Ads: (Please Click!)
Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

Tuala Yang Selesa Adalah Tuala...

Ini Tuala
Kisah ini terjadi ketika aku menyertai kem jati diri dan kepimpinan anjuran pihak kolej aku pada awal tahun 2006. Kem tersebut dibuat di salah satu tempat berlokasi di Kuantan, Pahang. Kem tersebut dijalankan selama 3 hari. Kalau tidak silap, kisah ini terjadi pada hari yang kedua.

READ MORE / LESS >>

Kem yang aku sertai ni ala-ala tentera sikit. Banyak aktiviti dan latihan kepimpinan berbentuk 'keras' dan 'tegas'. Disiplin dan ketahanan diri sewaktu dalam kem, amat-amat penting sekali. Tak kira korang lembik ke tak tahan tekanan ke, korang terpaksa buat beb. Tak buat, korang kena buat gak walau macam mana sekalipun! Yelah. Sebut ala tentera, arahan 'paksaan' tu standard la kan.

Hari pertama, disuruhnya kami merangkak dalam lumpur. Merangkak leeeerrr kami ramai-ramai dalam lumpur. Disuruhnya kami mandi dengan air longkang (nama aje longkang tapi macam air sungai yang keruh aje). Mandi leeeeerrr kami ramai-ramai dalam longkang. Disuruhnya kami push-up 50 kali. Yang ni naya. Berketar lengan aku tahan. Push-up juga leeerrrr kami ramai-ramai. Yang tak tahannya, siap tentera tu suruh kami down and stop. Yang suruh down separuh kemudian stop pun ada beb. Yang tak tahan (biasanya pompuan ler..), siap nangis nangis lagi! Kesian. Boleh dikatakan, semua benda berbentuk 'seksaan' dari tentera kami buat. Tak pernah membantah. Merungut dan memaki hamun secara senyap-senyap tu biasalah kan. Sebab tak tahan aje sebenarnya. Haha.

Menghala ke petang, ada aktiviti jungle trekking. Wah wah. Yang ni paling aku suka beb. Masuk hutan la katakan. Memang aku suka. Meranduk sungai. Panjat halangan bertali. Lompat dari kayu sani ke kayu belah sana. Yang jatuh tergolek dalam sungai pun ada. Cari bendera tersembunyi dalam sungai. Fuuuhhh..! Macam-macam lagilah. Best sangat-sangat. Aktiviti jungle trekking adalah last aktiviti untuk hari tu. Maknanya, keluar saja dari hutan kami perlu balik ke khemah masing-masing.

Habis saja jungle trekking, macam biasa kami perlu membersihkan diri untuk bersolat, makan dan bersedia untuk aktiviti di sebelah malamnya pula. Mandi pun perlu ala-ala tentera. Cepat, dan masa perlu sharp tiba di surau. Kalau tak, lepas solat Maghrib pasti kena denda. Denda plak teruk beb!

Aku pergi mandi seperti biasa. Cepat dan gopoh. Sental-sental kat mana bahagian yang perlu sental. Setting masa baeeeekkk punye. 10 minit, cukup! Lepas tu pulang ke khemah, pakai baju Melayu lengkap, terus ke surau.

Sewaktu tiba di khemah, aku perasan yang kawan aku seorang ni belum mandi. Aku pun menegur dia dan bertanya; kenapa dia belum bersihkan diri. Aku memberitahu kepadanya, aku tak mahu satu khemah kena denda oleh sebab dia seorang hadir lewat ke surau. Naya!

Kawan: "Tuala aku.."
Aku: "Haaa tuala kau. Kenapa?"

Kawan: "Semalam kan kita berlumpur sakan tengah-tengah padang sana. Habis la aku punya tuala kotor dengan lumpur."
Aku: "Yang kau lap badan kau dengan tuala tu kenapa? Kau ni sengal la!"

Kawan: "Aku sangka aku bawak 2 helai tuala. Memang biasa-biasa aku pergi kem aku bawak 2 helai tuala."
Aku: "Habis tu? Mana lagi satu?"

Kawan: "Ntah! Tertinggal kot!"
Aku: "Hah molek sangat la tu. Kau guna je daun pisang kat dalam hutan ni. Lap badan kau tu!"

Kawan: "Pinjam ko punya tuala la bro."
Aku: "Tuala aku? Habis, aku nak pakai tuala ape?"

Kawan: "Ko niii.. pinjam sekejap aje laaa.."
Aku: "Yelah yelah. Nah tuala! Sorry la lembap dan berbau sikit.. Seminggu tak basuh.."

Kawan: "Hah??? Seminggu tak basuh???"

Sambil memegang tuala aku dengan cubitan hujung jarinya dan memandang dengan muka yang tak selesa. Jijik bebenor agaknya tengok tuala aku tu! Hampeh.

Aku: "Kenapa? Tak selesa?"

Kawan: *Diam*
Aku: "Kalau kau nak tuala yang selesa, kau pakai CAREFREE ajelah! Tuala aku, kau sidai kat penyidai.."

Nak tak nak, terpaksalah kawan aku tu guna juga tuala aku yang dah berbau lagi lembap tu.

Malamnya selepas habis semua aktiviti, kami kembali ke khemah sebab mahu beradu awal dan bersedia untuk aktiviti keesokkan harinya pula. Kesian aku tengok kawan aku tadi tu. Asyik meggaru belakang badan dan dekat ketiak. Selang beberapa saat, garu lagi. Macam tak lena manalah dia tidur malam tu. Nak kata nyamuk, takde pun nyamuk dalam khemah kami. Huhu. Kesian, kesian..

Waktu tu CAREFREE la popular sebab selesa beb! Tu pun kawan pompuan aku yang cakap la.. Sekarang Libresse! Aaaawwwwwww YUNA! Libresse! BESAR PUNYEEEE..!

Yuna LibresseYuna: "Gunalah LIBRESSE! Selesa.. lebar.. dan.. BESAAARRRR..! Tadaaaaa..!"

Friday, March 11, 2011

Panas!!! Perempuan Melayu Islam Bodoh Anjing?

Waktu itu petang dan aku berada di bandar keseorangan. Tujuan asal ke bandar semata-mata mahu online di internet. Usai itu, aku berdiri di luar cybercafe sambil melihat dan memerhati orang yang sibuk lalu lalang di kaki-kaki lima deretan bangunan kuning yang tanpa mengetahui tujuannya. Lelaki, wanita, tua, muda, semuanya bergerak seperti tanpa arah tuju.

READ MORE / LESS >>

Aku didatangi oleh seseorang yang aku kenali. Lelaki. Sambil bersalaman, dia menegur aku yang hanya termenung keseorangan di luar cybercafe itu. Dengan tersenyum, aku menjawab pertanyaannya itu kemudian bertanyakan pula tujuannya ada di bandar.

"Saja melilau sekitar Yellow Town (bangunan yang di cat berwarna kuning di bandar Chukai, Kemaman). Bosan, tak ada kerja," katanya sambil tersengih.

Kami berbual seketika. Masing-masing seperti sudah lama tidak berjumpa. Bertanyakan hal pekerjaan, rumahtangga (walaupun aku belum berkahwin), kehidupan, dan aktiviti harian yang lain. Tiba-tiba dia mencuit lenganku sambil memuncungkan mulutnya ke arah sesuatu.

"Apa dia?" soalku sambil mengalihkan pandangan ke arah yang ditunjukkan oleh rakanku tadi.

Aku lihat seorang gadis sedang melintas jalan dari seberang bangunan ke arah kami.

"Apa hal?" soalku, kemudiannya. "Kau nak mengorat ke? Sila la."

"Cis! ANJING!" katanya dengan nada suara yang agak berat.

Aku agak terkejut dan kaget. Anjing?! Aku mengerutkan muka sambil memandang tepat ke arah wajah rakanku tadi. Wajahnya agak serius. Aku yakin perkataan 'anjing' yang dikatanya tadi memang dituju kepada gadis yang melintas jalan tadi. Dengan seribu persoalan yang terbuku dihati, aku bertanya apakah sebab rakanku tadi menuduh gadis tadi sedemikian rupa. Nampak kasar sangat.

"Kau tengoklah cara pemakaian dia tu. Pakai tudung tapi pakai seluar sendat. Pakai plak baju nampak lengan. Tak ke bodoh namanya tu?" gumam rakanku tadi.

Aku sempat menoleh ke arah gadis tadi yang menjauh menyusuri kaki lima bangunan tersebut. Memang benar kata-kata rakanku perihal pemakaian gadis itu.

"Kau tengok sekarang. Mulut je kata Islam. Mengaku sangatlah diri tu Islam. Tapi hukum hakam agama bukannya nak ikut pun. Entah solat ke tidak. Kau tahu kenapa dia pakai macam tu?"

Aku tidak berkata-kata. Hanya menggelengkan kepala.

"Fesyen! Kerana fesyen yang entah apa-apa, perempuan Melayu kita sekarang buta! Buta agama!"

Bersungguh benar rakanku tadi mengutarakan 'syarahannya'. Terdetik dihati, kalaulah didengari oleh perempuan, pasti panas telinga! Boleh 'makan' pelempang percuma!

"Kau tengok la sekeliling kau ni, Latip. Mana ada dah perempuan pakai kain batik. Pakai tudung labuh. Pakai baju kurung Melayu. Kuno katanya!"

"Hei, kita kan hidup zaman moden. So benda-benda tu semua ketinggalan zaman la bro! Sekarang jeans lebih elegan. Ikut fesyen la. Baru orang kata tak ketinggalan zaman!" sambung rakanku tadi sambil membuat-buat muka, perli.

"Ketat sendat lagi sedap la 'mata lelaki' memandang. Tapi kau hairan tak. Diorang pakai seksi untuk apa? Bila lelaki tengok, dimarahnya plak. Tak ke bodoh dan tolol namanya tu?! Perempuan jenis macam ni memang ANJING!"

Aku mengangguk perlahan-lahan. Masih ada logiknya kata-kata rakanku ini. Akan tetapi, perkataan bodoh, tolol, dan anjing itu yang tidak berapa sedap didengari. Mahu saja aku tegur kata-katanya. Namun, aku biarkan saja. Aku sangkakan habis sudah bebel rakan aku ini. Eh, tidak! Ada lagi!

"Yang aku tak tahan, time diorang (perempuan) ni duduk. Fuhlamak! Nampak lurah bontot! Kalau lawa, tak apa jugak. Boleh aku 'tumpang' tengok! Ini tak. Longkang belakang rumah aku lagi cantik dari lurah bontot perempuan tolol ni!"

Duduk Nampak Lurah Bontot
Kata-katanya yang tidak berlapik dan lucu itu membuatkan aku ketawa. Dia pun turut ketawa terbahak-bahak. Walau bagaimanapun, aku masih lagi tertanya-tanya. Kenapa sakit hati sangat rakanku ini sampaikan mengutuk dan mengata perihal pemakaian perempuan? Rasa macam diskriminasi kaum pula.

"Yang paling best, tang baju diorang, Latip. Mak oi. Tersembul sana sini. Yang bersaiz 'buah epal' tu aku tak heran mana. Ni ha yang bersaiz 'buah tembikai' ni. Nasi lemak 50 sen ni. Mak oi. Yang berbadan saiz L ni kalau boleh nak pakai baju saiz XS! Kau tau sebab apa?"

Aku menggelengkan kepala.

"Kau ni lembab la, Latip. Nak bagi nampak tetek diorang shape la! Lagi besar tetek diorang, lagi cun la shape tubuh kalau pakai baju kecik dan sendat!"

Oh, begitu. Alahai. Aku pula dituduhnya 'lembab'! Aku mengangguk-angguk laju.

Pakai Ketat Terjojol Tetek
"Lagi satu. Betina-betina bodoh ni kalau nak cari baju, mesti cari yang kolar labuh, kau tau?"

"Kenapa?" soalku.

"Haaa.. bila kolar labuh, senang la nak bagi nampak 'lurah dendam' diorang tu, Latip! Kalau yang pakai tudung, silang aje tudung ke belakang! Nah, tu diaaaa!"

Nampak Lurah Tetek
"'Lurah dendam'?"

"Ish, kau ni. Lurah tetek diorang la!"

Aku mengangguk lagi. Rasa macam ayam belanda pula angguk banyak-banyak kali.

"Tu baru baju. Belum seluar lagi bro. Kalau tak ketat, tak sah!"

Rakan aku bertambah galak mengutuk mengata. Gelak ketawa juga makin galak. Aku sedari tadi hanya terdiam. Bimbang kalau-kalau ada kaum hawa yang lalu lalang berhampiran kami terdengar perbualan itu. Takut dan bimbang juga sebenarnya.

Pakai Seluar Ketat
"Teruk dah perempuan zaman sekarang ni, Latip. Kau tengok la kawan-kawan sekolah lama kita. Dulu sikit punya baik pakai tudung. Mana-mana pergi pun pakai tudung. Sukan ke aktiviti kelab ke. Sekarang? Dah besar panjang, masuk U, kerja kat KL, terus buka tudung! Walhal yang selogiknya, lagi besar panjang manusia, lagi berotak sikit la diorang ni. Tahu menilai mana baik mana buruk, mana halal mana haram! Hairan betul aku. Memang dasar otak cam udang diorang ni."

Aku terdiam. Rasanya sudah jauh terlanjur kata-kata rakanku ini. Lantas, aku cuba meniru kata-kata rakan aku yang pernah mengirim status di Facebook. Bunyinya seperti ini.

"Alaaa.. itu diorang punya pasal la. Dosa diorang tanggung la bro," kataku, dengan niat sengaja mahu menguji rakanku itu.

"Hah! Ni lah orang Melayu kita. Orang Islam kita. Pantang ditegur, terus melenting! Aku cakap benda betul la, bro! Aku bukannya nak jadi ustaz, ceramah itu ini. Tapi, yang mana aku tahu, wajib bagi aku menegur tau!"

Eh, eh dia ni. Begitukah cara menegur yang betul? Sambil memaki hamun, cakap tanpa berlapik?

Sebenarnya, malas aku mahu mengutarakan pendapat. Bahkan di dalam blog juga sudah malas aku mahu memberi komen-komen pedas tentang hal ini. Kadang-kadang ada benarnya juga kata-kata rakanku itu tadi. Tidak semua orang boleh menerima kata-kata dan teguran kita. Pasti yang ada membangkang dan hal sebegini mereka akan mendakwa bahawa ia mencampuri dan mencabuli hak kebebasan mereka. Walhal pada segi teorinya, hak kebebasan seperti ini tidak pernah wujud dalam konteks agama! Cuma, kita lalai dari mana dan dari siapakah 'hak kebebasan' dari sudut pemakaian ini wujud? Adakah kita pernah mengambil cakna? Adakah hanya sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri?

Aku meminta diri selepas secara kebetulan azan Asar berkumandang di surau berdekatan. Kami bersalaman dan sempat aku menegur berbaur perli rakanku itu tadi.

"Rileks la bro. Jangan marah-marah kat perempuan, okay? Sebab perempuan camni gak la yang kau mengorat ketika melilau!"

Aku menegur sedemikian bukanlah bermakna aku memihak kepada kaum wanita. Yalah. Kita kebanyakkannya hanya pandai berkata-kata. Tapi apa tindakan kita? Adakah serupa dengan apa yang akan dibikin?

*********

Malamnya, aku telah dipertontonkan dengan beberapa keping gambar di internet oleh rakan Facebook. Gambar itu membuatkan aku tergamam. Aku beristighfar panjang. Patutlah bersungguh benar marah rakan aku petang tadi, sampai memaki hamun. Inilah gambarnya.

Perempuan Bodoh! (1)
Perempuan Bodoh! (2)
Perempuan Bodoh! (3)
Adakah benar wanita, gadis, perempuan kita zaman sekarang sudah jahil bab-bab agama? Aurat? Batas-batasan pemakaian? Atau, sudah tahu tetapi sengaja mengambil ringan hukum hakam agama?

Kemudian, sampai satu komen yang agak pedas dari rakan wanita;

"Alaaa.. lelaki ke pompuan ke sama je! Korang memang hipokrit kan? Yang lelaki pakai seluar pendek time bersukan ada kami bising2????? Yang lelaki kerepot berzina dgn pelacur murahan, berdua2 dlm hotel ada kami pertikai? Ada kami bising2??? Helo kaum lelaki! Igt korang bagus sangat??!! Kalu nak ceramah, pegi surau. Tak pun pegi masjid. Takpayah la nak bagi ceramah kat sini nak buruk2 org pompuan!!! Igt korg tu perfect sgt ke???!!! Tanpa kami, korg kaum lelaki haprak takkan wujud dlm dunia ni!!!"

Pedas.. sangat pedas komen ini, bukan? Berdesing telinga aku dibuatnya. Haha.

Pada pendapat aku, tidak semua perempuan sebegitu. Masih ada yang baik dan tahu mengikut suruhan dan tuntutan agama. Jika dikatakan semua, musnah dan pincanglah masyarakat. Runtuhlah asasi manusia Islam. Tiadalah lagi perempuan baik untuk lelaki yang soleh. Tuduhan melulu hanya melemahkan persepsi kaum.

Walau apa pun pandangan, pastikan diri kita berpijak dalam jalan ke arah-Nya. Selagi boleh menegur, tegurlah dengan cara yang berhemah dan betul. Kalau dengan maki hamun, bukan saja membuatkan orang marah malah tidak memberi kesan apa-apa pun.

Sebenarnya diri kita mudah bersangka buruk pada seseorang. Lebih gemar bertanggapan orang lain selalu saja salah, walhal kita jarang sekali melihat ke dalam diri kita sendiri adakah kita juga sama dengan sangkaan buruk atau tanggapan salah tersebut. Kita selalu merasakan orang lain itu silap dan salah, namun adakalanya kita tidak perasan kita juga mungkin telah melakukan kesilapan yang sama!

Tepuk dada, tanyalah selera!

Sunday, January 16, 2011

Fakta Terbaru Facebook : Kita Terlalu Obses?


Salam.

Semalam sedang aku berputar di segelinap ruang internet, aku telah menemui satu artikel menarik. Ia berkenaan Facebook. Di mana, ia adalah fakta terbaru yang telah dibuat kajian oleh pihak OnlineSchools.org. Mereka telah menyifatkan bahawa kebanyakkan masyarakat dunia telah terlalu obses dengan Facebook.

Read more/less..

Benarkah kenyataan ini? Mari kita saksikan infografik ini.

Klik SINI (OnlineSchools.org) untuk gambar yang lebih besar dan menyerlah.

Mungkin benar, mungkin tidak. Bila aku membaca infografik ini, aku cuba cerminkan pada diri sendiri. Benarkah diri aku begitu obses dengan Facebook?

Jawapannya, ya!

Sebelum ini, aku pernah tutup (deactivated) akaun Facebook aku. Namun, tidak sampai dua bulan, aku aktifkan ia balik. Kenapa? Alasannya satu; rindu pada kawan-kawan di Facebook. Apa yang aku perasan pada situasi aku ini, aku lebih ramai kawan di internet berbanding di luar sana!

Melalui infografik ini juga, banyak perkara yang aku baru tahu. Contohnya; Relationship Statuses 2010, Liking 'drugs' is up 1131.9%, dan sebagainya.

Ada yang kena pada batang hidung sendiri! About 28% checked their Facebook on their smart phones before getting out of bed. Demmit!

Aku tanya pula kepada anda. Anda obses pada Facebook?

Aduka: Macam mana nak kata aku tak obses? Tengok sajalah blog aku ni.. rupa pun dah macam Facebook.. LOL!

Wednesday, December 22, 2010

Aku Kembali Di Facebook!


Salam.

Sudah sebulan aku quit dari Facebook angkara masalah dalaman. Sekarang aku kembali aktifkan akaun Facebook aku. Aku rindu kawan-kawan di Facebook. Rata-rata semua rapat dengan aku.

Read more/less..

Oleh kerana akaun Facebook integrate dengan blog aku, maka rata-rata komen di 'Facebook Comment Box' blog juga berubah. Kepada sesiapa yang pernah komen, semua komen korang hilang. Maaflah ya.

Jadi, kepada semua blogger yang ingin add aku sebagai kawan di Facebook, KLIK SINI. Tetapi tinggalkan mesej yang menyatakan korang tu blogger. Kalau tidak, aku payah nak accept.

Thursday, December 02, 2010

Kenangan Sekolah Rendah (Bahagian 1)

Salam.

Sudah lama sebenarnya aku tak bercerita tentang sejarah hidup aku dulu-dulu, kan? Beberapa minggu yang lepas, aku ada buat scanning gambar-gambar lama, termasuklah sewaktu di sekolah rendah dan menengah. Ada juga gambar ketika aku masih bayi. Oh, aku sangat comel aku dulu jika dibandingkan sekarang. Sekarang tak comel. Tapi hensem kot. Haha!

Read more/less..

Cerita ini adalah cerita zaman sekolah rendah. Seingat aku, aku dalam darjah satu, tahun 1991. Darjah 1 Dahlia.

Dari pertengahan darjah satu hingga darjah enam, aku ke sekolah dengan menaiki bas sekolah. Seawal 5.30 pagi aku sudah bangkit dari tidur kerana bas sekolah itu selalunya mengambil budak-budak seawal dari pukul 6 pagi. Jika bangun lewat, tak ke sekolahlah aku jawabnya. Jika berjalan kaki, mahu tercabut kepala lutut. Jauh. Biasanya akulah orang pertama yang di ambil oleh pemandu bas sekolah memandangkan rumah aku berada di pusat bandar.

Ada seorang budak perempuan ni satu kelas dengan aku juga menaiki satu bas sekolah dengan aku. Sudah lupa namanya. Biarlah aku namakan dia Fatin. Cuma Fatin ni dalam trip kedua ke sekolah. Hanya pulang dari sekolah saja sekali dengan aku. Maka, waktu pulang dia biasanya duduk di sebelah aku. Maklumlah, classmate. Hehe. Walaupun Fatin ke sekolah pada trip kedua, dia juga bangun awal pagi seperti aku. Maka, biasanya waktu pulang dari sekolah dia selalu saja mengantuk.

Kebetulan, sepupu aku menaiki bas sekolah yang sama. Perempuan. Cuma aku jarang sangat bercakap dengan dia. Lagipun dia seorang yang pendiam.

Di dalam bas, aku dan Fatin bersembang. Banyak perkara kami sembangkan. Tiada perasaan malu waktu itu. Yalah, masih budak-budak. Setiap hari kami bersembang namun tidak lama. Fatin akan menguap dan memberitahu aku dia mengantuk. Aku mengangguk. Fatin akan terus pejamkan mata dan tidur. Aku hanya membiarkan saja dia tidur. Waktu tidur itulah kepalanya selalu melentok ke kanan, ke kiri. Akhirnya jatuh di atas bahu aku. Oleh kerana kasihan dan atas dasar sifat kawan, aku biarkan saja dia tidur di atas bahuku. Dan tiap-tiap harilah dia begitu. Selalu saja mengantuk dan tidur di atas bahuku.

Seronok. Itulah perasaan yang ada dalam hati aku walaupun pada waktu itu tak kenal dan tak tahu apa makna sayang, cinta, dan kasih. Yang aku tahu, seorang yang berlainan jantina yang comel telah tidur di atas bahuku. Haha.

Pada suatu hari, aku telah kantoi. Fatin mengadu yang dia sangat mengantuk. Walhal kami baru saja melabuhkan punggung di atas kerusi bas sekolah. Kami tidak bersembang dahulu seperti kebiasaan. Tak apalah. Aku biarkan dia tidur. Seperti biasa, dia meletakkan kepalanya di atas bahu aku. Setelah bas sekolah bergerak, tiba-tiba aku berasa seperti ada orang yang memerhati. Aku memandang ke depan. Alamak! Sepupu aku merenung dengan mata yang bersinar. Muka yang mencuka. Namun, aku buat tak tahu saja. Aku tahu sepupu aku tu cemburu!

Begitulah setiap hari. Sepupu aku pasti akan memandang aku dengan muka yang... ntah. Tak dapat aku ungkap di sini. Nampak seperti jealous. Haha.

Sehinggalah pada suatu hari, aku tidak nampak kelibat Fatin. Pada mulanya, aku fikir... tak apa. Mungkin dia sakit demam. Mungkin esok, lusa, tulat adalah dia. Namun esok, lusa, tulat begitu juga. Kelibat Fatin tidak muncul-muncul. Hatta di dalam kelas, tak nampak pun batang hidung Fatin.

Ke mana perginya Fatin?

Pada petang itu, tergerak hati aku untuk bertanya kepada pemandu bas, Makcik Nab. Aku bertanya ke mana perginya Fatin setelah sekian lama tak jumpa. Agak terperanjat, Makcik Nab menkhabarkan bahawa Fatin telah berpindah sekolah. Entah kenapa aku tidak berasa sedih. Cuma hari-hari aku rasakan seperti ada sesuatu yang kurang. Sesuatu yang tidak kena. Adakah aku rindu pada Fatin?

Alahai. Tiada lagi budak perempuan comel tidur di atas bahuku.

Hari-hari berikutnya, aku lihat sepupuku tidak lagi menoleh ke belakang melihat aku 'bermesra' dengan Fatin. Seronok sangatlah tu!


Dalam bulatan ialah Fatin yang aku maksudkan. Sila teka, yang mana satu aku?

Monday, November 01, 2010

Nama Anak

Pada suatu petang, aku di datangi oleh kawan lama. Lelaki. Kamal namanya. Waktu itu aku sedang senang minum petang bersama seorang lagi rakan aku di sebuah restoran di Kemaman.

Read more/less..

Dari jauh, aku lihat riak wajahnya kurang menyenangkan. Kelat dan muram. Aku menjemputnya turut serta minum petang. Setelah dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi, dia menunduk merenung lantai seraya mengeluh. Agak berat juga keluhnya. Aku yang ada sifat ingin tahu, langsung bertanya khabarnya.

"Aku baru dapat baby. Baby girl!" katanya. Aku agak tersentak. Masakan dapat anak masih berdiam durja? Isterinya ada masalahkah? Soalanku agak tersirat. Sedangkan di dalam kepalaku berputar dengan fikiran yang bukan-bukan. Sengaja aku bertanyakan begitu untuk menjaga hatinya. Namun, dia hanya menggelengkan kepala.

"Wife aku okey. Cuma..."

Kamal tidak menghabiskan kata-katanya. Sebaliknya, dia hanya merenung mataku sedalam-dalamnya.

"Cuma apa?" soalku sambil menoleh sekejap ke arah kawanku yang asyik berdiam diri sedari tadi. Dia hanya memasang telinga.

"Maaflah kalau aku bercerita sedikit tentang masalah aku ni. Tidak apa, kan?" soalnya sambil menjeling sekejap ke arah kawan di sebelahku.

"Oh, dia takde masalah, Kamal. Cerita ajalah. Yang mana boleh kami tolong, kami tolonglah," kataku sambil tersenyum. Aku sengaja menggunakan perkataan 'kami' agar kawanku di sebelah tidak merasa janggal. Kawanku hanya tersengih seperti kerang busuk. Sekejap-sekejap kawanku itu melayan SMS di telefon bimbitnya.

"Begini." kata Kamal. Kemudian dia menyambung, "Sejak baby girl aku lahir, aku dan wife aku belum lagi memutuskan nak bagi apa nama kat baby kami ni. Sampailah kami bawak balik baby girl kami ke rumah. Semalam kami gaduh."

"Gaduh? Sebab?" sampukku.

"Kami selisih nak bagi nama. Aku berkenan satu nama. Dia berkenan satu nama. Aku berkeras nak nama dari aku. Tapi wife aku pun berkeras juga mahu nama dari dia. Susah betul."

"Kau nak bubuh nama apa baby girl kau tu?"

"Raja Khuzaimah Aalia."

"Amboi! Cantiknya nama!" kataku dengan penuh teruja. Kamal hanya tersenyum kelat.

"Memang cantik pun. Tapi wife aku tak setuju. Dia mahu nama lain. Mahu nama dari dia gak macam mana sekali pun."

"Alaaa kau ni. Mengalahlah dengan wife kau. Ikut aja nama dia nak bagi apa pun."

"Dulu kami dah berjanji.. dah deal pun nama baby yang pertama, aku yang bagi! Bukan dia."

"Nama apa wife kau nak bubuh?"

"Raja Mardhiah Syamimi."

"Eh, cantik juga nama wife kau nak bagi. Cun!"

"Itu la masalahnya sekarang. Wife aku ni plak keras kepala sangat!"

"Haha. Kau pun sama! Alah kau ni. Bende senang camni pun kau tak boleh solve."

"Kau ada idea?"

Aku mengurut-urut dagu sambil berfikir. Di dalam benak terbayang-bayang bayinya yang comel. Terbayang muka ibu dan ayah bayi itu juga.

"Orang zaman sekarang ni ada satu trend. Satu cara yang amat berkesan. Kadang-kadang ramai sangat orang suka buat sekarang especially budak-budak muda," kata aku, bermukadimah.

"Macam mana?"

"Sekarang la kan, orang couple couple biasa combine nama masing-masing. Contohnya, Kamal dan Zuriati. Jadi la Kazue. Kau combine la nama baby kau tu. Nama yang kau nak combine dengan nama wife kau nak. Abih cerita!"

Kamal terdiam. Dia mengerutkan mukanya. Matanya memandang tepat ke arah mataku. Aku hanya membalas dengan senyuman.

"Betul juga kata kau tu, Latip! Terima kasih!" katanya sambil bingkas bangun dan menghulurkan salam kepada aku dan kawan aku di sebelah.

"Eh? Mahu ke mana?" soalku. Aku terpinga-pinga.

"Mahu balik. Bagitahu kat wife aku. Combine nama baby girl kami!"

Kamal beredar dari meja kami. Dia berlari-lari anak menuju ke keretanya yang tidak jauh diparkir tanpa memalingkan mukanya ke belakang. Gopoh benar nampaknya. Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah Kamal. Maklumlah. Orang baru dapat anak yang pertama, fikirku. Aku tersengih sendirian.

"Jahat betul kau, Latip."

Tiba-tiba kawanku di sebelah bersuara setelah beberapa minit kemudian. Aku menoleh ke arahnya dengan hairan.

"Jahat? Kenapa plak?"

"Kau tak sedar ke ape yang kau dah buat ni, Latip?" soal kawanku sambil tersengih-sengih. Kelihatan asap rokok berkepul-kepul terbang dari celahan jari kanannya hilang ke udara.

"Apa?" soalku. Aku masih kurang mengerti apakah maksud kawanku itu berkata sedemikian.

"Kau ni satu dol.. kau sedar tak jadi apa nama anak kawan kau tadi tu kalau kau combine?"

Aku terkedu. Sekilas tersedar akan kesilapan, lantas aku ketawa terbahak-bahak.

"Raja Khumar?! RAJA KUMAR!"

Kawan aku pun turut ketawa terbahak-bahak.

"Habis aku!" kataku sambil menepuk dahi.

Aduka: Tiba-tiba rasa bersalah dekat si Raja Kamarulhafiz tu. Camne nak cakap ya? +________+

Friday, October 15, 2010

Boleh Tak Kalau Tiada Nama Sama?

Al-kisah...

Pagi itu, tidur aku diganggu oleh satu panggilan terus ke telefon bimbit aku. Mataku masih bengkak dan kepala mamai. Aku meraba-raba dalam suram mencari-cari telefon bimbit yang sedang menjerit. Tidak sedar telefon bimbit berada di bawah punggungku. Hati kecil aku mengomel kerana tidur yang terganggu.

Read more/less..

Panggilan segera aku jawab sedangkan mataku masih terkatup rapat.

"Hello, Latip," suara di dalam telefon memulakan perbualan.

"Haa," jawabku ringkas sekali.

"Kau ada kat mana?"

"Kat rumah. Tidur. Kenapa?"

"Bangun la wei. Aku nak kau ikut aku jap lagi."

"Kacau hari minggu aku la kau ni. Pergi mana?" soalku.

Aku bingkas bangkit dan duduk dibirai katil. Aku tenyeh-tenyeh mataku yang pedih dengan jari. Terasa seperti berpasir. Walaupun masih terasa kantuknya, benakku berputar. Mengira agak ke manakah destinasi yang bakal rakanku membawaku di hari minggu begini. Ke Kuantan-kah?

"Kau takde kerja, kan?" soal suara di dalam telefon tadi lagi.

"Takde. Kau nak ajak aku ke mana?" soalku.

"Tempat biasa!"

Aku terdiam. Mungkin disebabkan rasa yang amat mengantuk, otak aku agak lembab berfungsi. Aku tidak terus bertanya 'apakah' dan 'di manakah' tempat biasa yang dimaksudkan.

"Tunggu la sekejap. Aku nak mandi," kataku.

"Ok. 15 minit nanti aku call kau balik."

Aku terus ke bilik air untuk mandi. Kemudian aku bersiap-siap memakai pakaian yang kemas-kemas. Sembur minyak wangi satu badan sampai semerbak menusuk hidung. Sisir rambut ala-ala John Travolta dalam cerita Swordfish. Biar tampak macho. Manalah tahu kalau-kalau ada gadis yang terpikat atau berkenan setelah melihat penampilan aku. Aku berangan.

Aku siap bersarapan. Kemudian sampai satu pesanan ringkas masuk ke telefon bimbit ku. Aku lihat nombornya sambil berkerut muka.

"Siapa pula ni?" kataku perlahan, sendirian. Aku buka inbox dan baca.

"Maaf, bro. Tanya sikit. Latip mana ni? Duk mana?"

Eh. Apa hal pula ini? Aku hairan. Nombor siapa pula ini? Tiba-tiba sahaja bertanyakan soalan yang pelik-pelik. Aku tidak segera membalas mesej tersebut. Tetapi cuba berfikir, milik siapa nombor yang tertera di skrin telefon bimbitku. Biasanya jika ada rekod, sudah tentu nama pengirim terpampang pada mesej tersebut. Ini tiada.

Agak lama terfikir, barulah terlintas difikiran. Adakah nombor ini yang menghubungi aku tadi? Aku periksa rekod panggilan masuk. Memang sah! Nombor tadi. Siapa yang aku bercakap tadi ya? Terus aku membalas mesej masuk tadi.

"Eh kau ke yang call aku tadi? Siapa ni?"

Tekan butang send. Sending. Beberapa saat kemudian, delivered.

Aku menunggu balasan dengan tenang. Kemudian..

"Woi. Karim ni. Kau Latip Keli kan?"

Ah, sudah. Bila masa pula aku jadi penternak ikan keli? Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Perasaan aku tiba-tiba jadi tidak sedap. Rasa seperti geram dan marah. Berbaur-baur.

"Bukan. Ni Latip Ganu (Terengganu). Kau siapa?"

Send.. Delivered!

Mesej masuk lagi, "Latip Ganu? Pakai kereta Kelisa?"

Eh eh dia ni. Tadi keli. Ini kelisa pula. Sangka aku ini spesis ikan ke? Atau sangka aku ini penternak ikan? Penjual ikan? Pemborong? Atau apek penjual barang basah bermotor pot pot pot tu?

Aku balas, "Bukan. Kau salah orang ke?"

Sewaktu aku send mesej ini, aku rasa macam sudah 'terkena' hari ini. Sakit hati mula menyelubungi diri. Aku tunggu balasan dari nombor yang tidak dikenali itu. Lima minit. Kemudian, sepuluh minit.

Tiada mesej masuk selepas lebih sepuluh minit. Ah, sudah. Kena aku kali ini. Sedang aku tidak senang duduk, tiba-tiba mesej masuk. Aku menepuk dahi sesudah membaca mesej tersebut.

Mesejnya berbunyi begini, "Maaf bro. Aku ingat kau Latip Keli duk Gombak. Salah orang. Kebetulan nama bro sama dengan nama kawan aku. Nombor telefon pun hampir sama. Maaf ganggu!"

Celaka! Ada pula kes macam ini boleh berlaku? Amat-amat menyakitkan hati!

Aduka: Mahu tukar nama John Rambo plak. Agaknya ada sama lagi tak nama tu dengan nama-nama manusia kat Malaysia ni? Harap-harap tak ada! Heh!

Saturday, August 28, 2010

Rollercoaster. Sumpah Tak Nak!

Secara jujurnya aku mahu cerita sama korang semua.. err... malu sebenarnya! Hehe. Hm. Okey. Okey. Aku cerita. Secara jujurnya sepanjang umur hidup aku ini, dan kinilah maksudnya.. aku.. aku tidak pernah menaiki rollercoaster!

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

"Eh, betul ke kau ni, Latip?" soal salah seorang rakan aku pada suatu masa dulu.

"Ya," jawabku selamba namun pandanganku telah dialih ke tempat lain. Cover malu sebenarnya. Rakan aku yang bertanya ketawa kecil.

Ya. Setiap kali aku mengatakan bahawa seumur hidup aku tidak pernah menaiki rollercoaster, pasti orang akan tertawakan aku. Apatah lagi sebenarnya seumur hidup aku pun tidak pernah ke taman tema! Bukan aku tidak mahu. Cuma tiada kepingin. Tiada langsung nafsu mahu ke sana. Biar pun ramai rakan-rakan bercerita, pergi ke taman tema itu best, syok, boleh buat hilang tension, boleh cuci mata, boleh kencing dalam pool, boleh muntah-muntah, dan macam-macam lagi. Ah, lantaklah apa orang mahu kata dan ketawa. Biarlah.

Aku sebenarnya marah. Sangat marah. Tatkala setiap kali mendengar rakan-rakan bercerita dengan nada dan wajah yang amat-amat ceria dan bling-bling. Sesudah satu soalan 'maut' dituju ke arah aku, pasti gelak ketawa besar yang aku terima. Ya. Aku amat marah!

Lantas aku ke pusat komputer di bandar. Mencari bahan mengenai taman tema. Aku menumpu ke arah rollercoaster. Khabarnya, jika pergi ke taman tema jika tidak menaiki rollercoaster, tidak sah! Aktiviti di taman tema cacat cela! Yalah. Aku mencari cerita fasal rollercoaster khususnya, taman teman amnya. Kebanyakkannya memang cerita berkisar menarik, seronok, ketawa, riang, ceria dan pelbagai lagi emosi-emosi yang membuatkan aku benar-benar 'marah dan geram'.

Kemudian, aku beralih ke foto pula.

Dan.. aku ketawa berdekah-dekah. Habis orang di dalam pusat komputer tengok ke arah aku. Aku tidak boleh cover-cover lagi. Aku lihat salah satu gambar yang cukup menggelikan hati. Gambar yang amat menarik. Terdetik di hati aku untuk menunjukkan gambar itu kepada rakan-rakan kelak. Okey! Idea yang bernas. Aku klik kanan tetikus dan simpan gambar tersebut ke dalam telefon bimbit aku. Beres.

Aku bertemu dengan rakan-rakan aku yang bermulut tempayan itu. Dengan senyuman sinis dan penuh dendam kesumat, aku melontar kata-kata pendahuluan untuk sesi debat pada petang itu. Kami bertekak. Bertekak ala-ala kanak-kanak hingusan. Bertekak mengenai rollercoaster.

"Amacam? Ada tak sepanjang kau naik rollercoaster tu rasa ada percikan-percikan air menitis ke muka kau?" soal aku.

"Ada! Ada!" jawab rakan-rakanku serentak. Terus aku ketawa berdekah-dekah. Mereka saling berpandangan kerana hairan punca aku ketawa.

"Agaknya air dari taman tema kot memercik. Kenapa?"

Jawapan yang amat tidak logik. Masakan air dari taman tema boleh terpercik pada jarak ketinggian lebih 50 kaki?! Tanpa membuang masa, aku menunjukkan gambar yang aku temui di internet pada telefon bimbit aku.

"Agaknya, air ini kot yang 'menghempap' muka-muka korang!"

Tunjukkan gambar!


Langsung serentak mereka terdiam. Ada yang tutup mulut dengan telapak tangan. Mahu muntah agaknya.

Nah, padan muka!

"Sebab tu aku tak nak naik rollercoaster! Sumpah aku tak nak! Haha!"


Saturday, July 31, 2010

Contest Aku dan Ray Ban


Salam semua.

Sudah lama aku tak join contest. Lama sudah memeram. Biasalah, tiada internet di rumah. Akses pun di handphone aje selama ni. Nak blogging pun tiada mood sebab banyak tool blog tak nampak (Opera Mini cap ayam lagi kot!). Asyik mengomel di Facebook saja.

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

Okey. Kali ini aku join contest Ray Ban pula. Di blog penulisnya, Caer, dia eja Ray Bon. Alah. Typo error kot. Tak pun Ray Ban dia cap ayam. Ntah. Haha. Gurau saja, Caer. Alang-alang join contest, boleh kenal-kenal sama Caer (Cara sebutannya 'Ka-ir'. Bukan 'Ca-ir'. Haha.) Blogger baru, bagi aku. Mungkin. Jadi kepada Caer, maaf ya. Blog aku ini kurang sangat update. Aku ada saja online. Cuma di Facebook. Add la aku.

Belum pernah aku join contest serupa ini. Ini first time. Malas mahu menonjol sangat dalam blog. Di Facebook, okey la. Action begitu begini. Posing bagai. Tidak mengapa. Kali ini saja. Khas untuk contest yang dianjurkan oleh Caer.


Tu diaaa aiihhh..! Model fesyen mana ntah ni! Haha!

Dalam banyak-banyak, inilah antara gambar aku dress-up bagai. Semua barang branded punya. Dari atas sampai bawah. Cermin mata Ray Ban original. Sweater Evisu original. Baju Miami Ink original. Jeans Levi's Engineered original. Kasut Adidas original. Seluar dalam pun original juga! Cap Lee Cooper kalau tak silap aku. Haha. Sila abaikan budak spastik dan botol 100plus kat belakang tu ya. Itu hiasan semata-mata. *Rasa spoil jer ada semua tu* Gambar ini di snap pada tahun lepas di Marang, Terengganu. Ada perjumpaan ape ntah. Lupa.

Gambar di atas ni di edit oleh Hunny. Thanks, Hunny. Al-maklum masa tu aku belum mahir sangat guna sebarang aplikasi edit meng-edit gambar. Haha. Tapi tidak lagi sekarang. Bolehlah sikit-sikit.

Last but not least, contest si Caer ni mahu contestant tag 2 orang. Hm.. mahu tag siapa ya? Hm..
1 - Dayah
2 - Hunny

Hamik kau! Buat! Buat! * pandai la kau Caer cari contestant.. tapi cam cara memaksa plak.. haha.. gurau jerk! :P *

Okey, sekian saja dari aku. Harap-harap terpilih ya, Caer. Dah habis macho dah posing tuh! Haha.
Ada sesiapa nak sign aku tak? Haha.


Thursday, July 29, 2010

One Missed Call

Segala nama di dalam cerita ini adalah bukan nama sebenar. Dan cerita ini pun tiada kaitan dengan cerita filem yang pernah terbit pada tahun 2003 di Jepun, mahupun tahun 2008 di Amerika yang bertajuk 'One Missed Call'.


Ini adalah satu pengalaman yang tidak dapat aku lupakan. Setiap kali aku mendengar sesiapa sahaja menyebut "one missed call", pasti peristiwa ini akan tergambar di dalam fikiran. Peristiwa ini berlaku ketika aku masih bergelar siswa junior di kolej.

Di kolej, aku mengenali satu bilik senior yang boleh aku katakan 'layan kepala'. Jika ada kelapangan, aku dan seorang rakanku, Johan, berkunjung ke bilik senior tersebut. Senior-senior yang ramah dan pandai buat lawak senantiasa membuatkan kami tidak kering gusi. Ada saja lawak dan celoteh dari mereka. Dengan yang demikian, kami mudah serasi dan berkawan walaupun waktu itu baru saja beberapa bulan kami di kolej.

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

Pada suatu malam, aku dan Johan berkunjung ke bilik senior kerana kebetulan kami kelapangan. Setiba di sana, aku lihat hanya terdapat tiga orang senior sedang duduk-duduk berehat di atas lantai yang beralaskan tikar petah. Bilik senior itu mempunyai enam orang penghuni asalnya. Di mana lagi tiga orang lagi yang lain?

"Macam biasa la.. Depa (mereka) semua 'merendet' dengan marka (teman wanita) depa," kata Ery dalam loghat utara sambil ketawa kecil. Din hanya tersengih. Hairi pula merenungku. Mukanya kelat. Badannya yang gempal memeluk kemas gitar hitam coklat kesayangannya. Itulah hobi Hairi di masa kelapangan selain tidur.

"Apa cerita?" soal Johan kepada Ery. Lantas Johan duduk di birai katil bersebelahan dengan Ery. Aku yang sedari tadi hanya diam sepatah kata, duduk di lantai bersebelahan Hairi. Aku biasa dengan Hairi. Alasannya, hobi dan minat kami sama. Gitar.

"Takda apa lah.. Lagu (macam) ni la jejaka takda marka.. Duk berkurung ja dalam bilik main acara gentel t*l*q beramai-ramai," balas Ery lalu ketawa berdekah-dekah. Kami turut ketawa serentak.

"Hek eleh! Linda tu apa cerita? Kau juga asyik duk sebut-sebut Linda kau tu. Sikit-sikit Linda. Sikit-sikit Linda. Takde marka la konon," perli Johan sambil mengangkat tangan. Dia tersengih melihat reaksi Ery yang mata membulat. Aku menyeringai, lucu dengan reaksi Ery yang spontan itu.

"Hang (kau) ni.. Hingak (kecoh/bising) btoi la..!" kata Ery. "Linda tu lain cerita. Itu bukan marka. Itu..."

"Itu apa?"

"Haaa.. Dia la wife aku!"

"Cis! Berangan la kau!"

Ery tergelak besar sambil menekan-nekan perutnya yang terdedah kerana badannya tidak dibaluti baju.

"Dah dapat ke?" soal Johan lagi.

"Dapat? Dapat apa?"

"Linda la!"

Ery seakan tersentak. Spontan dia menggeleng-gelengkan kepalanya laju.

"Gila haaannggg..! Gadis bak bidadari.. bak artis.. bak puteri Arab tu.. mana nak ngan dengan akuuu.. Sapa la aku ni kan.. Dah la kuruih (kurus), hitam legam cam arang plak tuh! Tak ngam!" tegas Ery, malu-malu.

Ya, memang benar. Pada pandangan aku, Ery memang berkulit gelap. Kurus melidi dan tinggi pula. Dia berketurunan mamak. Berbulu lebat di dada dan lengan. Masakan wanita secantik Linda itu boleh menjadi pasangan kekasih kepada Ery? Hati aku ketawa sendirian. Memang jauh panggang dari api. Namun, kerja ini semua dari atas. Kehendak Allah s.w.t. Jika dikatakan jodoh, tidak ke mana-mana juga.

Aku mengenali Linda setelah ditunjukkan oleh Johan beberapa bulan yang laku ketika kami sama-sama berjalan kaki ke kuliah. Pertama kali aku memandang Linda, aku beristighfar dan mata tidak berkedip kerana terpegun. Memang. Memang Linda amat cantik. Wajah ayu sebujur sirih, kulit putih melepak, alis kening yang tebal dan lebat, hidung mancung, dan bibir yang munggil. Persis bidadari Arab! Patutlah Lina digilai oleh ramai lelaki senior, termasuk Ery. Mahu pula tatkala mendengar khabarnya Linda anak kacukan Melayu Pakistan.

"Kalau dah jodoh tak ke mana, Ery oi!" kata Johan mengejutkan aku dari lamunan.

"Memang," balas Ery ringkas sambil tersenyum lebar. Dia menyandar badannya pada katil. Dia mendongak ke atas dan merenung siling.

"Hah, teringat kat Linda la tu!"

Tiba-tiba Hairi menyampuk. Ery tersengih menyeringai bagai kerang busuk. Matanya masih lagi memandang siling, tidak berkedip.

"Ah sudaaahhh.. Start berangan la tu, kawan kita tu!" sampuk Din yang sedari tadi dia hanya memerhati dan memasang telinga. Ditangannya tidak lekang dengan telefon bimbit.

"Hoi, Mat Jenin! Jangan berangan la wei! Ingat kau sorang je ke yang admire kat Linda tu? Ni.. Aku ni.. selagi aku hidup, jangan kata memiliki, sentuh Linda pun kau takkan dapat tau?" bentak Hairi sambil mendabik-dabik dadanya.

"Eleh.. Linda tak suka sama hang la," kata Ery, sinis.

"Kenapa plak?" soal Hairi kembali.

"Sebab badan hang macam tong dram, tak pun macam Bluehyppo!" kata Ery sambil ketawa. Dia menghentak-hentak kakinya ke lantai sambil menekan-nekan perutnya. Satu balingan bantal terkena tepat pada muka Ery. Namun ia tidak menghenti Ery dari terus ketawa.

"Alaa.. at least aku ada phone number Linda! Kau ada ke?" gumam Hairi sambil mengangkat keninh beberapa kali.

"Hang ingat hang sekelas dengan dia, hang sorang ja ada nombor phone Linda? Piiirraaahhh! Aku pun ada laaa..!"

"Dahla wei! Korang bertekak pasal Linda tak guna la wei. Macam la korang dua ekor contact contact sama Linda." Tiba-tiba Din mencelah. Hairi dan Ery menoleh ke arah Din serentak. Din tersengih.

"Sapa cakap takda?" Ery menggertak.

"Ntah. Siapa cakap?" Hairi pula menyoal.

"Macam la hang tu contact sama Linda! Piiirraaahh!" tempik Ery seraya berdiri dan mengangkat tangan kirinya ke arah Din. Din tersengih. Aku dan Johan sedari tadi ketawa kecik melihat gelagat senior kami yang 'kepala tidak berapa betul' itu.

"Bila? Bila? Bila?" soal Din berkali-kali.

Terasa tercabar, Ery bergegas ke meja kecil di satu sudut bilik. Hairi pula menyerahkan gitarnya kepada aku dan gegas ke almarinya. Mereka berdua mencapai telefon bimbit mereka.

"Niii.. tengok ni..!" kata Ery sambil menunjukkan satu pesanan ringkas kepada Din. Hairi pun begitu juga.

Aku dan Johan merapat ke sebelah Din dan melihat pesanan ringkas di telefon bimbit mereka. Din dengan selamba menunjuk telefon bimbitnya. Di skrin terpampang satu nama yang mengejutkan kami.

"Linda!"

Din tersenyum bangga. Dia sengaja mengembang kempis hidungnya.

"Jadi.. hang dari tadi duk SMS dengan Linda la noo, Din?" tanya Ery sambil mencekak pinggang dan menjegilkan mata. Dia mendengus. Din hanya ketawa terbahak-bahak selepas mengiakan persoalan Ery tadi.

"Berani hang ekjas marka aku!" tempik Ery. Serentak dengan itu, Din 'dibelasah' oleh Ery dan Hairi. Din masih lagi ketawa kerana dia tahu belasah dari kawan-kawan sebiliknya itu hanyalah gurauan semata-mata.

Tiba-tiba telefon bimbit Ery, Din dan Hairi berbunyi dengan nada yang pendek secara serentak. Mereka berhenti. Masing-masing menatap telefon bimbit.

"Waaaahhh! Linda missed call aku nii..! Mesti Linda rindu kat aku ni! Confirm sangap ni!"

Din dan Hairi kelihatan terkejut. Mereka saling berpandangan. Din mengerutkan dahi. Hairi kehairanan, menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Awat (kenapa)?" soal Ery, bingung. Dia perasan akan perubahan kedua-dua oran rakan sebiliknya itu. Din dan Hairi terdiam seribu bahasg. Setelah berulang kali diajukan soalan yang sama oleh Ery dek kehairanan, Din membuka mulut.

"Errr.. Lin.. Linda pun.. miss.. missed call aku!"

Suara Din seperti tersekat-sekat di kerongkong. Kami terdiam serentak. Aku memandang ke arah Ery. Dia tersenyum. Mungkin dia tidak mempercayai kata-kata Din tadi.

"A.. Aku.. Aku pun!" kata Hairi pula memecahkan kesunyian.

"Hangpa tipu aku laaa..! Loqlaq la hangpa ni! Mana boleh Linda tu missed call kita tiga orang serentak! Gila? Hang nak menakutkan aku?" herdik Ery lantas dia duduk semula di lantai dan menyandar badannya yang melidi pada katil.

"Tidak, Ery. Betul ni!" tegas Din bersungguh.

"Ya, Ery! Betul! Tengok ni," kata Hairi pula sambil menghulurkan telefon bimbitnya.

Kami beramai-ramai duduk merapat. Kami perhatikan ketiga-tiga telefon bimbit yang berbeza. Aku tersentak. Jantung aku mula berdetak laju. Bulu roma berdiri tegak. Rasa meremang. Tengkuk rasa kembang semacam. Memang sah! Miss call dari Linda! Untuk kepastian, kami melihat nombor telefon yang tertera pada ketiga-tiga telefon bimbit tersebut. Sama! Nombor telefon Linda!

"Awat.. awat jadi lagu ni?!" Ery bersuara meninggi. Suaranya bergetar.

Kami saling berpandangan. Terpampang ketakutan di wajah masing-masing. Aku lihat tangan Din menggigil.

"Eh? Mana Johan?" tanya aku. Aku memandang sekeliling. Johan tiada di dalam bilik itu. Aku lihat pintu bilik luas terbuka. Johan sudah lari.

Keesokkannya, aku, Ery, Hairi, dan Johan pergi mencari Linda di kolej. Sebaik bersua, aku lihat Din ada bersama Linda di taman kolej. Tanpa membuang masa, Ery mengajukan seribu satu persoalan kepada Din dan Linda. Din hanya membatu dan membisu. Linda terpinga-pinga.

"Mana ada!" tegas Linda bersungguh. "Ya, memang Lin ada SMS dengan Din semalam. Tapi jujur ya Lin cakap. Lin tak miss call sesiapa pun semalam! Sumpah!"

Aku dan Ery berpandangan. Ery mula serba salah.

"Habis tu, awat nama hang naik pada handphone kami?"

"Mana la Lin tahu!" tegas Linda lagi. Kali ini Linda agak melenting.

"Baik. Lin ceritakn dari awal apa yang Lin buat semalam," kata Linda sambil menongkat dagunya. Linda menyambung kata-katanya, "Selepas Lin makan malam, Lin terus balik ke hostel. Sampai kat bilik, Lin capai homework dan handphone Lin. Lin berSMS dengan Din sambil buat homework sampailah homework Lin siap. Pastu, Lin baring atas katil. Lin SMS lagi dengan Din. Tapi tak lama sebab.. Lin terlelap!"

"Betul ke, Din?" soal Hairi pada Din.

Din mendongak dan matanya tertancap pada wajah tegas Hairi. Din mengiakan seraya mengangguk. Dia menunduk kemudiannya.

"Habis, 'Linda' mana yang buat 'one missed call' pada kami semua?"

Kami saling berpandangan. Mimik takut, hairan, dan gusar jelas terpamer di wajah masing-masing. Linda mulai tidak senang duduk kerana takut. Dia terus beredar beberapa minit kemudian.

Benakku masih memikirkan peristiwa semalam. Aku lihat di skrin telefon bimbit Ery, Hairi, dan Din. Ejaan nama Linda berbeza. Ery 'berbunga-bunga sedikit. Din mengeja 'Lin' sahaja. Manakala Hairi pula mengeja 'Linda'. Cuma yang pastinya, nombor Linda masih sama! 019-3******! Yang paling menyeramkan dan pelik, tarikh dan masa missed call dibuat adalah sama! Adalah menjadi suatu yang mustahil dan tidak munasabah bagi Linda membuat missed call kepada ketiga-tiga nombor yang berbeza serentak. Tambahan lagi, tempoh sela masa antara rekod terakhir mesej Linda dengan masa missed call adalah lebih 30 minit. Ini bermakna missed call dibuat semasa 30 minit Linda tertidur dan diulit mimpi!

Jika bukan Linda, siapa lagi yang berupaya membuat 'one missed call' pada malam itu?

Beberapa hari selepas kejadian itu, Ery, Hairi, dan Din nekad menukar nombor telefon bimbit mereka. Mereka juga tidak lagi menghubungi Linda. Johan pula begitu. Eh, apa kena mengena dengannya? Sebenarnya, Johan pun menaruh hati kepada gadis cantik idaman setiap lelaki itu. Dan malam itu juga, Johan mendapat ONE MISSED CALL dari Linda!

Thursday, July 15, 2010

Bersama Kapten Luffy!

Suatu petang pada 11 haribulan Julai tahun 2010 iaitu hari Ahad yang lalu *amboi skema!*, aku mendapat satu panggilan dari nombor yang aku tidak kenali. Pada mulanya malas mahu menjawab panggilan tersebut. Memandangkan aku jenis susah mahu angkat bila mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Tapi, aku menjawab juga kerana terdetik di hati mahu menjawab penggilan tersebut.

"Aku ni, Kapten Luffy!"

Woooo.. Seriously aku teruja pada petang itu. Pada mulanya aku sudah sedia maklum yang Pakcik Luffy mahu datang ke Chukai Kemaman setelah membaca satu artikel di blog dia. Dalam artikel beliau ada nyatakan misinya mahu ke Geliga, Chukai Kemaman. Dalam benakku sedah sedia maklum akan lokasi itu, bila mana saja orang luar datang ke Kemaman. Di situ adalah satu lokasi yang biasa orang luar akan pergi. Tidak lain dan tidak bukan, Intan. *anda boleh taip sendiri di Google; Intan Kemaman*

Inilah Intan. Lokasinya menarik sebab menghadap pantai!

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

Malangnya, sejak hari pertama aku bersama Pakcik Luffy, aku ditimpa demam. Mujurlah pada hari pertama tidak begitu teruk. Aku sempat keluar lepak di kedai makan. Kami makan siakap tiga rasa waktu itu, walaupun pada asalnya Pakcik Luffy mengidam ikan bakar! Maaflah, pakcik. 'Pemandu pelancong' engkau ini tidak dapat berfikir panjang dek demam! Haha.

Sebelah malamnya pula, rancang mahu tengok perlawanan bola sepak Piala Dunia antara German dengan Uruguay. Tapi jam baru menunjukkan pukul 1 pagi. Gila. Lagi satu jam setengah mahu lihat perlawanan tersebut. Pukul 1 lebih pagi, mata sudah kuyu dan mahu saja terkatup rapat. Pakcik Luffy apatah lagi. Turun dari bas setiba di Kemaman, langsung tidak rehat. Makanya, kami terus berangkat pulang. Mengantuk, kata Pakcik Luffy.

Keesokkan pagi sebelum aku ke kelas, aku sempat menghantar Pakcik Luffy ke Intan. Percubaan fizikal atau apakah, aku sudah lupa. Yang paling penting, Pakcik Luffy berpakaian sukan pagi-pagi buta. Haha.

Pulang dari kelas, aku terus menjemput Pakcik Luffy di Intan. Kami singgah makan di satu restoran terkenal dengan otak-otak dan satar di Kuala Kemaman. Di restoran ini juga aku pernah berjumpa dengan seorang blogger. Oryen namanya. Oh, dulu blog Oryen warna oren, ya. Sekarang aku pula berwarna oren.

Aku dan Pakcik Luffy masuk ke restoran yang kebiasaannya sesak dengan orang ramai itu. Aku sempat bercerita kepada Pakcik Luffy akan kemasyhuran beberapa lokasi kedai makan di kawasan situ. Terutama sekali tentang keenakkan satarnya.

Pakcik Luffy memberitahu bahawa rakan Facebook-nya memaklum bahawa satar adalah satu makanan terkenal di Kemaman. Aku mengiakan. Tertarik dengan itulah aku membawa Pakcik Luffy ke restoran tersebut. Pada restoran pertama, satar sudah kehabisan. Dan restoran ini pula, juga kehabisan! Kasihan pakcik. Tidak boleh merasa satar Kemaman. Walau bagaimanapun, kami memesan otak-otak dan sotong celup tepung sebagai pengganti satar. Banyak cerita yang kami sembangkan.

Pada sebelah malamnya pula, kami merancang untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia antara Sepanyol dengan Belanda. Sekali lagi tergendala kerana secara tiba-tiba aku tidak boleh bangkit. Demam aku secara tiba-tiba menjadi teruk! Celaka, bisik hatiku. Sudah tentu Pakcik Luffy terkilan. Namun, apa boleh aku lakukan. Kebetulan juga malam itu, hujan turun dengan lebatnya. Kasihan lagi pakcik.

Pada tengahari hari Isnin, Pakcik Luffy berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Petangnya, sempat juga Pakcik Luffy menghantar SMS kepada aku bahawa dia sudah selamat sampai di Kuala Lumpur. Alhamdulillah.

Aku masih ingat dengan kata-kata Pakcik Luffy, "Aku ex-blogger sekarang!"

Agak terkejut juga sebenarnya. Penulisan pakcik bukannya tidak menarik. Walaupun kekadang berbaur kelucahan, tetapi kekadang itulah yang membuatkan kita tersenyum sendirian ketika hati tidak senang. Bukankah begitu?

Aku ada memujuknya untuk tumpukan pada satu blog sahaja, bukan dua! Tengoklah macam mana nanti. Moga-moga dia kembali menulis. Aku tidak mahu mendengar perkataan 'MALAS', ya pakcik!

Dan semalam, aku baru teringat. Kenapa satu gambar Pakcik Luffy pun aku tidak snap?! Argh! Geramnya. Anda mahu tahu tak? Pernah aku merancang untuk ke Kuala Lumpur semata-mata mahu jumpa Pakcik Luffy ni. Sudah ada tuan badan di depan mata, boleh lupa pula! Aduh.. Maka, artikel aku ini tiada diselitkan gambar Pakcik Luffy yang boleh aku dedahkan, yang selama ini selalu diblurkan di blognya!

Oh, ini update! Perenggan di atas ini telah di-warna-merah-kan. Sebabnya, aku sudah jumpa gambar Pakcik Luffy. Itu pun search dalam internet guna Google! Haha. Ada siot! Memang terkenallah Pakcik Luffy! Ini dia.. jeng jeng jengggg..!










Beliau masih single dan sedang mencari! Isi borang cepat! Haha.

Kepada Pakcik Luffy sila kemaskini blog, ya? Aku rindu dengan cerita-cerita menarik dan berunsurkan kelucahan kau itu! Haha!
Banyak lagi perkara menarik tentang Kemaman. Datanglah sendiri! :)

* * * * * * * * * *

Ada sedikit catatan ringkas dari aku untuk kalian follower dan pelawat atau pembaca blog aku.

Sekian lamanya aku tidak singgah (dengan kata lain; blogwalk) ke blog kalian. Aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan. Kepada follower baru dan juga lama, terima kasih di atas sokongan dan minat kalian untuk membaca blog aku. Harap blog aku tidak membosankan anda. Kepada yang masih menunggu sambungan kisah 'Milik Siapa', harap bersabar ya? Kepada follower baru, kalian boleh baca 'Milik Siapa' bahagian satu dan dua. Bahagian tiga akan diterbitkan kemudian, agak lewat sedikit. Ada lagi cerpen-cerpen yang pernah aku tulis. Kalian boleh cari sendiri di label blog atau berdasarkan tarikh post.

Kepada yang meninggalkan jejak di chatbox aku pun sama. Maaf. Aku langsung tidak berkesempatan untuk membalas ziarah dan kunjungan kalian. Sejak bergelar pelajar dan ketiadaan komputer serta internet, memang menyulitkan aku sangat-sangat. Walaupun begitu, teruskan tinggalkan jejak anda. Tidak rugi pun. Senyum! :)

Selepas ini, tutorial aplikasi Facebook iaitu Recent Activity akan menyusul pula. Nampaknya aplikasi Facebook di blog semakin popular, bukan? Tutorial Facebook Comment Box sahaja pun sudah mendapat hit tertinggi dan menarik minat hati blogger! Di sebelah kanan blog ini, kalau anda perasan, ada disenaraikan tutorial-tutorial percuma dan berguna untuk blog kalian.

Akhir kata, jangan lupa klik setiap iklan Nuffnang aku yang timbul di blog, okey? Sayang kalian semua!

Tuesday, July 13, 2010

Sumpah Tak Nak!

Ini adalah cerita lama, daripada pengalaman aku sendiri ketika di kolej. Cerita ini bukanlah untuk memburukkan mana-mana pihak, dan bukan juga memberi perasaan jijik kepada anda semua. Cuma apa yang aku cuba tampilkan dari cerita ini nanti adalah supaya berhati-hati dengan makanan atau minuman segera percuma.

Waktu itu, kami pelajar di salah sebuah kolej yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kota Bharu Kelantan, sedang menjalani peperiksaan semester terakhir. Peperiksaan bagi dua fakulti iaitu Teknologi Maklumat dan Pengurusan Perniagaan dijalankan serentak jika tidak silap aku. Pada minggu pertama iaitu setelah beberapa hari kami menduduki peperiksaan semester akhir, kolej kami didatangi oleh syarikat minuman ringan segera. Nama syarikat tersebut biarlah aku rahsiakan. Biasanya syarikat minuman segera ini akan berada di kolej (juga di sekolah) dalam dua ke tiga hari, dan mungkin juga seminggu.

Seingat aku, syarikat minuman segera ini tidak lama di kolej waktu itu. Mungkin tiga hari. Oleh kerana jadual peperiksaan aku tidak terlalu ketat, aku jarang dapat bertembung dengan syarikat minuman segera tersebut. Maka tidak dapatlah aku merasa minuman percuma mereka pada waktu-waktu kerongkong kekeringan kehausan.

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

Pada suatu hari, kertas peperiksaan aku habis awal. Begitu juga dengan beberapa orang rakanku. Sewaktu melangkah keluar dari pintu utama kolej, aku lihat lori minuman segera sedang menanti pelajar-pelajar di ruang tempat letak kereta. Kedengaran suara lelaki dewasa melaung memanggil-manggil kami untuk menikmati minuman segera yang telah disediakan, secara percuma.

"Mari, dik! Mari! Percumo jah!" tempik lelaki itu seraya melambai-lambaikan tangan kepada kami.

Apa lagi, seperti semut kebulur gula, sekejap saja lori minuman segera itu dihurung oleh puluhan pelajar. Kerongkong yang kering terpaksa aku tahan dengan sabar. Aku menunggu biar keadaan beransur sedikit.

Aku dan rakanku, Man, berdiri di birai longkang sambil berbual tentang kertas peperiksaan yang diduduki tadi. Beberapa minit kemudian, Man pergi merapati lori minuman segera tersebut dan mengambil dua gelas minuman. Satu untukku dan satu untuk dirinya sendiri.

"Nah," kata Man sambil menghulurkan segelas minuman. Aku menyambut dan mengucapkan terima kasih. Sebaik aku mengambil gelas yang dihulurkan, aku duduk mencangkung dan meletakkan alat-alat tulis di atas bibir konkrit longkang di situ. Gelas air masih aku pegang kemas di tangan kanan.

Aku mendongak melihat ke arah Man. Aku lihat dia meneguk perlahan air minuman segera tersebut. Sampai separuh, dia berhenti. Dia mengerutkan muka sambil pipinya kembung menahan air yang diminum dari jatuh ke dalam perutnya. Dia memerhati gelas tersebut. Wajahnya tergambar seribu persoalan. Entah mengapa waktu Man berkelakuan demikian, aku belum lagi meneguk minuman aku. Aku terus menyapa Man.

"Kenapa kau ni, Man? Air tu tak sedap ke?" soalku.

Man menggelengkan kepalanya seraya menelan air yang ditahan di dalam mulutnya tadi. Beberapa kali dia memandang ke arahku.

"Lain macam saja air ni," gumamnya sambil melihat beberapa kali ke dalam gelas yang dipegangnya. Dia sesekali menjelirkan lidahnya.

"Lain yang macam mana tu, Man?" soalku yang masih kurang mengerti kata-kata Man tadi. Namun, belum pun Man menjawab soalan aku, dia berlari ke arah longkang dan terus muntah-muntah. Aku kaget. Aku mendapatkan Man sambil mengurut-urut belakangnya.

"Kenapa ni, Man?" soalku. Aku lihat ditangannya masih tergenggam erat gelas kertas yang berisi minuman segera tadi. Man menyeka cecair yang ada dipinggir-pinggir bibirnya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Kau dah minum ke air tadi?" soal Man kepadaku. Aku menjawab tidak dan mengulangi persoalan yang sama.

"Kau tengok ni," kata Man sambil menghulur gelas yang diminumnya tadi. "Tengok kat dalam."

Aku menyambut gelas minuman yang dihulur oleh Man lantas melihat ke dalam.

"MasyaAllah!" Aku tersentak. Di dalam gelas tersebut masih terdapat sedikit air minuman segera. Mungkin dalam kira-kira satu per lima yang berbaki. Perutku secara spontan bergelodak. Terasa isi-isi perut seperti hendak menjengah keluar. Aku lihat di dalam gelas Man tadi terdapat anasir-anasir kecil putih yang berkeriut. Lebih dari sepuluh ekor, anggaran.

"Ulat!" tempikku. Gelas minuman aku yang masih belum diteguk, cepat-cepat aku buang ke dalam longkang. Tanpa berlengah, aku dan Man terus beredar dan pulang ke hostel. Waktu itu, tidak terlintas langsung untuk memberitahu kejadian tersebut kepada rakan-rakan yang lain yang sedang berebut-rebut mendapatkan minuman segera itu.

Didesak dengan perut yang bergelodak loya dan kepala pening-pening lalat, aku tidak berfikiran waras lagi. Risau aku turut termuntah. Selepas kejadian itu, barulah kami membuka mulut. Maka kecohlah satu hostel lelaki, lebih-lebih lagi yang minum lebih dari segelas air minuman tersebut!

Man, dan hampir 10 orang pelajar kolej khabarnya jatuh sakit selepas minum minuman segera tersebut. Syukur alhamdulillah, aku terselamat dari meminum air minuman ulat tersebut, dan juga tidak jatuh sakit.

Selepas kejadian tersebut, lori minuman segera tidak lagi kelihatan di kolej. Dan selepas itu juga aku sudah serik meminum minuman segera yang datang dengan lori. Biarlah dihulur satu tong pun minuman tersebut, aku akan menolaknya dengan baik.

Bukan lori ini! Hehe.

Sunday, May 16, 2010

Hi, Cute Little Princess! :)

Beberapa hari yang lepas, aku di-tagged oleh seseorang yang rapat dengan aku di Facebook. Pada akhir bulan Januari, aku dan dia selalu juga berbual di telefon. Siang dan malam. Namun setiap kali bila kami bersembang pada waktu malam, akan kedengaran suara-suara yang comel di belakang perbualan kami.

Aku bertanya, "Suara siapa tadi tu? Macam budak kecik."

Dia menjawab, "Ha'a. Anak saudara."

"Lelaki?" soalku lagi.

"Taklah. Perempuan. Kenapa?"

"Mesti cute, kan?"

"Yelah."

"Siapa nama?"

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

"Umairah. Family panggil dia Umai."

"Comel?"

"Mestilah! Kenapa? Nak tengok gambar?"

Kemudian, dia menghantar satu MMS kepada aku. Aku lihat dan membalas SMS. Aku katakan, "Comel!"

Ini dia Umai. Comel tak?

Selepas melihat gambar aku di-tag di Facebook, aku terus SMS kepada dia. Aku mengakui budak Umai ini memang comel. Geram lihat pipinya. Oh, aku juga mempunyai anak saudara perempuan. Comel juga. Pipi tembam juga. Setiap kali ketemu, pasti pipinya aku akan cubit. Terlalu geram, sehingga kadangkala buatkan anak saudara aku itu menangis. Haha.

"Umai memang berangan nak jadi princess!" kata dia dalam SMS.

Aku membalas, "Amboi! Princess? Patut la posing bagai!"






I presenting to you..






Our Cute Little Princess Umai!!!



Satu ciuman melayang dan hinggap di pipi Umai! Cuuuuupppp..!

Memang cute, kan?
Teringin juga mendapatkan anak sebenarnya. Tapi.. kena 'buat anak' dulu kan? Haha.

Friday, May 14, 2010

Hampir Trauma Menjawab Soalan Di Formspring


Minggu lepas, aku telah mendaftar di Formspring. Tengok ramai sangat blogger yang guna mende alah ni kat blog diorang. Macam best pula. Tengok. Pakcik Luffy pun dah guna Formspring sekarang. Hehe.

Baru saja berdaftar di Formspring, macam-macam soalan-soalan pelik yang aku dapat. Belum kira lagi soalan yang berbaur privasi. Haish!

Contohnya...

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

"askum.. saya(hokage) ade mslh sllu sangat cpt teransang walaupun sorang2. so blh bg tau cara nk hlg kan rasa teransang."

Siapa hokage ek? Sila tampil ke depan, please?

Aku tertanya-tanya sebenarnya. Kalau bukan blogger yang aku kenal, siapa lagi yang berani bertanyakan soalan yang sedemikian rupa?

Adoilaaaa.. Soalan berbaur 'GAY' kembali 'menghantui' aku! Demmmm..!

Soalan tu membuatkan aku tergelak sorang2 dalam cyber cafe. Hendak jawab pun masih ragu-ragu. Nak jawab ke, tak nak? Nak jawab ke, tak nak? Haish! Sudahlah Formspring aku ni bila soalan dijawab akan auto publish di Twitter dan Facebook. Malu la aku kalau ada orang atau follower aku yang baca! Haha.

Makanya.. aku biarkan dulu soalan macam ini tergantung buat sementara waktu. Hehe.

Kepada yang bertanya, terima kasih banyak-banyaklah sebab bertanya ya. Cuma bila banyak soalan yang berbaur lucah ni, selalu sangatlah kena penalti.. postpone ler. Hehe.
Soalan Kamasutra tak nak tanya aku ke? Haha.

Tuesday, May 11, 2010

Cot Dan Tam: Rezeki! (Episod Sekuel)

Ini adalah episod kartun kucing sekuel dari blog Dayah. Sengaja memanipulasi episod asal dari kartun beliau. Haha.

Kucing berekor panjang namanya Cot. Kucing yang berekor pendek dan kementot pula bernama Tam. Cot dan Tam adalah sepasang kucing yang sudah setahun bersama. Dari cerita yang lepas, Cot tidak berjaya untuk menangkap ikan yang dihajati. Sekarang dia mengajak Tam untuk membantu usahanya tangkap ikan kembali.

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

Tam bertanya kepada Cot, "Kau rasa kau boleh dapat ke ikan dalam akuarium tu?"

Jawab Tam, "Boleh! Di mana ada kemahuan, di situ ada highway!"

"Macam mana Cot? Aku takutlah," kata Tam. Seberani-berani Tam, dia juga sebenarnya takut jika tuan empunya ikan dan akuarium datang. Tentunya mereka berdua dibelasah teruk oleh tuan si ikan dan akuarium.

"Kau tengok sajalah. Tak usah takut. Aku ada satu skill hebat yang akan aku tunjukkan pada kau. Lihat, ya?" kata Cot dengan begitu yakin sekali.

"Kali ini confirm kita berdua akan merasa ikan fresh dari ladang!" kata Cot. Dia menyeringai seperti hantu.

"Jaga-jaga, Cot!" jerit Tam. Namun suaranya tenggelam di tenggolok. Takut-takut jeritannya di dengari oleh tuan empunya si ikan dan akuarium.

Seperti di sampuk syaitan, Cot melompat tinggi melepasi akuarium. Dan.. kkeeccebbuuurrrr!!

Cot jatuh ke dalam akuarium dan dia meronta-ronta. Badan Cot rasakan sejuk kerana terkena air yang banyak di dalam akuarium itu.

"Tolong! Tolong!" jerit Cot.
Akibat jatuhnya Cot ke dalam akurium, air yang ada di dalamnya terpercik keluar bersama-sama ikan. Ikan itu jatuh di atas lantai dan menggelupur.
Dengan sepantas kilat, Tam menggigit ikan itu hingga mati. Tam menggonggong ikan yang mati itu dengan mulutnya.

"Refeki!" tempik Tam.

Cot ditinggalkan oleh Tam terkapai-kapai hampir kelemasan di dalam akuarium. Tam berlalu pergi dengan ikan dimulutnya.

Kasihan Cot.

Episod 2 - Cot Dan Tam : Hantu Gua

Engineer Oh Engineer! Buanglah Title Kau Tu!


Cabaran bagi tugas seorang engineer atau dalam bahasa melayunya jurutera, bukanlah tugas yang ringan dari segala aspek. Tugasan, skill, tanggungjawab dan sebagainya.

Dulu aku bekerja sebagai software engineer.

Kalau setakat diploma jangan harap mahu gaji tinggi. Kalau ada pun nasib.

Kalau setakat ijazah, mungkin boleh gaji tinggi tapi tidak ke mana. Kalau dapat pun, mujur.

Kalau pakai cable, aku malas nak sembang banyak.

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

Professional certificate.

Bukan senang mahu memegang satu professional certificate. Bila sebut professional certificate, orang akan menggeleng kepala. Exam susah, lain cerita. Ini fasal harga. Orang tidak mampu. Tidak ramai orang di Malaysia memegang professional certificate terutama dalam bidang IT. Ya, kosnya amat mahal. Satu professional certificate sudah mahu mencecah puluhan ribu ringgit.

Aku memegang dua professional certificate.

Artikel ini bukan mahu berlagak.

Tapi mahu cerita pada kamu semua, certification bukanlah penentu hala tuju dan masa depan kamu. Tapi, skill dan market!

Ada diploma, ijazah, hatta professional certificate sekalipun tetapi tiada skill, anda mampus!

Ini cerita realiti.

Ada hamba Allah ini memegang lebih dua professional certificate. Pelbagai organisasi. Sun Microsystems, CISCO, dan lain-lain. Ijazah atau bawahannya aku tidak pandang. Aku pandang pada professional certificate-nya. Kerana sijil-sijil ini menjadi keperluan pekerjaan di Malaysia sekarang. Memang takjub juga. Kalau diikutkan kalau setakat software engineer memang mudah sangat nak dapat. Sememangnya Senior Engineer selayaknya.

Pada suatu hari, aku berjumpa dengannya. Aku berbincang untuk buat projek luar. Projek antara aku dengan dia. Projek partnership. Pendapatan sampingan. Aku ingin membangunkan satu sistem yang berasaskan certication yang kami ada. Jadi aku berbincang dengannya memandangkan dia punyai sesuatu yang 'lebih' berbanding aku. Bincang punya bincang, kami bersetuju. Aku menyarankan dia supaya dia membawa laptopnya sendiri. Senang, memandangkan dia pun tidak suka membuat kerja yang berkali-kali.

Dipendekkan cerita, kami memilih satu projek bagi membangunkan satu sistem pembelian barang-barang pengantin melalui online. Guna platform Java, bukan PHP yang popular sekarang. Kami mahukan kelainan. Biasanya Java digunakan oleh syarikat perbankan. Maybank2u, AffinBank, Bank Rakyat, CIMB Click dan sebagainya. Idea aku, aku mahu aplikasikan platform ini ke bentuk umum pula. Maksudnya, mengetengahkan Java kepada pengguna sasar yang lebih luas. Bukan setakat pengguna perbankan semata-mata.

"Mana kau tahu?" dia tanya.

"Aku penah develop sistem bank! Aku tahu ler.." jawab aku.

Masuk ke fasa pembangunan. Fasa coding.

Dia buka laptopnya. Aku lihat hasil kerjanya. Aku tersentak.

"Apa ni?" soalku. Aku lihat laptopnya hanya mempunyai template dan kod HTML biasa. "Mana coding?"

Dia diam.

Aku tanya lagi berulang-ulang kali. Dia memberi pelbagai alasan yang aku rasakan tidak munasabah. Aku ambil laptopnya dengan kasar. Rasa amarah mula menyelaputi diri aku. Aku teliti kerjanya. Aku menggaru kepala.

"Ni je ke kerja kau selama ni?" soal aku. Dia hanya ketawa.

Aku kemudian menyuruh dia buat kod di situ juga. Dia meraba-raba.

Beberapa bulan telah berlalu, aku menghubungi dia. Dia menjawab dengan suara tersekat-sekat. Aku bertanya beberapa soalan kepada dia.

Malas? ... Tak!

Tiada masa? ... Tak!

Laptop berat? .. Tak juga!

Lupa coding? ...

Aku menepuk dahi berkali-kali. Projek itu kemudiannya aku cancel! Buang masa aku saja berurusan dengan 'orang yang ada professional certificate tapi tiada skill'!

Carian dalam internet, jumpa satu laman sesawang. NiagaKit. Tapi, masih guna PHP! Benci betul.

Bila orang tanya, "Apa salahnya PHP? PHP la market sekarang!"

Jawapan aku satu, "Sistem bank tak pernah orang hack. Kalau tak, dah lama sistem bank guna PHP!"

Sekian, terima kasih.
Dah malas nak berurusan dengan orang cakap besar dan beromong kosong!

CikGadis, aku dah update blog.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger