Ads: (Please Click!)
Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Saturday, December 10, 2011

Di Saat Hukum Allah Dipersenda Dan Dipermain-mainkan


Salam.

Pagi tadi (sebenarnya sejak semalam) kecoh di Facebook tentang beberapa video di Facebook yang berbaur politik termasuklah salah satu video darinya yang ada unsur penghinaan hukum Allah (hudud), termasuklah beberapa orang pemimpin. Video tersebut sebenarnya di'embed' dari laman YouTube mengisarkan lakonan semula perbualan antara orang muda dan tua, lelaki dan perempuan, termasuk beberapa orang lelaki cina, india, dan sikh. Kononnya dilakonkan sebagai simbolik 1Malaysia.

Walau bagaimanapun, video ini terlalu ekstrem menghentam dan mencerca serta memperlekeh hukum yang termaktub di dalam al-Quran (iaitu hudud) dengan mengaitkan beberapa kes berat yang berlaku di Kelantan yang tidak pasti kesahihannya, termasuklah penghinaan kepada beberapa pemimpin yang kebanyakkannya dari pihak pembangkang.

Jom saksikan, dan anda nilailah sendiri.


Kecewa, amat kecewa. Bukannya apa. Orang kristian, orang hindu, atau mana-mana agama penganut agama selain Islam pun tiada langsung menghina agamanya sendiri. Orang Islam negara kita? Macam mana? Bukankah hukum Allah (hudud) itu salah satu dalam termaktub di dalam al-Quran? Tetapi orang Islam kita langsung tidak ada perasaan malu apabila menghina dan mempersendakan hukum Islam mereka itu sendiri. Seolah-olah maruah Islam dirobek-robek oleh orang Islam itu sendiri!

Jika anda lihat video di atas, mereka seolah-olah merendah-rendahkan hukum Allah ini dengan menyatakan ramai penghidap AIDS, ibu tunggal tidak mendapat nafkah, masalah wanita bekerja di tempat-tempat maksiat dan sebagainya berlaku di Kelantan. Angka mereka meningkat walaupun diperintah oleh pemimpin Islam. Makna kata, jika hudud dilaksanakan sekalipun, atau pemimpin Islam memerintah sekalipun, kes jenayah berat tetap berlaku!

Seorang rakan telah menegur saya setelah beberapa status dan artikel (termasuk video) telah saya buat di Facebook. Dia menyatakan, "Tak perlu marahlah. Biar saja mereka. Mereka ini sudah tergolong di dalam kaum-kaum dan bangsa-bangsa yang mereka tampilkan dalam video itu."

Saya bertanya, "Kaum dan bangsa? Apa maksudnya?"

Rakan saya menjawab, "Itulah cina, india, sikh, dan apa jua kaum dan bangsa yang ada di dalam video itu, termasuk lelaki tua yang berkopiah."

Saya masih tidak faham, lalu bertanya lagi, "Kenapa berkata begitu?"

Dengan tenang rakan saya menjawab, "Mereka sebenar-benarnya telah KAFIR kerana mempersenda, bahkan pula menghina agamanya sendiri!"

Daripada perbualan di Facebook itu, saya telah merujuk beberapa orang rakan termasuk seorang ustaz yang amat tersohor masa kini iaitu Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus. Kemudian saya ditemukan dengan satu video ceramah dari ustaz. Di bawah ini adalah video yang boleh membidas video 'Sembang Rakyat' itu. Saksikan.


Astaghfirullah.

Bukanlah ada hak bagi kita untuk mengkafirkan seseorang. Akan tetapi jika dirujuk mana-mana kitab sekalipun, termeterai sudah bahawa jika sebesar zarah pun kita menolak hukum Allah dan mengi'tiqadnya pula maka kafirlah ia dari agamanya.

Maka memang benarlah apa yang diperkatakan oleh rakan saya itu. Kenapa perlu Islam diperlekeh sedemikian rupa semata-mata kepentingan sesebuah parti politik? Tertarik dengan dialog lelaki tua (berkopiah tapi bodoh) itu, "Dah dekat pilihanraya ni, mula lah lagu-lagu hudud dia tu!"

Saya mendapat balasan dari rakan pembangkang, "Dah dekat pilihanraya ni, mula lah fitnah-fitnah dan video-video lucah dia tu!"

Lucu pula. Haha!

Aduka: Sokong parti yang benar-benar menyokong Islam secara total. Bukan ambil sekerat-sekerat! Kembalilah kita kepada Islam yang hakiki dan suci!

Tuesday, November 29, 2011

Gelaran Doktor Pada Dr Rozmey Ditarik Balik?


Kenal dia? Tipu la kalau tak kenal kan?

Kalau sebelum-sebelum ni, aku ada mengarang beberapa artikel mengenai beliau, iaitu; (1) Dr Rozmey : Datuk Yang Dikutuk 24 Jam, dan (2) Laman Sosial Dr Rozmey. Dalam dua artikel ni aku ada mention yang aku agak respek juga la dengan Datuk Dr Rozmey ni sebab dia usahawan yang berjaya.

Namun, beberapa minit yang lalu aku agak terperanjat dan terkesima selepas terbaca satu artikel mengenai pelucutan status 'Doktor' yang dimiliki oleh Dr Rozmey ni. Lihat gambar di bawah:


Sama ada notis ini adalah notis palsu atau tak, aku sendiri tak pasti. Walau bagaimanapun, notis ni pasti menggugat kedudukn Dr Rozmey sendiri selaku usahawan Melayu yang berjaya serta 'model' kepada orang Melayu.

Aku sebenarnya tak peduli orang nak kutuk beliau ke ape ke. Yang pasti aku respek tahap dedikasi dan usaha beliau selaku usahawan dan peniaga MELAYU yang berjaya. Aku rasa peniaga-peniaga perlu contohi dia. Berani tanggung risiko. Cuma tak perlulah meniru atau terikut-ikut 'angan-angan Mat Jenin' dan 'khayalan' beliau tu. Itu memang aku tak nafi, agak menjelikkan. Namun setelah membaca notis ini, sedikit sebanyak peratusan respek aku pada Dr Rozmey seolah-olah menurun. Dan dalam minda aku macam tertanya-tanya. Betul ke ni? Betul ke ni? Sahih ke?

Walhasilnya, berita ini pasti akan menggegarkan. Pasti ada satu isu yang baru tentang Dr Rozmey ni. Kita lihat sajalah. Kalau tak ada, bersyukurlah. Sebab menyebarkan berita palsu sama macam menyebarkan fitnah. Dan dosa memfitnah itu lebih besar dari dosa membunuh. Jadi aku tak mahu kata yang berita ini berita sahih. Ia perlu dikaji dan disiasat. Harapnya ada orang yang utarakan hal yang sebenar.

Anda fikir macam mana? Nak percaya atau tidak? Apa pendapat anda?

Aduka: Dah jadi peniaga atau 'online business and marketer' dah sekarang.. sebab tu payah dah nak update blog.. haha!

Friday, November 04, 2011

Kecewa Dengan Wanita, Dia Sanggup Membujang Dan Hidup Bersama Patung Seks


Ini petikan berita.

Apabila lelaki berusia 45 tahun ini pulang ke rumahnya dari tempat kerja, bukan isteri atau anak-anaknya yang menunggu di rumah. Sebaliknya deretan anak patung memenuhi ruang tamu rumahnya! Percaya atau tidak, lelaki yang digelar Ta-Bo ini hidup bersama patung seks (sex doll atau love doll) sudah lebih sedekad lamanya.

Setiap patung seks ini mempunyai nama. Ta-Bo biasanya akan menonton televisyen terlebih dahulu bersama patung-patung seksnya. Kemudian, Ta-Bo akan memandikan, mengenakan bedak agar kulit patung kelihatan sihat seperti manusia lalu memakaikan mereka dengan pakaian.

Lelaki jurutera ini mendakwa telah membelanjakan lebih 2 juta yen (USD $16,000) untuk membeli patung dan kelengkapan. Sehingga kini beliau telah mempunyai lebih 100 jenis patung yang berlainan bentuk tubuh, ketinggian, berat, dan sebagainya.

"Wanita (manusia) biasa boleh menipu dan curang dengan anda, kebanyakkannya. Tapi patung seks ini tidak akan sesekali melakukan hal yang sedemikian. Mereka (patung seks) adalah 'milik' saya 100 peratus. Saya boleh buat apa saja yang saya suka," katanya ketika ditemubual oleh Reuters.

Dan ini pula video yang saya jumpa di YouTube.


Kasihan, bukan?

Tapi itulah ceritanya bagi lelaki 'malang' ini. Lebih ketara kalau kita lihat di negara-negara asing seperti di Jepun, Brazil, dan Amerika. Sebilangan lelaki rata-rata memilih hidup bersama patung seks (sex doll) kerana terlalu kecewa dengan sikap dan cara hidup wanita zaman sekarang. Bagi mereka hidup bersama patung lebih bebas dan tiada kongkongan. Lagipun kos saraan bagi patung seks ini lebih murah berbanding kos saraan untuk isteri yang sebenar.

Patung-patung ini diperbuat daripada silikon dan di bahagian sendi (lutut, siku, dsb) mempunyai rekaan yang membolehkan patung seks ini bergerak seperti manusia. Di bahagian alat sulit (buah dada, dan alat kelamin) pula direka khas untuk kegunaan 'kepuasan lelaki' seperti diranjang.

Walau bagaimanapun, saya agak terasa sedikit kasihan kepada 'lelaki-lelaki malang' ini. Kerana 'kejahatan' wanita, mereka merana dan sanggup hidup bersama patung dan menganggap patung-patung ini sebahagian daripada hidup mereka. Kasihan. Sudah tentu 'lelaki-lelaki malang' ini tiada pewaris dan zuriat. Yalah, patung mana boleh mengandung dan melahirkan anak.

Dalam kes yang sama, pada beberapa bulan yang lalu satu temubual telah dibuat kepada seorang lelaki tua di London. Dia juga seperti Ta-Bo, cuma bezanya lelaki tua ini mempunyai isteri yang sebenar (manusia).

Ini videonya.


Aduka: Mujurlah di negara kita tak ada patung seks ini dihasilkan dan dijual. Kalau tidak, habislah.. Kepada wanita, setialah kepada lelaki yang menyayangi anda. Yang penting, agama nombor 1! Yang lain-lain nombor 2, 3 dan seterusnya. Ceeewaahh..!

Wednesday, November 02, 2011

Israel : Rakyat Boikot, Negara Berdagang


Salam.

Ramai antara kita sangat marah dengan Israel. Apatah lagi apabila kita sedia maklum tentera-tentera Israel melakukan kekejaman terhadap rakyat negara Palestin. Justeru itu, kita berkempen dan berpakat menolak dan memboikot barangan buatan Israel malah membenci Israel itu sendiri.

Dahulu sewaktu hangatnya kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin, kita digesa untuk memboikot barangan import seperti produk makanan, jenama, dan produk yang berkaitan Israel. Sebahagian besar rakyat kita menyokong kempen boikot tersebut. Baguslah. Ini memungkinkan keuntungan produk eksport barangan atau produk Israel (dan sekutu) jatuh merundum. Biarlah sedikit pun, tidak mengapa. Sekurang-kurangnya, kita sudah memboikot. Kita orang Islam memang sangat prihatin.

Di Facebook pula ada banyak tersebarnya gambar-gambar kekejaman Israel dan propaganda Israel terhadap orang Islam di Palestin mahupun seluruh penduduk dunia. Dan kita sememangnya sedia maklum bahawa sebenarnya Israel (Zionis) telah pun 'menjajah' hampir keseluruhan aspek di dunia, termasuk ekonomi, media, pelajaran, psikologi, dan sebagainya. Langkah bijak kita menyebarkan fakta-fakta tersebut bagi menyedarkan umat Islam kepada masyarakat di negara kita khususnya. Kita orang Islam memang sangat prihatin.

Walau bagaimanapun, sejauh mana relevannya kempen, boikot, benci, dan marah kita terhadap propaganda Yahudi Zionis Israel ini?

Ini adalah fakta penting yang perlu kita ketahui tentang hal yang sebenar terjadi di negara kita sendiri. Dan seterusnya perlu kita tolak secara habis-habisan jika benar 'kita prihatin' dan menolak propaganda Israel Zionis laknatullah ini.

Lihat imej di bawah.


Jadual di atas adalah menunjukkan tiga jenis urusan jual beli atau dagangan negara kita dengan negara Israel, iaitu penukaran (trade), import, dan eksport untuk penggal tahun 2010. (Sumber)

Gambar di bawah pula menunjukkan salah satu halaman dalam majalah promosi perdagangan Israel.


Apa yang boleh saya kata adalah sebenarnya negara kita menjadi antara 20 negara-negara terpenting bagi Israel. Dan dalam tahun 2010, Malaysia hampir mencatat antara 10 negara pengeksport terbanyak kepada negara Israel.

Kesimpulan yang boleh saya cakap adalah; kita mati-matian membenci Israel dengan memboikot sana sini, berkempen sana sini. Tanda menunjuk kita benci kepada Israel. Walhal tanpa kita sedari sebenarnya ada udang di sebalik batu yang dilakukan oleh 'pihak-pihak yang berkuasa dari kita' dengan menjalin usahasama dagangan dengan negara yang kita benci selama ini (Israel)! (Sumber)

Ya, kita orang Melayu beragama Islam sangat prihatin. Tetapi kita sebenarnya 'buta' dan 'dibutakan'. Kita menolak dagangan dengan Iran. Salah satu negara Islam yang rata-rata berpenganut Islam. Sebaliknya kita menerima dagangan dengan negara Zionis laknatullah atas nasihat Amerika -- negara bersekutu kuat Israel Zionis! Atas nama syiah, kita tolak habis-habisan dagangan dengan Iran. Tetapi atas nama zionis kita terima dagangan dengan Israel dengan 'hati terbuka'.

Aduka: Kita mengutuk negara yang ada hubungan dua hala dengan Israel tetapi sebenarnya 'kita' dua kali lima sama saja!

Saturday, October 22, 2011

Gambar Dan Video Penahanan Mutassim Anak Gaddafi Pula Tersebar!

Duduk bersandar pada dinding sambil menghisap rokok, meneguk beberapa kali air minuman mineral botol besar, pakaian dalam (singlet) berlumuran darah. Lelaki ini adalah anak kepada bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi, Mutassim Gaddafi.

Klik gambar atau foto-foto di bawah untuk paparan yang lebih jelas.



Mutassim, seorang pegawai tentera kanan dan penasihat keselamatan, kemudian telah digambarkan masih hidup dan berbaring di atas sofa. Saluran TV kerajaan Libya menyiarkan Mutassim berbaring dan merokok dalam bilik yang kelihatan seperti sebuah hospital.

Kemudian disusuli gambar beliau akan berbaring kaku, mati pada pengusung setelah cedera ditembak di tekak dan abdomen. Peristiwa-peristiwa yang membawa kepada kematian Mutassim tidak jelas. Sumber tentera di Misrata hanya mengesahkan bahawa beliau telah ditembak di leher dan dibunuh.


Mutassim meninggal dunia bersama-sama bapanya selepas mereka ditemui bersembunnyi di dalam longkang atau pembentungan banjir di bawah lebuh raya di Sirte.

"Mutassim telah mati. Saya dapat mengesahkannya," kata pegawai maklumat kerajaan Mahmoud Shammam.


Mutassim telah melarikan diri ke Mesir selepas dalang rampasan kuasa gagal dilakukan terhadap bapanya sendiri. Beliau kemudiannya diampunkan dan kembali ke sebelah Gaddafi sebagai penasihat keselamatan negara.



Akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Al-fatihah.

Untuk anda yang ketinggalan untuk membaca tentang artikel penangkapan dan pembunuhan ayah Mutassim iaitu bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, sila klik DI SINI (klik!).

Friday, October 21, 2011

Update! Gambar Dan Video Kematian Bekas Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi


Lewat malam semalam dunia telah digemparkan dengan kematian bekas pemimpin diktator Libya, Muammar Gaddafi di tangan pemberontak dan penentang Anti-Gaddafi di Sirte, Libya.

Seperti Saddam Hussein, Gaddafi ditemui bersembunyi di dalam lubang pembentungan banjir selepas NATO dan pemberontak menyerang penyokong-penyokong kuatnya di suatu kawasan di Sirte. Selain Gaddafi, turut terkorban adalah anak beliau, Mutassim Gaddafi, dan beberapa orang penyokong dan pengikut kuatnya. Selama lebih 4 dekad pemerintahan kuku besi Gaddafi, kini beliau hanya meninggalkan nama.

Video di bawah ini adalah video semasa penangkapan Gaddafi semasa beliau bersembunyi di dalam lubang pembentungan banjir.


Adakah anda dengar dan perasan bunyi tembakan? Saya rasakan bunyi tembakan tersebut dilepaskan dengan 2 cara. Pertama; tembakan ke udara menandakan (biasa dilakukan oleh pejuang / tentera) musuh / orang sasaran (iaitu Gaddafi) sudah berjaya ditangkap. Kedua; tembakan dilepaskan ke arah pengikut setia Gaddafi sehingga kesemuanya mati.

Saya terasa begitu tersentuh tatkala beliau dilayan sebegitu rupa. Ditendang dan diterajang seperti tikus atau anjing. Beliau telah merayu beberapa kali agar dilayan secara baik namun tidak diendahkan.

Saksikan foto-foto dan gambar-gambar selanjutnya di bawah ini. Klik untuk paparan yang lebih jelas.





Gambar-gambar di atas adalah gambar semasa beliau diheret dengan trak penentang beliau selepas beliau ditemui di dalam lubang pembentungan banjir. Kemudian, beliau difahamkan telah ditembak mati di beberapa bahagian badan termasuk di kepala. Saksikan video di bawah.


Di bawah ini pula gambar mayat Gaddafi setelah dibunuh.



Anak Gaddafi, Mutassim. Pada awalnya Mutassim ditangkap lebih awal berbanding Gaddafi. Beberapa jam kemudian, Mutassim ditembak mati. Untuk lihat gambar dan video penahanan Mutassim sebelum kematiannya, sila klik DI SINI (klik!).


Di lubang pembentungan inilah Gaddafi dijumpa bersembunyi. Semasa beliau diheret keluar, beliau merayu-rayu beberapa kali kepada penentang. Beliau berkata, "Apa kesalahan yang pernah aku lakukan kepada kalian?" Seolah-olah soalan itu meraih simpati daripada penentang. Namun, rayuan-rayuan beliau itu langsung tidak diendahkan.


Pengikut setianya turut dibunuh di situ juga. Gaddafi diheret seperti tikus dan di bawa pergi dengan trak. Gambar di bawah pula menunjukkan kesan tembakan di kepala Gaddafi.


Kemudian, mayat Gaddafi di bawa pergi dari Sirte ke Misrata dengan kenderaan ambulans.



Lagi berita boleh baca DI SINI (klik!).

(UPDATE!)
Muammar Gaddafi Adalah Pemimpin Yang Kejam?

Jika anda berpendapat sedemikian rupa, rasanya anda juga kemungkinan besar berjaya diperbodohkan oleh Kerajaan Kerajaan Dajjal. Arwah merupakan baik orangnya semasa dia masih hidup, bersama sama lah kita berdoa ke atas pemergian Muammar Gaddafi.

Malah sifat dan cara kepimpinanya juga patut dicontohi oleh Najib Razak dan seluruh pemerintah yang ada di Malaysia ini, ambil yang baik dan lupakan yang keruh, manusia tiada yang sempurna.

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Cuba anda lihat yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Muammar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing.Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah atau riba'.

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.

5. Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma. Untuk info, klik DI SINI.

7. Tidak ada bil elektrik di Libya.

8. Pendidikan adalah percuma

9. Kemudahan perubatan adalah percuma.

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan.

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen/liter.

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.

13. Satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15. Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi.

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%).

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan.

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamadun dan cengkaman Barat dan Yahudi Zionis la'natullah.

Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk kepada musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat kecut perut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Alfatiha Sekali lagi untuk Moamer Gaddafi.

Semoga kita di Malaysia di jauhkan dari fitnah-fitnah yang sebegini rupa.

(Sumber)

(UPDATE!)

Kronologi Penangkapan Dan Pembunuhan Muammar Gaddafi Dan Mutassim Gaddafi.

8.30 am - Pesawat Perancis menyerang perjalanan konvoi Gaddafi pada kilometer dua barat Bulatan-Sirte. 15 trak pikap bersenjata musnah dalam serangan itu. Gaddafi cedera, yang diiringi kemudiannya oleh beberapa pengikut setianya. Mereka bersembunyi di dalam lubang pembentungan banjir. NTC pada mulanya menyerang senjata anti-pesawat sebelum bergerak dengan berjalan kaki.

11:05 am - NTC mengumumkan bahawa baki kawasan terakhir daripada Sirte telah digeledah dan pejuang mencari rumah-rumah dan bangunan yang menjadi tempat persembunyian pengikut setia Gaddafi.

2:00 pm - Selepas serangan, Gaddafi ditemui bersembunyi di dalam lubang pembentungan banjir bersama pengikut setianya.

2:30 pm - Seorang lelaki tempatan memberitahu agensi berita Reuters, dia melihat Gaddafi ditembak di abdomen dengan pistol 9 mm.

2:45 pm - Sebuah laman web TV pro-Gaddafi menafikan bahawa bekas pemimpin Libya itu telah ditangkap.

2:56 pm - Reuters melaporkan Gaddafi telah meninggal dunia akibat luka-luka yang dialami semasa dia ditangkap (luka ditembak!).
3:00 pm - Sambutan meriah di seluruh Libya tentang berita penangkapan Gaddafi.
3:44 pm - Imej dari telefon mudah alih disebarkan oleh seorang lelaki yang menunjukkan Gaddafi cedera parah, berlumuran darah, dan tidak bermaya.
4:02 pm - TV Al-Jazeera menyiarkan rakaman seorang lelaki menyerupai Gaddafi berbaring mati; pendarahan dari kepala dan pakaiannya dilucutkan dari atas ke pinggang dan digolek-golekkan oleh perusuh.
4:31 pm - AFP melaporkan bahawa anak Gaddafi, Mutassim Gaddafi telah ditemui mati di Sirte.
4:30 pm - Perdana Menteri Mahmoud Jibril Libya muncul di televisyen untuk mengesahkan berita bahawa Gaddafi mati.
4:56 pm - Tersebar pula video pejuang memegang pistol yang diperbuat dari emas yang dirampas dari Gaddafi.
4:59 pm - Al-Jazeera menyiarkan video mayat Gaddafi diseret di sepanjang tanah.
5:25 pm - Berita mengenai keseluruhan insiden tersebar dan ketika itu mayat Gaddafi tiba di Misrata.
6:00 pm - Reuters melaporkan secara rasmi bahawa anak Gaddafi telah terbunuh.
7:50 pm - Al Jazeera mengumumkan ia telah menerima laporan yang belum disahkan bahawa Saif anak Gaddafi mati.

(UPDATE!) 

Lagi foto dan gambar Muammar Gaddafi tersebar di internet!










Subhanallah.

(UPDATE!)

Ini pendedahan spontan yang telah dikeluarkan oleh berita Arab yang perlu kita ketahui.

Gadaffi is pushed around among a group of rebels as he sits slumped on the ground. He's then driven away in a truck. Gaddafi says on the recording:

"What are you doing? It's not allowed in Islamic law. What you are doing is forbidden. What you're doing is wrong, guys. Do you know what is right or wrong?"

The young men scream "Muammar, you dog!" as their former leader wipes at blood covering the left side of his head, neck and left shoulder.

Walaupun beliau sedang dikepung dan dlm tahanan penentang (semasa ditangkap), beliau masih sempat memperingatkan segerombolan itu tentang 'perundangan Islam' dan perbuatan mereka itu salah!

Tidakkah anda berasa pelik, kini semakin banyak berita mengenai sesebuah negara Islam yang rakyatnya rata-rata beragama Islam, tetapi bermusuh-musuhan, berbalah, berperang, dan bertelagah sesama sendiri! Pernahkah kita lihat negara-negara Yahudi Amerika seperti ini?

Sedarlah dan fikir-fikirkanlah, wahai pembaca setiaku sekalian.

(UPDATE!)

Susulan daripada beberapa perbahasan dengan rakan-rakan di Facebook, dan membalas komen-komen pembaca blog saya, saya menjadi tidak berasa puas hati dan senang duduk. Bukannya apa. Oleh kerana saya mengeluarkan fakta 'Gaddafi ini baik', ramai orang menghentam saya dengan mengatakan tiada bukti kukuh yang menyatakan Gaddafi itu seorang pemimpin yang baik. Walaupun di dalam artikel ini saya sertakan beberapa rujukan yang say temui di internet.

Ya, saya akui saya masih lemah dalam sejarah dunia. Apatah lagi sejarah Libya dan pemimpinnya. Oleh itu, saya membuat sedikit carian susulan menerusi internet. Sehinggakan saya sanggup berdamping sendiri dengan beberapa orang Arab dan Libya sendiri di Facebook, semata-mata mahu ketahui kebenaran.

Sedarlah wahai pembaca, media massa dan cetak yang datang dari luar negara terutama 'orang putih' biasanya banyak fakta yang sengaja diputar belit dan bercanggah. Jangan terlalu mempercayai dakyah mereka. Jika mahu percaya juga, cukup setakat 30 hingga 50 peratus. Yang selebihnya lagi, bagi ruang untuk 'mempercayai' sumber dari media yang lain pula contohnya media Arab itu sendiri.

Jika disebut kajian, tiada kompromi dan tiada unsur berat sebelah. Jadi, bacalah dari sumber dari kedua-dua beah pihak. Samada pro dan anti, bacalah. Akhirnya, nilailah sendiri.

Hasil dari carian din internet juga saya menjumpai satu foto yang mengejutkan dan menyedarkan saya akan perancangan teliti Amerika dan Yahudi laknatullah ini. Di bawah saya sertakan foto tersebut. Di harap jika anda begitu arif tentang hal luar negara (Libya) ini, tentu anda faham sendiri. Sesiapa yang pernah menghentam saya, ini bukti terakhir saya untuk menyedarkan kalian.

Ini adalah kemaskini terakhir bagi artikel saya. Tapi sebelum itu, ingin saya memberitahu pembaca semua bahawa dari tarikh Gaddafi dibunuh sehingga sekarang, jenazah beliau masih belum dikebumikan! Sebaliknya diletakkan ke dalam satu bilik (seperti peti sejuk) dan dipertontonkan kepada rakyat Libya sendiri!

Okeylah. Ini fotonya. Kalau anda tidak faham, ini bermakna anda perlu mengkaji lebih lagi dan barulah berbahas dengan saya.


Al-Fatihah untuk Allahyarham Muammar Gaddafi dan Mutassim Gaddafi.

Thursday, October 06, 2011

Kejam!!! Bayi Masih Hidup Dalam Beg Plastik Di Buang Ke Dalam Sungai!


Kejam!

Itulah ungkapan yang sesuai yang patut diberikan kepada manusia yang tidak berhati perut dan sanggup membuang bayi yang tidak berdosa! Apalah dosa si anak kecil ini sehingga kita tergamak meletakkan dalam plastik dan di buang ke dalam sungai hidup-hidup?

Mari kita saksikan video ini.


Kejam kan?

Walaupun tidak dipastikan di mana kejadian ini berlaku, dan tentunya bukan di negara kita yang tercinta ini, namun tak mustahil masyarakat kita turut membuat perkara yang sama terhadap bayi mereka. Tengok sajalah di dada-dada akhbar, berita di televisyen. Saban hari, saban tahun ada saja kes buang bayi, penderaan bayi, dan pelbagai lagi kes yang tidak sedap kita dengari.

Banyak persoalan yang kita selalu tertanya-tanya. Kenapa kita semakin kejam dan tiada sifat keperikemanusaan? Kenapa semakin menular kes yang melibatkan salah laku kepada kanak-kanak?

Ini pula berita terbaru yang aku baca di akhbar online pagi tadi.

campak bayi ke laut

Demi menyelamatkan diri, bayi sanggup dicampak ke dalam laut. Samada panik atau tak, tu tak pasti la kan. Macam pelik la plak. Baru nampak JKM dah cabut lari. Macam nampak malaikat maut datang nak cabut nyawa!

Thursday, August 18, 2011

Gempar!!! Lisa Surihani Kantoi Dicium Oleh Blogger?

Lisa Surihani
Salam Ramadhan.

Siapa tak kenal Lisa Surihani? Alaaaa.. Pelakon tuuuuu.. Perempuan yang lawa-lawa kiut miut tuuuuuuu.. Tak kenal? Alaaaa.. Yang pelakon 'pisang panas' dalam drama Adamaya tuuuuu.. Hah, ingat? Bagus! Kalu tak kenal dan tak ingat jugak, gambar minah kat atas ni la Lisa Surihani. Bukan Surirumah. Surirumah tu kaum-kaum wanita yang bergelar isteri kepada lelaki yang memberi full commitment dalam rumah. Itu surirumah. Yang ni Surihani, Lisa Surihani.

READ MORE / LESS >>

"Eh, nape nama dia pelik bebenor? Bunyi macam 'surirumah' je.."

"APE TANYA AKU?! TANYA LA BAPAK DIE, DOL!"

Back to the topic, fella.

Sebenarnya, untuk pengetahuan korang la kan, aku malas dan takde mood sebenarnya nak tulis entry fasal artis-artis ni. Buang masa, buang tenaga taip satu-satu abjab kat keyboard laptop aku ni cerita fasal depa. Gila ke? Ingat aku ni wartawan artis ke? Tapi disebabkan ini isu hot, isu yang melibatkan blogger dan kreadibili serta imej blogger, aku jadi hot. Bukan hot mama atau 'hot and spicy', okey. Hot = panas. Panas telinga. Mana tak nya. Takde orang lain ke nak skandal? Kenapa perlu blogger? Sesama artis cam Yusry KRU tu udah ler.

Yang buat aku lagi hot, kalau setakat nak bergambar, pegang-pegang tangan takde hal la beb. Small of the pieces of cake. Ini cium! Amboi, makcik cleaner kau. Melebih-lebih plak dah. Panasssss telinga tengok. *Eh, jeles ke?*

Nak kata aku ni peminat Lisa Surihani tu takde la. Lakonan dia aje aku minat. Ecececeee..

Berselari dengan isu yang aku tulis ni, Lisa Surihani sekarang ni tengah hot-hot dengan gosip dia dengan Yusry KRU mahu melangsungkan perkahwinan. (Malas aku nak link ke artikel. Korang Google la sendiri). Okey la tu. Dah jodoh depa kan. Alhamdulillah ler. Yusry plak jangan ler buat macam janda kau dulu. Jaga la si Lisa ni elok-elok ye. Jaga ler imej artis ni. Jangan orang cop artis 'kahwin cerai' plak. Macam baju or lampin. Takpun tuala wanita. Pakai buang. Hargai macam kau hargai diri kau sendiri ler. *Eceh! Macam la aku ni mak bapak Lisa plak kan?*

Itu cerita lain. Ini cerita lain.

Yang tak bestnya, Lisa bakal kahwin dengan Yusry. Tapi.. ada-ada sajeeee cerita 'hot and spicy' berlaku. Jangan kata Lisa la. Artis-artis lain pun ada yang macam ni, sesetengahnya. Biaq pi la dep dah nak kawen. Nak bina mahligai bahagia bersama. Nak bina masjid, orang kata. Yang duk sibuk-sibuk bergosip sana sini apekehei?

Nah. Sekarang isu Lisa dicium blogger plak. Aduhailamak.

Kat bawah ni ada satu gambar yang.. pasti.. pasti! Pasti korang terbeliak biji mata. Macam percaya tak percaya. Betui ka? Is it true? Jangan tak percaya. Sila percaya. Ini 'entiti' bukti.

AKU MAHU TENGOK LISA SURIHANI DICIUM! SIAPA BLOGGER TU?!

(KLIK SINI)


Korang kenal siapa blogger ni???

Jangan marah haaa.. nanti kena jual! Hahahahaha!

Saturday, August 13, 2011

Sewa Storan Server 80MB Dengan Harga USD 12,000??!!

Salam.


Hah?! Sewa ruang server 80MB dengan harga USD 12,000?! Bapak mahal giler! Betul ke ni beb?!

Jom gelak dulu.

Hahaha.

READ MORE / LESS >>

Kalau kita hidup zaman sekarang memang la terkezut dengar sewa disk space 80MB cecah USD 12k. Sedangkan Google bagi 10GB untuk storan emel. Free! Rileeekkkssss je beb. Ini... 80MB??? Haha. Memang tak logik sangat la kan? Dah tentu kita fikir, syarikat mana la yang bagi servis mahal gedabak gini. Pasti lingkup beb. Sebab takde customer! Haha.

Memang. Itu kalau dikira sekarang. Macam mana kalau tawaran ini dibuat pada beberapa abad tahun yang lalu? Adakah ia logik harga penyewaan semahal begitu rupa?

Jawapan; ya! Logik!

Ini buktinya.


Hadoi. Ni bila punya flyer ni?

Untuk pengetahuan korang, ini flyer atau makalah semuka di ambil pada tahun 1977, yang bertajuk "System Industries: 80MB for under $12,000".

Amacam? Percaya? Believe it or not?

Hei, jangan kata korang. Aku pun belum lahir lagi semasa makalah ni dikeluarkan tau. Haha.

Cuba la korang convert kepada matawang Malaysia. Korang mampu ke sewa disk space diorang tuh? Kalau ia realitinya sekarang, jangan kata namablogkorang[dot]com la weh. Nak ber-mukabuku[dot]com pun korang takut! Haha.

Friday, July 08, 2011

TUTORIAL : Facebook Video Chat

Salam.

Semalam aku sempat tengok video live (live streaming video) persembahan Mark Zuckerberg dalam pelancaran Facebook Video Chat. Streaming tu memakan masa lebih 1 jam kot. Oleh kerana tak larat nak tengok presentation Mark lama sangat, aku cuma tengok yang penting saja, Facebook-Skype Video Chat! Sebelum ni, aku pernah membuat artikel fasal ini (Facebook 'awesome'!) dan ternyata artikel aku itu terbukti benar.

READ MORE / LESS >>

Sebentar tadi aku berjaya install aplikasi tersebut di Facebook aku. Walau bagaimanapun, aku masih gagal membuat live video chat dengan rakan-rakan kerana rata-rata mereka masih tidak tahu bagaimana mahu buat video chat ini. Oleh kerana itu, dengan rasa bangganya aku mencipta artikel ini; bagaimana mahu install dan video chat di Facebook anda.

Hanya beberapa langkah mudah.

Pertama, klik link ini; https://www.facebook.com/videocalling dan terus klik "Get Started".

Kedua, pop-up window akan keluar dan anda hanya perlu download tanpa rasa ragu-ragu.

Ketiga, setelah selesai download, klik dua kali file yang telah anda download tadi untuk proses install. Pastikan anda tidak menutup browser anda.

Akhirnya, selepas selesai proses install, anda akan mendapati browser akan refresh Facebook dan chat anda akan automatik on (jika chat di-set off). Pilih salah seorang rakan anda pada senarai chat dan anda akan mendapati window chat berubah seperti gambar di bawah:

Untuk pertama kalinya, aku guna aplikasi Facebook terbaru ini. Tapi asih belum berjaya la.

Jadi, menjadi 'tugas' kita la menyebarkan berita gembira ini. Lepas ni, ramailah kawan-kawan kita bersembang sambil tengok muka masing-masing secara langsung (live)! Jangan lupa 'like' artikel ini kerana setiap yang anda 'like', artikel ini akan terus di-share ke Wall Facebook anda!


Aduka: Berita sedih bagi pengguna Facebook yang takde webcam! Bwahahahaha..! :P

Thursday, July 07, 2011

GEMPAR!!! Kerana Google+, Blogger (Blogspot) Bakal Ditutup?

Salam.

Ucapkan selamat tinggal kepada Picasa dan Blogger (blogspot)! Ops! Nanti dulu. Adakah ini perkhabaran angin lagi? Mungkinkah ini hanya artikel yang hanya berniat mahu mencari trafik dan populariti? Oh, tidak tidak. Ini adalah artikel yang telah dipetik dari 'newsletter' yang telah diterbitkan dan boleh dipercayai pada awal pagi tadi.

READ MORE / LESS >>

Menurut sumber, Google bercadang untuk mengugurkan beberapa nama yang bukan berkenaan dengan Google, dan mereka bakal menamakan sebagai 'produk'. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha besar bagi proses yang dinamakan 'penyatuan jenama' atau integrasi untuk produk terbaru Google iaitu Google+ (disebut Google Plus), yang bakal dilancarkan untuk kegunaan umum kelak.

Walau bagaimanapun, Blogger dan Picasa tidak dibiarkan atau pupus begitu sahaja. Dua produk ini adalah antara produk Google yang sangat popular. Sebaliknya, Google merancang untuk menamakan semula Picasa kepada "Google Photos" dan Blogger kepada "Google Blogs"! Produk Google masyhur yang lain contohnya YouTube dikatakan tidak akan dijenamakan semula. Mujurlah. Cuma pada bulan May yang lalu, Google telah menutup service video terbesarnya iaitu Google Video.

Tindakan penjenamaan semula ini bukanlah pertama kali dibuat oleh Google. Malah sebelum ini, JotSpot yang dimiliki oleh Google pada tahun 2006 juga pernah mengalami penjenamaan semula kepada Google Sites pada tahun 2008. Pada tahun 2007 pula, Google telah memiliki VoIP platform GrandCentral dan dijenamakan semula kepada Google Voice pada tahun 2009.

Picasa dan Blogger juga telah diambil alih oleh Google, walaupun kedua-dua syarikat ini menjadi sebahagian laman servis yang masyhur sebelumnya. Picasa diambil alih oleh Google pada tahun 2004, dan Blogger pula pada tahun 2003. Walaupun penjenamaan semula ini bakal mengecewakan pelanggan dan pengguna mereka yang sedia ada, ia memberikan Google keupayaan untuk mengintegrasikan kedua-dua perkhidmatan ini ke Google+. Kekecewaan pengguna sebelumnya dijangkakan akan terubat dengan lahirnya Google+ kelak.

Menurut sumber, peralihan atau proses penjenamaan semula ini bakal terjadi pada maksimum dua bulan dari sekarang. Ia dikatakan berserentak dengan pelancaran secara umum Google+ nanti. Saya menjangkakan ia mungkin dilancarkan sebelum atau pada awal bulan September 2011.

Oleh itu, perkhabaran bahawa Blogger dan Picasa akan diberhentikan perkhidmatan (ditutup) mungkin tidak akan berlaku. Malah, ia adalah sesuatu yang mustahil memandangkan dua produk Google ini adalah produk terbesar Google yang memiliki lebih jutaan pengguna di dunia.


Aduka: Sorry ler buat korang takut dengan tajuk artikel aku ni. Haha!

Monday, July 04, 2011

Facebook Awesome : Facebook Bakal Memperkenal Video Chat!

Salam.

Facebook pernah mengumumkan sesuatu yang 'awesome'. Dan berita ini telah membuatkan beberapa blogger yang juga pengguna Facebook telah menulis artikel mengenainya. Namun, tiada sesiapa pun mengetahui apakah 'sesuatu yang awesome' tersebut!

READ MORE / LESS >>

Ini adalah satu fakta yang telah diperoleh menerusi laman sosial di internet. Menurut sumber, walaupun pihak Facebook merahsiakan apakah perkara yang 'awesome' bakal diperkenalkan pada minggu hadapan, maklumat tersebut telah pun terbongkar! Maklumat atau berita ini mungkin dianggap khabar angin (rumors) oleh sesetengah orang. Namun, gambar yang akan disusuli selepas ini bakal mengesahkan perkara tersebut.

Anda mahu tahu apakah perkara tersebut? Anda mahu tahu apakah yang disebut oleh Facebook perkara 'awesome' tersebut? Inilah jawapannya.

Facebook akan memperkenalkan VIDEO CHAT di Facebook! Percaya atau tidak, sila lihat gambar di bawah yang telah diambil dari internet.

Klik untuk perbesarkan (auto open new tab)

Menurut sumber lagi, Facebook telah menjalinkan kolaborasi bersama Skype bagi membangunkan aplikasi video chat di laman sosial terpopular abad ini. Walau bagaimanapun, aplikasi video chat ini masih kabur-kabur bagaimanakah integrasi di antara platform Facebook dengan Skype. Mungkinkah pengguna perlu daftar akaun Skype terlebih dahulu? Ataupun, tidak perlu?

Namun, kita tunggulah pengumuman rasmi yang bakal dikeluarkan oleh pihak Facebook di minggu hadapan!

Aduka: Macam ni barulah btol2 dikatakan 'awesome'!

Saturday, July 02, 2011

Populariti Facebook Akan Jatuh Tidak Lama Lagi?

Salam.

Mungkin sesetengah pihak mengatakan ini adalah 'rumors' atau khabar angin semata-mata. Mungkin juga sesetengah pihak akan menafikan jatuh bangun laman sosial popular iaitu Facebook. Walau bagaimanapun, teknologi atau kejuruteraan sesebuah laman sosial bergantung kepada keselesaan dan kepuasan penggunanya.

READ MORE / LESS >>

Maka, jika sesebuah laman sosial itu memberikan keselesaan dan satu kepuasan yang unik kepada pengguna bakal menjatuhkan populariti laman-laman sosial yang lain. Sebagai contoh, pada awal tahun 2006 sehingga tahun 2008, laman sosial Friendster menjadi salah satu lama sosial yang amat popular. Namun sejak wujudnya Facebook, laman Friendster tidak lagi menjadi sebutan atau 'laman sosial yang mesti dilewati' yang popular di internet. Bukankah begitu?

Kini, Facebook menjadi satu laman platform yang sangat tinggi dan popular kepenggunaannya. Bukan sahaja orang perseorangan yang menggunakan Facebook, malah jabatan kerajaan, kedai-kedai online, industri muzik, tokoh-tokoh politik, artis, dan sebagainya turut memiliki Facebook. Facebook juga menjadi satu laman sosial yang 'mesti' dilayari oleh setiap orang tanpa mengira umur.

Menurut statistik, sebanyak purata lebih 3 juta pengguna mengakses Facebook seminit sepanjang dalam masa 24 jam! Facebook adalah salah satu fenomena laman web sosial yang mengejutkan penganalisis internet. Menurut statistik lagi, angka pengguna Facebook semakin meningkat dari hari ke sehari. Walau bagaimanapun, jurutera-jurutera pembangunan Facebook telah menjangkakan akan kewujudan 'pencabar' mereka dalam masa beberapa tahun ini.

Persoalannya, siapakah 'pencabar' Facebook?

Google+ (disebut Google Plus atau G-Plus)!

Anda boleh melewati 'bakal pencabar' Facebook ini dengan menilai sendiri web demo yang telah disediakan. KLIK DI SINI.

Google+ ini masih diperingkat pengujian fasa beta (beta phase) di mana, Google telah menghadkan kepada beberapa orang pengguna sahaja. Di bawah ini adalah gambar contoh. Terdapat juga komenbalas (feedback) yang telah dibuat oleh orang tempatan.

Klik gambar untuk besarkan (auto open new window) - Sumber: Oh! Media

Soalan yang amat penting bagi pengguna: Sejauh manakah kehebatan 'pencabar' Facebook ini?

Ya. Sudah tentu kita semua tertanya-tanya. Dan mungkin kebanyakan dari kita juga mempersoal akan mutu atau tahap 'keseronokan' atau tahap keselesaan Google+ ini. Adakah sehebat atau setanding dengan Facebook? Adakah ia boleh memenuhi kehendak kita seperti Facebook? Anda boleh membuat carian atau baca 'review' yang telah dibuat oleh blogger AdmiralHafiz ini.

Walau apa pun yang bermain dibenak kita, jawapan yang tepat bakal terjawab selepas kemunculan rasmi Google+ ini. Nantikan kemunculan 'pencabar' hebat Facebook ini!

Aduka: Dah tak sabar nak guna Google+!!!

Sunday, March 13, 2011

WOW!!! Casing iPad 2 Yang Sangat Cool!

iPad 2 on Hands
Sejak diumumkan penjualannya secara online di laman web rasminya 20 jam yang lalu, iaitu pada pukul 8 malam waktu Malaysia semalam (11 Mac 2011), syarikat terkemuka Apple (US) menjadi perbualan ramai dikalangan peminat gadget di US dan tidak kurang juga dari negara-negara lain termasuklah Malaysia.

READ MORE / LESS >>

Pengeluaran gadget ini begitu pantas lantas ramai penggemar gadget keluaran Apple ini berlumba-lumba mahu memiliki iPad 2! Ia telah mewujudkan fenomena di mana penggemar-penggemar gadget sanggup bersengkang mata dan bermalam di luar perkarangan pusat penjualan produk Apple! Dahsyat, bukan? Adakah kita juga begitu? Ops, maaf. Pengeluaran iPad 2 di negara kita biasalah, agak lambat sedikit.

Anda boleh lihat penjualan produk Apple iPad 2 ini secara online (market US sahaja). Klik di sini.

Begitu cepat arus pengeluaran gadget, begitu cepat jugalah pengeluaran bagi aksesorinya. iPad 2 menjadi satu daya tarikan seluruh dunia, maka beberapa syarikat pengeluar aksesori telah mengeluarkan casing bagi iPad 2 ini. Tampak sungguh cantik dan cool! Tidak percaya? Lihat gambar-gambar di bawah. Klik untuk besarkan (auto open new tab).

LIHAT GAMBAR! (Klik)



























Sangat-sangat COOL, bukan?


 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger