Ads: (Please Click!)
Showing posts with label popular. Show all posts
Showing posts with label popular. Show all posts

Thursday, July 07, 2011

GEMPAR!!! Kerana Google+, Blogger (Blogspot) Bakal Ditutup?

Salam.

Ucapkan selamat tinggal kepada Picasa dan Blogger (blogspot)! Ops! Nanti dulu. Adakah ini perkhabaran angin lagi? Mungkinkah ini hanya artikel yang hanya berniat mahu mencari trafik dan populariti? Oh, tidak tidak. Ini adalah artikel yang telah dipetik dari 'newsletter' yang telah diterbitkan dan boleh dipercayai pada awal pagi tadi.

READ MORE / LESS >>

Menurut sumber, Google bercadang untuk mengugurkan beberapa nama yang bukan berkenaan dengan Google, dan mereka bakal menamakan sebagai 'produk'. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha besar bagi proses yang dinamakan 'penyatuan jenama' atau integrasi untuk produk terbaru Google iaitu Google+ (disebut Google Plus), yang bakal dilancarkan untuk kegunaan umum kelak.

Walau bagaimanapun, Blogger dan Picasa tidak dibiarkan atau pupus begitu sahaja. Dua produk ini adalah antara produk Google yang sangat popular. Sebaliknya, Google merancang untuk menamakan semula Picasa kepada "Google Photos" dan Blogger kepada "Google Blogs"! Produk Google masyhur yang lain contohnya YouTube dikatakan tidak akan dijenamakan semula. Mujurlah. Cuma pada bulan May yang lalu, Google telah menutup service video terbesarnya iaitu Google Video.

Tindakan penjenamaan semula ini bukanlah pertama kali dibuat oleh Google. Malah sebelum ini, JotSpot yang dimiliki oleh Google pada tahun 2006 juga pernah mengalami penjenamaan semula kepada Google Sites pada tahun 2008. Pada tahun 2007 pula, Google telah memiliki VoIP platform GrandCentral dan dijenamakan semula kepada Google Voice pada tahun 2009.

Picasa dan Blogger juga telah diambil alih oleh Google, walaupun kedua-dua syarikat ini menjadi sebahagian laman servis yang masyhur sebelumnya. Picasa diambil alih oleh Google pada tahun 2004, dan Blogger pula pada tahun 2003. Walaupun penjenamaan semula ini bakal mengecewakan pelanggan dan pengguna mereka yang sedia ada, ia memberikan Google keupayaan untuk mengintegrasikan kedua-dua perkhidmatan ini ke Google+. Kekecewaan pengguna sebelumnya dijangkakan akan terubat dengan lahirnya Google+ kelak.

Menurut sumber, peralihan atau proses penjenamaan semula ini bakal terjadi pada maksimum dua bulan dari sekarang. Ia dikatakan berserentak dengan pelancaran secara umum Google+ nanti. Saya menjangkakan ia mungkin dilancarkan sebelum atau pada awal bulan September 2011.

Oleh itu, perkhabaran bahawa Blogger dan Picasa akan diberhentikan perkhidmatan (ditutup) mungkin tidak akan berlaku. Malah, ia adalah sesuatu yang mustahil memandangkan dua produk Google ini adalah produk terbesar Google yang memiliki lebih jutaan pengguna di dunia.


Aduka: Sorry ler buat korang takut dengan tajuk artikel aku ni. Haha!

Monday, July 04, 2011

Facebook Awesome : Facebook Bakal Memperkenal Video Chat!

Salam.

Facebook pernah mengumumkan sesuatu yang 'awesome'. Dan berita ini telah membuatkan beberapa blogger yang juga pengguna Facebook telah menulis artikel mengenainya. Namun, tiada sesiapa pun mengetahui apakah 'sesuatu yang awesome' tersebut!

READ MORE / LESS >>

Ini adalah satu fakta yang telah diperoleh menerusi laman sosial di internet. Menurut sumber, walaupun pihak Facebook merahsiakan apakah perkara yang 'awesome' bakal diperkenalkan pada minggu hadapan, maklumat tersebut telah pun terbongkar! Maklumat atau berita ini mungkin dianggap khabar angin (rumors) oleh sesetengah orang. Namun, gambar yang akan disusuli selepas ini bakal mengesahkan perkara tersebut.

Anda mahu tahu apakah perkara tersebut? Anda mahu tahu apakah yang disebut oleh Facebook perkara 'awesome' tersebut? Inilah jawapannya.

Facebook akan memperkenalkan VIDEO CHAT di Facebook! Percaya atau tidak, sila lihat gambar di bawah yang telah diambil dari internet.

Klik untuk perbesarkan (auto open new tab)

Menurut sumber lagi, Facebook telah menjalinkan kolaborasi bersama Skype bagi membangunkan aplikasi video chat di laman sosial terpopular abad ini. Walau bagaimanapun, aplikasi video chat ini masih kabur-kabur bagaimanakah integrasi di antara platform Facebook dengan Skype. Mungkinkah pengguna perlu daftar akaun Skype terlebih dahulu? Ataupun, tidak perlu?

Namun, kita tunggulah pengumuman rasmi yang bakal dikeluarkan oleh pihak Facebook di minggu hadapan!

Aduka: Macam ni barulah btol2 dikatakan 'awesome'!
 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger