Ads: (Please Click!)
Showing posts with label akhbar. Show all posts
Showing posts with label akhbar. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

Kesan 'Peng Yu' : Punca Kenapa Orang Ramai Tidak Mempedulikan Budak 2 Tahun Dilanggar!


Salam.

Berita dan video mengenai budak 2 tahun yang dilanggar di China telah menggemparkan dunia. (KLIK DI SINI!) Ia bukanlah satu insiden atau kemalangan yang biasa kita lihat. Ia telah menjadi buah mulut dan topik perbincangan oleh banyak pihak termasuk media massa dan media cetak dunia.

Satu saja persoalan yang bermain-main di minda kita. Apakah sebab musabab dan relevannya orang ramai untuk tidak menghiraukan langsung kanak-kanak malang itu? Sehinggakan banyak pihak antaranya menuduh kesemua 18 (anggaran) orang yang hanya lalu dan lihat itu adalah orang yang KEJAM dan TIDAK BERHATI PERUT. Ada pula yang menyalahkan masyarakat dan kerajaan negara China itu sendiri apabila undang-undang dan nilai kemasyarakatan negara itu amat longgar.

Ini adalah fakta yang saya sendiri selidik dan kaji di internet selepas beberapa jam selepas kejadian ini berlaku.

Di China, keadaan ini disebut sebagai kesan 'Peng Yu'. Sebelum ini, ramai mangsa kemalangan jalan raya, atau orang-orang yang telah jatuh sakit di jalanan sebenarnya berjaya menyaman orang-orang yang membantu mereka untuk sejumlah wang dengan mudah walaupun tidak ada bukti bahawa mereka adalah orang-orang yang menyebabkan kemalangan itu.

Rencana ini telah ditulis di dalam satu akhbar China berbahasa Inggeris. Ini adalah petikan daripada akhbar tersebut:

Di Nanjing pada tahun 2007, apabila seorang lelaki muda bernama Peng Yu, berkata beliau telah membantu seorang wanita tua jatuh untuk bangun. Tetapi perempuan tua menegaskan bahawa Peng telah menolaknya jatuh lalu wanita tua itu menyaman Peng bagi tujuan pampasan. Kerana kekurangan bukti kukuh, mahkamah di Nanjing memutuskan bahawa Peng perlu menanggung 40% tanggungjawab untuk kejadian itu, dan di bawah tekanan awam yang hebat, Peng telah dipaksa untuk membayar denda pula sebanyak 10 ribu yuen.

Selepas kes-kes ini, ramai orang takut untuk menghulurkan bantuan kerana takut disaman. Mereka akan lebih cenderung untuk berdiri dan lihat sahaja jika mereka berada di tempat kejadian.

Untuk pengetahuan kita semua, terdapat banyak lagi kes-kes yang serupa berlaku akibat dari kesan kes 'Peng Yu' tadi. Dan kebanyakan kes adalah kerana kekurangan bukti dan saksi dalam kes tersebut. Antara rencana yang hampir serupa adalah seperti berita ini:

Wanita tua, Wang

Lelaki yang memandu kereta, Xu

Kes seorang wanita tua berusia 69 tahun yang mendakwa ke atas seorang lelaki muda yang langgar dengan keretanya telah mencetuskan perdebatan awam mengenai moral dan kredibiliti. Perbicaraan masih dalam lanjutan, tetapi majoriti besar rakyat menunjukkan sokongan mereka terhadap lelaki itu dan percaya wanita tua itu memutar belitkan fakta. Mereka juga menyatakan keengganan mereka untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan pada masa akan datang, kerana masyarakat gelora dalam keadaan marah dan tidak berdaya di atas keruntuhan akhlak dan kehilangan kredibiliti.

Ilustrasi Xu tentang Wang yang melintas jalan secara berbahaya


Wang Xiuzhi, telah melintas jalan secara bahaya dan salah terjatuh dan mengalami beberapa keretakan tulang pada bulan Oktober 2009 di bandar utara Tianjin. Xu Yunhe menghentikan keretanya lalu keluar untuk membantu beliau. Tetapi Wang berkata Xu telah melanggarnya dengan kereta menyebabkan kecederaan yang teruk.

Tanpa mana-mana video pengawasan dan saksi, Xu disabitkan kesalahan dan diarahkan menanggung 40 peratus kos bagi kemalangan itu, walaupun mahkamah tidak pernah membuktikan bahawa dia memukul, mengasari, atau melanggar Wang. Dia telah diarahkan untuk membayar lebih 100,000 yuan berbentuk pampasan kepada Wang, mengikut penghakiman asal yang diturunkan oleh mahkamah daerah pada bulan Jun. Xu merayu keputusan itu dengan menegaskan bahawa beliau tidak bersalah.

Lebih kurang ceritanya dengan kes Peng Yu tadi kan?

Oleh yang demikian, ramai rakyat China mendakwa kes yang terjadi kepada budak 2 tahun yang dilanggar dan orang ramai langsung tidak menghiraunya, adalah punca dari 'kesan Peng Yu'. Hal ini menjadi satu 'penyakit' psikologi yang menjadi trauma dalam masyarakat di China!

Sila klik butang 'Share' dan sebarkan hasil kajian ini kepada rakan-rakan anda. Terima kasih!

Thursday, October 06, 2011

Kejam!!! Bayi Masih Hidup Dalam Beg Plastik Di Buang Ke Dalam Sungai!


Kejam!

Itulah ungkapan yang sesuai yang patut diberikan kepada manusia yang tidak berhati perut dan sanggup membuang bayi yang tidak berdosa! Apalah dosa si anak kecil ini sehingga kita tergamak meletakkan dalam plastik dan di buang ke dalam sungai hidup-hidup?

Mari kita saksikan video ini.


Kejam kan?

Walaupun tidak dipastikan di mana kejadian ini berlaku, dan tentunya bukan di negara kita yang tercinta ini, namun tak mustahil masyarakat kita turut membuat perkara yang sama terhadap bayi mereka. Tengok sajalah di dada-dada akhbar, berita di televisyen. Saban hari, saban tahun ada saja kes buang bayi, penderaan bayi, dan pelbagai lagi kes yang tidak sedap kita dengari.

Banyak persoalan yang kita selalu tertanya-tanya. Kenapa kita semakin kejam dan tiada sifat keperikemanusaan? Kenapa semakin menular kes yang melibatkan salah laku kepada kanak-kanak?

Ini pula berita terbaru yang aku baca di akhbar online pagi tadi.

campak bayi ke laut

Demi menyelamatkan diri, bayi sanggup dicampak ke dalam laut. Samada panik atau tak, tu tak pasti la kan. Macam pelik la plak. Baru nampak JKM dah cabut lari. Macam nampak malaikat maut datang nak cabut nyawa!

Tuesday, October 04, 2011

Wujudnya Penipuan Dalam Akhbar Di Malaysia


Salam.

Peningnya bila ada spesis penipu di kalangan penulis berita di akhbar. Kesimpulannya mudah. Diorang gunakan platform media ni untuk kepentingan diorang sendiri je. Sebagai editor sesuatu akhbar atau tabloid, of course la cerita atau berita hot dan sensasi diperlukan. Tak fikir dosa pahala daahhh.. Yang penting, tabloid mesti laku!

Antara satu teknik yang membuatkan pembaca itu mempercayai sesuatu artikel adalah dengan sokongan gambar. Peratusan 'boleh percaya' dan tarikan orang untuk membaca sesuatu berita adalah lebih tinggi dengan sokongan gambar berbanding tanpa gambar. Perbezaan berita  bergambar dengan berita tanpa gambar adalah ketara. Sebagai contoh, kejadian kemalangan. Jika berita kemalangan diselitkan dengan gambar, bukankah ia sesuatu yang menarik minat untuk dibaca? Cuba berita tu tiada gambar. Seronok tak?

Walau bagaimanapun, teknik ni boleh menipu sebenarnya. Kalau tak ada kesilapan, ok la. Kalau ada kesilapan? Tak ke malu muka. Kalau pembaca antara orang yang peka dan sensitif dengan sesuatu isu, penipuan pengarang berita di akhbar ni boleh dikesan.

Di bawah ni aku sertakan antara bukti-bukti gambar penipuan penulis berita di akhbar. Sumber gambar aku ambil dari blog MiloSuam dan search di Google.



Tadaa!! Tiba-tiba boleh hilang plak kan?


Ini satu kesilapan yang boleh dianggap paling teruk! Gambar sama tetapi berbeza kerana edit-nya. Bukan ke kelakar kalau kantoi sedemikian rupa?


Yang ni plak ramai orang tak perasan 'logika' yang ada dalam gambar ni. Can you spot the NOT? Haha!



Yang ni plak kalau orang semenanjung yang tak pernah pergi 'seberang sana' tetapi menulis artikel fasal 'seberang sana'. Hehe! Perli jeee.. Sebenarnya, niat penulis adalah ingin memberitahu pembaca akan majunya bandar A dengan menyelitkan gambar bangunan yang BUKAN dari bandar A. Tapi bandar B. Bodoh tak?


Gambar ni dah kecoh dulu. Tapi orang tetap tak percaya. Haha. Lantaklah. Orang 'tak bengap' je percaya gambar ni di-edit.



Aku takut dah nak bawak bendera kecik gini. Kang polis tahan aku sebab bawak senjata plak. Haha!


Yang ini pun gambar kontroversi. Walaupun gambar ni daripada akhbar Amerika, tapi ramai je orang kita percaya Osama mati. Persoalannya, wujud ke Osama tu?

Ini hanya beberapa kerat je gambar di akhbar yg di-edit. Mungkin banyak lagi, kita mana tahu kan? Kemungkinan tu besar. Teknologi semakin maju, dan minda kita semakin maju juga. Dan seiring dengan itu juga la pasti ada orang-orang berhati kotor di dalam masyarakat maju ni. Walaupun begitu, janganlah sampai kita ditipu oleh orang-orang yang 'maju' ni.

Kita sebagai pembaca jangan terlalu mudah mempercayai sesuatu berita dan gambar di akhbar. Boleh jadi kita ditipu hidup-hidup macam orang bodoh. Kita perlulah cerdik dan peka.

Aduka: Jangan kata akhbar la. Berita kat TV tu pun mungkin ada yang menipu!
 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger