Hola!
Nama aku Joe. Bukan Joe Jambul. Bukan Joe Wings. Bukan jugak Joe-ngang. Tapi.. akulah Joe! Joe Si Sperma. Haha.
Ini kisah aku semasa pertama kali aku keluar dari 'saluran khas yang mencipta aku'. Itulah yang dinamakan zakar. Haha.
Aku dan adik beradik sperma yang lain ni ada banyak nama. Ada orang panggil dengan nama sperma. Ada yang panggil benih. Ada yang panggil air mani. Ada yang panggil Gen Y. Gen X pun ada. Tapi yang Gen Gen ni la yang membezakan jantina 'kaum sperma' kami hatta kami sendiri pun tak tahu jantina masing-masing. Kahkahkah!
Aku keluar dari 'sarangan' pemprosesan sperma secara beramai-ramai. Diikuti plak oleh adik beradik aku yang lain. Ya. Inilah cabaran aku sebagai sperma, tidak lain tidak bukan berebut untuk mendapatkan satu ovum. Siapa ovum? Dialah yang aku mahu. Dialah 'kekasih' dan pasangan kaum sperma! Jadi aku kena cepat. Hanya sperma yang gagah perkasa macam aku je boleh 'bersenyawa' dengan ovum. Mesti! Aku mesti berusaha mendapatkan kekasih aku daripada adik beradik sperma aku yang lain!
Maka, aku dan adik beradik yang lain berenang. Berenang laju-laju. Berebut untuk mendapatkan ovum. Oh, alamak. Di dalam ruang yang begitu sempit, hangat dan gelap ni rupa-rupanya yang menguji keupayaan aku. Cis!
Aku dan adik beradik yang lain berenang.. berenang.. dan berenang. Makin lama, makin ke dalam. Makin ke dalam, makin gelap. Oh walaupun gelap, ini tidak mematahkan semangat kami yang sudah dalam 'kesangapan' ini. Kihkihkih!
Aku dan adik beradik sperma yang lain berusaha menggeledah setiap 'pelusuk ruang' yang dinamakan rahim ni dengan penuh bersemangat. Semboyan di luar sedari tadi sedang berkumandang. Lagu 'Spring' gituuuuuu.. Haha!
Tiba-tiba, aku menemui sesuatu.
Lantas aku pun bagitau kepada adik beradik spermaku yang lain.
Yaaaaa..! Ovum sudah dijumpai! Suka bukan kepalang.
Apa lagi. Aku pun keluarkan arahan.
"Attack that ovum! Only the strong one will win! Lets fuck it!!!"Di dalam ruang kesempitan yang gelap itu aku berebut-rebut berkejar-kejaran dengan adik beradik sperma yang lain.
Akan tetapi.................
Nasib kami begitu malang. Ia bukannya ovum yang kami mahukan! Kami kaum sperma berasa begitu keciwa.
Apakah timing 'pelepasan' dan serangan kami kaum sperma ni silap? Atau.....
PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!