Ads: (Please Click!)
Showing posts with label Maher Zain. Show all posts
Showing posts with label Maher Zain. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

Maher Zain Live In Concert : Konsert Yang Bakal Gegar!

Maher Zain Live In Concert
Salam.

Masih berbaki lebih kurang seminggu lagi konsert yang bakal mencatat sejarah ini berlangsung dan mengegarkan bumi Malaysia! Sudah tentunya peminat fanatik Maher Zain tidak sabar-sabar untuk menghadiri konsert yang julung kalinya mempersembahkan nyanyian nasyid lunak dan merdu Maher Zain bersama kumpulan nasyid penuh beliau. Adakah anda juga turut serta?

READ MORE / LESS..

Maher Zain, artis nasyid antarabangsa popular dari negara Lubnan (Lebanon) yang popular dengan lagu Insha Allah (Insya Allah, Insya'Allah, InshaAllah, InsyaAllah) ini bakal hadir ke Malaysia bagi menjayakan konsert besar-besaran beliau.

Konsert yang bertajuk 'Maher Zain Live In Concert' ini akan dilangsungkan di Stadium Melawati Shah Alam pada 25 Februari 2011 hingga 26 Februari 2011 bermula jam 8.30 malam, selama 24 jam berturut-turut. Antara artis-artis jemputan yang bakal mengubat lara hati dan melembutkan hati anda dengan bait-bait nasyid termasuklah Mesut Kurtis dari negara Macedonia yang popular dengan lagu 'Qasida Burdah', Irfan Makki dari negara Canada, dan kumpulan InTeam dari negara Malaysia.

Harga untuk tiket konsert tersebut didatangkan dengan harga serendah RM 53 hingga RM 297 sahaja. Tiket boleh di-book atau dibeli di laman web http://www.tickethotline.com.my/ atau menghubungi di talian +603-7725 1177 atau +603-7725 1166.

Untuk keterangan lanjut tentang konsert ini serta harga-harga tiket, anda boleh melawat di Facebook Fan Page Maher Zain atau Facebook Event Page Maher Zain Live In Concert.

UPDATE!

Semalam adalah tarikh akhir penjualan tiket Maher Zain Live In Concert! Adakah anda sempat membelinya?

Monday, January 31, 2011

Maher Zain - Insya Allah (Versi Melayu / Malay Version) : Download Mp3 Dan Lirik

Maher Zain
Siapa tidak kenal dengan Maher Zain?

Read more/less..

Dialah antara artis yang hangat diperkatakan sekarang, bukan? Popular dengan lagu Insha Allah (InshaAllah, InsyaAllah, Insya Allah, Insya'Allah) pada suatu masa dahulu hinggalah sekarang. Pada 11 Januari 2011, beliau telah mengumumkan di laman sosial Facebook tentang pelancaran lagu tersebut yang agak berbeza, iaitu dalam versi bahasa Melayu.

Pengumuman penerbitan versi bahasa Melayu tersebut membuatkan ramai rakyat Malaysia yang meminati beliau menunggu-nunggu pelancaran rasmi lagu tersebut.

Dan sekarang, taip sahaja 'Maher Zain Malay Version' di enjin carian, nah.. berlambak di internet dan blog. Ada juga yang mengutuk beliau. Walau apa pun, pandangan peribadi adalah hak peribadi. Terserahlah kepada pendengar mahu melabelkan apa jua sekalipun.

Jom layan.



Lirik:

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ulang Chorus


 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger