Ads: (Please Click!)
Showing posts with label putus cinta. Show all posts
Showing posts with label putus cinta. Show all posts

Friday, July 29, 2011

Bila Aku Membebel : "Perempuan Gampang! Lelaki Celaka!"

Salam.

Dah banyak sangat perkara ni berlaku di kalangan remaja kita. Tak kisah la umur berapa pun. Yang pentingnya lelaki atau perempuan yang belum kahwin. Specifically yang tengah hangat bercinta. Biasanya di kalangan remaja la. Bagi aku, remaja yang 'kurang cerdik' pemikirannya. Kenapa aku kata 'kurang cerdik' pemikirannya? Yalah. Kalau 'terlalu cerdik', tak akan buat statement atau pengakuan yang bodoh atau yang tak boleh diterima dek akal.


READ MORE / LESS >>

Menyalahkan takdir.

"Semua LELAKI dalam dunia ni sama je! Tak boleh dipercayai langsung! Macam GAMPANG!" (STATEMENT PEREMPUAN)

"Perempuan HIPOKRIT! JALANG! Pegi mampus la! Kalau takde perempuan, aku pun boleh hidup la!" (STATEMENT LELAKI)

Hamboi hamboi hamboi.. Senang sungguh lidah berkata-kata. Mudah sungguh mulut memancul ayat-ayat. Aku bukan mahu menyebelahi mana-mana pihak. Tapi, aku mahu bercakap tentang apa yang dinamakan TAKDIR dan UJIAN dalam hidup.

Nak kata aku berpengalaman dalam bersosial ni, takde la banyak sangat. Tapi ada la sikit-sikit. Aku bercakap atas dasar apa yang aku rasakan betul. Nak setuju atau tidak, terserah. Lain orang, lain persepsi dan pendapat.

Mereka-mereka yang keluar statement begini overall-nya dari remaja lelaki dan perempuan yang kecundang dalam CINTA! Selebihnya mungkin dari perbalahan sesama rakan rapat, masalah kekeluargaan, dan penghukuman membuta tuli. Eh, apa maksud penghukuman membuta tuli plak ni? Heh. Maksud aku, sesuatu statement tu keluar dengan meihat orang lain menderita akibat dikhianati. Lantas terus menghukum seseorang tanpa usul periksa.

Takyah cakap la. Memang banyak berlaku sekarang. Bila gaduh, mula la cakap LELAKI GAMPANG. PEREMPUAN CELAKA. Walhal, diri sendiri lebih CELAKA dan GAMPANG dari apa yang dituduhnya.

Aku bukan mahu beremosi di sini. Cuma aku mahu menegaskan bahawa, kalau marah sekalipun kepada pasangan, tak perlulah sampai menghukum sesuatu kaum pasangan itu sepenuhnya. Contohnya, aku lelaki. Sampai suatu masa aku gaduh besar dengan awek aku yang membuatkan hubungan jadi renggang. Lantas aku kata, "Perempuan semuanya sama! Perangai cam CELAKA!"

Woi, takyah la cakap macam tu. Kalau perempuan ni sama, kata-kata kau tu boleh tuju kepada mak kau, kakak kau, adik perempuan kau, sepupu perempuan kau, anak saudara perempuan kau, malah nenek dan moyang-moyang perempuan kau sekali!

Dari sudut agama plak aku nak cakap. Ini semuanya takdir dan ujian dari Allah swt. Buat apa kita nak merungut? Buat apa kita nak memaki hamun? Kalau diikutkan marah, terbalikkan gunung pun belum tentu kita boleh redakan marah. Ingatlah bahawa amarah adalah sebahagian dari bunga-bunga api neraka. Malah dengan amarah jugalah syaitan mampu menghasut manusia untuk bertindak di luar batasan agama.

Ya, memang tidak disangkal lagi bahawa kecewa dengan sikap pasangan dan kecewa dalam percintaan ni memang perit. Namun, ia bergantung kepada tahap otak kita berfikir dan tahap kematangan kita untuk menghadapi masalah tersebut. Walau bagaimanapun, segelintir remaja ini biasanya mengambil tindakan yang sangat bodoh. Contohnya; bunuh diri, menyerang pasangan dengan senjata atau tanpa senjata yang boleh menyebabkan kecederaan, dera, serangan seksual, dan sebagainya. Lihat saja di dada-dada akhbar. Lihat saja rekod-rekod dan statistik permasalahan remaja sekarang. Apa sudah jadi?

Ayat "Lelaki/Perempuan semuanya SAMA" tu la yang tidak boleh diterima. Ya, mungkin sebahagian sama. Lelaki dengan egonya. Perempuan dengan sifat suka meninggi dirinya. Lumrah. Perlulah diingat bahawa Allah swt menciptakan makhluknya sudah sempurna. Tiada yang cacat celanya. Apa yang membezakan sesuatu sifat kaum atau jantina sebenarnya melengkapkan lagi perhubungan antara manusia. Kalau la semua lelaki dan perempuan memiliki sifat yang sama, habislah populasi manusia! Setuju?

Ironinya kita tak mampu mengawal emosi kita sendiri lalu bertindak dengan sesuatu yang tidak logik. Susah sangat ke mahu terima bahawa manusia ni tidak perfect? Dan susah sangat ke mahu memaafkan kesalahan orang? Dan yang paing penting sekali, pepatah ni sangat berguna. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Kalau tak mahu pasangan kita sekalipun, nah cari aje orang lain yang kau rasakan lebih sempurna 'di mata' kau.

Takyah kutuk, takyah maki. Nanti kata-kata kau akan terbalik dan terkena pada diri kau sendiri.

Sunday, March 20, 2011

Drama Sebabak : Masam Manis Ketika Bercinta

Loving Couple
Masa hangat bercinta dulu..

Makwe: "Ayang sayang abang tau.. takleh pisah dah.."
Pakwe: "Abang pun.. sayang ayang sangat-sangat gak.."

READ MORE / LESS >>

Pegang tangan. Belai-belai rambut. Cium-cium. Konon nak tunjuk dan buktikan kasih sayang. Ok, takpe lagi. Jangan serah 'mahkota dan nakhodanya' sekali.


Masa gaduh..

Missed call boleh cecah seribu. Kalau dulu, guna call sekejap-sekejap sebab free 3 saat. Sekarang semua ber-charge hatta 1 saat. Jadi, missed call saja. Harap mendapat balasan call dari si dia.

Makwe: "Aku silent handphone aku. Biar mamat ni rasa menyesal. Padan muke!"

Dari jauh (padahal satu taman), pakwe ni berusaha jugalah nak pujuk. Sanggup datang sampai pintu gate depan rumah si makwe. Setia la katakan..


Saat-saat perang dunia kedua..

Masing-masing tunjuk ego. Makwe tak call, pakwe pun tak call.

Pakwe/Makwe: "LANTAK LER!"

Maki hamun dalam hati. Tapi perasaan sayang ada sikit aje. Kira-kira 30%. Dua-dua tunjuk ego, tapi dalam masa yang sama meletakkan harapan agar si dia memujuk merayu.


Perpisahan antara dua teluk..

Sebab lama sangat merajuk, si pakwe rasa rindu. Sama juga si makwe. Tak call pun. Saling membalas-balas SMS. Malu kononnya. Dalam masa yang sama, takut si dia masih marah. Walhal tak pun! Takpelah. Lelaki kena gentle. Nyah kau 'ladies first!'.

Pakwe: "Hello. Sayang sihat? Dah makan? Dah mandi? Makan apa tadi? Eh, tengok TV? Cerita apa tu, sayang? Indon?"

Timbul la soalan-soalan yang pelik-pelik. Modal mukaddimah untuk berbaik. Biasalah. Common! Si makwe plak apa lagi. Jual mahal tu penting! Well, sifat 'kewanitaan'..

Makwe: "Ajar sikit! Rasakan!" Bisik dalam hati aje.. "Sihat je.. Dah makan nasi ngan sambal ikan bilis ajeee.. Bla bla bla bla bla bla.."


Dugaan melanda, kehadiran orang ketiga..

Gaduh bagai nak rak! Biasalah. Pasangan couple tak boleh lari dari bergaduh. Jadi, bawak sorang mamat untuk buat si pakwe jeles! Konon mahu uji, tapi perasaan tu tiba-tiba melekat pada si mamat baru ni. Si pakwe ni punyalah bengang tapi.. gentle beb! Cool! Ambil masa jumpa si pencabar dia. Si mamat dan si pakwe berjumpa sambil ditemani si makwe. Tapi berakhir tanpa sebarang keputusan yang berpihak pada si pakwe. Kesian si pakwe. Balik dengan hati yang lara.

Malam, si pakwe cuba contact sama si EX-makwe.

Pakwe: "Takpe.. saya (dah turun pangkat gile-gile!) pasrah.. kalau itu yang awak mahu, saya redha.. kalau dengan si dia awak bahagia, saya sanggup lepaskan awak.."

Tapi, harapan menggunung masih diletak pada si ex-makwe.

Pakwe: "Saya sanggup tunggu awak sampai bila-bila.."

Konoooonnn..

Dalam hati berbisik mahu tengok si ex-makwe bahagia. Konon aje gak. Tapi hati bagai nak pecah! Kentut dulu baunya wangi, kini busuk mengalahkan bangkai! Makan, mandi, tidur asyik igau si makwe. Sekarang mimpi ngeri!


Menjadi stalker..

Dulu nak stalker upah kawan rapat si makwe aje. Jimat kos dan senang. Sekarang? Facebook ada beb. Sendiri bikin sudah..

Pakwe: "Hatiku hanya untukmu, sayang. Aku sanggup tunggu kau terluka kecewa dengan mamat tu! Aamiinnn..!"


Dua tahun menunggu dan menjadi stalker cemerlang..

Akhirnya tewas. Si pakwe terpandang satu foto perkahwinan si ex-makwe. Tapi bukan dengan mamat pencabarnya dulu. Mamat lain! Aduh! Bukan sebijik penampar hinggap di pipi kiri tapi kedua-dua belah pipi! Pang! Pang!!

Pakwe: "Cis! Sia-sia aku tunggu kau 2 tahun lebih ni!!!"
Aku: "Sebab kau bongok! Macam la takde pompuan lain lagi dah kat dunia ni!"


So kepada lelaki, jangan jadi keldai sangat. Eh ehhh.. pompuan pun! Peduli apa dengan hati dan perasaan? Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Cari aje laki/pompuan lain. Abis cerita.

Ni cerita rekaan je beb! Tapi ada maksud tersirat dan agak sinis. Hehehe..

Sunday, February 27, 2011

Anda Putus Cinta? Ini Tips Berguna Untuk Anda!

Tips Putus Cinta
Di dalam sepanjang tempoh kehidupan seseorang manusia, putus cinta adalah sesuatu perkara atau ukiran sejarah yang membawa maksud yang amat kompleks dan sukar untuk difahami.

READ MORE/LESS..

Dalam perihal putus cinta ini, amat jarang kita dengar seseorang yang putus cinta akan berakhir dalam keadaan yang aman. Kebiasaannya pasti sedih dan bisa membuat seseorang itu menangis, kecewa, tertekan, dan yang paling teruk impaknya apabila mengubah personaliti, kehidupan, dan mentaliti kewarasan seseorang. Begitu hebat dan bahayanya penangan cinta ini. Dan lebih teruk lagi jika cinta berbekalkan pengorbanan. Sanggup menyerahkan segala-segalanya demi cinta. Maruah entah ke mana, kehormatan entah ke mana.

Kebiasaan yang kita dengar dan lihat, perasaan yang timbul dikalangan orang-orang yang putus cinta adalah benci, meluat, menyesal dan sebagainya kepada bekas pasangan masing-masing. Biasanya perasaan ini timbul akibat dorongan hati yang berselari dengan bisikan syaitan tentang perkara-perkara penyebab percintaan putus di tengah jalan. Samada kesalahan si dia, kehadiran orang ketiga, mahupun ketidak sefahaman.

Namun, apakah langkah dan cara terbaik yang patut dibuat oleh seseorang yang putus cinta untuk meneruskan kehidupannya seperti normal dan sediakala? Dengan izin Tuhan, sama-samalah kita praktikkan tips-tips ini.


1. Jangan Hubungi Pasangan Anda

Jangan call, SMS, e-mail, Facebook, chatting atau apa-apa cara sekali pun. Jangan lakukan sebarang komunikasi kepada pasangan anda. Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin.


2. Lakukan Aktiviti Luar Rumah Yang Lasak

Bersukan lasak adalah suatu perkara yang boleh menghalang kita mengingati masalah cinta. Keluarlah dari 'kepompong' anda. Duduk di rumah sahaja tanpa membuat sebarang aktiviti membahayakan jiwa anda. Oleh yang demikian, ajaklah rakan-rakan untuk membuat satu aktiviti atau sukan yang lasak. Bukan saja badan kita menjadi sihat malah otak juga menjadi segar.


3. Jangan Biarkan Diri Anda Keseorangan

Jangan sesekali letakkan diri anda berseorangan. Mungkin anda perlukan masa untuk bersendirian tetapi hakikatnya anda sebenarnya perlukan teman. Dengan erti kata lain, anda perlukan pasangan anda. Apabila anda letakkan diri anda keseorangan, anda akan cenderung untuk menghadapi masalah kemurungan atau stress.


4. Jangan Hubungi atau Meluah Masalah Kepada Rakan Pasangan Anda

Disebabkan tidak dapat menghampiri pasangan anda, akhirnya anda memilih untuk menghubungi rakan pasangan anda dan meluah masalah anda dan pasangan anda. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan bukannya memperbaiki keadaan. Masalah cinta anda perlukan seseorang yang betul-betul rapat dan memahami anda. Dia mesti seorang yang betul-betul boleh mendengar dan menjiwai masalah anda. Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta anda.


5. Melakukan Ibadah Dan Mengingati Sang Pencipta

Perkara ini perlulah dititikberatkan pada setiap manusia yang putus cinta. Walau bagaimana payah dan susah pun dugaan dan cabaran yang timbul dalam hidup kita, berserah diri kepada Sang Pencipta, yakni Tuhan adalah perlu. Tidak kira latar agama dan bangsa, bersolat atau bersembahyang adalah perkara halus yang boleh menenangkan kita dari memikirkan sebarang masalah besar yang timbul. Maka, sembahlah atau sujudlah kepada Sang Pencipta kita.

Semoga tips ini berguna untuk anda yang putus cinta!

Aduka: Baru je putus cinta ni.. Ada girls yang mukanya ala-ala baby volunteer nak jadi aweks Aduka? Haha. Jokes!

Wednesday, December 01, 2010

Cikgu Shida Jadi Gila Sebab Putus Tunang


Salam.

Mesti korang kenal sangat dengan nama Cikgu Shida atau Teacher Shida ni, kan? Kita lihat, dalam beberapa bulan yang lalu berapa ramai blogger-blogger di luar sana bercerita tentang Cikgu Shida ni. Tidak kurang yang mengutuk, dan tidak kurang juga yang sukakan 'kepala gila-gila' Cikgu Shida ni. Aku tidak nafikan bahawa aku pernah mendakwa bahawa Cikgu Shida ini seorang yang 'tidak normal', 'mengada-ngada' dan 'populariti murahan' terutama di ruangan komen artikel blog Joegrimjow - Dua video terbaru Cikgu Shida : Terhibur atau menyampah.

Read more/less..

Khabarnya baru-baru ini, keluar satu kenyataan bahawa Cikgu Shida ini sebenarnya putus tunang. Sebab itulah dia 'berperangai' sedemikian. Kononnya meraih simpati, dan melepaskan geram dengan membuat perkara-perkara yang tidak pernah dibuatnya sebelum ini. Hatta, pada hakikatnya Cikgu Shida bukanlah sepertimana kita lihat di internet. Dia seorang yang baik dan mengajar seperti cikgu-cikgu lain di sekolah. Dan, dia kelihatan normal!

Kenapa dia berubah? Subjeknya; dia putus tunang. Cerita benar atau tidak, wallahua'lam. Aku ada baca dari pelbagai sumber artikel, sesetengah blogger kasihan dengan apa yang dihadapi oleh Cikgu Shida, dan tidak kurang juga yang memberi sokongan dari segi mentaliti dengan memberi semangat untuk Cikgu Shida. Ok, fine. Itu cara yang betul. Bagi semangat.

Sebagai orang yang normal, putus cinta pun kita sudah 'frust menonggeng' kan? Inikan pula putus tunang. Ok, fine. Frust kerana putus tunang. Tetapi normalkah apa yang Cikgu Shida tu buat selama ini? Dan yang penting, tak malukah dia selaku cikgu, insan mulia memberikan ilmu kepada anak murid, jadi bahan ketawa di ruang internet?

Beberapa bulan yang lalu, aku pernah lihat satu forum di televisyen yang dikelola oleh Dr Fadzilah Kamsah. Dia ada membincangkan tentang normal dan tidak normal kepada insan yang membunuh diri. Pernah dia ajukan soalan kepada penonton yang berbunyi:

"Normal atau tidak seseorang manusia merosakkan dirinya dengan mematikan alam hidupnya dengan membunuh diri? Adakah boleh dikatakan seseorang merubah dirinya ke arah negatif adalah sebagai orang yang baik dan normal? Sebagai contoh pelajar cemerlang, tiba-tiba merosakkan dirinya dengan melibatkan diri dengan dadah dan bersosial oleh kerana kecewa dalam alam percintaan atau cita-cita. Adakah pelajar itu orang yang dikatakan normal? Apakah maksud 'normal' yang sebenarnya? Cuba kita renung-renungkan, dan fikir-fikirkan."

Daripada teks ucapan Dr Fadzilah ini dapatlah kita ungkap dan simpulkan bahawa tindakan seperti Cikgu Shida itu adalah tidak normal. Jika normal, dia tidak akan buat perkara yang memalukan dan menjatuhkan maruah diri di dalam internet yang boleh ditonton oleh jutaaan penonton yang tidak mengira usia, pangkat, kaum, bangsa, dan agama. Sedangkan Cikgu Shima itu adalah seorang cikgu, wanita, muslimat Islam (orang Islam), berbangsa Melayu, orang Malaysia! Terus terang aku berkata tentang ekspresi tatkala pertama kali aku lihat video Cikgu Shida ini, aku malu tengok dia seperti itu! Macam badut!

Terlebih dahulu aku ingin meminta maaf di atas ekspresi aku itu. Entahlah. Itu yang terlintas di dalam benakku. Macam badut. Ya Allah. Tidak malukah dia? Yang aku hairan, ramai pula yang suka dengan video cikgu itu. Sampaikan meminta-minta Cikgu Shida membuat lagi video 'tidak normalnya' itu.

Sekelumit di dalam hati, terdetik juga rasa kasihan dengan Cikgu Shida ini. Ini adalah kerana seperti tiada orang yang rapat dan dekat dengannya yang boleh membimbing dia ke arah jalan yang baik dan yang paling penting ke arah menjadi wanita yang normal.

Tulisan aku kali ini bukanlah mahu menjatuhkan maruah dan diri Cikgu Shida. Cuma jadikanlah kes Cikgu Shida ini sebagai pengajaran buat kita. Putus cinta, putus tunang, atau bercerai-berai macam mana sekalipun, perlulah dekatkan diri dengan Allah swt. Harapkan hidayah dari-Nya. Berdoa dan zikir kepada-Nya. Sesungguhnya, hanya pada Dialah kita patut berserah. Tidak perlulah kita mengubah diri kita yang 'normal' ini kepada tindakan yang 'tidak normal' semata-mata ujian berat yang diturunkan oleh Allah swt untuk kita. Bukannya dekatkan diri kepada segala bentuk 'hiburan' yang ada di internet.

Jika aku kata Cikgu Shida 'populariti murahan' sekalipun, memang terang-terangan di mata kasar dan dengan logiknya adalah ya. Seperti yang aku katakan tadi, Cikgu Shida meraih simpati dari penonton dan 'kawan-kawannya' di ruang internet. Namun, apa faedahnya?

Di bawah ini aku petik dari Facebook Cikgu Shida. Ada yang mengutuk, dan ada juga yang menyokong.

Yang menyokong.




Yang mengutuk.





Apa-apa pun pandangan aku atau pandangan orang lain, kita perlu jadi diri sendiri dan berpijak pada bumi yang nyata. Be yourself, kata orang putih. TAPI.. biar normal!

Jadilah wanita yang NORMAL, Cikgu Shida!

Maybe you are a teacher among student, but better be like a student than be like a stupid you!

Wednesday, September 22, 2010

Putus Cinta


Di dalam sepanjang tempoh kehidupan seseorang manusia, putus cinta adalah sesuatu perkara atau ukiran sejarah yang membawa maksud yang amat kompleks untuk difahami.

Read more/less..

Dalam perihal putus cinta ini, amat jarang kita dengar seseorang yang putus cinta akan berakhir dalam keadaan yang aman. Kebiasaannya pasti sedih dan bisa membuat seseorang itu menangis, kecewa, tertekan, dan yang paling teruk impaknya apabila mengubah personaliti, kehidupan, dan mentaliti kewarasan seseorang. Begitu hebat dan bahayanya penangan cinta ini. Dan lebih teruk lagi jika cinta berbekalkan pengorbanan. Sanggup menyerahkan segala-segalanya demi cinta. Maruah entah ke mana, kehormatan entah ke mana.

Kebiasaan yang kita dengar dan lihat, perasaan yang timbul dikalangan orang-orang yang putus cinta adalah benci, meluat, menyesal dan sebagainya kepada bekas pasangan masing-masing. Biasanya perasaan ini timbul akibat dorongan hati yang berselari dengan bisikan syaitan tentang perkara-perkara penyebab percintaan putus di tengah jalan. Samada kesalahan si dia, kehadiran orang ketiga, mahupun ketidak sefahaman.

Antara dosa-dosa besar adalah memutuskan ikatan silaturrahim. Bila diulaskan makna silaturrahim ini, ia membawa makna ikatan yang menyeluruh. Samada antara pasangan, ibubapa, keluarga, kejiranan, serta sahabat handai. Walhal sesama saudara seagama sekalipun. Biasa didengari apabila putus cinta, si A bencikan si B hingga lihat wajah pun dirasakan tidak rela. Ada juga keadaannya di mana sanggup tidak bertegur sapa hatta senyum sekalipun tatkala bersua.

Aku berpesan kepada diriku dan kalian semua. Putus cinta bukanlah berakhirnya jodoh bagi kita. Sebaliknya ia adalah dugaan dan ujian dari Allah s.w.t semata-mata agar kita hidup dengan lebih matang dan rasional. Sangkallah perasaan benci sesama bekas pasangan. Tutuplah segala keaiban bekas pasangan sedaya yang mampu. Kekalkanlah ikatan silaturrahim antara saudara seagama walaupun dengan sekurang-kurangnya menganggap bekas pasangan sekadar rakan biasa. Sememangnya bukan mudah untuk menerima hubungan cinta yang terputus. Namun serahkanlah kainat ini di bawah ketetapanNya.

Sekalah air mata. Hapuslah gusar hati. Senyumlah mengadap Illahi dan berdoa agar guris hati berbalut bahagia kelak.

Kalau sudah jodoh, tidak akan ke mana-mana. Betul tak?

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger