Ads: (Please Click!)
Showing posts with label internet. Show all posts
Showing posts with label internet. Show all posts

Friday, December 09, 2011

Tips Untuk Dapatkan Buffered Earning Dari Nuffnang


Nak menunjuk-nunjuk sikit nih! Nampak tak? Nampak tak? Ni la Buffered Earning (BE) aku yang latest. Nampak tak weh? Hahahahahaha! Baru dapat satu BE dah kecoh-kecoh kan?

Alaaa.. aku bukannya blogger popular pun. Aku berblogging ni pun sekadar suka-suka. Walaupun begitu, alang-alang berblogging, mahu juga la ada side income kan? Jadi tak salah sekiranya aku join mana-mana pengelola pengiklanan ni. Dalam banyak-banyak, aku lebih suka Nuffnang. Sebab? Nuffnang ni komuniti pengiklanan terbesar dan paling popular di kalangan blogger di Malaysia. Syarikat pula syarikat tempatan. Jadi kalau di'compare'kan di antara syarikat pengelola iklan yang lain dengan Nuffnang ni, aku lebih selesa dan sarankan korang turut serta bersama Nuffnang. Satu lagi alasan; dulu ada kes malware serang kepada banyak pengelola iklan. Kebanyakkan blog 'dijangkiti' malware yang masuk melalui algoritma iklan itu sendiri. Waktu itu, hanya iklan daripada Nuffnang yang satu-satunya tidak dijangkiti! Jadi, itu juga satu sebab kenapa aku masih setia dengan Nuffnang sampailah sekarang.

Di sini, aku ingin berkongsi sedikit tips bagaimana nak dapatkan BE dari Nuffnang. Artikel ini adalah daripada artikel dari Blog Ceera.

Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut : -

- Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh Advertisers kami.

- Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

- Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

- Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging!

Thara Sofian
Talent Manager

Untuk bacaan selebihnya, anda boleh baca di blog Ceera. Klik DI SINI (klik!)
Diharap perkongsian ini dapat membantu anda!

Saturday, October 29, 2011

(Video) Menghina Solat, Menghina Ibadah Islam!

Salam.

Sekarang ini macam-macam isu yang kita lihat semakin tersebar dan kecoh di internet. Antaranya isu yang melibatkan agama seperti murtad, hina agama, provokasi agama, dan sebagainya. Timbul pula ada individu yang rata-rata 'spesis' yang keluar dari agama sebenar (murtad) lalu menghina dan mencaci pula agama lama yang mereka anuti sebelumnya. Sekarang ini, isu yang paling kritikal yang saya nampak di internet adalah isu menghina dan mencabuli kesucian Islam.


Isu yang paling kecoh se-Malaysia beberapa ketika dahulu antaranya adalah isu murtad Lina Joy. Dan yang paling terkini, isu Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang dikatakan begitu terbuka menghina agama Islam, sedangkan dia pada 'asal kelahirannya' adalah beragama Islam. Isu ini cukup kecoh dan mendapat tentangan oleh beberapa ahli NGO serta ahli politik khasnya dan juga majoriti masyarakat beragama Islam amnya,. Kes ini telah dibawa ke mahkamah akan tetapi malangnya tiada langsung penampakan tindakan yang sewajarnya diambil oleh badan atau pihak yang berkuasa. Samada mereka bertindak lepas tangan ataupun 'tiada kuasa upaya'.


Yang menghairankan saya, selepas redanya isu menghina Islam oleh Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara beberapa ketika, terdapat pula golongan-golongan yang 'begitu berani' ini tampil di internet meneruskan penghinaan, provokasi, dan cacian. Mereka seolah-olah langsung tidak takut dan gentar akan undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan negara. Malah mereka sanggup mencipta akaun terbaru (palsu) supaya identiti sebenar mereka tidak diketahui umum semata-mata mahu memaki, menghina, dan mencaci agama Islam.

Beberapa hari yang lepas, saya telah dipertontonkan oleh seorang sahabat di Facebook dengan satu video. Kemudian, saya lihat video itu walaupun pada awalnya saya tidak berminat. Alasan saya; isu ini kalau dibincangkan, tidak akan habis!

Selepas melihat video tersebut, saya begitu terperanjat. Sudahlah Rasulullah dihina, kini ibadah pula dipermain-mainkan! Sahabat saya mendakwa video itu adalah dari Iran. Dan golongan murtadin ini telah menyebarkan video ini di internet (YouTube dan Facebook) mungkin sebagai satu 'strategi' provokasi mereka.

Ayuh saksikan video tersebut.


Kenapa perlu agama Islam dihina dan diperlekehkan?

Walau apa pun golongan murtadin lakukan pada agama kita, pihak yang lebih berkuasa perlu menangani perkara ini dengan seadilnya. Bukan duduk diam tanpa berbuat apa-apa. Kita selaku umat Islam pula sekurang-kurangnya perlu melontarkan kebencian kepada golongan yang menghina Islam ini. Kerana bahawa sesungguhnya orang-orang ini telah keluar dari landasan agama Islam sebenar telah menyebabkan mereka KAFIR. Dan tiada lagi tempatnya di syurga melainkan tempatnya di neraka jahannam akhirat kelak.

Walaupun begitu, kita perlu mengukuhkan lagi aqidah kita. Terdapat banyak video di internet boleh kita pelajari. Antaranya adalah video kuliah agama oleh Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Internet Tersohor. Mudah-mudahan kita terpelihara daripada serangan psikologi anasir murtadin ini.



Aduka: Kuatkan aqidah Islam kita!

Thursday, October 20, 2011

Wanita Terkejut Apabila Diberitahu Dia Mempunyai Buah Zakar @ Testis!

Taiwanese woman finds out she has testicles

Sin Chew Daily melaporkan bahawa seorang wanita Taiwan terkejut apabila pakar sakit puan memberitahunya bahawa dia mempunyai buah zakar (testis).

Wanita yang berusia 34 itu memutuskan untuk berunding dengan pakar selepas dia mengalami sakit di kawasan kemaluannya. Ini adalah kali pertama beliau mendapatkan rawatan dari pakar sakit puan walaupun dia tidak pernah mengalami haid dalam hidupnya.

Hasil dari pemeriksaan juga mendapati bahawa wanita itu tidak mempunyai rahim. Apabila ditanya mengapa dia tidak mendapatkan rawatan atau nasihat perubatan tentang masalah haid, wanita itu tidak dapat menjawab.

(Sumber)

Aduka: Aduh! Tu tandanya yang kau tu berjantina khunsa! Hahaha.

Wednesday, October 19, 2011

Lawak! Gambar Yang Dimanipulasikan


Salam.

Nampak tak gambar kat atas ni? Alaaa..  tipu la kalau tak nampak kan? Lawak tak? Boleeehhh laaaa.. Lawak la jugak. Biasa-biasa aje kan?

Macam mana plak kalau gambar nenek di atas ni dimanipulasikan? Kalau kena gaya dan idea, sudah tentu lawak giler beb. Jadi, apa kata kita tengok gambar nenek kat atas ni setelah mengalami proses manipulasi. Jom!







Kahkahkahkah! Sakit perut aku ketawa!

Orang putih ni memang kreatif giler kepalaotak diorang. Yang 'kureng' lawak, boleh jadi 'super duper' lawak! Okey. Dah dah. Cukup la ketawa tu. Jom tengok gambar kat bawah ni plak.


Macam hape ntah menarinya. Teruk bebenor. Siap la kau kalu dah gambar ni dimanipulasi. Mau tengok? Joooommmmmmmmmm..!









Serius! Aku ketawa macam orang giler. Ketawa sorang-sorang dalam bilik. Sampai keluar air mata aku ketawa sebab terlalu lucu! Kahkahkahkahkah!

#1 Income Dari ChurpChurp Untuk Minggu Ini


Salam.

Terlebih dahulu aku ingin ucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana limpah kurniaNya kepada aku rezeki daripada berblogging ni. Walaupun tak seberapa, walau satu ringgit sekalipun, ia masih tetap dinamakan rezeki. Dan setiap rezeki yang datang kepada kita sebenarnya adalah kurniaan daripada Allah swt. Dan sewajarnyalah kita untuk terus mensyukuri setiap apa yang telah diberikan oleh Allah swt.

Aku sebenarnya telah lama join ChurpChurp ni, cuma aku kurang aktif dan tidak endahkan sangat. Pertamanya, aku kurang faham fungsi sebenar ChurpChurp ni. Kedua, Disebabkan kurang kemahiran dalam membuat iklan dan mengiklan di internet.

Sehubung dengan itu, aku telah buat beberapa carian tentang bagaimana mahu mendapat income melalui ChurpChurp ni. Dan alhamdulillah, hasil dari usaha dan percubaan sendiri, nah, usaha selama ini akhirnya membuahkan hasil. Seperti yang aku katakan tadi, aku sudah lama join. Cuma pada minggu lepas aku cuba untuk usahakan pengiklanan ChurpChurp ni. Dan tadi, aku amat terkejut bila menjenguk di akaun ChurpChurp aku. Income tiba-tiba meningkat! Alhamdulillah, syukur.


Inilah berkat usaha hanya selama tempoh lebih kurang dua minggu.

Apa-apa pun, terima kasih juga kepada pembaca setia dan pembaca senyap (silent reader) yang terus menerus membaca dan menyokong Blog Aduka. Melihat income yang aku perolehi ini membuatkan aku menjadi lebih bersemangat untuk berusaha lebih, untuk mendapatkan income yang lebih lagi. Siapa tidak mahu side-income? Alang-alang berblogging, apa salahnya dapat seratus dua hasil dari berblogging, kan?

Untuk sesiapa yang belum join ChurpChurp, anda bolehlah join sekarang! Sambil berblogging, sambil buat duit! Klik DI SINI untuk join.

Untuk tips menambahkan income ChurpChurp, aku akan tulis pada artikel yang selanjutnya. Teruskan membaca Blog Aduka!

Tuesday, October 18, 2011

Kesan 'Peng Yu' : Punca Kenapa Orang Ramai Tidak Mempedulikan Budak 2 Tahun Dilanggar!


Salam.

Berita dan video mengenai budak 2 tahun yang dilanggar di China telah menggemparkan dunia. (KLIK DI SINI!) Ia bukanlah satu insiden atau kemalangan yang biasa kita lihat. Ia telah menjadi buah mulut dan topik perbincangan oleh banyak pihak termasuk media massa dan media cetak dunia.

Satu saja persoalan yang bermain-main di minda kita. Apakah sebab musabab dan relevannya orang ramai untuk tidak menghiraukan langsung kanak-kanak malang itu? Sehinggakan banyak pihak antaranya menuduh kesemua 18 (anggaran) orang yang hanya lalu dan lihat itu adalah orang yang KEJAM dan TIDAK BERHATI PERUT. Ada pula yang menyalahkan masyarakat dan kerajaan negara China itu sendiri apabila undang-undang dan nilai kemasyarakatan negara itu amat longgar.

Ini adalah fakta yang saya sendiri selidik dan kaji di internet selepas beberapa jam selepas kejadian ini berlaku.

Di China, keadaan ini disebut sebagai kesan 'Peng Yu'. Sebelum ini, ramai mangsa kemalangan jalan raya, atau orang-orang yang telah jatuh sakit di jalanan sebenarnya berjaya menyaman orang-orang yang membantu mereka untuk sejumlah wang dengan mudah walaupun tidak ada bukti bahawa mereka adalah orang-orang yang menyebabkan kemalangan itu.

Rencana ini telah ditulis di dalam satu akhbar China berbahasa Inggeris. Ini adalah petikan daripada akhbar tersebut:

Di Nanjing pada tahun 2007, apabila seorang lelaki muda bernama Peng Yu, berkata beliau telah membantu seorang wanita tua jatuh untuk bangun. Tetapi perempuan tua menegaskan bahawa Peng telah menolaknya jatuh lalu wanita tua itu menyaman Peng bagi tujuan pampasan. Kerana kekurangan bukti kukuh, mahkamah di Nanjing memutuskan bahawa Peng perlu menanggung 40% tanggungjawab untuk kejadian itu, dan di bawah tekanan awam yang hebat, Peng telah dipaksa untuk membayar denda pula sebanyak 10 ribu yuen.

Selepas kes-kes ini, ramai orang takut untuk menghulurkan bantuan kerana takut disaman. Mereka akan lebih cenderung untuk berdiri dan lihat sahaja jika mereka berada di tempat kejadian.

Untuk pengetahuan kita semua, terdapat banyak lagi kes-kes yang serupa berlaku akibat dari kesan kes 'Peng Yu' tadi. Dan kebanyakan kes adalah kerana kekurangan bukti dan saksi dalam kes tersebut. Antara rencana yang hampir serupa adalah seperti berita ini:

Wanita tua, Wang

Lelaki yang memandu kereta, Xu

Kes seorang wanita tua berusia 69 tahun yang mendakwa ke atas seorang lelaki muda yang langgar dengan keretanya telah mencetuskan perdebatan awam mengenai moral dan kredibiliti. Perbicaraan masih dalam lanjutan, tetapi majoriti besar rakyat menunjukkan sokongan mereka terhadap lelaki itu dan percaya wanita tua itu memutar belitkan fakta. Mereka juga menyatakan keengganan mereka untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan pada masa akan datang, kerana masyarakat gelora dalam keadaan marah dan tidak berdaya di atas keruntuhan akhlak dan kehilangan kredibiliti.

Ilustrasi Xu tentang Wang yang melintas jalan secara berbahaya


Wang Xiuzhi, telah melintas jalan secara bahaya dan salah terjatuh dan mengalami beberapa keretakan tulang pada bulan Oktober 2009 di bandar utara Tianjin. Xu Yunhe menghentikan keretanya lalu keluar untuk membantu beliau. Tetapi Wang berkata Xu telah melanggarnya dengan kereta menyebabkan kecederaan yang teruk.

Tanpa mana-mana video pengawasan dan saksi, Xu disabitkan kesalahan dan diarahkan menanggung 40 peratus kos bagi kemalangan itu, walaupun mahkamah tidak pernah membuktikan bahawa dia memukul, mengasari, atau melanggar Wang. Dia telah diarahkan untuk membayar lebih 100,000 yuan berbentuk pampasan kepada Wang, mengikut penghakiman asal yang diturunkan oleh mahkamah daerah pada bulan Jun. Xu merayu keputusan itu dengan menegaskan bahawa beliau tidak bersalah.

Lebih kurang ceritanya dengan kes Peng Yu tadi kan?

Oleh yang demikian, ramai rakyat China mendakwa kes yang terjadi kepada budak 2 tahun yang dilanggar dan orang ramai langsung tidak menghiraunya, adalah punca dari 'kesan Peng Yu'. Hal ini menjadi satu 'penyakit' psikologi yang menjadi trauma dalam masyarakat di China!

Sila klik butang 'Share' dan sebarkan hasil kajian ini kepada rakan-rakan anda. Terima kasih!

Monday, October 17, 2011

Budak Kecil Digilis Kereta, Orang Berlalu Tanpa Mempedulikannya!



Salam.

Agak terkedu aku bila pertama kali melihat video ini. Sangat tidak berperikemanusiaan! Jom saksikan video ini.


Aku sebenarnya tak faham bahasa Cina, dan tak pasti apa jadi kepada budak dalam video ni. Samada dia mati ke hidup ke tak dipastikan. Kalau kita tengok video ni, nampak macam budak tu dirawat rapi di hospital kan? Mudah-mudahan budak kecil tu tak ada apa-apa la.

Di negara lain kita tengok video ni dah rasa kejam kan? Yang buang bayi tu? Tak kejam ke?

UPDATE!


Menurut media China, dikhabarkan budak ni dah meninggal dunia. Sebelum ini, budak yang berusia 2 tahun ini koma dan tidak sedarkan diri. Kini, ibubapa budak ini bersedih dan menangis tak berlagu. Kasihan.

Ini pula gambar keratan akhbar. Makcik gambar atas kanan adalah si penyelamat budak 2 tahun ini daripada terus diabaikan oleh orang ramai.


Malahan si penyelamat itu juga turut menangisi pemergian kanak-kanak malang itu. Sungguh menyentuh perasaan.


Wednesday, October 12, 2011

Laman Sosial Dr Rozmey Sudah Dilancarkan! Anda Sudah Daftar?

dRBook.biz - Laman sosial Dr Rozmey

Salam.

"Wow! Boleh tahan!"

Itulah ungkapan yang terintas di dalam hati aku buat pertama kali aku singgah di laman sosial yang kononnya milik Dr Rozmey, Herba Prima Marketing. Anda kenal? Mustahil anda tidak kenal. Nama beliau cukup gah dan selalu menjadi bahan ejekan suatu masa dahulu.

Yalah. Kontroversi filemnya tu la. Aku pernah membuat artikel pasal beliau. Klik DI SINI untuk membaca.

Kesian. Memang ramai orang tidak suka dengan cara beliau yang 'bersifat' berlagak. Tapi walau apapun orang kata, aku memandang beliau dari sudut yang berbeza. Aku bangga dengan beliau yang mana anak tempatan yang berjaya menempa nama mencipta produk kesihatan yang memberi seribu kebaikan kepada pengguna. Anak Melayu pula tu. Tak bangga ke?

Dahulu, beliau menimbulkan beberapa kontroversi yang menyebabkan ramai orang tidak suka dengan beliau, termasuk kebanyakan wartawan media cetak dan hiburan. Selain dari filem yang bertajuk '2 Alam', kontroversi selanjutnya yang cuba ditimbulkan oleh beliau adalah kewujudan laman sosial yang dijangka menandingi Facebook!

Pada awalnya, aku ketawa. Serius aku ketawa. Jadi aku ke alamat laman sosial tersebut. Kalau tidak silap, laman pertama yang didaftar adalah dengan menggunakan URL www.drbook.com. Waktu itu, terdapat satu tarikh pelancaran laman sosial tersebut berupa 'countdown clock'. Namun, menjelang tarikh tersebut dan hari-hari berikutnya, laman sosial tersebut tidak juga dilancarkan. Langsung ramai orang bercakap-cakap di Facebook bahawa Dr Rozmey hanya mengarut dan berangan-angan Mat Jenin semata-mata. Ada juga yang mengatakan beliau sebagai 'orang gila'.

Realitinya sekarang, laman sosial tersebut akhirnya wujud. Aku tidak tahu bila sebenarnya laman sosial beliau ini dilancarkan. Sedar-sedar, dah wujud dah pun! Dan kini jumlah pengguna laman sosial beliau itu telah mencecah 1,600 orang! Hmmm.. Not bad la kan? Hehe.

Apa URL laman sosial beliau tu?

Jika anda berminat, anda boleh ke URL ini dan selanjutnya daftar satu akaun: www.dRBook.biz

Rasakan kelainnya sendiri!

Thursday, October 06, 2011

Kejam!!! Bayi Masih Hidup Dalam Beg Plastik Di Buang Ke Dalam Sungai!


Kejam!

Itulah ungkapan yang sesuai yang patut diberikan kepada manusia yang tidak berhati perut dan sanggup membuang bayi yang tidak berdosa! Apalah dosa si anak kecil ini sehingga kita tergamak meletakkan dalam plastik dan di buang ke dalam sungai hidup-hidup?

Mari kita saksikan video ini.


Kejam kan?

Walaupun tidak dipastikan di mana kejadian ini berlaku, dan tentunya bukan di negara kita yang tercinta ini, namun tak mustahil masyarakat kita turut membuat perkara yang sama terhadap bayi mereka. Tengok sajalah di dada-dada akhbar, berita di televisyen. Saban hari, saban tahun ada saja kes buang bayi, penderaan bayi, dan pelbagai lagi kes yang tidak sedap kita dengari.

Banyak persoalan yang kita selalu tertanya-tanya. Kenapa kita semakin kejam dan tiada sifat keperikemanusaan? Kenapa semakin menular kes yang melibatkan salah laku kepada kanak-kanak?

Ini pula berita terbaru yang aku baca di akhbar online pagi tadi.

campak bayi ke laut

Demi menyelamatkan diri, bayi sanggup dicampak ke dalam laut. Samada panik atau tak, tu tak pasti la kan. Macam pelik la plak. Baru nampak JKM dah cabut lari. Macam nampak malaikat maut datang nak cabut nyawa!

Tuesday, October 04, 2011

Wujudnya Penipuan Dalam Akhbar Di Malaysia


Salam.

Peningnya bila ada spesis penipu di kalangan penulis berita di akhbar. Kesimpulannya mudah. Diorang gunakan platform media ni untuk kepentingan diorang sendiri je. Sebagai editor sesuatu akhbar atau tabloid, of course la cerita atau berita hot dan sensasi diperlukan. Tak fikir dosa pahala daahhh.. Yang penting, tabloid mesti laku!

Antara satu teknik yang membuatkan pembaca itu mempercayai sesuatu artikel adalah dengan sokongan gambar. Peratusan 'boleh percaya' dan tarikan orang untuk membaca sesuatu berita adalah lebih tinggi dengan sokongan gambar berbanding tanpa gambar. Perbezaan berita  bergambar dengan berita tanpa gambar adalah ketara. Sebagai contoh, kejadian kemalangan. Jika berita kemalangan diselitkan dengan gambar, bukankah ia sesuatu yang menarik minat untuk dibaca? Cuba berita tu tiada gambar. Seronok tak?

Walau bagaimanapun, teknik ni boleh menipu sebenarnya. Kalau tak ada kesilapan, ok la. Kalau ada kesilapan? Tak ke malu muka. Kalau pembaca antara orang yang peka dan sensitif dengan sesuatu isu, penipuan pengarang berita di akhbar ni boleh dikesan.

Di bawah ni aku sertakan antara bukti-bukti gambar penipuan penulis berita di akhbar. Sumber gambar aku ambil dari blog MiloSuam dan search di Google.



Tadaa!! Tiba-tiba boleh hilang plak kan?


Ini satu kesilapan yang boleh dianggap paling teruk! Gambar sama tetapi berbeza kerana edit-nya. Bukan ke kelakar kalau kantoi sedemikian rupa?


Yang ni plak ramai orang tak perasan 'logika' yang ada dalam gambar ni. Can you spot the NOT? Haha!



Yang ni plak kalau orang semenanjung yang tak pernah pergi 'seberang sana' tetapi menulis artikel fasal 'seberang sana'. Hehe! Perli jeee.. Sebenarnya, niat penulis adalah ingin memberitahu pembaca akan majunya bandar A dengan menyelitkan gambar bangunan yang BUKAN dari bandar A. Tapi bandar B. Bodoh tak?


Gambar ni dah kecoh dulu. Tapi orang tetap tak percaya. Haha. Lantaklah. Orang 'tak bengap' je percaya gambar ni di-edit.



Aku takut dah nak bawak bendera kecik gini. Kang polis tahan aku sebab bawak senjata plak. Haha!


Yang ini pun gambar kontroversi. Walaupun gambar ni daripada akhbar Amerika, tapi ramai je orang kita percaya Osama mati. Persoalannya, wujud ke Osama tu?

Ini hanya beberapa kerat je gambar di akhbar yg di-edit. Mungkin banyak lagi, kita mana tahu kan? Kemungkinan tu besar. Teknologi semakin maju, dan minda kita semakin maju juga. Dan seiring dengan itu juga la pasti ada orang-orang berhati kotor di dalam masyarakat maju ni. Walaupun begitu, janganlah sampai kita ditipu oleh orang-orang yang 'maju' ni.

Kita sebagai pembaca jangan terlalu mudah mempercayai sesuatu berita dan gambar di akhbar. Boleh jadi kita ditipu hidup-hidup macam orang bodoh. Kita perlulah cerdik dan peka.

Aduka: Jangan kata akhbar la. Berita kat TV tu pun mungkin ada yang menipu!

Thursday, September 01, 2011

Blogger Dashboard Updated 2011!

Salam.

Blogger dah bertukar! Fewwwiittt..! Lawa siot!

Memang sebelum ni aku dah dengar dan lihat dari blog blogger-blogger yang review fasal benda ni. Tapi pihak Blogger.com masih belum release layout baru ni. Hanya pada beta test.

Sekarang masih di peringkat beta test. Tapi sekejap tadi, lebih kurang dalam pukul 4 pagi, aku dah boleh revert layout Dashboard Blogger ni kepada layout terkini. Sila tengok print screen review kat bawah. Rasanya mungkin korang dah guna sekarang kan? Hehe.

Ni layout kat Dashboard. Mak ai. Sempoi!

Ni plak Editor. Ala... tempat yang korang tulis-tulis entry tuuuu..

Nak letak label. Pun sempoi!

Kat sini korang leh set. Nak publish sekarang ke (auto) atau korang leh set masa auto publish. Sempoi!

Yang ni sedia ada. Leh mapping entry korang tu kat mana. Blog restoran review ok ler.

Yang ni aku teruja. Mak ai. Nak upload sekarang tak susah-susah dah. Pop-up je window ni. Walla!

Bleh upload banyak mana gambar yang korang mahu. Bleh pilih lagi gambar mana nak upload dulu. Sempoi!
Boleh dikatakan layout Dashboard Blogger yang baru ni sangat-sangat memudahkan. Kalau sebelum ni.. hmmm.. macam lambat sikit la. Tengok la untuk entry ni. Aku start guna dari pukul 4. Start taip rtikel ni dari pukul 5.20 pagi. Sekarang 5.37 pagi dah siap. 17 minit je beb!

Korang nak tahu dengan lebih detail, korang leh guna sendiri. Guna la dalam 30 minit ke sejam. Boleh la korang rasakan kelainan dan kemudahan yang ditonjolkan oleh Blogger.com. Bagi aku, layout ni lebih selesa dan mudah berbanding Blogger In Draft atau Dashboard Blogger yang lama.

4 bintang!

Sunday, August 28, 2011

Gambar Taufan Irene Yang Amat Menakjubkan!


Salam Ramadhan.

Subhanallah. Itulah saja ungkapan yang keluar dari mulut aku setelah melihat foto yang telah disiarkan di satu akhbar antarabangsa tentang taufan Irene yang telah menyebabkan negara Amerika Syarikat (Unite States - US) kini diisytiharkan DARURAT. KLIK SINI untuk membaca berita penuh.



Imej bulatan penuh Bumi seperti di atas ini diambil pagi ini pada pukul 10.45 pagi (waktu US) oleh satelit NASA/NOAA GOES-13. Gambar ini cukup membuktikan betapa besarnya pusaran taufan Irene ini. Berikut pula adalah imej yang terakhir, yang diambil pada 12:30 petang (waktu US).



Gambar di atas menunjukkan garis pusat yang kini kira-kira 510 kilometer! Dan sekarang bergerak menuju ke bumi Amerika!




Adakah ini satu bala yang diturunkan oleh Allah s.w.t.?

Wallaua'lam.

Thursday, August 25, 2011

Filem Pendek Hari Raya 2011


Salam Ramadhan.

Hanya tinggal beberapa hari je lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dengar khabarnya, tarikh hari raya jatuh pada 30hb Ogos 2011? Jika benar, ini bermakna kita hanya berpuasa selaa 29 hari je kan? Sepatutnya 30 hari baru dikatakan sebulan kan? Adoiii..

Okey. Kita lupakan sekejap fasal tarikh hari raya tu. Biasalah. Bila hari raya, bukan saja baju, malah perabot, kuih, kereta, rumah, isi rumah, promosi, semua mahu baru. Termasuklah iklan-iklan di televisyen. Namun kali ni, aku bukan mahu sentuh iklan raya di televisyen. Ini filem pendek.

Filem pendek ini dihasilkan oleh CST Production, sebuah team DSLR Videographer di Malaysia. Pertama kali tengok.. aduh! Sungguh touching! Malas nak cakap banyak la kan. Korang tengok sendiri. Aku bagi 5 bintang untuk filem pendek ni!



Sedikit maklumat untuk filem pendek ini:

"Kadangkala kita hampir terlupa degan apa yang pernah kita dapat"

Barisan Pelakon
Wan Maimunah - Ibu Amin
Khairul Azhar - Amin Dewasa
Aiman - Amin Kecil
Zakaria - Penjual kuih
Aiman - Kawan Amin 1
Hakim - Kawan Amin 2

Penata Cahaya: Adam
Penata Bunyi: A Are
Penata Seni: Zulkifli & Ayen
Pengarah fotografi: Zabidi Ali
Cameraman:
Zabidi Ali
Rudy Bahar
Al-Fahim
Zakaria
Rody Teng

Skrip: CST PRODUCTION

Pembantu Pengarah: A are & Hakeem

Pengarah: Rosli Mohamed

Produser: CST PRODUCTION

Song credit to "Doa Untuk Ibu - UNGU"

http://www.facebook.com/cstproduction

Aduka: Korang nak menitik air mata tak? Hahaha!

Saturday, August 20, 2011

Iklan Thai Yang Boleh Buat Kita Menangis

Salam.

Tak perlu cakap banyak. Sama-samalah kita menonton iklan insurans dari negara jiran kita, Thailand, yang betul-betul menyentuh perasaan. Mesej yang disampaikan mungkin memberi impak yang sangat besar dan berkesan kepada penonton.. dan kita.


Dah habis tengok? Dah habis, sila klik link bawah ni. INGAT! Klik SELEPAS habis tengok iklan kat atas ni, tau?!

KLIK!

Korang nangis ke weh?!

Wednesday, August 10, 2011

Kenapa Handphone Itu Penting?

Texting
Salam.

Baca tajuk. Eleh, senang aje jawapan tu kan? Kat bawah ni antara jawapan-jawapan yang biasa sangat la kita dengar. Common.

READ MORE / LESS >>

1 - Jawab/buat panggilan. Sudah tentu la!
2 - SMS.
3 - Tangkap gambar.
4 - Dengar lagu.
5 - Buat video.
6 - Layari internet (Facebook, emel, bla bla bla..)
7 - Video call.

Ini cerita aku.

Aku pertama kali pakai handphone ni selepas tamat sekolah. Dulu handphone jenama Nokia siri 3310 atau 3315 sangat popular la. Selalu tengok kawan-kawan sekelas tunduk tengok bawah meja sebab diorang leka main game 'Snake' tu. Aku ni takde. Miskin. Tengok je la depa dari jauh. Minta pinjam nak main tak berani. Al-maklumlah.. masa tu Nokia 3310 ni mahal lagi. Mana aku mampu ganti kalau rosak beb!

Sudah sekolah, handphone pertama aku pakai ialah Nokia 3210. Siri lama sikit berbanding 3310. Itu pun pemberian dari kakak aku. Mana ler aku ada duit nak beli sendiri.

Start daripada itu, hah tak lekang ler handphone tu dari tangan aku. Ada saja aku picit sana picit sini. Nak nak bila tahu dapat chat dengan orang menerusi SMS. Chat yang ON CINTA, ON KAWAN gitu laaa.. Dulu mana ada FB FB neh. Dah selalu sangat chat chat ni, banyak la plak pakai duit. Yela. Pakai kredit kan. Dulu tak ada la kad reload 5 hengget.. 10 hengget.. Dulu minimum dah 60 hengget! Kopak beb.

Takde handphone, hidup aku sunyi. Kalau tengok bateri tinggal 1 bar, cepat-cepat aku caj. Tengok kredit tinggal RM 1, cepat-cepat aku reload. Yang jadi mangsa; ayah aku ler. Haha!

Sampaikan suatu hari di bulan puasa, aku kena marah oleh ayah aku dek kerana tengah sahur tengah berbuka, jari jemari aku duk sibuk tot tet tot tet tot tet handphone. Kena sound sekali dari ayah aku, terus stop. Padan muka aku. Ayah aku tanya dengan nada garang dan meninggi.

"Kau ni tak reti adab ke? Tengah makan pun main handphone lagi. Dah habis kredit, duit aku jugak kau nak sebat. Apa yang leka sangat tu? Urusan apa yang penting sangat tu sampai tak mau lepas handphone dari tangan?"

Hamik kau. Terdiam aku. Tergagap-gagap aku nak menjawab soalan-soalan pedih dari ayah aku. Haha.

Itu dulu punya cerita.

Sekarang?

Peredaran zaman, semua itu sudah berubah. Era makin maju ke hadapan, teknologi juga turut serta. Pemikiran dan penerimaan dalam masyarakat juga berubah. Budaya juga begitu. Apatah lagi ekonomi. Ekonommi negara. Ekonomi manusia. Semua sudah berubah. Yang mana dahulunya 'kehendak' berganti 'keperluan'.

Begitu jugalah evolusi handphone. Tua atau muda, korporat atau jelata, lelaki atau wanita, miskin atau kaya. Semua sudah memilikinya. Kenapa? Ia adalah keperluan. Bukan lagi kehendak. Seperti yang tersenarai kat atas tadi. Itulah antara kepentingannya.

Bila ditanya dahulu oleh ayah aku, 'apa yang penting sangat handphone ni?', sekarang barulah aku boleh jawab. Banyak kepentingannya, ayah. Tengok sekarang. Ayah pun pakai handphone la. Haha. Sekarang pun ramai orang jadi gila disebabkan handphone tau, ayah. Gelak sorang-sorang depan handphone. Tersengih sambil jari tot tet tot tet tot tet. Sewel kot, ayah.

Namun, dalam banyak-banyak kebaikan handphone ni masih ada keburukannya. Cuma ia bergantung kepada pengguna itu sendiri.

1 - Tonton/bikin video lucah!

Yang ni sape-sape pun gila. Tak kira umur, status, jantina, mahupun latar belakang. Kebanyakkannya memiliki. Errr.. aku? Haih! Jangan la tanya. Aku tengah taip entry ni. Haha! Bikin? Yang ini aku tak reti dah nak cakap apa. Pelik. Video ciom-ciom mahu rekod. Video gatai cuit situ cuit sini puna mahu direkod. Tu belum lagi video ehem-ehem! Untuk apa? Sebar? Tonton sorang-sorang?

2 - Letupan

Handphone ni ibarat 'bom jangkamasa' yang sangat rapat dengan kita. Dulu punya cerita, kalau terlebih caj (over charging), terdedah dengan haba panas, handphone boleh meletup tau. Sekarang kes meletup kerana over charge tu mungkin dah kurang la. Tapi kes meletup kerana haba panas masih ada. Ia berlaku beberapa bulan yang lalu. Habis dashboard kereta hancur. Ingat ye. Jangan tinggalkan handphone ada di atas mahupun di dalam dahsboard kereta ketika kereta anda berjemur di tengah panas!

Banyak lagi sebenarnya keburukan-keburukan handphone ni. Namun tak la sebanyak kebaikan dia. Cuma ia memang bergantung kepada kita. Kecuaian pun menjadi sebab kenapa handphone tu bahaya! Apa bahayanya? Kemalangan.

Kenapa? Gambar di bawah ni antara punca sesuatu kemalangan berlaku.

Tak sayang nyawa!
Memang la handphone tu penting beb. Tapi agak-agak la. Takkan sampai mempertaruhkan dan menggadaikan nyawa demi menjawab panggilan dari handphone? Tak ke gila namanya.

Tu la kalau orang tanya. Penting ke handphone ni? Penting ke? Penting ke?!

Ya, penting bergantung kepada situasi dan keadaan. Contohnya, gambar kat bawah ni. Aku sengaja buat spoiler. Takut korang ada darah tinggi ke ape ke. Hehe.

KLIK SINI


Kalu jadi camni, handphone tu penting kan? Kalau dekat-dekat orang ramai okey la. Nanti ade je volunteer datang tolong itu ini. Tapi kalau sorang-sorang? Jauh dari penduduk? Hah, naya.
 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger