Ads: (Please Click!)
Showing posts with label gempa bumi. Show all posts
Showing posts with label gempa bumi. Show all posts

Saturday, March 12, 2011

VIDEO GEMPAR!!! Tsunami Dan Gempa Bumi Meranapkan Jepun!

Tsunami di Jepun
Bencana gempa bumi berkekuatan 8.9 skala richter beserta tsunami terjadi di pantai timur laut di Jepun dilaporkan telah mengorbankan 23 orang setakat ini dan mencederakan berpuluh-puluh lagi penduduk lain. Sebuah gempa bumi besar kedua berskala 7.4 skala richter pula dilaporkan menyusul kemudian dan menggoncangkan bumi Jepun.

READ MORE / LESS >>

Pihak U.S. Geological Survey menamakan gempa tersebut sebagai gempa 'mega'.

Getaran terjadi sekitar 230 kilometer timur laut Tokyo dan pada kedalaman sekitar 15 batu. Gempa terjadi pada waktu 2.46 petang di Tokyo dan hampir berada dari Honshu, pulau terpadat di Jepun. Badan meteorologi Jepun memberi amaran bahawa tsunami setinggi 20 kaki boleh menyerang pantai dekat wilayah Miyagi, iaitu wilayah yang paling dekat dengan pusat gempa.










Tidak sampai sebulan kejadian gempa bumi di Christchurch, New Zealand reda, kini berlaku pula gempa bumi 'mega' berlaku di pantai timur laut Jepun, termasuk bandar Onamaha di Fukushima! Ini menunjukkan bukti kerak-kerak bumi semakin bergerak di serata dunia lantas bencana yang serupa bakal berlaku di mana-mana sahaja!

Walau apa pun, sama-samalah kita panjatkan doa agar dihindari bencana seperti ini di bumi Malaysia kita!


Thursday, February 24, 2011

Gempar!!! Video Dan Gambar Gempa Bumi Di Christchurch New Zealand! Rakyat Malaysia Macam Mana?

Christchurh Earthquake
Angka korban gempa bumi yang melanda New Zealand kini meningkat kepada 65 orang, mengikut laporan pada 22 Februari 2011! Angka ini dijangka terus meningkat berikutan ratusan lagi mangsa lain dipercayai masih terperangkap di bawah timbunan runtuhan.

READ MORE / LESS..

Gempa berukuran 6.3 pada Skala Richter telah menggegarkan bandar Christchurch yang mempunyai populasi 350 ribu penduduk. Pusat gempa yang dikesan hampir dengan kawasan bandar dan hanya pada kedalaman 4 kilometer mengakibatkan Christchurch mengalami kesan teruk. Ia disusuli dua gempa susulan dengan kekuatan 5.6 dan 5.5. Beberapa bangunan roboh dengan kesan merekah teruk di jalan raya.

Ayuh, saksikan video bencana gempa bumi di Christchurch, New Zealand ini!


Bagaimanakah pula nasib rakyat Malaysia di sana?

Menurut laporan berita yang lain, tiada rekod rakyat Malaysia terlibat dalam bencana itu dicatatkan. Syukur, alhamdulillah. Dengan harapan benarlah laporan ini. Sama-samalah kita berdoa agar tiada rakyat Malaysia kita yang terbunuh atau yang tercedera dalam bencana itu.

Di bawah antara gambar-gambar yang di ambil dari internet. Klik untuk perbesarkan (auto open new tab)














Tags: Earthquake in Christchurh, New Zealand!

Aduka: Terdetik rasa kasihan sebenarnya tengok wanita menangis dan wanita cedera tu..

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger