Ads: (Please Click!)
Showing posts with label badut. Show all posts
Showing posts with label badut. Show all posts

Friday, December 31, 2010

Artikel Top 10 Blog Aduka 2010

Salam.

Hari ini adalah hari penghujung 2010. Pejam celik, pejam celik, akhirnya melabuhlah tirai peristiwa sepanjang 2010. Banyak kisah pahit dan manis selama berkecimpung di dalam dunia blogging ini sebenarnya. Walau bagaimanapun, ia sedikit sebanyak mengajar kita erti kematangan, bukan sahaja di blog malah kehidupan harian kita.

Read more/less..

Untuk mengakhiri tahun 2010, di sini ingin dikongsi bersama senarai 10 artikel yang memperolehi jumlah bacaan (pageview) tertinggi yang pernah direkodkan.



10) Tutorial: Cara Mudah Elak Gambar Anda Dicuri (509 pageviews)

Tidak disangka artikel ini adalah di antara artikel tutorial yang mendapat pageview yang tertinggi. Ia telah mengatasi segala tutorial-tutorial hebat yang lain seperti Facebook Like Button, blogger spoiler, dan sebagainya. Namun, ia masih menjadi tanda tanya oleh pelbagai pihak kerana tutorial ini hanya berfungsi baik pada sesetengah browser sahaja. Aku pernah membuat sedikit research bagaimana mahu mengatasi masalah ini. Namun, belum lagi menemui jalan yang terbaik antara yang terbaik.


9) Free Mobile Internet Access For Maxis And DiGi (515 pageviews)

Ini adalah entry plagiat. Haha. Jangan terkejut, okey. Aku plagiat secara professional, di mana backlink telah disertakan sekali. Cara atau langkah-langkah aku tidak tuliskan di dalam artikel ini. Namun tidak sampai seminggu, artikel pada blog asal yang telah di'backlink' mengalami 'broken link'. Artikel ini mendapat pageview yang tinggi kebanyakkannya melalui keyword dari search engine.


8) Maxis Or Hotlink Free Mobile Internet Trick! (668 pageviews)

Oleh sebab link source dalam artikel asal (no 9) mengalami 'broken link', dan atas permintaan ramai, aku membuat artikel ini sebagai pengganti. Namun disebabkan aku hanya memakai telefon bimbit jenama Sony Ericsson, maka telah membataskan cara trick bagi telefon bimbit jenama lain seperti Nokia, Samsung, dan sebagainya. Artikel ini juga mendapat pageview tertinggi hasil dari referrer keyword dan share link di Facebook.


7) Rokok (932 pageviews)

Aku sendiri tidak menyangka artikel ini menjadi salah satu artikel yang popular. Adakah disebabkan gambar ini?


Jika ya, ingin aku memohon maaf. Mungkin di atas kejahilan atau kecuaian aku sendiri (tidak menapis/cencor) telah menjatuhkan maruah budak sekolah ini. Artikel ini masih di'view' walaupun melihat pada tarikhnya adalah diterbitkan pada bulan April 2009. Mungkin sebab kempen 'Katakan Tidak Pada Merokok' telah menjulang pageview tinggi bagi artikel ini.


6) Cikgu Shida Jadi Gila Sebab Putus Tunang (957 pageviews)

Ini antara artikel yang pertama kali menjadi kontroversi di blog aku. Masakan tidak, dalam ribuan yang meminati Cikgu Shida ini, aku di antara yang membidasnya pula. Aku telah melontarkan beberapa kerat ayat yang pedih sehinggakan mendapat komen seperti ini.


Sebenarnya perkataan 'stupid' telah di'strike'kan. Memang aku sengaja membuat begitu supaya pembaca berfikir secara normal dan logik. Ramai yang menilai hanya pada potongan ayat yang terakhir itu sahaja. Tidak menilai pada keseluruhan artikel yang aku tulis.

Kepada Zala Wajik, aku tidak mempersalahkan kamu. Mungkin kamu di antara peminat Cikgu Shida. Okey, aku faham. Mungkin 'Cikgu Shida' menjadi bahan entertainment baru dan terkini di internet, kan?
Oh ya, aku link blog kamu secara percuma. Berkongsi populariti sepertimana Cikgu Shida berkongsi 'populariti'nya kepada semua penonton di YouTube. Haha.


5) Melayan Kegersangan (1,715 pageviews)

Hah! Aku sebenarnya sudah dapat mengagak bahawa artikel 'sengal' inilah yang membuatkan blog aku hit. Keyword entah apa-apa bila diperiksa pada Stats Blogger. Kadang-kadang sampai tepuk dahi melihat keyword yang ditaip/dicari oleh pengguna di internet. Last-last, artikel ini juga yang korang semua klik! Aduhai.

Artikel ini juga adalah artikel lama. Diterbitkan pada April 2009, lebih setahun yang lalu. Kalau tidak silap, jumlah follower pada waktu itu tidak sampai 500 orang! Haha. Salah satu artikel tertinggi pageview dari sumber keyword.


4) Sathya Sai Baba: Kebangkitan Antara 30 Dajjal? (5,160 pageviews)


Ini artikel adalah artikel 'forward' di e-mail oleh adik aku sendiri. Artikel ini mendapat pageview tertinggi hasil daripada keyword dan share link di Facebook. Khabarnya terdapat blogger yang membangkang artikel ini dengan mengeluarkan fakta-fakta yang di'research' sendiri di internet. Walaupun begitu, aku tidak mahu mempersetujui atau mengesahkan mana yang betul dan mana yang palsu. Mungkin cerita Sathya ini hanya propaganda atau rekaan semata-mata, yakni cerita palsu. Pada awalan artikel telah aku maklumkan bahawa mempercayai atau tidak, itu adalah hak masing-masing. Terpulang.


3) Awek terlampau masa kini (5,287 pageviews)

Antara artikel paling lama di dalam senarai 10! Ia diterbitkan pada Februari 2009. Hampir 2 tahun, tapi masih mendapat pageview yang tertinggi. Anda semua sememangnya dapat mengagak kenapa artikel ini mendapat pageview tertinggi, kan? 18SX? Lucah? Haaa yalah. Lebih kuranglah tu. Tapi jangan terkejut. Artikel ini tidak lucah mana pun. Cuma keyword itu menjadi tarikan utama pembaca di internet.

Kepada blogger baru (newbie), harap anda sudah 'mention' perkara ini. Rata-rata sibuk menggunakan keyword untuk meningkatkan trafik. Bukannya artikel yang bermutu. Pelik. Anda semua gila 'glamour' ke? Tak apalah. Hak masing-masing.

Yang pasti, blog aku bukan blog lucah, okey! Haha.


2) Cemburu Dan Kemaluan (6,255 pageviews)

Artikel 'lucah' lagi. Haha. Sebenarnya tidak! Artikel ini sebenarnya artikel pandangan atau luahan aku terhadap penganiayaan lelaki terhadap wanita. Gambar di artikel ini telah di'backlink' kepada pemilik asal, dan gambar tidak diubah 'watermark'nya. Ini bagi menjaga originaliti penulisnya. Pageview kebanyakkannya hasil dari keyword.

'Mention' lagi kepada blogger newbie. Mahu plagiat, guna cara seperti di artikel ini!


1) Waja Lancer 2.0? (7,366 pageviews)

Artikel yang mendapat pageview tertinggi sepanjang 2010. Artikel ini telah mengatasi semua artikel yang lain. Pageview kebanyakkannya hasil dari keyword, share link di Facebook, dan backlink.

Di dalam kesibukan orang mencari fakta dan berita sebenar tentang Waja Lancer 2.0, aku telah membuat sedikit kajian mengenai kebenaran kewujudan kereta ini. Walaupun maklumat yang aku buat tidak berapa lengkap, artikel ini telah mendapat 'like/share' tertinggi di antara 10 artikel yang popular 2010.

Hampir sebulan menjadi tanda tanya di kalangan peminat kereta, akhirnya Proton telah mengeluarkan nama modelnya yang sebenar. Anda semua sudah maklum. Ia dikenali sebagai Proton Inspira!


Sekian sahaja artikel laporan 'Artikel Top 10 Blog Aduka 2010'.

Azam tahun baru? Kenapa asalkan tahun baru perlu ada azam? Kenapa Awal Muharram dahulu tidak ditanya 'Apakah azam baru kamu sempena seorang umat Islam?'. Renung-renungkanlah.

Aduka: Tahun Baru pasti berseri dengan pertunjukan bunga api dan... pertunjukan 'aktiviti' maksiat di televisyen saban tahun!


Korang nak tingkatkan trafik blog korang? Sila klik SINI dan BACA. Terima kasih.

Wednesday, December 01, 2010

Cikgu Shida Jadi Gila Sebab Putus Tunang


Salam.

Mesti korang kenal sangat dengan nama Cikgu Shida atau Teacher Shida ni, kan? Kita lihat, dalam beberapa bulan yang lalu berapa ramai blogger-blogger di luar sana bercerita tentang Cikgu Shida ni. Tidak kurang yang mengutuk, dan tidak kurang juga yang sukakan 'kepala gila-gila' Cikgu Shida ni. Aku tidak nafikan bahawa aku pernah mendakwa bahawa Cikgu Shida ini seorang yang 'tidak normal', 'mengada-ngada' dan 'populariti murahan' terutama di ruangan komen artikel blog Joegrimjow - Dua video terbaru Cikgu Shida : Terhibur atau menyampah.

Read more/less..

Khabarnya baru-baru ini, keluar satu kenyataan bahawa Cikgu Shida ini sebenarnya putus tunang. Sebab itulah dia 'berperangai' sedemikian. Kononnya meraih simpati, dan melepaskan geram dengan membuat perkara-perkara yang tidak pernah dibuatnya sebelum ini. Hatta, pada hakikatnya Cikgu Shida bukanlah sepertimana kita lihat di internet. Dia seorang yang baik dan mengajar seperti cikgu-cikgu lain di sekolah. Dan, dia kelihatan normal!

Kenapa dia berubah? Subjeknya; dia putus tunang. Cerita benar atau tidak, wallahua'lam. Aku ada baca dari pelbagai sumber artikel, sesetengah blogger kasihan dengan apa yang dihadapi oleh Cikgu Shida, dan tidak kurang juga yang memberi sokongan dari segi mentaliti dengan memberi semangat untuk Cikgu Shida. Ok, fine. Itu cara yang betul. Bagi semangat.

Sebagai orang yang normal, putus cinta pun kita sudah 'frust menonggeng' kan? Inikan pula putus tunang. Ok, fine. Frust kerana putus tunang. Tetapi normalkah apa yang Cikgu Shida tu buat selama ini? Dan yang penting, tak malukah dia selaku cikgu, insan mulia memberikan ilmu kepada anak murid, jadi bahan ketawa di ruang internet?

Beberapa bulan yang lalu, aku pernah lihat satu forum di televisyen yang dikelola oleh Dr Fadzilah Kamsah. Dia ada membincangkan tentang normal dan tidak normal kepada insan yang membunuh diri. Pernah dia ajukan soalan kepada penonton yang berbunyi:

"Normal atau tidak seseorang manusia merosakkan dirinya dengan mematikan alam hidupnya dengan membunuh diri? Adakah boleh dikatakan seseorang merubah dirinya ke arah negatif adalah sebagai orang yang baik dan normal? Sebagai contoh pelajar cemerlang, tiba-tiba merosakkan dirinya dengan melibatkan diri dengan dadah dan bersosial oleh kerana kecewa dalam alam percintaan atau cita-cita. Adakah pelajar itu orang yang dikatakan normal? Apakah maksud 'normal' yang sebenarnya? Cuba kita renung-renungkan, dan fikir-fikirkan."

Daripada teks ucapan Dr Fadzilah ini dapatlah kita ungkap dan simpulkan bahawa tindakan seperti Cikgu Shida itu adalah tidak normal. Jika normal, dia tidak akan buat perkara yang memalukan dan menjatuhkan maruah diri di dalam internet yang boleh ditonton oleh jutaaan penonton yang tidak mengira usia, pangkat, kaum, bangsa, dan agama. Sedangkan Cikgu Shima itu adalah seorang cikgu, wanita, muslimat Islam (orang Islam), berbangsa Melayu, orang Malaysia! Terus terang aku berkata tentang ekspresi tatkala pertama kali aku lihat video Cikgu Shida ini, aku malu tengok dia seperti itu! Macam badut!

Terlebih dahulu aku ingin meminta maaf di atas ekspresi aku itu. Entahlah. Itu yang terlintas di dalam benakku. Macam badut. Ya Allah. Tidak malukah dia? Yang aku hairan, ramai pula yang suka dengan video cikgu itu. Sampaikan meminta-minta Cikgu Shida membuat lagi video 'tidak normalnya' itu.

Sekelumit di dalam hati, terdetik juga rasa kasihan dengan Cikgu Shida ini. Ini adalah kerana seperti tiada orang yang rapat dan dekat dengannya yang boleh membimbing dia ke arah jalan yang baik dan yang paling penting ke arah menjadi wanita yang normal.

Tulisan aku kali ini bukanlah mahu menjatuhkan maruah dan diri Cikgu Shida. Cuma jadikanlah kes Cikgu Shida ini sebagai pengajaran buat kita. Putus cinta, putus tunang, atau bercerai-berai macam mana sekalipun, perlulah dekatkan diri dengan Allah swt. Harapkan hidayah dari-Nya. Berdoa dan zikir kepada-Nya. Sesungguhnya, hanya pada Dialah kita patut berserah. Tidak perlulah kita mengubah diri kita yang 'normal' ini kepada tindakan yang 'tidak normal' semata-mata ujian berat yang diturunkan oleh Allah swt untuk kita. Bukannya dekatkan diri kepada segala bentuk 'hiburan' yang ada di internet.

Jika aku kata Cikgu Shida 'populariti murahan' sekalipun, memang terang-terangan di mata kasar dan dengan logiknya adalah ya. Seperti yang aku katakan tadi, Cikgu Shida meraih simpati dari penonton dan 'kawan-kawannya' di ruang internet. Namun, apa faedahnya?

Di bawah ini aku petik dari Facebook Cikgu Shida. Ada yang mengutuk, dan ada juga yang menyokong.

Yang menyokong.




Yang mengutuk.





Apa-apa pun pandangan aku atau pandangan orang lain, kita perlu jadi diri sendiri dan berpijak pada bumi yang nyata. Be yourself, kata orang putih. TAPI.. biar normal!

Jadilah wanita yang NORMAL, Cikgu Shida!

Maybe you are a teacher among student, but better be like a student than be like a stupid you!

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger