Ads: (Please Click!)
Showing posts with label Ustaz Azhar Idrus. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Azhar Idrus. Show all posts

Friday, May 02, 2014

Live Streaming! Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UStream)


Saksikan kuliah Maghrib Penceramah Tersohor Malaysia, Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus secara langsung (live) pada setiap akhir minggu setiap bulan di Surau Kampung Ladang (bukan Masjid Surau Ladang), Kuala Terengganu. Siaran ini bergantung kepada keupayaan internet anda, cuaca semasa online streaming, dan faktor kamera rakaman.

Semoga anda memperoleh kebaikan dan ilmu dari kuliah agama yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus, insyaAllah. Selamat menonton!

Tarikh Kuliah Siaran: 2 Mei 2014.


Siaran live adalah bergantung kepada pengumuman, dan tarikh tertentu. Jika anda melayari pada tarikh selain dari tarikh yang dinyatakan di atas, anda hanya akan dapat menonton rakaman (recorded) kuliah sahaja. Oleh itu, jika anda terlepas dari siaran langsung, anda masih dapat menonton rakaman, sekiranya video tersebut telah dimuatnaik (upload).

Sila tinggalkan sebarang komen anda. Terima kasih.

Saturday, November 24, 2012

Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus (2012) : Download Link


Sinopsis

Program Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus ini bakal mengupas isi-isi kandungan kitab suci Al-Quran dan diikuti dengan soal jawab agama tentang kehidupan, permasalahan seharian yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia serta isu-isu menarik yang boleh dibincangkan bersama penonton. Muat turun dan saksikan sendiri setiap episod penuh yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus, penceramah bebas tersohor masa kini di Malaysia.

Download Link : Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus (2012) : Download Link MP4 480p

EPISOD 1 (DOWNLOAD)

EPISOD 2 (DOWNLOAD)

EPISOD 3 (DOWNLOAD)

Saturday, December 10, 2011

Di Saat Hukum Allah Dipersenda Dan Dipermain-mainkan


Salam.

Pagi tadi (sebenarnya sejak semalam) kecoh di Facebook tentang beberapa video di Facebook yang berbaur politik termasuklah salah satu video darinya yang ada unsur penghinaan hukum Allah (hudud), termasuklah beberapa orang pemimpin. Video tersebut sebenarnya di'embed' dari laman YouTube mengisarkan lakonan semula perbualan antara orang muda dan tua, lelaki dan perempuan, termasuk beberapa orang lelaki cina, india, dan sikh. Kononnya dilakonkan sebagai simbolik 1Malaysia.

Walau bagaimanapun, video ini terlalu ekstrem menghentam dan mencerca serta memperlekeh hukum yang termaktub di dalam al-Quran (iaitu hudud) dengan mengaitkan beberapa kes berat yang berlaku di Kelantan yang tidak pasti kesahihannya, termasuklah penghinaan kepada beberapa pemimpin yang kebanyakkannya dari pihak pembangkang.

Jom saksikan, dan anda nilailah sendiri.


Kecewa, amat kecewa. Bukannya apa. Orang kristian, orang hindu, atau mana-mana agama penganut agama selain Islam pun tiada langsung menghina agamanya sendiri. Orang Islam negara kita? Macam mana? Bukankah hukum Allah (hudud) itu salah satu dalam termaktub di dalam al-Quran? Tetapi orang Islam kita langsung tidak ada perasaan malu apabila menghina dan mempersendakan hukum Islam mereka itu sendiri. Seolah-olah maruah Islam dirobek-robek oleh orang Islam itu sendiri!

Jika anda lihat video di atas, mereka seolah-olah merendah-rendahkan hukum Allah ini dengan menyatakan ramai penghidap AIDS, ibu tunggal tidak mendapat nafkah, masalah wanita bekerja di tempat-tempat maksiat dan sebagainya berlaku di Kelantan. Angka mereka meningkat walaupun diperintah oleh pemimpin Islam. Makna kata, jika hudud dilaksanakan sekalipun, atau pemimpin Islam memerintah sekalipun, kes jenayah berat tetap berlaku!

Seorang rakan telah menegur saya setelah beberapa status dan artikel (termasuk video) telah saya buat di Facebook. Dia menyatakan, "Tak perlu marahlah. Biar saja mereka. Mereka ini sudah tergolong di dalam kaum-kaum dan bangsa-bangsa yang mereka tampilkan dalam video itu."

Saya bertanya, "Kaum dan bangsa? Apa maksudnya?"

Rakan saya menjawab, "Itulah cina, india, sikh, dan apa jua kaum dan bangsa yang ada di dalam video itu, termasuk lelaki tua yang berkopiah."

Saya masih tidak faham, lalu bertanya lagi, "Kenapa berkata begitu?"

Dengan tenang rakan saya menjawab, "Mereka sebenar-benarnya telah KAFIR kerana mempersenda, bahkan pula menghina agamanya sendiri!"

Daripada perbualan di Facebook itu, saya telah merujuk beberapa orang rakan termasuk seorang ustaz yang amat tersohor masa kini iaitu Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus. Kemudian saya ditemukan dengan satu video ceramah dari ustaz. Di bawah ini adalah video yang boleh membidas video 'Sembang Rakyat' itu. Saksikan.


Astaghfirullah.

Bukanlah ada hak bagi kita untuk mengkafirkan seseorang. Akan tetapi jika dirujuk mana-mana kitab sekalipun, termeterai sudah bahawa jika sebesar zarah pun kita menolak hukum Allah dan mengi'tiqadnya pula maka kafirlah ia dari agamanya.

Maka memang benarlah apa yang diperkatakan oleh rakan saya itu. Kenapa perlu Islam diperlekeh sedemikian rupa semata-mata kepentingan sesebuah parti politik? Tertarik dengan dialog lelaki tua (berkopiah tapi bodoh) itu, "Dah dekat pilihanraya ni, mula lah lagu-lagu hudud dia tu!"

Saya mendapat balasan dari rakan pembangkang, "Dah dekat pilihanraya ni, mula lah fitnah-fitnah dan video-video lucah dia tu!"

Lucu pula. Haha!

Aduka: Sokong parti yang benar-benar menyokong Islam secara total. Bukan ambil sekerat-sekerat! Kembalilah kita kepada Islam yang hakiki dan suci!

Saturday, October 29, 2011

(Video) Menghina Solat, Menghina Ibadah Islam!

Salam.

Sekarang ini macam-macam isu yang kita lihat semakin tersebar dan kecoh di internet. Antaranya isu yang melibatkan agama seperti murtad, hina agama, provokasi agama, dan sebagainya. Timbul pula ada individu yang rata-rata 'spesis' yang keluar dari agama sebenar (murtad) lalu menghina dan mencaci pula agama lama yang mereka anuti sebelumnya. Sekarang ini, isu yang paling kritikal yang saya nampak di internet adalah isu menghina dan mencabuli kesucian Islam.


Isu yang paling kecoh se-Malaysia beberapa ketika dahulu antaranya adalah isu murtad Lina Joy. Dan yang paling terkini, isu Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang dikatakan begitu terbuka menghina agama Islam, sedangkan dia pada 'asal kelahirannya' adalah beragama Islam. Isu ini cukup kecoh dan mendapat tentangan oleh beberapa ahli NGO serta ahli politik khasnya dan juga majoriti masyarakat beragama Islam amnya,. Kes ini telah dibawa ke mahkamah akan tetapi malangnya tiada langsung penampakan tindakan yang sewajarnya diambil oleh badan atau pihak yang berkuasa. Samada mereka bertindak lepas tangan ataupun 'tiada kuasa upaya'.


Yang menghairankan saya, selepas redanya isu menghina Islam oleh Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara beberapa ketika, terdapat pula golongan-golongan yang 'begitu berani' ini tampil di internet meneruskan penghinaan, provokasi, dan cacian. Mereka seolah-olah langsung tidak takut dan gentar akan undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan negara. Malah mereka sanggup mencipta akaun terbaru (palsu) supaya identiti sebenar mereka tidak diketahui umum semata-mata mahu memaki, menghina, dan mencaci agama Islam.

Beberapa hari yang lepas, saya telah dipertontonkan oleh seorang sahabat di Facebook dengan satu video. Kemudian, saya lihat video itu walaupun pada awalnya saya tidak berminat. Alasan saya; isu ini kalau dibincangkan, tidak akan habis!

Selepas melihat video tersebut, saya begitu terperanjat. Sudahlah Rasulullah dihina, kini ibadah pula dipermain-mainkan! Sahabat saya mendakwa video itu adalah dari Iran. Dan golongan murtadin ini telah menyebarkan video ini di internet (YouTube dan Facebook) mungkin sebagai satu 'strategi' provokasi mereka.

Ayuh saksikan video tersebut.


Kenapa perlu agama Islam dihina dan diperlekehkan?

Walau apa pun golongan murtadin lakukan pada agama kita, pihak yang lebih berkuasa perlu menangani perkara ini dengan seadilnya. Bukan duduk diam tanpa berbuat apa-apa. Kita selaku umat Islam pula sekurang-kurangnya perlu melontarkan kebencian kepada golongan yang menghina Islam ini. Kerana bahawa sesungguhnya orang-orang ini telah keluar dari landasan agama Islam sebenar telah menyebabkan mereka KAFIR. Dan tiada lagi tempatnya di syurga melainkan tempatnya di neraka jahannam akhirat kelak.

Walaupun begitu, kita perlu mengukuhkan lagi aqidah kita. Terdapat banyak video di internet boleh kita pelajari. Antaranya adalah video kuliah agama oleh Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Internet Tersohor. Mudah-mudahan kita terpelihara daripada serangan psikologi anasir murtadin ini.



Aduka: Kuatkan aqidah Islam kita!

Friday, August 12, 2011

Merokok. Subhanallah! Kenapa Ikut Hadis Palsu?

Salam.

Benda ni kecoh sangat di Facebook. Sehinggakan kita share sana sini. Tag kawan-kawan di Facebook. Malah, mungkin ada yang sebarnya melalui blog. Yang kelakarnya, siap ada yang bertekak tentang isu ini. Bila ada pihak yang menyokong 100% hadis ini, maka pihak ini boleh dikatakan menang. Yalah. Ada bukti. Hadis plak tuh. Yang kalah (sang perokok) hanya mampu diam.

READ MORE / LESS >>

Tetapi masalah yang timbul di sini adalah, betulkah wujud peristiwa sepertimana dari petikan hadis ini?

Di bawah adalah hadis yang kecoh tersebar di Facebook.

SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK!!!

Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : "Kelak... akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka"

Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: "Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?"

Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau."

Nabi bersabda lagi : "Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji"

(Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku 'HARAM MEROKOK' oleh Adil Akhyar muka surat 12)

Kepada rakan2 ku yang merokok, moga kita tidak rasa tersinggung hati dengan hadis ini.

Amboi. Siap disertakan nasihat.

Artikel aku kali ini bukanlah untuk membela sang perokok. Dan bukan juga mengutarakan hukum sebenar menghisap rokok. Tetapi tujuan artikel aku kali ini adalah untuk memperbetulkan sesuatu yang menjadi kekeliruan dan kesesatan kita. Iaitu kesahihan atau kewujudan hadis di atas.

Jadi langkah pertama yang aku ambil, aku terus bertanya kepada seorang penceramah agama bebas terkenal masa kini, iaitu Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus di laman Facebook-nya. Di bawah adalah print screen yang aku ambil dari sana.

Translate: "Salam ustaz. Benarkah wujud hadis ini. Menurut kata ustaz di dalam ceramah (yang lepas), ustaz mengatakan makruh sepertimana yang diputuskan oleh jumhur ulamak. Habis, ada hadis ini macam ni pula. Bagaimana, ustaz?"

Beberapa minit menunggu balasan komen dari ustaz. Kemudian dan akhirnya..


Klik SINI untuk terus ke perbincangan di atas di Facebook. Selang beberapa minit kemudian, aku mendapat tahu bahawa soalan yang serupa pernah ditanya kepada ustaz. Namun, jawapan ustaz tetap sama; tidak wujud atau ditemui hadis yang sedemikian!

Nah!

Kita sibuk-sibuk menyebarkan hadis palsu di internet. Kita memandai-mandai pula menegaskan hukum hakam. Malah, kita sanggup bertekak dengan orang dengan hanya satu permasalahan ini. Apa yang kita dapat? Bukankah menyebar dan mengedarkan hadis palsu lebih besar dosanya? Bukankah ini telah menimbulkan kekeliruan di dalam umat Islam?

Aku pernah berusaha mencari terbitan hadis ini di internet. Malangnya tidak ditemui langsung, kecuali yang telah diterbit / share di ruangan sosial Facebook.

Sesiapa yang mahu berdebat fasal hukum hakam hisap rokok / merokok, banyak artikel yang boleh ditemui di internet. Namun, bagi aku masih banyak yang kabur. Jadi aku mahu korang tengok saja 2 video di bawah. Kemudian, tafsirlah sendiri.

Video #1.


Video #2.


Sila 'like' dan komen kalau suka. Sila komen kalau ada tang mana-mana tak puas hati. Jangan maki.

Wednesday, December 15, 2010

Cicak Tokek : Halal Atau Haram?

Salam.

Dewasa ini, terlalu banyak rumor @ cakap-cakap yang mengatakan seekor haiwan hutan yang dinamakan cicak tokek atau pokke atau gecko boleh mendatangkan kemewahan kepada seseorang penjual mahupun pembela. Perkara ini lebih menggemparkan lagi apabila keluarnya berita mengenai cicak bersaiz besar ini memberi pulangan lumayan kepada seorang pemuda di Sabah suatu ketika dahulu. Namun pada hakikatnya, berita tersebut sebenarnya adalah tidak benar dan cicak tersebut adalah palsu semata-mata.

Read more/less..

Hatta palsu sekalipun berita tersebut, cicak tokek ini masih dicari-cari oleh kebanyakan orang di Malaysia kerana harganya yang tinggi. Kononnya bahagian-bahagian tertentu dari tubuh cicak tokek ini dapat menyembuhkan penyakit berjangkit yang paling merbahaya dan tiada penawar di abad ini, iaitu HIV dan AIDS. Khabarnya air liur cicak tokek ini dapat menghasilkan penawar dalam satu-satu tempoh matangnya. Oleh kerana sukar untuk diperolehi memandangkan habitatnya hanya di hutan dan di pulau sesetengahnya, permintaan dan harganya melambung tinggi. Sehinggakan nilai seekor cicak tokek ini boleh mencapai jutaan ringgit mengikut berat gram tertentu.


Ini adalah beberapa cerita yang pernah di dengari. Beberapa bulan yang lalu, terdapat dua orang pemuda di Kemaman menjadi jutawan segera hasil penjualan cicak tokek tersebut. Mereka berjaya menjualnya dengan harga RM2 juta! Dan baru-baru ini pula mendapat khabar berita tentang urusniaga cicak tokek seberat 700 gram dengan nilaian RM20 juta seekor!

Daripada semua cerita di atas, adakah benar cicak tokek ini boleh menyembuhkan penyakit HIV dan AIDS seperti yang didakwa? Adakah sah di sisi undang-undang menjual atau membela cicak tokek ini? Bagaimana pula dari sudut pandangan Islam tentang penjualan atau pemakanan sebahagian daripada cicak tokek ini? Adakah ia sah, halal, atau haram? Jom kita bincangkan.

Air liur. Najis? Haram?

Menyentuh kepada isu cicak tokek, di mana air liurnya di ambil untuk dijadikan ubat. Ada cakap-cakap yang mengatakan air liur itu najis. Seperti burung layang-layang atau burung walid, sarangnya dikatakan najis dan haram dimakan oleh seseorang Muslim.

Walaupun begitu, terdapat fakta yang boleh menyanggah dakwaan ini.

Air liur atau sering disebut dengan ludah, secara hukumnya suci. Baik air liur manusia mahupun haiwan, kecuali air liur anjing. Tiada dalil yang menunjukkannya sebagai benda najis. Jangankan air liur orang yang beragama Islam, bahkan air liur orang yang bukan Islam sekalipun tetap suci hukumnya.

Dari Aisyah ra berkata, 'Aku minum dalam keadaan haid lalu aku berikan minuman ku itu kepada Rasulullah SAW. Beliau meletakkan mulutnya pada bekas mulutku.' (HR Muslim)

Dahulu orang-orang kafir yang datang kepada Rasulullah SAW bercampur baur dengan umat Islam. Bahkan ada yang masuk ke dalam masjid. Namun Rasulullah SAW tidak pernah memerintahkan untuk membersihkan bekas sisa orang kafir.

Rasulullah SAW diberikan susu lalu beliau meminumnya sebahagian, lalu diberikan sisanya itu kepada a'rabi (kafir) yang ada di sebelah kanannya dan dia meminumnya, lalu diberikan pula kepada Abu Bakar dan beliau pun meminumnya (dari bekas yang sama) lalu beliau berkata, 'Ke kanan dan ke kanan'. (HR Bukhari)


Air liur cicak tokek sama dengan air liur burung walid.

Memandangkan salah pemahaman tentang air liur, maka dikatakan air liur cicak tokek dikatakan najis dan haram. Bahkan juga disamakan sarang burung layang-layang atau burung walid yang dijadikan daripada air liur.

Dari sudut feqah, tiada apa-apa sebab yang mengharamkan makan sarang burung layang-layang atau burung walid kerana ia diperbuat daripada air liurnya, dan air liurnya adalah suci. Maka kembali kepada kaedah asas syarak. Asal kepada sesuatu perkara adalah HALAL, kecuali ada nas yang mengharamnya, dan kaedah yang lebih terperinci ialah; asal kepada benda yang bermanfaat adalah HALAL, dan asal kepada benda yang memudaratkan adalah HARAM.

Berdasarkan kaedah ini juga, sarang burung layang-layang hukumnya halal, kerana ia adalah makanan yg terbukti tidak membawa mudarat, malahan membawa manfaat kepada tubuh badan.

Firman Allah Taala: "Katakan: Tiada aku dapati dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan ke atas orang yang mahu memakannya, kecuali makanan itu ialah bangkai, darah yang mengalir, atau daging babi." (Al-An'aam: 145)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (Bil. 8/79/2007) telah menfatwakan bahawa: "Hukum memakan sarang burung layang-layang adalah harus."

Maka bolehlah disimpulkan bahawa memakan atau memanfaatkan air liur (tidak kira apa pun binatang, kecuali binatang haram) adalah tidak haram dan dibolehkan. Bahkan daripada cicak tokek sekalipun.

Jual beli atau membela cicak tokek.

Cicak tokek adalah salah satu spesis dalam satu keluarga cicak yang haram dimakan. Bahkan cicak tokek bukanlah golongan haiwan yang diwajibkan disembelih (untuk dimakan).

Menurut Ustaz Azhar Idrus iaitu salah seorang ulama feqah popular di Terengganu, katanya; "Harus jual binatang yg haram dimakan jika dengan tujuan bukan untuk dimakan seperti menjual tikus untuk dipelihara. Jika untuk dimakan maka haram jual beli melainkan untuk perubatan dan disahkan olih pakar perubatan Islam." [Sumber]

Fakta dari perbahasan yang lebih meyakinkan kita:

Tokek hukumnya haram, kerana terdapat nas-nas yang memerintahkan membunuhnya. Adanya perintah membunuh suatu binatang adalah dalil haramnya binatang itu. Sebab membunuh binatang tanpa menyembelihnya akan membuat binatang itu menjadi bangkai. Padahal bangkai hukumnya haram.

Imam Syaukani telah membuat bab khusus dalam kitabnya, Nailul Authar dengan judul 'Bab Mengenai Binatang Yang Pengharamannya Difahami dari Perintah Membunuhnya atau Larangan Membunuhnya' (Bab Maa Ustufiida Tahriimuhu min Al-Amri bi-Qatlihi aw An-Nahyi ‘an Qatlihi). (Imam Syaukani, Nailul Authar, 12/484).

Dalam bab itu ada beberapa hadis, antara lain riwayat Saad bin Abi Waqqash RA bahawa: "Rasulullah SAW telah memerintahkan untuk membunuh cicak dan baginda menamainya fusaiq (binatang kecil yang fasik/tidak taat)." (HR Ahmad dan Muslim).

"Rasulullah SAW telah memerintahkan membunuh cicak dan beliau bersabda, dulu cicak pernah meniup-niup (api) kepada Ibrahim AS." (Ibnu Hajar Al-Asqalani, Fathul Bari : 3109).

Dalil-dalil hadis di atas menunjukkan adanya perintah syarak untuk membunuh cicak. Perintah syarak untuk membunuh cicak adalah dalil bahawa cicak itu hukumnya haram.

Imam Syaukani berkata, "Tokek adalah salah satu jenis cicak dan merupakan cicak besar." (Imam Syaukani, Nailul Authar, 12/487).

Dan jika suatu binatang haram dimakan, maka menjual belinya juga adalah haram.

"Segala sesuatu yang sudah diharamkan atas hamba, menjual belinya haram juga." (Imam Taqiyuddin an-Nabhani, Al-Syakhshiyah Al-Islamiyah, Juz 2/288).

Akan tetapi jika tokek itu akan dijadikan ubat, maka menjual belinya boleh dan tidak mengapa. Sebab berubat dengan sesuatu yang haram hukumnya makruh, tidak haram.

Rasulullah SAW pernah mengizinkan Abdurrahman bin Auf RA dan Zubair bin Al-Awwam RA untuk berubat dengan sesuatu yang haram, iaitu mengenakan sutera kerana mereka terkena penyakit gatal-gatal. Padahal sutera haram dipakai oleh kaum lelaki.

Maka mafhum dari kaedah feqah di atas dengan sendirinya menerangkan bahawa kalau sesuatu itu tidak diharamkan, maka menjual belinya juga tidak diharamkan.

Oleh yang demikian, dapatlah kita simpulkan bahawa menjual atau membela cicak tokek bagi tujuan perubatan adalah dibolehkan dan hukumnya harus. Jika menjual atau membelanya bagi tujuan makanan adalah tidak boleh dan hukumnya haram.

Akta bagi menjual dan membela cicak tokek.

Ada desas desus yang mengatakan bahawa cicak tokek adalah sejenis haiwan atau spesis yang dilindungi oleh Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Dan desas desus ini ternyata benar. Cicak tokek atau nama saintifiknya Gekkonidae menjadi salah satu spesis cicak yang dilindungi oleh Perhilitan yang tersenarai di bawah Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES), di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76). Sila rujuk DI SINI bagi senarai reptilia yang dilindungi. Sila rujuk juga bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan.

Ubat bagi penyakit HIV dan AIDS.

Inilah yang masih menjadi tanda tanya oleh semua pihak. Tiada fakta atau bukti kukuh yang menyatakan dengan kesahihan bahawa cicak tokek boleh menyembuhkan penyakit merbahaya itu. Walaupun pelbagai dakwaan yang telah dibuat oleh sesetengah pihak, namun tiada langsung bukti kukuh samada dalam bentuk notis, berita, atau maklumat sahih yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO).

Mungkin perkara ini masih dalam kajian memandangkan beberapa negara seperti Holland, Australia, dan beberapa negara luar lain pernah membeli cicak tokek ini.

UPDATE!

Untuk memperjelaskan lagi isu Halal dan Haram jual beli cicak tokek ini, sila lihat penjelasan ustaz tersohor di pantai timur, Ustaz Azhar Idrus.


Aduka: Mahu bela cicak tokek! Mana tahu boleh beli kereta Porsche dan boleh buat rumah banglo 5 tingkat! Haha.

Saturday, January 31, 2009

Jeans wanita (info utk Addeena)

entry ni adalah jawapan saya bagi persoalan Addeena tentang "Adakah jeans utk wanita itu HARAM?".. ini jawapan saya..

psl jeans ade sesetengah ulama ckp adalah haram... pompuan hanya dibolehkan memakai sluar jika mengikuti kriteria seperti di bawah ni:

1- menutup papan punggung dgn bju yg labuh
2- tidak terlalu ketat sehingga membentuk dr pangkal peha dan ke bwh..
3- warna gelap, bukan cerah atau yang menampakkan kulit

oleh itu, jeans mmg ssh nak cari yg X KETAT kan? ade ke? xde kan? kalu mengikut kriteria ini dah cukup untuk menceritakan atau mengulas batas2 berpakaian bagi kaum wanita.. mmg sah la kalu mengikut sesetengah jumhur ulama, jeans utk wanita ni haram kecuali di dalam rumah yang dipertonton untuk suami sahaja.. janganlah kita terlepas pandang tentang hukum hakam yang telah diturunkan oleh Allah Azzawajalla untuk kita.. wallahua'lam..

ni penerangan yg related.. maaflah.. penerangan ustaz loghat Terengganu.. susah sikit nak faham.. tapi kalo dengar betul2, insyaAllah...


Sunday, January 25, 2009

AF laknatullah?


JOHOR BAHRU: Sesi uji bakat peserta Akademi Fantasi musim ketujuh (AF7) menerima sambutan luar jangkaan apabila 898 peserta, termasuk warga Singapura, membanjiri ruang pendaftaran di Hotel The Zon Regency di Stulang, di sini, mulai jam 7 pagi semalam.

Pengurus Kanan Perkhidmatan Kreatif Astro Production, Sooraj D Nair, berkata sesi uji bakat AF kali ini lebih menarik apabila penyertaannya dibuka kepada warga Singapura. Menurutnya, kebanyakan peserta berusia belasan tahun hingga 40-an membuat persiapan awal bagi meningkatkan keyakinan diri, sekali gus menambat hati juri sebaik sesi uji bakat bermula jam 11 pagi.

“Hari ini (semalam) seramai 25 peserta dari Singapura mendaftar dan kami mensasarkan jumlahnya meningkat esok,” katanya dalam sidang media... (baca selanjutnya)

Source: Harian Metro

Komen Ustaz Azhar tentang AF dan berkaitan dengannya..


 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger