang dari celahan jari kanannya hilang ke udara.

"Apa?" soalku. Aku masih kurang mengerti apakah maksud kawanku itu berkata sedemikian.

"Kau ni satu dol.. kau sedar tak jadi apa nama anak kawan kau tadi tu kalau kau combine?"

Aku terkedu. Sekilas tersedar akan kesilapan, lantas aku ketawa terbahak-bahak.

"Raja Khumar?! RAJA KUMAR!"

Kawan aku pun turut ketawa terbahak-bahak.

"Habis aku!" kataku sambil menepuk dahi.

Aduka: Tiba-tiba rasa bersalah dekat si Raja Kamarulhafiz tu. Camne nak cakap ya? +________+

Friday, October 15, 2010

Boleh Tak Kalau Tiada Nama Sama?

Al-kisah...

Pagi itu, tidur aku diganggu oleh satu panggilan terus ke telefon bimbit aku. Mataku masih bengkak dan kepala mamai. Aku meraba-raba dalam suram mencari-cari telefon bimbit yang sedang menjerit. Tidak sedar telefon bimbit berada di bawah punggungku. Hati kecil aku mengomel kerana tidur yang terganggu.

Read more/less..

Panggilan segera aku jawab sedangkan mataku masih terkatup rapat.

"Hello, Latip," suara di dalam telefon memulakan perbualan.

"Haa," jawabku ringkas sekali.

"Kau ada kat mana?"

"Kat rumah. Tidur. Kenapa?"

"Bangun la wei. Aku nak kau ikut aku jap lagi."

"Kacau hari minggu aku la kau ni. Pergi mana?" soalku.

Aku bingkas bangkit dan duduk dibirai katil. Aku tenyeh-tenyeh mataku yang pedih dengan jari. Terasa seperti berpasir. Walaupun masih terasa kantuknya, benakku berputar. Mengira agak ke manakah destinasi yang bakal rakanku membawaku di hari minggu begini. Ke Kuantan-kah?

"Kau takde kerja, kan?" soal suara di dalam telefon tadi lagi.

"Takde. Kau nak ajak aku ke mana?" soalku.

"Tempat biasa!"

Aku terdiam. Mungkin disebabkan rasa yang amat mengantuk, otak aku agak lembab berfungsi. Aku tidak terus bertanya 'apakah' dan 'di manakah' tempat biasa yang dimaksudkan.

"Tunggu la sekejap. Aku nak mandi," kataku.

"Ok. 15 minit nanti aku call kau balik."

Aku terus ke bilik air untuk mandi. Kemudian aku bersiap-siap memakai pakaian yang kemas-kemas. Sembur minyak wangi satu badan sampai semerbak menusuk hidung. Sisir rambut ala-ala John Travolta dalam cerita Swordfish. Biar tampak macho. Manalah tahu kalau-kalau ada gadis yang terpikat atau berkenan setelah melihat penampilan aku. Aku berangan.

Aku siap bersarapan. Kemudian sampai satu pesanan ringkas masuk ke telefon bimbit ku. Aku lihat nombornya sambil berkerut muka.

"Siapa pula ni?" kataku perlahan, sendirian. Aku buka inbox dan baca.

"Maaf, bro. Tanya sikit. Latip mana ni? Duk mana?"

Eh. Apa hal pula ini? Aku hairan. Nombor siapa pula ini? Tiba-tiba sahaja bertanyakan soalan yang pelik-pelik. Aku tidak segera membalas mesej tersebut. Tetapi cuba berfikir, milik siapa nombor yang tertera di skrin telefon bimbitku. Biasanya jika ada rekod, sudah tentu nama pengirim terpampang pada mesej tersebut. Ini tiada.

Agak lama terfikir, barulah terlintas difikiran. Adakah nombor ini yang menghubungi aku tadi? Aku periksa rekod panggilan masuk. Memang sah! Nombor tadi. Siapa yang aku bercakap tadi ya? Terus aku membalas mesej masuk tadi.

"Eh kau ke yang call aku tadi? Siapa ni?"

Tekan butang send. Sending. Beberapa saat kemudian, delivered.

Aku menunggu balasan dengan tenang. Kemudian..

"Woi. Karim ni. Kau Latip Keli kan?"

Ah, sudah. Bila masa pula aku jadi penternak ikan keli? Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Perasaan aku tiba-tiba jadi tidak sedap. Rasa seperti geram dan marah. Berbaur-baur.

"Bukan. Ni Latip Ganu (Terengganu). Kau siapa?"

Send.. Delivered!

Mesej masuk lagi, "Latip Ganu? Pakai kereta Kelisa?"

Eh eh dia ni. Tadi keli. Ini kelisa pula. Sangka aku ini spesis ikan ke? Atau sangka aku ini penternak ikan? Penjual ikan? Pemborong? Atau apek penjual barang basah bermotor pot pot pot tu?

Aku balas, "Bukan. Kau salah orang ke?"

Sewaktu aku send mesej ini, aku rasa macam sudah 'terkena' hari ini. Sakit hati mula menyelubungi diri. Aku tunggu balasan dari nombor yang tidak dikenali itu. Lima minit. Kemudian, sepuluh minit.

Tiada mesej masuk selepas lebih sepuluh minit. Ah, sudah. Kena aku kali ini. Sedang aku tidak senang duduk, tiba-tiba mesej masuk. Aku menepuk dahi sesudah membaca mesej tersebut.

Mesejnya berbunyi begini, "Maaf bro. Aku ingat kau Latip Keli duk Gombak. Salah orang. Kebetulan nama bro sama dengan nama kawan aku. Nombor telefon pun hampir sama. Maaf ganggu!"

Celaka! Ada pula kes macam ini boleh berlaku? Amat-amat menyakitkan hati!

Aduka: Mahu tukar nama John Rambo plak. Agaknya ada sama lagi tak nama tu dengan nama-nama manusia kat Malaysia ni? Harap-harap tak ada! Heh!

Tuesday, September 21, 2010

Kantoi Dalam Peperiksaan?

Salam semua.

Amboi. Sejak memutuskan mahu jadikan blog aku ini selaku 'Facebook No 2' semalam, rasa macam rajin pula mahu update blog. Yalah. Mahu mengadap PC jangan haraplah. PC tiada. Ini pun mujurlah boleh akses melalui telefon bimbit. Alang-alang dapat servis internet percuma dari Maxis. Haha. Jangan tanya bagaimana mahu buat percuma, okey? :-P

Read more/less..

Hari ini, baru sebentar tadi aku baru sudah menduduki peperiksaan bagi Dye Penetration Inspection. Aku sedikit kelewatan memasuki bilik peperiksaan pada sebelah paginya. Sengaja aku berbuat begitu. Dan soalan teori tadi amatlah payah. Pening kepala juga dibuatnya. Di meja sebelah terdapat seorang lelaki Inggeris juga sedang menduduki peperiksaan. Khusyuk benar dia buat peperiksaan praktikal Ultrasonic. Peperiksaan teori aku selesai tengahari.

Ada perkara yang agak kecoh setelah semasa peperiksaan tamat. Kecoh di hostel. Bukan kecoh di bilik peperiksaan. Kes budak kantoi semasa di dalam bilik peperiksaan. Kasihan, budak itu kantoi tatkala dia selesai menjawab soalan teori. Khabarnya budak tersebut ingin menyerahkan 'toyol' kepada rakannya. Perbuatannya itu disedari oleh ketua pemeriksa. Apa lagi, terus dihalaunya budak itu oleh ketua pemeriksa. Budak tersebut dilarang untuk menduduki peperiksaan praktikal pada sebelah petangnya.

Kasihan, bukan?

Pssttt! Korang pernah menipu dalam peperiksaan, tidak? Tipulah jika korang menyatakan tidak pernah! Tapi, jika mahu menipu, buatlah secara professional. Jangan bagi kantoi. Macam aku. Haha. Bongkaknya. Kata orang, seelok-eloknya jangan menipulah! Menipu adalah sifat syaitan, bukan? Cikgu aku pernah bagi nasihat sewaktu aku di sekolah rendah; 'Jangan meniru, ditiru atau membawa toyol. Perbuatan itu umpama menipu diri sendiri. Menipu keupayaan sendiri. Nak pandai, buat cara nak pandai. Jadi sang kancil. Jangan jadi macam sang monyet. Faham ya, murid-murid?'

Maaflah, cikgu. Kadang-kadang je 'murid-murid' cikgu ni dengar cakap cikgu! Haha.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger