Ads: (Please Click!)
Showing posts with label technologies. Show all posts
Showing posts with label technologies. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

Percaya Atau Tidak? Sekarang Main Game Dengan Mata Pun Boleh!


Salam Ramadhan.

Kihkihkih. Macam tak logik je bunyinya kan? Main game dengan mata. Biasanya orang main dengan tangan. Jari aje yang control. Tapi tak mustahil la kan. Sekarang ni zaman serba canggih. Yang tak logik jadi logik. Yang pelik jadi 'kegemaran' ramai. Siap ada peminat dia lagi. Kihkihkih.

READ MORE / LESS >>

Kecanggihan kini membawa peradaban manusia maju bertapak-tapak dengan penyelidikan demi penyelidikan oleh para saintis dan pelajar untuk kesenangan manusia sejagat. Percaya atau tidak, selepas ni korang tak perlu lagi bermain game dengan menggunakan jari dan tangan. Guna mata aje beb! Hatta korang sedang baring sekali pun masih boleh layan game.

"Ye ke? Macam tak logik jeee.."

Korang tak percaya? Nah, korang tengok la sendiri video ni.



Hahahaha! Kelakar la plak.

Orang putih ni macam-macam la dia punya reka. Kreatif! Serius kreatif beb. Walaupun aku nampak masih banyak kelemahan, namun ia tidak ralat sebenarnya. Sebabnya, teknologi ni mungkin boleh berkembang. Kalau tak relevan pada game, mungkin relevan dari segi ketenteraan ke teknologi elektronik dan perkomputeran ke.

Kot la pasni korang nak taip surat kat laptop pakai mata je ke. Mana kita nak tau kan? Kahkahkah. Leh bayangkan tak camne korang punya mata gerak-gerak nak taip surat. Mau juling-juling mata korang.

Saturday, August 13, 2011

Sewa Storan Server 80MB Dengan Harga USD 12,000??!!

Salam.


Hah?! Sewa ruang server 80MB dengan harga USD 12,000?! Bapak mahal giler! Betul ke ni beb?!

Jom gelak dulu.

Hahaha.

READ MORE / LESS >>

Kalau kita hidup zaman sekarang memang la terkezut dengar sewa disk space 80MB cecah USD 12k. Sedangkan Google bagi 10GB untuk storan emel. Free! Rileeekkkssss je beb. Ini... 80MB??? Haha. Memang tak logik sangat la kan? Dah tentu kita fikir, syarikat mana la yang bagi servis mahal gedabak gini. Pasti lingkup beb. Sebab takde customer! Haha.

Memang. Itu kalau dikira sekarang. Macam mana kalau tawaran ini dibuat pada beberapa abad tahun yang lalu? Adakah ia logik harga penyewaan semahal begitu rupa?

Jawapan; ya! Logik!

Ini buktinya.


Hadoi. Ni bila punya flyer ni?

Untuk pengetahuan korang, ini flyer atau makalah semuka di ambil pada tahun 1977, yang bertajuk "System Industries: 80MB for under $12,000".

Amacam? Percaya? Believe it or not?

Hei, jangan kata korang. Aku pun belum lahir lagi semasa makalah ni dikeluarkan tau. Haha.

Cuba la korang convert kepada matawang Malaysia. Korang mampu ke sewa disk space diorang tuh? Kalau ia realitinya sekarang, jangan kata namablogkorang[dot]com la weh. Nak ber-mukabuku[dot]com pun korang takut! Haha.

Saturday, July 02, 2011

Populariti Facebook Akan Jatuh Tidak Lama Lagi?

Salam.

Mungkin sesetengah pihak mengatakan ini adalah 'rumors' atau khabar angin semata-mata. Mungkin juga sesetengah pihak akan menafikan jatuh bangun laman sosial popular iaitu Facebook. Walau bagaimanapun, teknologi atau kejuruteraan sesebuah laman sosial bergantung kepada keselesaan dan kepuasan penggunanya.

READ MORE / LESS >>

Maka, jika sesebuah laman sosial itu memberikan keselesaan dan satu kepuasan yang unik kepada pengguna bakal menjatuhkan populariti laman-laman sosial yang lain. Sebagai contoh, pada awal tahun 2006 sehingga tahun 2008, laman sosial Friendster menjadi salah satu lama sosial yang amat popular. Namun sejak wujudnya Facebook, laman Friendster tidak lagi menjadi sebutan atau 'laman sosial yang mesti dilewati' yang popular di internet. Bukankah begitu?

Kini, Facebook menjadi satu laman platform yang sangat tinggi dan popular kepenggunaannya. Bukan sahaja orang perseorangan yang menggunakan Facebook, malah jabatan kerajaan, kedai-kedai online, industri muzik, tokoh-tokoh politik, artis, dan sebagainya turut memiliki Facebook. Facebook juga menjadi satu laman sosial yang 'mesti' dilayari oleh setiap orang tanpa mengira umur.

Menurut statistik, sebanyak purata lebih 3 juta pengguna mengakses Facebook seminit sepanjang dalam masa 24 jam! Facebook adalah salah satu fenomena laman web sosial yang mengejutkan penganalisis internet. Menurut statistik lagi, angka pengguna Facebook semakin meningkat dari hari ke sehari. Walau bagaimanapun, jurutera-jurutera pembangunan Facebook telah menjangkakan akan kewujudan 'pencabar' mereka dalam masa beberapa tahun ini.

Persoalannya, siapakah 'pencabar' Facebook?

Google+ (disebut Google Plus atau G-Plus)!

Anda boleh melewati 'bakal pencabar' Facebook ini dengan menilai sendiri web demo yang telah disediakan. KLIK DI SINI.

Google+ ini masih diperingkat pengujian fasa beta (beta phase) di mana, Google telah menghadkan kepada beberapa orang pengguna sahaja. Di bawah ini adalah gambar contoh. Terdapat juga komenbalas (feedback) yang telah dibuat oleh orang tempatan.

Klik gambar untuk besarkan (auto open new window) - Sumber: Oh! Media

Soalan yang amat penting bagi pengguna: Sejauh manakah kehebatan 'pencabar' Facebook ini?

Ya. Sudah tentu kita semua tertanya-tanya. Dan mungkin kebanyakan dari kita juga mempersoal akan mutu atau tahap 'keseronokan' atau tahap keselesaan Google+ ini. Adakah sehebat atau setanding dengan Facebook? Adakah ia boleh memenuhi kehendak kita seperti Facebook? Anda boleh membuat carian atau baca 'review' yang telah dibuat oleh blogger AdmiralHafiz ini.

Walau apa pun yang bermain dibenak kita, jawapan yang tepat bakal terjawab selepas kemunculan rasmi Google+ ini. Nantikan kemunculan 'pencabar' hebat Facebook ini!

Aduka: Dah tak sabar nak guna Google+!!!

Thursday, May 12, 2011

My New Baby!

Salam.

Wah! Agaknya dah bersawang sangat blog aku ni, kan? Sebulan lebih aku tak update blog. Jenguk pun tidak. Tapi alhamdulillah, masih ada sisa-sisa jejak pelawat ke blog aku yang tak seberapa ni. Menarik ke blog aku ni? Mungkin ya, mungkin tidak. Yang menilai bukan aku tapi anda - pembaca blog aku. Terima kasih sebab sudi singgah ke blog aku.

READ MORE / LESS >>

Sebulan lebih aku mendiamkan diri. Nampak follower kian bertambah dan ada hari berkurang. Tapi biarlah. Tak kisah sangat. Blogger-blogger lain duk sibuk kejar trafik. Aku? Heh.. rileks je beb. Apa nak susah-susah nak sibuk-sibuk fasal trafik? Takpelah.. hak masing-masing kan? Kalau tulis apa-apa pun dalam entry, lambat laun terkena batang hidung sendiri juga kan.

Gaji bulan pertama aku bekerja di negeri orang ini dah target apa yang aku nak. Dah laa duk dalam wishlist sebenarnya. Tapi asyik tertunggak saja. Agaknya dari tahun 2010 lagi. Sekarang baru dapat. Apa dia wishlist pertama aku ni?

Ni dia!

Laptop aka lappy Acer! Medium specification aje. Processor Intel i5, 4GB RAM, 500GB Hard disk space. Ok la tu kot. Nak pakai high-end pun tak guna. Bukannya buat apa pun kalau sekadar layan internet, kerja ofis sikit-sikit, edit gambar sikit-sikit, main game, bla bla bla.. Hehe. Biarlah orang nak cakap ape pun. Lappy murah la.. tak branded la.. low class la.. pergi mampus! Yang penting, aku beli dengan hasil titik peluh aku sendiri. Tak pakai duit mak bapak! Heh..

"Aduka dah ada lappy baru nanti bleh la update blog selalu, ya?"

"Nanti selalu la nampak Aduka kat Facebook, kan?"

Amboi, cepat sangat harapan korang mencurah-curah kepada aku, kan? Nak gula-gula getah ke ape ni? Sorry ler.. aku xde ape nak bagi.. Hehehe.. Aku rasa adanya lappy ni tak bermakna aku mampu update blog selalu. Tak bermakna aku boleh online selalu di Facebook. Sebab? Yalah. Dalam hutan ni macam mana sangatlah tahap kelajuan internet-nya. Sekali klik, maunya tunggu lebih 5 minit baru load full page! Macam cabai je, kan?

Comel tak lappy aku? Hihihi..

Dah. Cukuplah ini aje ngomel aku untuk kali ni.

Monday, March 14, 2011

LATEST!!! Maxis Or Hotlink Free Mobile Internet Trick

Maxis Or Hotlink Free Mobile Internet Trick

Trick terbaru (latest) Oktober (October) 2011!

Trick terbaru (latest) September 2011!

Trick terbaru (latest) Julai (July) 2011!

Trick terbaru (latest) Februari (February) 2011!

(Update!) Pengumumam sebarang update ditulis pada akhir artikel ini. Sila skrol ke bawah. Setiap update trick akan dilakukan hanya di artikel ini sahaja.

Artikel ini adalah pengemaskinian daripada artikel yang lama Maxis Or Hotlink Free Mobile Internet Trick dan Free Mobile Internet Access For Maxis And DiGi.

Sudah terlalu ramai yang merungut tentang perkara ini dan yang paling tak tahan, sudah ramai yang add di Facebook dan terus bertanyakan trick ini kepada aku.

READ MORE / LESS >>

Setelah sekian lama mencuba, maka kali ini atas permintaan ramai aku tunjukkan bagaimanakah cara-caranya membuat trick untuk menggunakan internet terus dari telefon bimbit anda. Mari ikuti langkah demi langkah di bawah.

PERHATIAN! Aku sekali-kali tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat kes kerosakan, ketidak fungsian telefon bimbit anda, tindakan undang-undang terhadap anda, dan kerugian yang anda terima. Anda sendiri tanggung! Sebarang bantuan lanjutan tidak akan diberikan kepada anda! Do it in your own risk!

Langkah-langkah:

1 - Dial *100#
2 - Pilih 7 (Internet & Settings) > Pilih 3 (Prepaid Broadband) > Pilih 10 (Tukar Profil/Service Switching) > Pilih 2 (Tukar kepada profil Broadband/Switch to Broadband) > Pilih 1 (Teruskan/Proceed) [langkah ini bergantung kepada perubahan menu servis *100#]
3 - Tunggu beberapa ketika sehingga anda menerima SMS pengesahan.
4 - Tetapkan APN (Access Point Name) kepada bbnet. (kecuali jika ada perubahan trick berlaku)
5 - Tetapkan proxy kepada ***.***.***.***.
6 - Tetapkan proxy port kepada 80.
7 - Download dan install aplikasi Opera Mini ini (yang telah diubahsuai) di telefon bimbit anda.
8 - Run Opera Mini yang telah di-install tadi. Pilih 'Custom1' dalam kolum 'Tricks'.
9 - Tukarkan 'Custom Server' kepada http://www.hotlink.com.my/**********.
10 - Pilih 'OK'.
11 - Selesai!
12 - Untuk langkah no 5, 7, dan 9; aku telah DISABLE. Ini adalah bagi mengelakkan trick aku dikesan oleh Maxis, dan mengelakkan daripada trick aku DICURI (PLAGIAT) oleh blogger-blogger 'ANJING' yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, sila contact aku di Facebook untuk sempurnakan trick ini! Klik di tab 'About Me'. INGAT! Kena cara minta, aku senang hati boleh bagi. Tak kena cara, korang pergi masuk KELAS PENDIDIKAN MORAL la dulu!


Tetapan Proxy dan Proxy Port

(Nokia)
1 - Proxy : Settings > Connectivity > Destinations > Maxis 3G Internet > Options > Advanced Settings > Proxy Server Address.
2 - Proxy Port : Settings > Connectivity > Destinations > Maxis 3G Internet > Options > Advanced Settings > Proxy Port.

(Sony Ericsson)
Settings > Connectivity > Internet Settings > Maxis 3G Internet > Options > Edit > Proxy Settings > Tukar 'Proxy' kepada ON > Tukar 'Same for all servers' kepada ON > Proxy Servers > Di sini anda akan lihat 'Proxy address' dan 'Port'.

Laporkan jika trick internet percuma Maxis atau Hotlink di telefon bimbit ini tidak berfungsi! Terima kasih.

Semoga berjaya!

(Update! 5/9/2011) Aku baru sedar bahawa ada pemilik blog yang cuba menyamar sebagai pihak SKMM lalu menyuruh aku hapuskan artikel ini. Ini adalah supaya artikel yang sama boleh diterbitkan di blognya selepas aku tutup artikel ini. Walhal aku tidak tutup/hapus/delete pun artikel ini. Aku 'save as draft'.

(Update! 16/9/2011) Aku dapat alert daripada hacker supaya limitkan sharing cgi. Jadi aku akan interview dahulu kepada sesiapa yang nak. Kepada yang mahu trick terbaru, sila cari aku di Facebook. TOLONG JANGAN EMAIL!

(Update! 19/9/2011) Ada 3 cgi server terkini yang boleh digunapakai. Proxy juga 3 yang boleh digunapakai. Jaminan surfing internet pantas! Hehe.

(Update! 21/9/2011)
Semua trick Maxis sudah BLOCK. Harap maaf.

Sekarang aku akan cuba fokus kepada trick Celcom dan DiGi plak. Jangan risau, trick Maxis aku cuba dapatkan. Tetapi aku tak jamin selama mana boleh pakai. Sekarang paling lama pakai pun dalam 2 hari saja. Di sini ingin aku kongsi sedikit trick untuk DiGi. Aku tak pernah cuba sebab aku tak pakai DiGi. Anda boleh trial and error.

Set proxy server pada Opera Mini dengan; 0.facebook.com ATAU m.opera.com. Dan cuba layari internet.

(Update! 29/9/2011)
Trick Maxis sedang DIUJI. Kepada yang contact aku untuk trick Maxis start tarikh ini, permintaan anda tidak akan dilayan. Tak payah nak merayu ke bodek ke. HARAP BERSABAR! Sesungguhnya sabar itu separuh dari iman ye. Sila lead artikel blog ni untuk update. Aku akan 'buka permintaan' setelah trick ini selesai diuji.

Trick DiGi:

Set Opmin Handler:
Http Server: http://reg.citrongo.com/@mini5.opera-mini.net:80/
Socket: socket://reg.citrongo.com@mini5.opera-mini.net:1080
Front Query: -
Remove: Centang
Proxy Tipe: Host
Proxy Server: 0.facebook.com

Trick Celcom:

Custom Http: http://203.82.67.201//../cgi/nph-ghost.cgi/001100a/http/server4.operamini.com:80/
Proxy: ghostproxy2.com port 80 

Aku tak pasti trick ni berkesan ke tak. Aku bukan team trick DiGi atau Celcom. Korang kena cuba sendiri la..

Jika ada sesiapa mahu Opera Mini 6.0 Turbo mod by Shiangtao, sila mesej/inbox aku di Facebook.

(Update! 1/10/2011)
Trick Maxis terbaru dan terkini telah dibuka. Trick ini boleh digunapakai sehingga 5 Oktober 2011 (ada expired date)! Cepat sebelum terlambat! Trick ini sesuai kepada pengguna Opera Mini (OM) mod by Shiangtao.

(Update! 4/10/2011)
Trick DiGi

Tukar APN : internet
Proxy : 080.239.242.252 : 80
Http Server: http://reg.citrongo.com/@mini5.opera-mini.net:80/
Socket: socket://
reg.citrongo.com@mini5.opera-mini.net:1080
Front Query: Kosong
Remove: Centang
Proxy Tipe: Host
Proxy Server: 0.facebook.com
http://reg.citrongo.com/@mini5.opera-
mini.net:80/

(Update! 6/10/2011)
Maaf sebab lambat update.
Trick untuk update (1/10/2011) akan expired setelah 5 hari guna. Selepas expired, ada lagi trick yang available dan boleh guna sampai sekarang.

Aku telah hadkan bahawa segala trick Maxis/Hotlink hanya dikongsi/diajar kepada yang pernah buat trick sebelum ini sahaja. Kepada yang baru pertama kali nak buat, aku TAK AKAN kongsi/ajar. Sila cari sendiri di Facebook. Banyak trick yang tersebar di sana.

(Update! 20/10/2011)
Maaf sebab lambat update lagi. Haha. Untuk lebih mudah, sila like fanpage Blog Aduka.
Ini trick yang aku jumpa di dalam Facebook. Cuba-cubalah.

(tarikh trick : 15/10/2011)
Pelan Hotlink! OM 4 ke atas. Preferred: OM Mod By Shiangtao.
Custom HTTP Server: http://m.maxismovies.com.my.server4.operamini.com:80/
IP Address: 202.075.133.049
Port: 80

Selamat mencuba!

(UPDATE!)
Mulai tarikh 25/10/2011, aku tidak lagi update sebarang trick di artikel ini. Sebab kadang-kadang aku tak sempat nak jenguk blog. Jadi, aku akan share sebarang trick secara random atau DIY (do it yourself) di laman Facebook fanpage. Harap maklum.

(FINAL UPDATE!)
Mulai tarikh 1/12/2011, aku tidak lagi AKTIF berkongsi sebarang trick samada di blog mahupun di Facebook fanpage. Ini adalah kerana aku tiada masa dan tidak lagi berminat untuk buat internet percuma di telefon bimbit ni. Jadi, sesiapa yang nak trick terpaksalah cari sendiri. Banyak sebenarnya trick ini tersebar di Facebook. Contohnya DI SINI. Jadi, sila ke sana saja. Aku juga TIDAK AKAN LAYAN permintaan dari kalian untuk sebarang software, proxy, dan skill-skill hack atau skill nak buat trick ni. Sebabnya aku bukan hacker. Ada pulak komen yang kata aku ni BERLAGAK HACKER.. BANGANG!!! Pegi mampos sama lu! Lu sama mak bapak lu pegi mampos! Tak dapat skill, nak maki aku??!! Kalau rasa hebat sangat, hack je blog aku. Ada bran?

Sunday, March 13, 2011

WOW!!! Casing iPad 2 Yang Sangat Cool!

iPad 2 on Hands
Sejak diumumkan penjualannya secara online di laman web rasminya 20 jam yang lalu, iaitu pada pukul 8 malam waktu Malaysia semalam (11 Mac 2011), syarikat terkemuka Apple (US) menjadi perbualan ramai dikalangan peminat gadget di US dan tidak kurang juga dari negara-negara lain termasuklah Malaysia.

READ MORE / LESS >>

Pengeluaran gadget ini begitu pantas lantas ramai penggemar gadget keluaran Apple ini berlumba-lumba mahu memiliki iPad 2! Ia telah mewujudkan fenomena di mana penggemar-penggemar gadget sanggup bersengkang mata dan bermalam di luar perkarangan pusat penjualan produk Apple! Dahsyat, bukan? Adakah kita juga begitu? Ops, maaf. Pengeluaran iPad 2 di negara kita biasalah, agak lambat sedikit.

Anda boleh lihat penjualan produk Apple iPad 2 ini secara online (market US sahaja). Klik di sini.

Begitu cepat arus pengeluaran gadget, begitu cepat jugalah pengeluaran bagi aksesorinya. iPad 2 menjadi satu daya tarikan seluruh dunia, maka beberapa syarikat pengeluar aksesori telah mengeluarkan casing bagi iPad 2 ini. Tampak sungguh cantik dan cool! Tidak percaya? Lihat gambar-gambar di bawah. Klik untuk besarkan (auto open new tab).

LIHAT GAMBAR! (Klik)



























Sangat-sangat COOL, bukan?


Friday, December 24, 2010

Maxis Or Hotlink Free Mobile Internet Trick

maxis and celcom internet mobile trick latest
Salam.

Mungkin pada artikel aku mengenai perkara ini pada seminggu yang sudah telah menyukarkan anda semua. Ini adalah kerana terdapat link yang telah hilang, yakni 'broken link'. Oleh yang demikian, artikel kali ini akan menunjukkan bagaimana cara alternatif (pengganti artikel lama) bagi membuat telefon bimbit (handphone) anda berupaya mengakses internet secara PERCUMA tanpa sebarang caj daripada provider seperti Maxis atau Hotlink.

Read more/less..

Bagi pengguna rangkaian mudah alih DiGi, aku memohon maaf kerana aku sudah lupa bagaimana langkah dan caranya. Artikel ini mungkin kurang sesuai buat anda.

Mari aku tunjukkan bagaimana caranya.


Tukarkan pelan Hotlink anda kepada pelan Internet Prepaid Broadband

1 - Taip *100#.
2 - Pilih 7 (Internet dan Tetapan).
3 - Pilih 3 (Prepaid Broadband).
4 - Cari Service Switching. Memandangkan Maxis sentiasa mengubah sistem *100#-nya, nombor ini sentiasa akan berubah-ubah. Terkini, pilih 7 (Service Switching).
5 - Pilih 2 (Switch to Prepaid Broadband).
6 - Pilih 1 (Proceed).
7 - Anda akan menerima SMS pengesahan daripada provider.


Setting Proxy Telefon Bimbit (Sony Ericsson C902)

Aku pengguna telefon bimbit Sony Ericsson. Mungkin bagi telefon bimbit yang lain amat berbeza. Oleh yang demikian, anda perlu explore sendiri setting yang sama seperti di atas.

1 - Pilih 'Settings' dan pergi ke 'Internet Settings'.
2 - Setkan 'Connect Using' kepada Maxis 3G Internet. Jika sesetengah model mempunyai 'Allow Local Connection', pilih 'Off' bagi mengelakkan browser mengakses internet yang alternatif yang memungkinkan baki akaun menjadi RM 0!
3 - Pilih 'Connect Using', kemudian pilih 'Options' dan pilih 'Edit'.
4 - Pilih 'Proxy Settings'. Setkan Proxy kepada 'On', 'Same for all servers' kepada 'On'.
5 - Pilih 'Proxy Servers'. Pada 'Proxy Address', letakkan nombor IP ini: 174.132.035.122 dan pada 'Port' letakkan nombor port: 80. Ruang yang lain, tinggalkan kosong.
6 - Jika anda ditanya untuk memilih samada HTTP, Proxy atau sebagainya, anda hanya perlu pilih HTTP.


Download Bolt Browser

Sila download fail instalasi browser DI SINI, kemudian install di telefon bimbit anda.


Set Proxy Pada Bolt Browser

1 - Install Bolt Browser setelah anda selesai download.
2 - Selesai install, ia akan memaparkan 'Network Settings'. Pada ruangan 'Proxy Type', pilih HTTP.
3 - Isikan ruang 'Proxy Server' dengan: www.hotlink.com.my
4 - Pilih 'Options' dan pilih 'Ok'.

Selesai! Anda kini boleh mengakses ke internet menggunakan telefon mudah alih anda tanpa sebarang caj! Sebarang pertanyaan dan keraguan, sila tinggalkan komen anda.

Bagi mengelakkan keraguan, sila periksa baki anda terlebih dahulu sebelum mengakses internet. Ingat baki, kemudian cuba akses mana-mana web. Minimize browser, dan periksa kembali baki anda. Jika berkurang, bermakna setting anda tidak betul!

Segala aktiviti menghantar dan menerima MMS akan terjejas setelah mengikuti trick ini. Untuk mengaktifkan kembali, sila tukarkan kembali pelan anda kepada 'Pelan Hotlink'.

AMARAN: Trick ini perlulah dilaksanakan mengikut risiko dan tanggungjawab anda sendiri. Sebarang kerugian dan kerosakan, anda perlu menanggungnya sendiri.

UPDATE! 5 September 2011.

Harap maaf. Trick dengan menggunakan browser Bolt ini sudah tidak dapat digunakan lagi. Oleh itu, sila guna Opera Mini. Klik DI SINI untuk membaca artikel yang lain.

Selamat mencuba!

Friday, December 03, 2010

Pahlawan Melaka Bakal Berada Di Jalanraya Pula! Ini Semua Idea Proton

Salam.

Tajuk mau gempak, kan? Haha. Sebenarnya aku baru saja tahu tentang berita ni. Baguslah kalau sudah ada penampakan perubahan drastik dari Proton ni. Kalau dulunya, cam tuttt je produksi Proton berbanding Perodua. Selepas banyak hentaman yang Proton dapat (selepas boomnya MyVi dari Perodua), barulah Proton berusaha lebih gigih dalam penghasilan kereta yang lebih cun melecun tahap gedebabom!

Read more/less..

Mungkin tahun 2012, negara kita bakal dikejutkan lagi dengan beberapa lagi model terbaru dari Proton. Modelnya.. fullamak! Aku tengok pun terpegun. Boleh menggugat reputasi Perodua pula lepas ini. Harap-haraplah. Hehe. Kali ini Proton mahu menonjol model pahlawan di jalanraya. Ia dinamakan Proton Pahlawan Series. Cam gempak je kan namanya? Masakan tidak, setiap model dinamakan dengan nama pahlawan Melayu Melaka dahulu kala.

Jom kita usha bentuk-bentuk model yang 'direka' khas oleh produksi Proton. Jom!

Pahlawan Melayu pertama di jalanraya: Tuah!



Pahlawan Melayu kedua di jalanraya: Jebat!



Pahlawan Melayu ketiga di jalanraya: Lekir!



Pahlawan Melayu ke empat di jalanraya: Lekiu!



Dan.. Pahlawan Melayu terakhir di jalanraya: Kasturi!



Wah, cukup kelima-lima pahlawan zaman Melayu Melaka dulu-dulu, kan? Walaupun begitu, terdapat dua model yang masih menggunakan prototaip yang sama seperti model kereta yang telah dilancarkan sebelum ini iaitu Proton Inspira (Jebat) dan Proton Saga (Kasturi). Cuma mungkin terdapat modifikasi kepada rekabentuk dalaman model-model tersebut. Model-model yang lain adalah prototaip yang baru.

Apa ekspresi aku buat kali pandangan pertama? Of course takjub. Wow, cantik! Cun!

Walau bagaimanapun, masih ada satu model yang betul-betul membuat aku lebih dari takjub. Namun, model ini bukanlah dari pengeluaran Proton. Of course. Siapa lagi bukan pesaing Proton iaitu Perodua. Ada-adak saja Perodua ni kan? Mahu potong jalan Proton aja!

Nama model dari Perodua ini adalah.. Bezza! Bukan si Jimmy Shanley Yezza tu, okey! Ini model kereta. Bezza! Bukan banzai! Sebut betul-betul.. Bezza!




Fuh fuh fuuuuhhh..! Boleh tahan designer dari Malaysia, kan? Walau bagaimanapun, tahun pelancaran masih lagi kabur-kabur, dan tidak pasti model manakah yang keluar dulu di pasaran. Tunggu dan lihat saja.

Sumber : PaulTan.org

Aduka: Tiba-tiba takjub dan tertarik dengan kereta buatan Malaysia. Hm.. Jadi ke tak ni nak ambil kereta buatan Jepun ni ye? Confuse!

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger