
Salam.
Kejadian ni terjadi pada ketika aku di zaman kolej dulu. Kalau tak silap pada awal tahun 2006. Yakni 5 tahun yang lalu.
Aku rapat dengan salah seorang rakan perempuan, nama dia Linda (samaran). Boleh dikatakan dulu aku selalu lepak dengan dia dan kawan-kawan dia. Lepas kolej pindah, asrama pun jauh-jauh. Nak lepak bersama pun payah dah.
Pada suatu hari, aku tengok Linda dan geng-geng dia (budak sekelas dengan aku jugak pun), duduk berkumpul satu tempat dalam kelas. Tertanya-tanya la gak aku. Macam rancak cam best je diorang bercerita pot pet pot pet. Ni mesti ada gosip umpatan-tahap-setan best ni, fikir aku.
Aku pun merapati mereka, tarik satu kerusi dan duduk selamba buat-buat tak dengar apa yang diorang bincangkan. Tiba-tiba..
"Bro! Meh la sini kejap. Kitorang ade citer best ni! Kau mesti dengar!" kata salah seorang geng Linda.
Aku pun tarik kerusi lagi, duduk bersebelahan Linda. Hehe.
"Ha, ape die? Ape die? Ape die?" tanya aku.
"Semalam ada lelaki gila seks!" kata Linda sambil mata membulat.
Aku terkejut. Mereka semua terpaku pandangan pada aku.
"Hah? Gila seks? Wow! Dahtu? Apa ceritanya?" soal aku ingin tahu lebih lanjut. Curiosity aku membuak-buak dalam jiwa. Wah, ni cerita best dan terhangat di pasaran nak kena dengar ni, bisik aku dalam hati.
Mereka semua ketawa tiba-tiba.
"Kau jangan malu sudah la, bro. Lelaki tu tunjuk 'tu' kat Linda. Linda jerit kuat-kuat sebab takut plus terkezut!" sampuk Mira sambil menunding jarinya ke arah anu aku. Pergh! Aku tutup anu aku dengan kedua-dua belah tangan. Mereka ketawa terbahak-bahak.
Orang lain punya cerita, aku plak diorang nak malukan. Tiba-tiba je plak curiosity aku down. Cis, siot betul.
"Errr.. Korang semua nampak ke?" soal aku, malu-malu.
"Benda ni berlaku semalam, bro. Walaupun gelap, kitorang nampak dari jauh anu mamat tu. Tak jelas tapi nampak!"
Diorang ketawa lagi. Amboi. Seronok bebenor malaun-malaun ni. Aku diam dan tunduk. Aku urut-urut dagu. Cuba berlakon seperti watak penyiasat terkenal Sherlock Holmes. Konoonnnn je la. Fikir macam mana aku nak perangkap budak-budak ni. Lalu aku bertanya.
"Berayun? Besar tak?"
Giliran aku plak ketawa terbahak-bahak. Nah, sekarang diorang senyap diam sebab malu. Sahih. Memang diorang nampak la tu!
Giliran aku plak ketawa terbahak-bahak. Nah, sekarang diorang senyap diam sebab malu. Sahih. Memang diorang nampak la tu!
"Siot la kau ni!"
"Apa yang kami peru buat? Aku risau malam ni mamat gila seks tu datang lagi ganggu kami."
"Laaaa.. biar la! Korang gak yang beruntung!" kata aku sambil ketawa lagi.
"Heiiiiiiiiiiiiii!!!"
Serentak diorang marah aku. Aku ni memang selalunya tak serius bila bercakap. Nak nak bila cerita bab seks ni. Setan laknatullah bersarang banyak sangat dalam kepala otak.
"Jadi?"
"Okey. Ni kami cerita. Linda tengah jemur baju. Masa tu dalam pukul 8 malam. Tengah si Linda ni syok-syok jemur baju, dia perasan ada lelaki kat bawah (asrama Linda di tingkat 1) tengah berdiri bawah tiang lampu. Tersengih sambil pegang dan tunjuk anu tu pada Linda. Linda terkejut lalu menjerit. Kami keluar tengok lelaki tu dah lari."
"Tu je?"
"Ada lagi. Kitorang tengah study dalam pukul 10 lebih. Kami dengar macam ada suara lelaki kat tingkat bawah. Kami suruh Farah tengokkan, tapi Farah takut. Linda tak yah cakap la. Dah trauma. last-last Syitah keluar tengok. Syitah jerit-jerit panggil kami. Kami pun serbu keluar tengok apa dia. Nah! Lelaki tu lagi!"
"Pegang dan tunjuk?"
"Yalah!"
"Kalau macam tu report polis je lah."
"Ni bukan masalah report ke tak. Tapi sepanjang nak menunggu tindakan tu diambil oleh pihak kolej ke polis ke, dalam sela masa tu entah berapa banyak masa lelaki tu boleh ganggu kitorang. Kitorang ni dah takut nak keluar makan time malam-malam. Buatnya lelaki gila seks tu datang terkam kami. Huuiiiiii! Takuuuttttttt..!"
Elleeeeeehhh! Takut konon. Padahal dalam hati dalam fikiran seronok! Kot kot balik ke asrama nanti singgah kat Mydin jap beli teropong. Malam ni boleh tengok dari jauh dan jelas lagi! Hahaha!
Leh plak secara tiba-tiba aku terbayang macam mana la mamat gila seks tu 'tergamak' nak tunjuk anu dia kat kawan aku tu. Kihkihkih!
Leh plak secara tiba-tiba aku terbayang macam mana la mamat gila seks tu 'tergamak' nak tunjuk anu dia kat kawan aku tu. Kihkihkih!
Selepas bincang-bincang dan atas nasihat aku, diorang buat report polis. Aku pun tak paham perempuan ni kadang-kadang. Nak bercerita dulu baru buat report. Apa salahnya pagi tu bangun terus pergi balas buat report. Pergi kolej buat ape? DOL!
So, kaum perempuan. Sila hati-hati. Kalau ada lelaki gila seks macam dalam cerita aku ni, jangan.. jangan berlengah.. tengok dulu baru report! Kahkahkah!
Itu baru cerita 5 tahun lepas. Ini cerita lagi gempak. Beberapa minggu yang lepas je. Lepas baca berita ni, terbayang lagi aku benda yang sama. Kahkahkah!
Itu baru cerita 5 tahun lepas. Ini cerita lagi gempak. Beberapa minggu yang lepas je. Lepas baca berita ni, terbayang lagi aku benda yang sama. Kahkahkah!
Korang baca la sendiri. [http://web6.bernama.com/bernama//v3/news_lite.php?id=609849]
So, jaga-jaga. Banyak lagi lelaki gila seks macam setan kat luar sana.






Bukan lori ini! Hehe.





Waktu sebelum rumah baru aku siap, ayah dan kami adik beradik yang kerjasama mengecat rumah. Boleh dikatakan rumah sudah hampir siap ( peringkat finishing). Kebetulan aku tamat pengajian di kolej. Dalam beberapa minggu kemudian, aku selsema. Datang pula rasa malas. Jadi hari itu, aku tidak tolong ayah mengecat rumah. Tinggallah ayah dan adik bertungkus lumus mengecat rumah.
Aku duduk di birai longkang sambil memerhati ayah mengecat siling rumah. Ayah berdiri pada tiga empat anak tangga. Ayah takut tinggi. Ayah gayat. Jadi ayah guna tangga untuk mengecat siling rumah. Waktu itu cat di dalam tin cat habis. Ayah mengarahkan aku untuk mengambil cat yang baru di dalam stor. Tapi, dengan dorongan rasa malas, aku memberi alasan aku tidak larat untuk bangun. Tenaga tiada. Aku lihat ayah mengeluh berat. Mahu atau tidak, ayah turun tangga. Kaki dan tangan ayah terketar-ketar ketika menuruni anak tangga. Kasihan ayah, gayat. Aku tidaklah teruk sangat demamnya. Setakat selsema apalah sangat. Tapi aku telah menyusahkan ayah.
Aku anak pemalas!
Waktu di kolej dulu, aku hilang telefon bimbit. Aku pula langsung tidak memberitahu ayah. Dan silap aku juga sebab tidak menggantikannya dengan yang baru. Dua minggu agaknya aku membiarkan. Tanp sebarang hubungan dengan ayah mahupun ahli keluarga yang lain. Hatta ayah pernah berpesan, jika ada masalah hubungi saja ayah. Tapi, aku tidak ambi peduli hal itu.
Suatu hari, tiba-tiba saja kelihatan kelibat ayah menjelma di depan pintu rumah sewa. Aku terperanjat. Rupa-rupanya ayah sanggup datang dari Kemaman ke Kota Bharu semata-mata mahu tahu keadaan aku. Gila. Lebih 6 jam perjalanan dari Kemaman! Asalnya aku tidak mahu menyusahkan ayah untuk membeli telefon bimbit baru. Tapi, aku menyusahkan ayah kerana sanggup datang dari jauh untuk menjenguk aku!
Yalah. Ayah mana tidak sayangkan anaknya?
Bertuah punya anak!
Sewaktu kita 'berkuasa', kita ada segalanya. Sewaktu kita 'lemah' pula, kita bakal kehilangan semuanya.
Sekarang ayah sudah tua. Ayah dulu aktif buat kerja-kerja pertukangan. Angkat kayu berat-berat. Sekarang angkat kayu bersiaz 2 inci X 2 inci pun semampu dua tiga batang saja. Kerana keuzuran itu, ayah tidak buat banyak kerja. Hanya mampu solat, menonton televisyen, pergi ke surau, pergi ke pasar, dan termenung di dapur. Oleh kerana keuzuran itu juga, sumber pendapatan keluarga hampir terputus.
Bila diimbau kembali, banyaknya kesilapan aku terhadap ayah. Hal yang menyusahkan ayah. Ini baru sedikit. Banyak lagi sebenarnya. Biarlah rahsia.
"Ayah, ini duit dari gaji saya. Saya tak mahu harapkan apa-apa yang berharga dari ayah kecuali satu. Doakan kejayaan saya di dunia dan akhirat. Itu saja."
Ayah aku tersenyum. Ayah berkata syukur dan membuka cerita betapa susahnya keadaan ayah sekarang. Aku senyum tanda faham. Dan ayah asyik bercakap mengulangi kata-kata ayah tadi. Tanpa jemu dan bersebab.