Ads: (Please Click!)
Showing posts with label backlink. Show all posts
Showing posts with label backlink. Show all posts

Saturday, March 05, 2011

Tips Blog : Bagaimana Mahu Kekalkan Trafik

Tips Blog : Bagaimana Mahu Kekalkan Trafik
Salam.

Sebelum ini, terus terang aku tidak tahu atau mengambil tahu fasal trafik. Cuma pada akhiran tahun 2010 (tahun lepas), barulah aku sedikit sebanyak belajar tentang trafik, SEO, PR, bounce rate, analytics, dan sebagainya yang berkaitan dengan website atau blog. Walaupun masih dikatakan baru, aku sedikit sebanyak faham bagaimana mahu mengekalkan trafik di blog. Sama-samalah kita baca, berkongsi idea, dan mempelajari tips-tips ini.

READ MORE / LESS..


1 - Promosi

Beberapa hari yang lalu, ada rakan blogger memberi satu mesej kepada aku di Facebook. Tanyanya, bagaimana mahu meningkatkan trafik di blog? Tiada jawapan lain daripada aku selain dari 'promosi'. Promosi adalah satu aktiviti penting yang perlu dilakukan oleh setiap blogger. Kenapa?

Anggaplah blog kita seolah-olah gerai menjual produk kecantikan. Gerai mewakili blog. Penjual pula mewakili kita; penulis blog. Produk pula mewakili artikel blog. Jika tiada promosi (marketing) masakan orang tahu produk apa yang kita jual? Maka, promosi adalah perlu. Ada promosi, maka adalah pelanggan. Lagi bagus dan meluas promosi kita, lagi luaslah skop pelanggan kita. Begitu jugalah dengan blog. Lagi banyak dan meluas promosi, maka lagi ramailah pengunjung ke blog kita. Keadaan gerai pula juga amat penting. Lagi cantik dan kemas gerai kita, lagi selesalah pelanggan untuk terus berada di gerai kita. Promosi pula didatangkan dengan pelbagai cara. Penjual yang ramah dan mesra pengguna adalah pemangkin kepada peningkatan penjualan sesuatu produk.

Logik atau tidak contoh di atas? Bolehkah anda cuba manipulasikan 'gerai atau kedai' kepada blog? Tepuk dada, tanyalah selera.


2 - Follower

Dahulu, aku pernah membangkang kenyataan 'Follower boleh meningkatkan trafik ke blog'. Aku jawab, tidak semestinya. Dalam pemerhatian aku, follower juga penting. Lagi ramai follower, lagi tinggilah nilai trafik ke blog kita. Tapi, yang menjadi kesukaran bagi kita ialah mengenalpasti adakah Follower tersebut 'silent reader' atau pembaca yang aktif, yakni; baca, tinggalkan komen dan mempromosi artikel kita. Walau bagaimanapun, persoalan ini tidak perlulah kita gusarkan.


3 - Gaya Penulisan dan Isi (Content)

Sewaktu ketika, ramai blogger berdebat tentang perkara ini. Ada yang kata, tulislah sesuka hati asalkan pembaca faham. Ada juga yang kata, tulis skema lagi bagus. Begitu juga yang berkata, blog aku suka hati akulah nak tulis macam mana! Haha. Biasalah. Macam-macam ragam manusia, macam-macam jugalah ragam blogger. Aku lebih suka menulis dengan gaya skema dan berbahasa baku. Tampak matang dan boleh pergi jauh.

Perihal isi, sebagai blogger yang jujur dan professional isi perlulah selari dengan tajuk. Jangan 'lacurkan' artikel anda dengan perkara yang tidak logik. Jika tajuk ditulis 'lembu mati tertelan durian', maka tulislah artikel yang mengandungi isi berkenaan 'lembu mati tertelan durian'. Jangan pula menggambarkan isi cerita yang lari dari tajuk sebenar. Jika boleh, pastikan isi anda sempurna (perfect) dengan menggunakan konsep 6W 1H (What, Where, When, Why, Who, Which dan How).


4 - Search Engine Optimization (SEO)

Ramai yang masih kabur fasal SEO. Ramai yang tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu fasal SEO. Kenapa? Susah sangatkah? Sebenarnya SEO bukanlah perkara yang rumit. Ikuti sahaja tips-tips yang disediakan. Lebih daripada itu yang memeningkan kepala, tidak usahlah ambil tahu. Cukup setakat mana yang kita mampu tahu. Dengan teknik SEO mampu mengekalkan trafik ke blog kita. Antara teknik-teknik SEO termasuk; meta tag, tajuk mesra pengguna, kepenggunaan kata kunci (keyword), Page Rank (PR), dofollow nofollow, backlink, dan sebagainya. Artikel ini pernah aku tulis sebelum ini. Tidak rugi kalau belajar.


5 - Aktiviti Sampingan

Apa itu aktiviti sampingan? Aktiviti sampingan yang aku kategorikan berkait tentang perilaku (method) yang 'baru wujud' dalam dunia blogging, iaitu; blogwalking. Memang tidak dinafikan aktiviti blogwalk adalah salah satu cara yang berkesan untuk meningkatkan dan mengekalkan trafik blog. Namun sejauh manakah keberkesanannya? Satu soalan yang perlu kita titik beratkan; bagaimana keadaan trafik tatkala kita luar talian (offline)? Tepuk dada, tanya selera.

Blogwalking boleh dikategorikan dalam 'promosi'. Melompat dari satu ke satu blog dan tinggalkan link pada ruang komen atau ruang sembang. Namun harus tahu bahawa, tidak semua blog mempunyai atau selesa dengan cara kita. Sebab itulah sesetengah blog tiada ruang sembang (chatbox). Bagi mereka, aktiviti blogwalk sama dengan aktiviti 'spamming'. Adakah anda salah seorang daripada 'spammer'?


Kesimpulan

Rambut sama hitam (kecuali sudah diwarnakan), hati lain-lain. Begitu juga di blog. Lain blog, lainlah persepsi dan identitinya. Maka, perlulah blogger itu sendiri mencerminkan apa dan bagaimana imej blog mereka. Sekali lagi; tepuk dada, tanyalah selera!

Thursday, March 03, 2011

Tips SEO : Panduan Berguna Bagi Meningkatkan Trafik

SEO - Search Engine Optimization
Sebelum ini aku pernah mengulas tentang Google Page Rank (PR) untuk blogger. Mungkin artikel tersebut tidak banyak membantu namun ia diharapkan dapat sedikit sebanyak menjawab beberapa persoalan yang bermain di fikiran kita. Dan mungkin sedikit sebanyak terdapat informasi berguna yang boleh anda pelajari darinya. InsyaAllah.

READ MORE / LESS..

Secara umumnya Page Rank sebenarnya adalah sebahagian daripada SEO. Cuma PR adalah kayu pengukur setiap mutu SEO sesebuah blog. Berbeza dengan SEO. Dengan kata lain, SEO diibaratkan ‘cara mahu popularkan’ blog. PR pula diibaratkan ‘nilai atau tahap (level) kepopularitian’ blog. Asasnya hanya terdapat pada teknik SEO.

Apa itu SEO (Search Engine Optimization)?

Search Engine Optimization (SEO) adalah perkara teknikal penting yang biasanya dipraktikkan oleh internet marketer atau orang yang serius dalam menarik trafik ke blog atau laman sesawang mereka. Lebih tepat lagi, ia adalah satu teknik bagi mempopularkan blog atau laman sesawang.

SEO adalah satu teknik asas yang perlu dititik beratkan oleh blogger yang benar-benar serius dalam dunia blog. Tanpa pengetahuan SEO, sudah tentunya blog anda suram dan tiada follower kerana ketiadaan pelawat (visitor).

Terkini, blogger baru (newbie) akan mencari pelawat dengan cara blogwalking. Seterusnya mereka akan meninggalkan sebarang mesej beserta link pada ruang chat atau ruang komen pada blog orang yang tidak dikenali ataupun mempromosikan link blog di laman sosial. Pelawat akan datang setelah membaca atau terlihat promosi yang dilakukan. Teknik blogwalking mungkin relevan. Tetapi, bagaimana pula sekiranya anda tidak ada dalam talian (offline)? Mungkinkah ada pelawat? Ya, mungkin ada. Akan tetapi tidaklah ‘sekencang’ mana. Walhal teknik SEO ini adalah satu cara terbaik untuk meningkatkan atau mengekalkan jumlah pelawat ke blog atau laman sesawang kita.

Apakah teknik-teknik SEO?

Terdapat beberapa teknik penting yang perlu kita ambil tahu dan perlu dititik beratkan semasa menulis sesuatu artikel di blog. Antaranya adalah;

1 – Kata kunci (keyword)

Kata kunci (keyword) adalah satu teknik yang penting. Kata kunci tidak semestinya hanya pada tajuk semata-mata. Ia merangkumi tajuk dan artikel. Penggunaan bahasa pasar, bahasa SMS dan loghat negeri amatlah merugikan. Kenapa? Alasannya, amat jarang sekali pengguna enjin carian membuat carian dengan katakunci dalam bahasa tersebut. Maka, cara terbaik adalah menggunakan kata kunci, perkataan dan tatabahasa yang betul. Lebih skema lebih bagus. Karanglah artikel berkaitan isu yang lebih luas dan biasa orang mencari-cari. Contohnya, tutorial, isu semasa, berita, dan sebagainya.

Elakkan juga mengarang artikel seperti kanak-kanak, contohnya; sAyA ade maKLumaT penTinG yAng pErLu k0raNg tAhU. Elakkankan penggunaan simbol juga, contohnya; s@ya ad3 maklum4t pent!ng.

Untuk tajuk, tekniknya masih sama seperti yang diterangkan di atas. Cuma ia perlulah spesifik dan menarik minat (attraction) pembaca. Tajuk tidak perlu panjang. Selain itu, terdapat satu teknik yang dipanggil ‘SEO Friendly Title’ di mana setiap carian di enjin carian akan diindeks pada tajuk artikel dengan lebih sistematik lagi. Baca selanjutnya tentang SEO Friendly Title Tag.

2 – SEO Meta Tag

SEO Meta Tag juga memainkan peranan yang penting. Cuma ramai masih tertanya-tanya. Apa itu Meta Tag? Meta Tag adalah satu atribut atau kod yang dipasang pada HTML blog atau laman sesawang. Ia mengandungi penerangan ringkas (description) artikel atau blog, katakunci (keyword), nama pengarang (author), dan sebagainya.

Baca selanjutnya tentang SEO Meta Tag.

3 – Tetapkan ‘nofollow’ pada link

Blog anda sudah tentu mempunyai link feed. Mungkin juga link ke laman sosial seperti Twitter dan Facebook. Untuk pengetahuan anda, link yang tidak ada kena mengena dengan blog perlulah ditetapkan sebagai ‘nofollow’. Ini bagi mengelakkan link-link tersebut dari diindeks oleh enjin carian. Link-link sebegini akan membuatkan blog anda dikenakan penalti. Link yang perlu anda tetapkan sebagai ‘nofollow’ adalah; blog feed, social bookmark, tentang saya, hubungi saya, dan sebagainya.

Cara penetapan adalah: <a rel=’nofollow’ href=[link]>nama link</a>

Selain itu, teknik menjadikan blog anda sebagai ‘dofollow’ juga semakin popular kini. Baca selanjutnya tentang Tetapan DoFollow pada Blog.

4 – Penggunaan ALT pada tag imej

Penggunaan atribut ALT pada tag imej juga salah satu cara yang baik sekiranya pengguna membuat carian untuk imej. Ia dapat dilihat tatkala anda meletakkan kursor pada gambar, perkataan akan muncul di hujung kursor anda. Perkataan yang muncul itulah yang dipanggil ‘alternate description’.

Contoh kod asal yang anda muatnaik adalah seperti <img src=’imejURL’ />. Anda hanya perlu menambah ALT di dalam tag imej tersebut menjadi <img alt=’penerangan/tajuk gambar’ src=’imejURL’ />

5 - Backlink

Apakah itu backlink? Backlink secara kasarnya boleh disebut sebagai link masuk (incoming link) ke blog kita. Link ini terhasil dalam pelbagai cara. Antaranya; link blog kita diletakkan pada ruang blogroll di blog lain, link blog diletakkan pada ruang komen, kredit berbentuk link yang dinyatakan oleh blogger lain kerana memetik ayat atau perenggan dari artikel di blog kita, dan sebagainya.

Ingin menjadi blogger yang berjaya perlulah ada disiplin dan kerajinan. Secara asasnya, blog anda perlulah sentiasa dikemaskini (update) sekurang-kurangnya satu artikel sehari bagi memastikan pelawat anda terus sentiasa menyukai blog anda.

Tuesday, February 08, 2011

Tips SEO : Title Tag Asas Kepada Pengenalan Blog

SEO Title Tag
Anda tentunya sudah sedia maklum bahawa Meta Tag adalah salah satu teknik Search Engine Optimization (SEO) yang penting jika merujuk kepada artikel yang pernah diterbitkan sebelum ini. Adalah tidak lengkap sekiranya satu teknik ini tidak dilaksanakan selari dengan teknik Meta Tag. Teknik ini dinamakan Title Tag.

Read more/less..

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa title (tajuk) sesuatu artikel atau blog adalah memainkan peranan yang sangat penting bagi Search Engine Results Page (SERP). Dan kerana itulah juga permainan kata kunci (keyword) pada tajuk juga seiring.


Formula terbaik untuk tajuk (title)

Blog atau laman web datang dalam pelbagai konsep, bentuk, gaya, dan kandungan. Perbezaan inilah juga yang membezakan tajuk-tajuk yang dirasakan sesuai untuk menarik minat pembaca dan juga peningkatan tahap PageRank (PR) dan trafik.

Tajuk-tajuk yang ditulis tidak kena dengan isi kandungan sebenarnya satu teknik yang hanya bersifat sementara, yakni trafik hanya akan naik sewaktu artikel diterbitkan semata-mata. Apa yang penulis blog atau laman web inginkan adalah trafik yang senantiasa ada atau wujud walaupun artikel tersebut sudah berusia lebih dari satu tahun.

Inilah formula yang perlu kita ketahui.

SEO Title Tag Formula(Sumber: WordStream)

Melihat jadual di atas, sudahkah anda tahu formula manakah yang perlu anda guna bersesuaian dengan kategori blog atau laman web anda?


Cara membuat tajuk (title) blog atau artikel mesra SEO

Mengikut firasat, blogger.com sekarang mungkin telah menyedari hakikat mengenai teknik tajuk mesra SEO ini. Ini adalah memandangkan kebanyakan blog baru telah menepati teknik ini. Cuma yang membezakan adalah permainan kata kunci (keyword) yang sesuai pada tajuk. Tidak mengapalah. Biarlah artikel ini hanya sebagai pengetahuan umum.

Jika terdapat blog yang masih belum menepato teknik ini, ini adalah langkah demi langkah bagaimana mahu mengubah kod HTML blog anda.

1 - Dari 'Dashboard' anda, klik pada 'Design', dan kemudian klik 'Edit HTML'.
2 - Buat carian dengan kata kunci 'data:blog.pageTitle'.
3 - Jika anda lihat kod berbentuk

<title><data:blog.pageTitle/></title>


gantikan (replace) kod tersebut dengan kod ini

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>


ATAU

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;index&quot;'>
<title><data:blog.title/></title>
<b:else/><title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
</b:if>


4 - Klik butang 'Save Template'.
5 - Cuba lihat blog anda. Lihat perbezaan pada laman utama (Home) dan klik satu artikel. Lihat pada tajuk pada browser.

Selesai!

Ini adalah contoh perbezaan tajuk (title) pada blog ini.

Blog Title Example 1(Laman utama)

Blog Title Example 2(Laman artikel)


Selamat mencuba!

Thursday, January 27, 2011

Bagaimana Mahu Jadikan Blog Anda Sebagai DoFollow

Terdapat satu teknik SEO yang membenarkan sesuatu link dijadikan link masuk (incoming link) atau backlink ke blog kita. Teknik ini juga selalunya dibuat oleh blogger untuk menaikkan tahap (ranking) PageRank (PR) mereka. Teknik ini boleh dipanggil penetapan blog ‘nofollow’ kepada blog ‘dofollow’.

Read more/less..

‘Dofollow’ atau ‘nofollow’ adalah sesuatu perkara yang menarik yang perlu diketahui dan dititik beratkan oleh semua blogger. Kebanyakan blog menggunakan ‘nofollow’ sebagai setting defaultnya, yang bererti bahawa komen beserta dengan URL yang telah ditinggalkan pada ruang komen tidak akan diikuti (diindeks) oleh enjin carian Google dan enjin carian yang lain. Google pada awalnya menggunakan setting ‘nofollow’ sebagai tindakan anti-spamming.


Apa itu ‘dofollow’?

‘Dofollow’ adalah satu teknik membuat link bagi membantu anda mempertingkatkan kedudukan tahap blog anda di enjin carian. Teknik ini akan memberitahu kepada satu sistem enjin carian yang dipanggil ‘spider’ samada mahu crawl atau tidak pada link tersebut. Penerangan ini mungkin terlalu rumit. Jadi kita tidak perlu ambil tahu lebih sangat pun sebenarnya.


Kenapa setting ‘dofollow’ ini penting?

Setiap blogger mahukan link blog atau artikel mereka ada tersenarai di dalam enjin carian. Ini adalah penting bagi meningkatkan trafik dan nilai PR blog mereka. Satu-satunya cara adalah dengan membenarkan blog anda di-link melalui blog orang lain. Jika link yang ‘nofollow’, Google tidak menganggap ia sebagai link yang berguna untuk kedudukan pada enjin carian. Oleh yang demikian, secara alternatif kita perlu mengubah ‘nofollow’ kepada ‘dofollow’.

Caranya adalah begitu mudah. Anda perlu edit kod HTML blog anda. Sila ikuti langkah-langkah yang dinyatakan di bawah:

1 – Melalui Blogger Dashboard, klik ‘Design’ dan klik ‘Edit HTML’.

2 – Klik ‘Expand Widget Templates’.

3 – Buat carian dengan kata kunci ‘data:comment.authorUrl’.

4 – Anda akan menemui sepertimana kod yang dinyatakan di bawah:

<b:if cond='data:comment.authorUrl'>

<a expr:href='data:comment.authorUrl' rel='nofollow'><data:comment.author/></a>

<b:else/>

5 – Buang kod yang telah ditanda berwarna merah.

6 – Kemudian, klik butang ‘Save Template’.


Selesai! Sekarang blog anda telah menjadi blog ‘dofollow’!

Monday, January 24, 2011

Google PageRank (PR)

Salam.

Ramai blogger kini masih tidak berapa mengetahui atau arif tentang apakah sebenarnya Google PageRank (PR). Secara ringkasnya, PR adalah prestasi, paras, tanda, nilai, atau kayu pengukur kepada tahap kepopularitian sesebuah blog atau laman sesawang. PR umumnya berkait rapat dengan Search Engine Optimization (SEO). Maka, jika hendak menaikkan atau meninggikan tahap PR, perlulah mahir dalam ilmu SEO.

Read more/less..

Bahkan PR seolah-olah menjadi satu ‘rujukan’ kepada kebanyakkan penulis blog.


Apa itu Google PageRank (PR)?

Apa yang aku faham secara peribadi, PR adalah satu nilai atau tahap kepopularitian sesuatu blog. Jika tahap PR sesebuah blog itu tinggi – biasanya dikategorikan dari angka 0 hingga 10 – maka lebih tinggilah kemungkinan link artikel / link blog dijumpai atau dicapai oleh enjin carian Google.

Sebagai contoh; aku membuat carian dengan katakunci (keyword) ‘artikel lawak blog’. Enjin carian Google kemudiannya akan menyenaraikan senarai-senarai link yang berpadanan (matching) dengan katakunci tadi. Di sini aku dapat mengenal pasti senarai yang ke berapakah link blog atau artikel aku disenaraikan oleh enjin carian Google.

Katakan artikel di blog A mempunyai katakunci yang sama dengan artikel di blog aku. Jika PR blog A tersebut adalah 0, manakala PR blog aku pula PR 4, sudah tentu link artikel blog aku akan tersenarai dahulu oleh enjin carian Google berbanding blog A. Ini secara ringkas yang aku faham.

PR ini pada asasnya lebih kepada nilai populariti sesebuah blog. Maknanya, lebih tinggi PR blog, maka semakin popularlah blog tersebut dan peluang untuk menempatkan laman tersebut dalam SERP (search engine result pages) Google adalah lebih tinggi. – petikan dari blog denaihati.com


Terdapat beberapa atribut yang mungkin boleh mempengaruhi dalam menentukan PR sesebuah lama (blog), antaranya penggunaa Meta Keywords, Meta Description, inbound link, Link populariti, dan beberapa teknik lain. – petikan dari blog kulanzsalleh.com



Bagaimana mahu tingkatkan tahap PageRank (PR)?

Sebenarnya agak payah untuk menjawab persoalan ini tatkala ditanya oleh rakan-rakan blogger, mahupun di forum. Biasanya aku akan menjawab secara ringkas sahaja. Cuma, terpulang kepada individu samada mahu menerima atau tidak. Seperti yang telah aku nyatakan sebelum ini, PR berkait rapat dengan SEO. Jika teknik SEO bagus, maka bagus jugalah tahap PR. Justeru itu, terdapat banyak sumber-sumber di internet tentang SEO yang dapat kita perolehi dan seterusnya mempelajarinya. Namun, SEO bukanlah perkara yang mudah untuk kita terus mahir dalam masa yang singkat. Terdapat banyak laman sesawang yang menyediakan servis berbayar berkaitan SEO. Cuma perlu tanya kepada diri sendiri. Mampukah kita? Berbaloikah menerima servis sedemikian? Bukankah masih ada tips dan tutorial percuma di internet?

Yang boleh aku katakan di sini adalah, anda perlu mencari dan memahirkan diri teknik-teknik SEO terlebih dahulu. Contohnya penggunaan Meta Tag, katakunci (keyword), backlink, dan sebagainya. Teknik-teknik SEO ini akan aku karang dan terbitkan kemudian, insyaAllah.

Info penting: Tahap PR ditentukan oleh jumlah link (backlink) yang terus merujuk ke blog anda.


Pentingkah Google PageRank (PR)?

Ini adalah soalan biasa yang aku jumpa dan baca dari rakan-rakan blogger. Dari pandangan peribadi, PageRank (PR) adakalanya penting dan adakalanya tidak. Kenapa? Jika anda ada blog bisnes, misalnya, anda sudah tentu mahukan pengunjung yang ramai bagi menjalankan bisnes anda dengan lancar, bukan? Maka, lagi ramai pengunjung blog, maka lagi tinggilah tahap PR blog anda. Tahap PR adalah kayu pengukur setahap mana populariti blog anda. Sebaliknya, jika blog anda hanya dikategori blog peribadi, mungkin PR adalah tidak penting sangat. Jadi terpulang kepada anda untuk menitik beratkan PR ini.


Bagaimana mahu tahu tahap PageRank blog?

Perkhidmatan atau servis PR adalah percuma. Anda hanya perlu memasukkan link blog anda, memasukkan ‘word verification’, kemudian keputusan tahap PR anda akan keluar. Ia mewakilkan dari 0 hingga 10. Tahap PR paling rendah adalah 0 dan tahap PR paling tinggi adalah 10. Klik SINI untuk memeriksan tahap PR blog anda.


Bagaimana? Sudahkah anda jelas dalam isu Google PageRank ini? Walaupun hanya berbekalkan sedikit maklumat ini, insyaAllah, diharapkan dapat menghilangkan sedikit kekaburan yang ada dibenak anda. Harap artikel ini dapat membantu.

Masih banyak artikel-artikel yang menarik dan lebih berinformasi yang boleh kita pelajari. Antaranya blog denaihati.com, kulanzsalleh.com, ariffshah.com, dan sebagainya. Senarai pendek ini ialah antara blogger yang biasa dengan permainan SEO dan PR.

Aku menitik beratkan SEO dan PR hanya pada pertengahan tahun 2010. Walhal, aku bermula berkecimpung dalam dunia blog hampir 5 tahun, iaitu bermula pertengahan tahun 2006. Alhamdulilah, setakat ini tahap PR blog aku berada pada PR 3. Dan aku masih terus berusaha untuk meningkatkan lagi tahap PR blog aku.

Anda bagaimana? Di manakah tahap PR blog anda?

PRAKTIS: Sama-sama kita naikkan PR! 1) Tinggalkan URL blog dan tahap PR anda di ruangan komen artikel ini. 2) Linkkan artikel ini dari blog anda, samada dalam artikel blog anda mahupun pautan lain (sidebar, linked list, dsb). Aku akan terbitkan artikel khas mengenai PR anda setelah dua langkah ini anda lakukan. Ayuh!

Sekian, terima kasih.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger