Ads: (Please Click!)
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Friday, December 09, 2011

Tips Untuk Dapatkan Buffered Earning Dari Nuffnang


Nak menunjuk-nunjuk sikit nih! Nampak tak? Nampak tak? Ni la Buffered Earning (BE) aku yang latest. Nampak tak weh? Hahahahahaha! Baru dapat satu BE dah kecoh-kecoh kan?

Alaaa.. aku bukannya blogger popular pun. Aku berblogging ni pun sekadar suka-suka. Walaupun begitu, alang-alang berblogging, mahu juga la ada side income kan? Jadi tak salah sekiranya aku join mana-mana pengelola pengiklanan ni. Dalam banyak-banyak, aku lebih suka Nuffnang. Sebab? Nuffnang ni komuniti pengiklanan terbesar dan paling popular di kalangan blogger di Malaysia. Syarikat pula syarikat tempatan. Jadi kalau di'compare'kan di antara syarikat pengelola iklan yang lain dengan Nuffnang ni, aku lebih selesa dan sarankan korang turut serta bersama Nuffnang. Satu lagi alasan; dulu ada kes malware serang kepada banyak pengelola iklan. Kebanyakkan blog 'dijangkiti' malware yang masuk melalui algoritma iklan itu sendiri. Waktu itu, hanya iklan daripada Nuffnang yang satu-satunya tidak dijangkiti! Jadi, itu juga satu sebab kenapa aku masih setia dengan Nuffnang sampailah sekarang.

Di sini, aku ingin berkongsi sedikit tips bagaimana nak dapatkan BE dari Nuffnang. Artikel ini adalah daripada artikel dari Blog Ceera.

Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut : -

- Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh Advertisers kami.

- Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

- Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

- Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging!

Thara Sofian
Talent Manager

Untuk bacaan selebihnya, anda boleh baca di blog Ceera. Klik DI SINI (klik!)
Diharap perkongsian ini dapat membantu anda!

Wednesday, September 29, 2010

Nuffnang Click Fraud: Amaran Dari Robb Chew


Salam.

Semua orang mesti pernah kena. Terutama kepada sesiapa saja yang memasang Chatbox di blog mereka. Ayat-ayat seperti;

"Klik nuff kamu.. jangan lupa klik nuff saya juga ya..!"

"Jalan-jalan di sini mencari nuff!"

"Click nuff!"

Read more/less..

.. dan macam-macam lagi. Tapi hanya satu tujuan, iaitu 'amalan klik mengklik iklan Nuffnang sendiri atau dengan kata lain yang lebih tepat lagi, mengharap ehsan orang lain untuk klik iklan yang diletak di blog sendiri.

Korang tahu atau tidak yang perbuatan sedemikian rupa adalah salah di sisi undang-undang Nuffnang?

Bila ditegur, korang pasti akan cakap;

"Duit punya fasal.. tak apa.. bukannya diorang (pihak Nuffnang) tau pun!"

"Usaha tangga kejayaan.. (kejayaan mahu kaut untung agaknya!)"

Pada tahun 2008, aku pernah mendengar cerita ada sesetengah pihak ini menggunakan cara ekspres. Bagaimanakah agaknya? Okey, begini caranya. Streamyx Home Package didatangkan dengan dynamic IP, iaitu IP internet yang sentiasa akan berubah-ubah setiap kali modem dimatikan dan dihidupkan semula. Jadi, mereka guna kelebihan ini untuk klik iklan Nuffnang kemudian tutup dan on kembali modem. Sesudah beberapa saat menunggu modem hidup dan kembali on the line, mereka akan klik kembali iklan-iklan Nuffnang secara serentak! Kenapa mereka buat demikian? Sebabnya mudah. Mereka dapat 'menyamar' sebagai orang yang lain menggunakan IP yang berbeza-beza dalam jangka masa yang singkat saja!

Dan tahukah anda, perbuatan seperti yang di terangkan di atas salah satu perbuatan yang juga menyalahi undang-undang Nuffnang?

Di bawah, aku dapat satu emel daripada pihak Nuffnang. Aku terima emel ini seawal pagi tadi. Ini adalah notis amaran.

Salam sejahtera Nuffnanger,

Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.

Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut.

Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.

Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.

Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang.

Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:
- klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
- mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
- menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang .

Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

Terima kasih atas perhatian anda.

Katakan TIDAK kepada Click Fraud!

Sekian,
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd


Beringatlah. Jika anda pernah berbuat perkara yang telah dinyatakan di atas, sila hentikan aktiviti anda. Mahu duit lebih? Berniaga part time!

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger