Ads: (Please Click!)
Showing posts with label Palestin. Show all posts
Showing posts with label Palestin. Show all posts

Wednesday, November 02, 2011

Israel : Rakyat Boikot, Negara Berdagang


Salam.

Ramai antara kita sangat marah dengan Israel. Apatah lagi apabila kita sedia maklum tentera-tentera Israel melakukan kekejaman terhadap rakyat negara Palestin. Justeru itu, kita berkempen dan berpakat menolak dan memboikot barangan buatan Israel malah membenci Israel itu sendiri.

Dahulu sewaktu hangatnya kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin, kita digesa untuk memboikot barangan import seperti produk makanan, jenama, dan produk yang berkaitan Israel. Sebahagian besar rakyat kita menyokong kempen boikot tersebut. Baguslah. Ini memungkinkan keuntungan produk eksport barangan atau produk Israel (dan sekutu) jatuh merundum. Biarlah sedikit pun, tidak mengapa. Sekurang-kurangnya, kita sudah memboikot. Kita orang Islam memang sangat prihatin.

Di Facebook pula ada banyak tersebarnya gambar-gambar kekejaman Israel dan propaganda Israel terhadap orang Islam di Palestin mahupun seluruh penduduk dunia. Dan kita sememangnya sedia maklum bahawa sebenarnya Israel (Zionis) telah pun 'menjajah' hampir keseluruhan aspek di dunia, termasuk ekonomi, media, pelajaran, psikologi, dan sebagainya. Langkah bijak kita menyebarkan fakta-fakta tersebut bagi menyedarkan umat Islam kepada masyarakat di negara kita khususnya. Kita orang Islam memang sangat prihatin.

Walau bagaimanapun, sejauh mana relevannya kempen, boikot, benci, dan marah kita terhadap propaganda Yahudi Zionis Israel ini?

Ini adalah fakta penting yang perlu kita ketahui tentang hal yang sebenar terjadi di negara kita sendiri. Dan seterusnya perlu kita tolak secara habis-habisan jika benar 'kita prihatin' dan menolak propaganda Israel Zionis laknatullah ini.

Lihat imej di bawah.


Jadual di atas adalah menunjukkan tiga jenis urusan jual beli atau dagangan negara kita dengan negara Israel, iaitu penukaran (trade), import, dan eksport untuk penggal tahun 2010. (Sumber)

Gambar di bawah pula menunjukkan salah satu halaman dalam majalah promosi perdagangan Israel.


Apa yang boleh saya kata adalah sebenarnya negara kita menjadi antara 20 negara-negara terpenting bagi Israel. Dan dalam tahun 2010, Malaysia hampir mencatat antara 10 negara pengeksport terbanyak kepada negara Israel.

Kesimpulan yang boleh saya cakap adalah; kita mati-matian membenci Israel dengan memboikot sana sini, berkempen sana sini. Tanda menunjuk kita benci kepada Israel. Walhal tanpa kita sedari sebenarnya ada udang di sebalik batu yang dilakukan oleh 'pihak-pihak yang berkuasa dari kita' dengan menjalin usahasama dagangan dengan negara yang kita benci selama ini (Israel)! (Sumber)

Ya, kita orang Melayu beragama Islam sangat prihatin. Tetapi kita sebenarnya 'buta' dan 'dibutakan'. Kita menolak dagangan dengan Iran. Salah satu negara Islam yang rata-rata berpenganut Islam. Sebaliknya kita menerima dagangan dengan negara Zionis laknatullah atas nasihat Amerika -- negara bersekutu kuat Israel Zionis! Atas nama syiah, kita tolak habis-habisan dagangan dengan Iran. Tetapi atas nama zionis kita terima dagangan dengan Israel dengan 'hati terbuka'.

Aduka: Kita mengutuk negara yang ada hubungan dua hala dengan Israel tetapi sebenarnya 'kita' dua kali lima sama saja!

Saturday, October 15, 2011

Tanah Palestin Dahulu Dan Kini (Grafik)


Salam.

Peperangan ke atas Palestin yang telah berlaku selama abad ke-20 dan ke-21, menyebabkan sempadan di rantau ini berubah secara drastik beberapa kali sejak beberapa puluhan tahun yang lalu. Berikut adalah melihat bagaimana negara Palestin telah merosot sejak tahun 1917.


Jika grafik di atas terlalu besar untuk dipaparkan, sila ke laman ini : KLIK DI SINI.


Tidakkah anda perasan, bahawa sejak tahun 1917 sehingga 1947 penguasaan penaklukan Israel di tanah Palestin adalah begitu drastik sekali? Ini bermakna jika dihitung secara kasar, Israel hanya mengambil masa 30 tahun untuk menguasai hampir 65% tanah bumi Palestin!

Grafik di bawah ini pula adalah ringkasan sejarah Perang Enam Hari (atau Six Days War) yang berlaku pada tahun 1967.




Sila perhatikan lingkungan penguasaan tanah yang dimiliki oleh Palestin sekarang. Kini dianggarkan tidak sampai 30% pun bumi Palestin dimiliki oleh orang Palestin itu sendiri!

Subhanallah.

Namun apakan daya, negara-negara Israel disokong penuh dan kuat oleh sekutunya; Amerika dan Iran. Bahkan, negara Arab sendiri hanya mampu melepaskan tangan. Bantuan kemanusiaan dihantar, askar pengaman dihantar, perbincangan dua hala telah dibuat namun sehingga kini bumi Palestin dan rakyat peribuminya tidak pernah kenal erti aman dan kemerdekaan! Malahan, PBB sendiri hanya menjadi 'bola tendangan' dan 'patung' kepada dunia semata-mata!

Sama-sama kita berdoa untuk kesejahteraan, keselamatan, dan keamanan saudara seagama kita di Palestin.
 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger