Ads: (Please Click!)
Showing posts with label Allah swt. Show all posts
Showing posts with label Allah swt. Show all posts

Saturday, December 10, 2011

Di Saat Hukum Allah Dipersenda Dan Dipermain-mainkan


Salam.

Pagi tadi (sebenarnya sejak semalam) kecoh di Facebook tentang beberapa video di Facebook yang berbaur politik termasuklah salah satu video darinya yang ada unsur penghinaan hukum Allah (hudud), termasuklah beberapa orang pemimpin. Video tersebut sebenarnya di'embed' dari laman YouTube mengisarkan lakonan semula perbualan antara orang muda dan tua, lelaki dan perempuan, termasuk beberapa orang lelaki cina, india, dan sikh. Kononnya dilakonkan sebagai simbolik 1Malaysia.

Walau bagaimanapun, video ini terlalu ekstrem menghentam dan mencerca serta memperlekeh hukum yang termaktub di dalam al-Quran (iaitu hudud) dengan mengaitkan beberapa kes berat yang berlaku di Kelantan yang tidak pasti kesahihannya, termasuklah penghinaan kepada beberapa pemimpin yang kebanyakkannya dari pihak pembangkang.

Jom saksikan, dan anda nilailah sendiri.


Kecewa, amat kecewa. Bukannya apa. Orang kristian, orang hindu, atau mana-mana agama penganut agama selain Islam pun tiada langsung menghina agamanya sendiri. Orang Islam negara kita? Macam mana? Bukankah hukum Allah (hudud) itu salah satu dalam termaktub di dalam al-Quran? Tetapi orang Islam kita langsung tidak ada perasaan malu apabila menghina dan mempersendakan hukum Islam mereka itu sendiri. Seolah-olah maruah Islam dirobek-robek oleh orang Islam itu sendiri!

Jika anda lihat video di atas, mereka seolah-olah merendah-rendahkan hukum Allah ini dengan menyatakan ramai penghidap AIDS, ibu tunggal tidak mendapat nafkah, masalah wanita bekerja di tempat-tempat maksiat dan sebagainya berlaku di Kelantan. Angka mereka meningkat walaupun diperintah oleh pemimpin Islam. Makna kata, jika hudud dilaksanakan sekalipun, atau pemimpin Islam memerintah sekalipun, kes jenayah berat tetap berlaku!

Seorang rakan telah menegur saya setelah beberapa status dan artikel (termasuk video) telah saya buat di Facebook. Dia menyatakan, "Tak perlu marahlah. Biar saja mereka. Mereka ini sudah tergolong di dalam kaum-kaum dan bangsa-bangsa yang mereka tampilkan dalam video itu."

Saya bertanya, "Kaum dan bangsa? Apa maksudnya?"

Rakan saya menjawab, "Itulah cina, india, sikh, dan apa jua kaum dan bangsa yang ada di dalam video itu, termasuk lelaki tua yang berkopiah."

Saya masih tidak faham, lalu bertanya lagi, "Kenapa berkata begitu?"

Dengan tenang rakan saya menjawab, "Mereka sebenar-benarnya telah KAFIR kerana mempersenda, bahkan pula menghina agamanya sendiri!"

Daripada perbualan di Facebook itu, saya telah merujuk beberapa orang rakan termasuk seorang ustaz yang amat tersohor masa kini iaitu Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus. Kemudian saya ditemukan dengan satu video ceramah dari ustaz. Di bawah ini adalah video yang boleh membidas video 'Sembang Rakyat' itu. Saksikan.


Astaghfirullah.

Bukanlah ada hak bagi kita untuk mengkafirkan seseorang. Akan tetapi jika dirujuk mana-mana kitab sekalipun, termeterai sudah bahawa jika sebesar zarah pun kita menolak hukum Allah dan mengi'tiqadnya pula maka kafirlah ia dari agamanya.

Maka memang benarlah apa yang diperkatakan oleh rakan saya itu. Kenapa perlu Islam diperlekeh sedemikian rupa semata-mata kepentingan sesebuah parti politik? Tertarik dengan dialog lelaki tua (berkopiah tapi bodoh) itu, "Dah dekat pilihanraya ni, mula lah lagu-lagu hudud dia tu!"

Saya mendapat balasan dari rakan pembangkang, "Dah dekat pilihanraya ni, mula lah fitnah-fitnah dan video-video lucah dia tu!"

Lucu pula. Haha!

Aduka: Sokong parti yang benar-benar menyokong Islam secara total. Bukan ambil sekerat-sekerat! Kembalilah kita kepada Islam yang hakiki dan suci!

Friday, November 25, 2011

Perbezaan Wanita Dunia dan Wanita Akhirat


Sejak akhir-akhir ini, kita menyedari bahawa terdapat dua golongan wanita. Golongan pertama ialah wanita 'bebas' (emancipated women) yang kita akan jumpa setiap hari di Barat. Golongan ini dapat dilihat di kaca televisyen atau halaman-halaman majalah yang laris dipasaran seperti majalah hiburan khasnya.

Bagi wanita 'bebas' ini, perkara yang paling utama bagi mereka ialah untuk memperkenalkan diri kepada umum. Untuk tujuan ini, mereka memakai pakaian yang cantik, memakai alat-alat solek yang menimbulkan ghairah, bekerja sebagai seorang profesional untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan dan berusaha sedaya upaya untuk mendapat teman lelaki atau suami yang segak, tampan dan berada.

Masa lapang bagi wanita 'bebas' ini ialah bertemu di majlis-majlis sosial, menari, mendengar muzik, ke pawagam, menonton wayang gambar, bersukan dan membaca buku-buku berbentuk hiburan. Adalah menjadi kebiasaan baginya untuk menyerahkan tubuh bila dalam keadaan berahi.

Wanita 'bebas' ini bersetuju badan-badan kebajikan mengambil tugas menjaga orang-orang yang menderita dan miskin kerana masa dan wang yang ada padanya diperuntukkan untuk berseronok dan menikmati kemudahan-kemudahan yang ditawarkan di dunia ini.

Bagi wanita bebas, pelancongan amat menarik perhatiannya dan menjadi impian hidupnya jika dapat melancong ke Bahamas, Las Vegas atau Acapulco.

Tetapi bagi wanita yang berada di sisi lain, Muslimah - keredhaan Allah S.W.T yang diutamakan. Kecantikan lahiriahnya ketika dia keluar dari rumah tidak penting malah dia menutup auratnya untuk menyembunyikan kecantikan yang Allah anugerahkan kepadanya dari pandangan umum. Jika ia bekerja, tujuannya ialah untuk berkhidmat kepada masyarakat dan bukan untuk mengisi dompetnya. Menyentuh tentang bakal suaminya, ia lebih mengambil berat tentang akhlak yang luhur lebih daripada kejayaan duniawinya.

Bagi Muslimah sudah menjadi kebiasaan baginya berada dalam kekhusyukan solat fardhu dan hiburan baginya ialah membaca kitab suci Al­-Quran, merenung tentang kebijaksanaan ciptaan Allah dan berkongsi pandangan rohaniahnya dengan orang yang dikasihinya.

Bagi Muslimah mendisplinkan diri dengan menahan dari lapar dan dahaga dan kemewahan-kemewahan lain semasa bulan Ramadhan adalah 5 punca kepuasan hatinya dan sebagai galakan untuk menambahkan lagi amal soleh.

Tidak terlintas dalam fikiran Muslimah untuk menikmati apa yang dimilikinya itu hanya untuk kepentingannya semata-mata melainkan ia memberikan sebahagian daripadanya kepada orang-orang miskin dan yang lebih memerlukan.

Bagi Muslimah, setelah bertahun-tahun lamanya barulah dia berjaya mengumpulkan wang yang secukupnya untuk perjalanan yang jauh dalam hidupnya iaitu perjalanan yang mengarahkan kepada mencapai cita-cita rohaniah, pergi menunaikan Fardhu Haji di kota yang panas lagi berdebu dan sesak dengan manusia iaitu di Makkahtul Mukarramah.

Kesimpulan

Dari kedua kisah di atas dapat disimpulkan bahawa, wanita dunia ini lebih bebas dan mementingkan keduniaan semata-mata, suka berfoya-foya dan menghabiskan masa kepada rupa paras dan keinginan nafsunya. Sanggup keluar berdua-dua dengan teman lelakinya yang bukan muhrim dengan alasan kawan biasa atau teman lelaki sehingga lewat malam. Berpegang-pegangan tangan dianggap perkara biasa dan sanggup menggadaikan maruah dan tubuh badannya kerana cinta dan sayangkan teman lelakinya. Apabila mengandung menjadi gelisah, ada yang sanggup menggugurkan anak kandungannya yang diharamkan oleh Islam akan perbuatan gugur itu. Bagi yang melahirkan anak dari darah dagingnya sendiri dengan tidak mempunyai sifat keibuan dan berperikan kemanusiaan sanggup buang bayi itu ke dalam tong sampah, ke dalam sungai, tandas dan sebagainya. Itulah kehebatan wanita sekarang ini yang diagungkan oleh semua golongan masyarakat dan ada sebahagian dari wanita yang tidak berpendidikan agama memperjuangkan kebebasan wanita sehingga berbagai gejala tidak baik berlaku.

Bagi wanita yang budiman dan solehah dianggap kolot dan tidak bertamadun, kerana pakaiannya yang menutup aurat. Ada diantara golongan ustazah yang mempelajari agama dan disanjungi ramai memberikan imej pakaian yang tidak sepatutnya dipakai dan ramai masyarakat yang kurang pengetahuan agama menirunya dengan alasan "ustazah itu pakai tidak mengapa, kenapa saya pakai tidak boleh". Adakah ini semua Islam sekular, Liberal, Islam moden atau sebagainya. Saya tertanya-tanya kenapa berlaku sebegini, adakah disebabkan malu memakai tudung labuh takut dihina dan dicaci atau tidak cantik, atau sebagainya. Padahal Islam membenarkan wanita Islam berfesyen dengan garis panduan yang ditetapkan. Ada wanita yang menutup kepala tetapi pakaiannya ketat sehingga menampakkan badannya, ada yang pakai tudung tapi lengan bajunya pendek, ada juga yang bertudung tetapi nampak dadanya, adakah ini fesyen Islam?

Mari kita kaji kembali perkara ini, jika ada kesalahan mari kita perbetulkan. Jangan terlalu mengejarkan fasyen sehingga kita lupa kepada batasan agama Islam kita, Kehidupan kita memerlukan redha Allah. Dari redha, manusia sebagai jaminan kita menerima balasan yang setimpal apabila dihari perhitungan nanti.

Wednesday, October 19, 2011

#1 Income Dari ChurpChurp Untuk Minggu Ini


Salam.

Terlebih dahulu aku ingin ucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana limpah kurniaNya kepada aku rezeki daripada berblogging ni. Walaupun tak seberapa, walau satu ringgit sekalipun, ia masih tetap dinamakan rezeki. Dan setiap rezeki yang datang kepada kita sebenarnya adalah kurniaan daripada Allah swt. Dan sewajarnyalah kita untuk terus mensyukuri setiap apa yang telah diberikan oleh Allah swt.

Aku sebenarnya telah lama join ChurpChurp ni, cuma aku kurang aktif dan tidak endahkan sangat. Pertamanya, aku kurang faham fungsi sebenar ChurpChurp ni. Kedua, Disebabkan kurang kemahiran dalam membuat iklan dan mengiklan di internet.

Sehubung dengan itu, aku telah buat beberapa carian tentang bagaimana mahu mendapat income melalui ChurpChurp ni. Dan alhamdulillah, hasil dari usaha dan percubaan sendiri, nah, usaha selama ini akhirnya membuahkan hasil. Seperti yang aku katakan tadi, aku sudah lama join. Cuma pada minggu lepas aku cuba untuk usahakan pengiklanan ChurpChurp ni. Dan tadi, aku amat terkejut bila menjenguk di akaun ChurpChurp aku. Income tiba-tiba meningkat! Alhamdulillah, syukur.


Inilah berkat usaha hanya selama tempoh lebih kurang dua minggu.

Apa-apa pun, terima kasih juga kepada pembaca setia dan pembaca senyap (silent reader) yang terus menerus membaca dan menyokong Blog Aduka. Melihat income yang aku perolehi ini membuatkan aku menjadi lebih bersemangat untuk berusaha lebih, untuk mendapatkan income yang lebih lagi. Siapa tidak mahu side-income? Alang-alang berblogging, apa salahnya dapat seratus dua hasil dari berblogging, kan?

Untuk sesiapa yang belum join ChurpChurp, anda bolehlah join sekarang! Sambil berblogging, sambil buat duit! Klik DI SINI untuk join.

Untuk tips menambahkan income ChurpChurp, aku akan tulis pada artikel yang selanjutnya. Teruskan membaca Blog Aduka!

Wednesday, December 01, 2010

Cikgu Shida Jadi Gila Sebab Putus Tunang


Salam.

Mesti korang kenal sangat dengan nama Cikgu Shida atau Teacher Shida ni, kan? Kita lihat, dalam beberapa bulan yang lalu berapa ramai blogger-blogger di luar sana bercerita tentang Cikgu Shida ni. Tidak kurang yang mengutuk, dan tidak kurang juga yang sukakan 'kepala gila-gila' Cikgu Shida ni. Aku tidak nafikan bahawa aku pernah mendakwa bahawa Cikgu Shida ini seorang yang 'tidak normal', 'mengada-ngada' dan 'populariti murahan' terutama di ruangan komen artikel blog Joegrimjow - Dua video terbaru Cikgu Shida : Terhibur atau menyampah.

Read more/less..

Khabarnya baru-baru ini, keluar satu kenyataan bahawa Cikgu Shida ini sebenarnya putus tunang. Sebab itulah dia 'berperangai' sedemikian. Kononnya meraih simpati, dan melepaskan geram dengan membuat perkara-perkara yang tidak pernah dibuatnya sebelum ini. Hatta, pada hakikatnya Cikgu Shida bukanlah sepertimana kita lihat di internet. Dia seorang yang baik dan mengajar seperti cikgu-cikgu lain di sekolah. Dan, dia kelihatan normal!

Kenapa dia berubah? Subjeknya; dia putus tunang. Cerita benar atau tidak, wallahua'lam. Aku ada baca dari pelbagai sumber artikel, sesetengah blogger kasihan dengan apa yang dihadapi oleh Cikgu Shida, dan tidak kurang juga yang memberi sokongan dari segi mentaliti dengan memberi semangat untuk Cikgu Shida. Ok, fine. Itu cara yang betul. Bagi semangat.

Sebagai orang yang normal, putus cinta pun kita sudah 'frust menonggeng' kan? Inikan pula putus tunang. Ok, fine. Frust kerana putus tunang. Tetapi normalkah apa yang Cikgu Shida tu buat selama ini? Dan yang penting, tak malukah dia selaku cikgu, insan mulia memberikan ilmu kepada anak murid, jadi bahan ketawa di ruang internet?

Beberapa bulan yang lalu, aku pernah lihat satu forum di televisyen yang dikelola oleh Dr Fadzilah Kamsah. Dia ada membincangkan tentang normal dan tidak normal kepada insan yang membunuh diri. Pernah dia ajukan soalan kepada penonton yang berbunyi:

"Normal atau tidak seseorang manusia merosakkan dirinya dengan mematikan alam hidupnya dengan membunuh diri? Adakah boleh dikatakan seseorang merubah dirinya ke arah negatif adalah sebagai orang yang baik dan normal? Sebagai contoh pelajar cemerlang, tiba-tiba merosakkan dirinya dengan melibatkan diri dengan dadah dan bersosial oleh kerana kecewa dalam alam percintaan atau cita-cita. Adakah pelajar itu orang yang dikatakan normal? Apakah maksud 'normal' yang sebenarnya? Cuba kita renung-renungkan, dan fikir-fikirkan."

Daripada teks ucapan Dr Fadzilah ini dapatlah kita ungkap dan simpulkan bahawa tindakan seperti Cikgu Shida itu adalah tidak normal. Jika normal, dia tidak akan buat perkara yang memalukan dan menjatuhkan maruah diri di dalam internet yang boleh ditonton oleh jutaaan penonton yang tidak mengira usia, pangkat, kaum, bangsa, dan agama. Sedangkan Cikgu Shima itu adalah seorang cikgu, wanita, muslimat Islam (orang Islam), berbangsa Melayu, orang Malaysia! Terus terang aku berkata tentang ekspresi tatkala pertama kali aku lihat video Cikgu Shida ini, aku malu tengok dia seperti itu! Macam badut!

Terlebih dahulu aku ingin meminta maaf di atas ekspresi aku itu. Entahlah. Itu yang terlintas di dalam benakku. Macam badut. Ya Allah. Tidak malukah dia? Yang aku hairan, ramai pula yang suka dengan video cikgu itu. Sampaikan meminta-minta Cikgu Shida membuat lagi video 'tidak normalnya' itu.

Sekelumit di dalam hati, terdetik juga rasa kasihan dengan Cikgu Shida ini. Ini adalah kerana seperti tiada orang yang rapat dan dekat dengannya yang boleh membimbing dia ke arah jalan yang baik dan yang paling penting ke arah menjadi wanita yang normal.

Tulisan aku kali ini bukanlah mahu menjatuhkan maruah dan diri Cikgu Shida. Cuma jadikanlah kes Cikgu Shida ini sebagai pengajaran buat kita. Putus cinta, putus tunang, atau bercerai-berai macam mana sekalipun, perlulah dekatkan diri dengan Allah swt. Harapkan hidayah dari-Nya. Berdoa dan zikir kepada-Nya. Sesungguhnya, hanya pada Dialah kita patut berserah. Tidak perlulah kita mengubah diri kita yang 'normal' ini kepada tindakan yang 'tidak normal' semata-mata ujian berat yang diturunkan oleh Allah swt untuk kita. Bukannya dekatkan diri kepada segala bentuk 'hiburan' yang ada di internet.

Jika aku kata Cikgu Shida 'populariti murahan' sekalipun, memang terang-terangan di mata kasar dan dengan logiknya adalah ya. Seperti yang aku katakan tadi, Cikgu Shida meraih simpati dari penonton dan 'kawan-kawannya' di ruang internet. Namun, apa faedahnya?

Di bawah ini aku petik dari Facebook Cikgu Shida. Ada yang mengutuk, dan ada juga yang menyokong.

Yang menyokong.




Yang mengutuk.





Apa-apa pun pandangan aku atau pandangan orang lain, kita perlu jadi diri sendiri dan berpijak pada bumi yang nyata. Be yourself, kata orang putih. TAPI.. biar normal!

Jadilah wanita yang NORMAL, Cikgu Shida!

Maybe you are a teacher among student, but better be like a student than be like a stupid you!

Wednesday, November 10, 2010

Jesus, Berikanlah Cinta!


Subhanallah.

Cuma itu sahaja ungkapan yang mampu aku keluarkan dari bibirku. Sepanjang 26 tahun aku hidup di mukabumi Allah ini, inilah pertama kalinya aku mendengar pengakuan yang sebegini berani dan jahil itu.

Read more/less..

Memang tidak salah dugaku. Lihat perlakuan, sifat, tutur kata, gaya, dan raut wajahnya itu memang sah dia orang Melayu. Tidak syak wasangka lagi. Percakapannya fasih berbahasa Melayu. Raut wajahnya memang orang Melayu. Namun, pertemuan semuka dengannya membuatkan aku beristighfar panjang. Ya Allah. Rupa-rupanya bukan di majalah dan media massa sahaja yang meuar-uarkan penyakit masyarakat ini. Cerita bukan tipu. Berita bukan palsu. Khabaran itu bukanlah sengaja direka-reka. Kenyataannya, ia memang penyakit berjangkit yang sudah menular di dalam masyarakat Malaysia terutama manusia yang bergelar Melayu kini.

Budak belasan tahun itu hanya menundukkan mukanya. Dia terdiam bila bercerita kisah jahilnya itu. Mukanya menampakkan kemarahan dan kekecewaan. Nyata tiada langsung keinsafan terserlah dari wajahnya.

"Insaflah. Balik ke pangkal jalan. Sesat jalan boleh dipatah balik," nasihatku kepada budak belasan tahun itu.

Dia masih terdiam. Gelas yang terisi Nescafe ais di hadapannya ditinggalkan suku. Walaupun tergerak dihatiku ini untuk meninggalkan meja dan gerai itu namun melihat budak itu yang sugul, aku membatalkan niat. Jika tidak mengingatkan kewajipan berdakwah sesama Muslim, mahu saja aku meninggalkannya. Rasa bersalah pula.

Johan (bukan nama sebenar) mengenali gadis yang sebaya dengannya beberapa tahun yang lalu. Perkenalan dengan si gadis yang bernama Hani (bukan nama sebenar) adalah dari rakan senior kolejnya. Hani adalah sepupu kepada rakan seniornya itu. Pertemuan setentang mata itu telah melahirkan bibit-bibit cinta dihati Johan.

Kebetulan pula ditakdirkan Hani memasuki kolej yang sama dengannya. Melonjaklah hati Johan bila mengetahui perkhabaran baik itu. Waktu itu Johan baru memasuki semester ketiga, dan Hani pula semester satu. Johan langkah kanan bila cintanya mula berbalas. Hani menerima cinta Johan setelah sekian lama Johan meluahkan perasaan rindu dendam yang kesumat dihati.

Disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Hubungan cinta Johan dengan Hani terbantut ditengah jalan. Puncanya adalah kehadiran orang ketiga. Lelaki yang telah merampas buah hatinya adalah pelajar yang satu kelas dengannya. Lebih menyakitkan hati, lelaki tersebut adalah bangsa lain. Cina!

Oleh kerana dendam dan amarahnya semakin membuak-buak Johan nekad untuk bersetentang muka dengan lelaki Cina itu. Pertemuan mereka pada awalnya telah dihalang oleh Hani. Hani telah memaki hamun Johan dengan ayat-ayat yang memedihkan. Hani dan Johan bertekak. Masih terngiang-ngiang kata-kata pedih Hani dibenaknya.

"Kau pergi mampus! Selama aku couple dengan kau, sesen pun aku tak merasa! Pergi mampus kau lelaki jahanam!"

Tempelak Hani benar-benar mengguris hati Johan. Dia benar-benar kecewa dengan perubahan sikap Hani yang semakin dingin. Dia sesekali tidak menyangka Hani rupa-rupanya seorang perempuan yang gila duit. Mata duitan. Gila kemewahan. Ya, sememangnya Johan akui lelaki Cina yang menjadi kekasih Hani adalah anak orang kaya. Datang ke kolej pun berkereta BMW.

Oleh kerana terlalu teruk dikecewakan dalam percintaan, Johan mula berubah sikap. Pelajarannya ditolak ke tepi. Malah ibubapanya pun tidak dipedulikan. Duit elaun pelajaran bulanannya kerap kali habis dan selalunya tidak mencukupi. Ini adalah gara-gara dirinya yang suka bertandang ke disko dan kelab malam.

Bersekongkol di dalam dunia yang penuh kemaksiatan membawa Johan ke lembah kejahilan yang sebetul-betulnya jahil. Seperti tindakan luar sedar, akhirnya Johan mengambil keputusan drastik iaitu dengan menganuti agama Kristian. Walau masih dalam belasan tahun, dia seolah-olah sudah putus iman dan pedoman.

"Kenapa?" soalku lantas membantutkan cerita Johan yang berada di depan. Dia sedikit tersentak. Dengan nada yang berat dia membalas dengan jawapan yang agak mengecewakan aku.

"Dulu aku pernah berdoa kepada Allah. Banyak kali. Tapi Allah tak tolong aku. Jadi aku beralih arah. Aku harap aku masuk Kristian, Jesus plak akan tolong aku!"

Aku menggelengkan kepala beberapa kali seraya beristighfar. Alangkah terpesongnya akidah budak-budak zaman sekarang, bisikku. Tidak pernah diajarkah di sekolah tentang akidah sebagai seorang Islam? Yang penting, tidak pernah diajarkah macam mana mahu mengukuhkan akidah di dalam hati umat seseorang Islam? Nampak sangat pendidikan agama di sekolah longgar! Tapi bila difikirkan dari sudut yang lain, mungkin pelajar itu sendiri puncanya. Tidak berminat belajar! Segalanya mungkin.

"Sebab?" tanya aku lagi.

"Aku harap Jesus plak tolong aku cari awek baru," kata Johan selamba.

Ya Allah! Terkejut besar aku. Minuman Milo ais yang ku sedut tadi hampir-hampir mahu tersembur. Aku menahan dengan tapak tanganku.

"Kau ni gila ke?" soalku. Johan hanya merenung wajah aku. Mukanya tegas benar. Tidak menampakkan sedikit pun gurau.

Tepat pukul 2 pagi, kami berangkat pulang. Aku tiba di rumah dalam pukul 2 lebih. Selang beberapa jam sebelum terlena tidur, aku asyik memikirkan perihal budak belasan tahun tadi. Alangkah rapuhnya iman seseorang kerana cinta. Alangkah ruginya rasa setelah lebih sedekad beragama Islam tapi beralih arah ke agama lain. Sepatutnya kita berasa sungguh beruntung bila dilahirkan, secara automatik beragama Islam. Namun, kenapa perlu berubah iman dan pedoman semata-mata kerana cinta? Adakah tertulis di mana-mana bahawa jodoh kita hanya untuk perempuan yang kini kita cintai?

Selaku orang Islam, aku berdoa untuknya agar kembali ke pangkal jalan walaupun aku dan budak belasan tahun itu sebelum ini langsung tidak kenal antara satu sama lain.

Aduka: Jangan sangka air yang tenang tidak ada buaya..

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger