Ads: (Please Click!)
Showing posts with label hobbies. Show all posts
Showing posts with label hobbies. Show all posts

Sunday, October 17, 2010

Kalau Korang Ada iPhone, Berani Korang Buat Macam Ni?

Jom kita layan video yang dibuat oleh anak beranak Mat Saleh dari Brooklyn, US ni. Sangat kreatif dan berani! Kenapa aku kata kreatif? Kerana dengan menggunakan smartphone, mereka boleh menarik ribuan penonton di YouTube, dan ribuan pembaca di ruangan internet, kerana membuat kajian sebegini rupa. Aku kata berani kerana.. menggunakan iPhone untuk merekod semua ini!

Rekod apa?

Read more/less..

Jom, saksikan. Aku jadi ralit tengok video ni.


Korang ada iPhone? Jom try! Haha.

Source.

Monday, September 20, 2010

Si Kotak Penipu


Salam semua.

Agak lama bercuti dari berblogging. Idea mahu menulis banyak. Tapi entah kenapa begitu culas jari jemari ini berentak menari di atas mata-mata papan kekunci komputer. Mungkin hangat hari raya masih terasa. Bahang cuti masih berbisa. Lihat jumlah follower ada keluar masuk. Jumlah Facebook Fan Page kian menyusut. Malah trafik blog pun turut sama turunnya. Entah kenapa perasaan culas dan malas sudah berapi di dalam jiwa.

Read more/less..

Beberapa hari ini hanya duduk di rumah mengadap si kotak penipu besar; televisyen. Dan beberapa kali juga si kotak penipu itu mempengaruhi minda aku dengan cerita-cerita yang melalaikan. Alpa. Jiwa. Sepi. Dan romantika. Begitu banyak drama-drama romantis yang menyebabkan aku tidak mampu berganjak di hadapan si kotak penipu.

Walau si kotak penipu ini menipu, ada juga bagus sebenarnya. Kenapa? Ia bagi aku satu ilham mahu mengarang lagi. Hehe.

Tunggu sajalah, ya?

Sunday, August 22, 2010

Blog Facebook Fan Page


Hari ini aku rasa terbuka hati mahu buat satu Facebook Fan Page untuk blog aku ini. Melalui bacaan dari artikel blogger-blogger otai, Facebook Fan Page juga menjadi salah satu cara meningkatkan trafik blog kita. Tiba-tiba rasa minat mahu cuba timbul. Terus, aku buat satu Facebook Fan Page untuk blog aku ini pada petang tadi, beberapa jam sebelum waktu berbuka puasa.

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

Pada peringkat permulaan, mungkin nampak biasa-biasa saja. Tidak mengapalah.

Tujuan aku buat satu Fan Page ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara blogger-blogger yang aktif berinteraksi melalui blog atau Facebook aku. Yang selalu komen blog aku, yang selalu share artikel blog aku, dan beserta yang selalu like artikel blog aku di blog juga di ambil kira. Yang tidak di ambil kira hanya yang meninggalkan jejak di chatbox.

Sebenarnya aku tidak mahu diskriminasi. Fan Page, Facebook, hatta blog aku pun tiada sebarang halangan atau had-had tertentu untuk kita sama-sama berkongsi artikel dan saling berinteraksi. Samada di komen mahupun di chatbox. Aku suka sebenarnya. Cuma aku cukup anti iklan berbentuk MLM! Di Facebook Fan Page, aku buka kepada sesiapa saja yang mahu terbitkan (publish / post) artikel di sana. Tiada sebarang sekatan (filter) yang aku buat.

Diharapkan kalian dapat menyokong blog aku dan Facebook Fan Page blog aku ini.

Oh ya. Di sini aku ingin memberitahu bahawa Facebook Like/Recommend Button for Blogger ada sedikit update. Klik di sini.

Sekian, terima kasih.
Ayat akhir itu rasa macam menulis surat pula! Haha.

Thursday, May 20, 2010

Cot Dan Tam: Hantu Gua (Episod Sekuel)

Al-kisah kehidupan Cot dan Tam sebelum mereka tiba dari Parsi ke Malaysia. Dua keturunan makhluk comel kesayangan Nabi keluar merantau sekitar buana.

Cot dan Tam telah merantau dari negara Parsi untuk menuju ke wilayah Asia untuk menimba pengalaman. Mereka bersatupadu dan bekerjasama dalam perjalanan yang mereka anggarkan jauh berbanding kebiasaan, yang hanya dalam pekan dan lorong-lorong gelap sahaja.

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

Ditakdirkan pada belum pun sampai suku perjalanan, mereka telah tersesat hingga ke padang pasir. Suhu padang pasir yang hampir mencecah 50 darjah celcius, yang bisa membuatkan kulit-kulit lembu dan sapi menggelupas, yang bisa membuatkan cicak dan biawak pasir bersembunyi di sebalik batu. Cot dan Tam merasa amat terdesak tatkala mereka merasa kedahagaan dan kepanasan tahap melampau.

Mereka perlu mencari tempat untuk berehat dan berteduh. Setelah beberapa batu perjalanan, mereka terjumpalah sebuah gua yang sederhana besar.

"Apa kata kita berteduh dulu, Tam?" pelawa Cot.

"Bagus juga. Memang nak sangat. Panas ni," kata Tam.

"Api neraka lagi panas, Tam!"

"Jangan risau. Kita binatang. Gerenti masuk syurga. Haha."

Tanpa berlengah lagi, mereka terus saja memasuki mulut gua yang sedia ternganga sergam. Suasana gua yang suram dan berbau itu agak mengerikan mereka. Masakan tidak, itulah kali pertama Cot dan Tam menjelajah ke dalam dunia gua.

"Aku takutlah, Cot," adu Tam. Badannya menggeletar tatkala sesekali tiupan angin memasuki celahan gua dan menghasilkan seolah-olah bunyi suara orang mengilai.

"Apa nak takut. Inikan gua. Mana ada apa-apa kecuali kita berdua," pujuk Cot kepada Tam. Dalam ketakutan itu, tiba-tiba mereka disergah oleh satu makhluk yang agak pelik dan menjijikkan. Mukanya pula hodoh dan menakutkan.

"Apa tu?!" tempik Cot dan Tam serentak. Mereka betul-betul terkejut dan seribu satu hairan dengan makhluk yang dilihatnya. Makhluk itu berbadan kenyal dan lembik. Berbau busuk juga. Badan yang berlendir-lendir menggelikan tekak Cot dan Tam. Binatangkah itu?

"Hantu gua!" tempik Tam.

Makhluk pelik itu bersuara nyaring tapi garau. Suaranya yang bergema di dalam gua menggigilkan Cot dan Tam. Makhluk itu dengan perlahan menyergah dan mendekati Cot dan Tam. Cot dan Tam yang ketakutan membuat keputusan untuk lari.

Difikiran Cot, alangkah malangnya dia dan kawannya, Tam, dikejar makhluk pelik itu. Ligat berputar dibenaknya, bagaimana mahu melepaskan diri dari makhluk aneh - si hantu gua itu. Jika mahu keluar terus dari gua, lagilah malang. Panas terik diluar bakal menamatkan riwayat mereka. Tiada air, mereka bakal mati kehausan dan juga kelaparan.

Sedang mereka lari dari hantu gua itu, Cot telah mendapat satu akal. Walaupun bahaya, risiko terpaksa diambil. Cot pun berbisik kepada Tam akan strategi yang akan digunakan. Tam mendengar dengan khusyuk dan mengangguk-anggukkan kepala. Sudah selesai Cot menceritakan strategi kepada Tam, mereka ketawa kecil.

"Aku rasa idea kau ni bernas, Cot. Tentu hantu tu lari. Kalau tak pun, tentu kiok (mati)!" kata Tam seraya ketawa.

Hantu gua kian menghampiri Cot dan Tam. Namun mereka tidak berganjak. Mereka sengaja menanti hantu gua itu menghampiri mereka. Dalam beberapa meter hantu gua itu mendekati, mereka memalingkan badan mereka dengan membelakangi hantu gua itu. Cot dan Tam mengangkat ekor mereka masing-masing. Dihalanya buntut mereka ke arah hantu gua yang sedang menerkam ke arah mereka itu.

"Ready, Tam?" soal Cot.

"Yes, sir!" balas Tam.

Tanpa belas ehsan kasihan, mereka melancarkan satu roket semulajadi.

"Ppprrrrrrrrrooooooooooooooooooooottttttttttttt..!!!"

Bunyi kentut Cot dan Tam bergema dan bergegar di segelinap pelusuk perut gua itu. Mereka ketawa serentak melihat hantu gua itu seakan terkejut. Hantu gua itu mula lemah longlai dan berwajah kebiruan. Mereka tergelak tidak henti-henti.

"Busuk tak, wahai hantu gua?" soal Tam sambil ketawa berdekah-dekah.

"Kita bau tak apa. Ini kentut kita. Bisa hidu baunya, maka sudah kebiasaan," tingkah Cot pula. Mereka ketawa lagi.

Hantu gua itu terjelepok di tanah gua yang lembab itu. Akhirnya, hantu gua itu mati di situ juga.

"Malangnya nasib kau, hantu gua," kata Tam, memerli.
Kesudahannya, Cot dan Tam dapat menghuni gua itu dengan aman sekali tanpa diganggu dan dikacau oleh hantu gua dan makhluk-makhluk lain. Bahkan, kentut Cot dan Tam akan turut membunuh jika ada makhluk lain pun di dalamnya.

Tamat.

Episod Cot dan Tam yang lepas:
Cot Dan Tam: Rezeki!
Jom singgah juga blog Dayah. Kartun watak Cot dan Tam adalah originaliti idea dari beliau. Beliau berhak mendapat penghargaan juga. :)

Monday, April 26, 2010

Status Di Social Network: Jangan Percaya Sangat!



Sebelum popularnya Facebook, Friendster terlebih dahulu popular. Dahulu, ranking atau kedudukan carta trafik tertinggi bagi kategori social network adalah MySpace dan Friendster. Kini, tidak lagi. Facebook mendahului segala-galanya. Sesiapa saja menggunakan Facebook. Dari orang perseorangan, hinggalah organisasi-organisasi berdaftar dan tidak berdaftar.

Sebenarnya aku tidak mahu bercerita tentang kelebihan atau keburukan Facebook, Friendster, atau apa jua berkenaan social network. Bukan review juga. Tapi aku mahu bercerita tentang pengalaman berkaitan aku dan social network ini.

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

Peristiwa ini terjadi pada akhir tahun 2001. Aku baru habis zaman persekolahan. Waktu itu, fiil nakal menjadi-jadi. Lebih-lebih lagi bila berkecimpung ke dalam dunia internet. Selain Yahoo! Messenger, mIRC, dan ruangan sembang yang lain, social network iaitu Friendster menjadi satu kewajipan untuk aku layari setiap hari. Tujuannya satu; menggatal! Di ruangan chat, mungkin sukar sangat untuk melihat muka atau gambar pemilik. Tapi jika di social network, perkara itu tidak mustahil. Buka profile, klik pada gambar, nah! Gambar apa mahu? Yang cantik? Yang kurus? Yang slim? Pilih, pilih!

Jika tidak berdahi licin, kulit putih melepak, badan cutting 'baik punya', muka ala-ala artis, aku tidak akan buka. Jangan katakan komen, tengok gambar pun tidak mahu. Ayat-ayat jiwang dan cair aku akan gunakan untuk memikat. Biasanya aku akan aim kepada yang cantik, gebu, dahi licin, badan slim river, dan yang paling penting, yang masih single untuk dipikat. Umur juga menjadi spesifikasi aku untuk memikat. Kalau muda, tidak lebih dari 2 tahun muda dari usia aku. Kalau tua, tidak lebih 1 tahun dari usia aku. Waktu itu, umur aku 17 tahun. Maka perempuan-perempuan yang lingkungan 15 hingga 18 tahun menjadi pilihan.

Dalam ramai-ramai aku 'ayat', akhirnya 'sangkut' seorang. Sudah tentu perempuan. Cantik dan putih melepak. Kurus, tinggi lampai dan tidak bertudung. Bermula dari kawan. Kemudian makin rapat. Dan terus rapat. Perempuan itu tinggal di Kuantan, Pahang dan berumur 18 tahun. Umur 1 tahun lebih tua dari aku waktu itu.

Setelah kenal rapat hanya di ruangan sembang dan Friendster dalam hanya tempoh beberapa bulan, aku bercadang untuk bersua muka dengannya pula. Pada mulanya, perempuan itu agak keberatan. Setelah dipujuk rayu, perempuan itu bersetuju. Lokasinya di Kuantan Parade. Salah satu tempat shopping complex popular di Kuantan waktu itu sebelum adanya Kuantan Megamall.

Dipendekkan cerita, aku tiba lebih awal di sana. Aku menunggu di tempat seperti yang dirancangkan. Panggung wayang. Setelah beberapa lama menunggu, dia pun tiba. Aku dapat mengecamnya melalui gambar di laman Friendster. Aku lihat dia berjalan perlahan ke arahku. Apabila perempuan itu merapati, aku kaget apabila ada seorang lelaki mengekori perempuan itu. Perempuan itu tersenyum sambil memperkenalkan diri dan lelaki itu.

"Awak Latip, kan?" soal perempuan itu. Aku mengangguk dan terus senyum.

"Saya ***********. Kawan Friendster awak. Dan.. perkenalkan. Ini bakal suami saya. Maaflah. Saya lupa nak bagitahu awak fasal bakal suami saya ni."

Aku terperanjat. Lelaki itu menghulurkan jabat salam sambil tersenyum. Aku menyambut jabat lelaki itu seraya bertanyakan khabar.

"Errr.. kahwin awal?" soalku.

"Ya. Jodoh dari our parents," jawab lelaki itu, sedangkan soalan aku ajukan kepada perempuan di sebelahnya.

Kemudian, kami bertiga meronda-ronda sekitar ruang dalaman kompleks membeli-belah Kuantan Parade. Aku membuntuti mereka berdua. Pasangan seolah-olah suami isteri walaupun belum lagi ada ikatan sah. Perasaan aku waktu itu.. segan ada, geram ada, kecewa ada, terkedu pun ada.. bercampur baur (anda mungkin faham macam mana perasaan aku waktu tu!). Rasa macam patung. Akhirnya, aku meminta diri pulang setelah bosan mula menerjah jiwa.

Aku sempat menoleh belakang. Namun.. mereka berdua langsung tidak endah! Siap ketawa riang dan manja lagi! Memang lahabau.

Tiba di rumah, aku buka laman Friendster, dan aku terus buang perempuan itu dari friend list aku. Buang juga di Yahoo! Messenger. Simpan pun tiada gunanya jika perempuan itu sudah mahu berkahwin awal.

Aku tidak serik. Selepas itu, aku cari yang lain pula. Selepas itulah, baru aku bertemu dengan Zura di ruangan sembang. Tapi.. tapi.. tapi.. Huh! Korang baca la sendiri!


Ini info 'cikaro' dalam Facebook. Bolehkah aku percaya semua maklumat ini? Baca aje boleh la kot! Percaya.. oh tidak!
Satu dalam seribu kemungkinan jodoh anda berada di alam internet! Tapi, aku tidak mahu mengambil risiko untuk mencarinya! Haha!

Thursday, February 04, 2010

CONTEST!!! : If I Were A Millionaire

Mode : Sticky

Anda bosan tidak tahu apa yang mahu ditulis di blog anda? Buntu? Ketandusan idea? Apa kata korang semua sertai contest aku ini. Sekurang-kurangnya, ter'update'lah juga blog korang. Manalah tahu jika korang bernasib baik, korang boleh menang contest aku ini?

(credit to Emila Blog)

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

Contest ini senang saja. Anda hanya perlu menulis satu entry berbentuk esei menceritakan tentang angan-angan @ impian ATAU pengalaman anda sebagai SEORANG JUTAWAN (tu pun kalau ada la..). Anda bebas menulis samada dalam bahasa Inggeris ataupun bahasa Melayu. Bahasa-bahasa lain seperti Indonesia, Thailand, dan mana-mana bahasa yang tidak berkaitan, janganlah tulis ya. Kalau tulis juga, aku geget korang. Haha.. Antara syarat-syarat lain adalah seperti berikut;

1) Sila 'link'kan entry korang ke blog aku (syarat umum dan WAJIB).
2) Sila maklum penyertaan anda di ruangan komen entry ini, BUKAN di ruangan chat.
3) Anda BEBAS salin dan tampal (copy and paste) ilustrasi di atas, buat perhiasan. Haha..
4) Tajuk entry BEBAS! Asalkan kandungan entry tidak lari tajuk, okey? Haha..
5) Sesiapa pun boleh sertai, tidak kisah follower ke bukan follower ke.. Join je..

Hadiah.. Hm.. Hadiah ek..? Korang mahu hadiah juga ke? Haha.. Okey.. Hadiah-hadiahnya;

Pemenang tempat pertama, akan mendapat title 'Mat/Minah Jenin Era Baru' DAN RM30 top-up.

Pemenang tempat kedua, akan mendapat title 'Pengigau Siang dan Malam' DAN RM20 top-up.

Pemenang tempat ketiga, akan mendapat RM10 top-up tanpa apa-apa title. Hahaha..
(Yang pakai postpaid, hadiah boleh convert ke tunai)

Nampak aku macam main-main, bukan? Oh, tidak. Title tu mungkin main-main. Top-up tu bukan main-main, okey?

Hadiah tidaklah selumayan mana pun. Ini adalah contest suka-suka saja. Budak-budak sekolah pun boleh karang esei macam ini. Kalau sebelum ini, korang asyik gelakkan esei budak-budak sekolah, apa kata korang plak tulis esei. Boleh kita gelak sama-sama pula. Amacam? Ada berani? Kalau berani, jom sertai contest dari aku ni..

TARIKH TUTUP:
4 MAC 2010!!!


Peace!

Sunday, August 16, 2009

Suara.. Aku berharap..

jom layan dua lagu ni.. sama je cuma singer je lain.. aku suka lagu-lagu ni.. mengimbau banyak kenangan..



DOWNLOAD THIS SONG!



DOWNLOAD THIS SONG!

Tuesday, June 09, 2009

Hajat tak kesampaian..

ini cerita lapuk..

aku sebenarnya kempunan untuk bermain bowling.. apakan daya, hajat untuk 'melampias nafsu' bermain bowling tidak kesampaian..

beberapa hari sebelum kejadian..

"gaji dah masuk.. bowling malam ni, jom!", pelawa aku kepada seorang kawan aku..

"malam esok! amacam?", balas kawan aku..

"set!"

keesokkannya dalam pukul 10 pagi, kawan aku masuk ofis tergesa-gesa..

"kenapa?", tanya aku..

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

"tengok Berita Harian Online! stadium runtuh!", seru kawan aku..

"HAH?!"

tanpa berlengah, aku terus membuka Berita Harian Online.. dan dengan dukacitanya, aku membaca perkhabaran berita tersebut..

"aaaaaa..! habis macam mana malam ni? cancel?", tanya aku..

"ye la! nak main macam mana kalu stadium dah runtuh bro!", balas kawan aku..

dengan hati yang lara, aku terdiam..

kalau tak salah aku, ada dua pusat bowling di Terengganu.. namun, di stadium ini antara yang terbaik di Terengganu (juga termasuk di Mid Valley, dan The Mines.. pusat ini antara yang terbaik!)..

aku kecewa!

gambar sebelum..

gambar selepas..

hari ini..

"bowling jom!", pelawa aku kepada kawan aku..

"stadium kan blom pulih.. main kat mana lagi?", tanya kawan aku, sinis..

"kat rumah sudah! dalam bilik! tapi sorry lah.. pin ada satu ja..!", kata aku sambil tergelak..

"cis!", marah kawan aku sambil menyambung kerjanya..

*** double meaning!

Friday, April 10, 2009

Disapa makhluk di tingkap

cerita seram dari aku.. jom layan..

malam semalam, aku keseorangan di rumah.. selesai saja solat isyak, aku lepak di bilik adik aku.. tujuan aku hanya satu; layan blogging, yang sudah menjadi hobi sambilan aku kini.. dalam beberapa ketika, pintu bilik diketuk.. aku lihat mak aku masuk ke dalam bilik dan memberitahu kepadaku, "mak, ayah dan adik-adik nak tidur di surau malam ni.. nak ikut?"

"tak lah kot, mak.. tak apalah, saya jaga rumah ngan adik..", jawab aku.. mak aku hanya mengangguk..

"adik kau ni, asalkan malam, merayap.. asal malam, merayap.. tak reti-reti duk kat rumah.. nanti adik kau balik, suruh dia duk kat rumah aje..", bebel mak aku..

"baiklah, mak..", jawab aku ringkas..

begitulah setiap malam jumaat.. keluarga aku akan bermalam di surau ayah aku yang telah diwakafkan pada akhir tahun lepas.. pada sebelah paginya, keluarga aku akan mengadakan satu majlis yang dipanggil 'solawat burdah' pada setiap hari pagi jumaat.. rumah aku agak menjauh sedikit daripada kejiranan.. belakang rumah adalah hutan kecil.. pada sebelah malam, agak menyeramkan juga jika berjalan kaki berseorangan.. walaupun begitu, bagi aku yang sudah 3 tahun menetap di rumah baru ini, sudah menjadi kebiasaan..

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

kebetulan pula bilik adik aku berada di belakang, juga mengadap betul-betul dengan hutan tersebut.. sementara komputer adik aku pula berada di sebelah tingkap bilik.. maka, aku dengan jelas boleh melihat kesuraman, dan kegelapan malam di luar tingkap.. kadang-kadang agak berasa seram, dan kadang-kadang berasa agak nostalgik juga.. nostalgik bagi orang berhati keras seperti aku..

entah kenapa malam itu, aku berasa lain.. hati tak berapa sedap.. keadaan cuaca bilik pula panas.. ah, aku buat tidak tahu sahaja.. "mungkin nak hujan malam ni..", bisik hati aku, sekadar menyedapkan hati..

lebih satu jam aku mengadap komputer adik aku.. jam menunjukkan pukul 11.45 malam.. adik aku belum lagi pulang.. aku masih lagi keseorangan di rumah.. sedang aku sibuk melayan internet, tiba-tiba aku tersentak bila angin kuat tiba-tiba menghembus masuk melalui tingkap bilik.. tiupan angin tersebut menghasilkan bunyi deruan yang agak menyeramkan.. tiupan angin yang kuat itu juga menerbangkan beberapa helai kertas-kertas yang ada di atas meja komputer.. aku menoleh ke luar tingkap.. hati aku berbisik, "angin dari mana pula ni? peliknya.." aku melihat ke langit.. tiada langsung tanda-tanda mahu hujan atau ribut.. bingkas aku bangun dan mengutip kembali kertas-kertas yang diterbangkan oleh angin tadi..

"nak ditutup tingkap, nanti panas pula bilik ni.. ah, biarkan sajalah ia terbuka.. sekurang-kurangnya bagus juga angin malam masuk..", bisik hati aku..

aku kembali menyambung ber'blogging'.. ya.. memang pada waktu itu, aku berasa tidak sedap hati.. kalau angin tiup memasuki tingkap bilik berterusan berkali-kali tidak mengapa.. tidak dihairankan sangat.. inikan hembusan angin tersebut hanya sekali.. kuat pula..

aku menoleh sekali lagi ke luar tingkap.. memandang ke arah hutan kecil.. gelap.. tidak nampak apa-apa..

sebaik saja aku menoleh ke skrin komputer, tiba-tiba aku di sapa oleh satu suara..! aku betul-betul tersentak dan terkejut..!

"abang.. buka pintu.. adik lupa la bawa kunci rumah.."

celaka! adik aku rupa-rupanya.. jantung aku berdegup kencang kerana terkejut..

"yang kau tak call aku kenapa??!! terkejut aku kau sapa aku kat tingkap ni, kau tau tak?!", marah aku kat adik aku.. adik aku hanya tersengih macam kerang busuk..

"haaaa.. abang takut ek.. hahaha.. tu la.. asyik sangat layan internet.. padan muka!", kata adik aku sambil gelak besar sebab tengok muka aku yang terkejut.. er.. pucat kot.. hehe..

walaupun begitu, aku masih berfikir.. angin apakah yang menghembus kuat masuk melalui tingkap bilik? tidak mungkin adik aku meniup dengan mulutnya, sebab angin yang menghembus itu benar-benar kuat hingga menerbangkan kertas-kertas yang ada di atas meja komputer! tidak logik pula jika mengatakan adik aku yang menghembus dengan mulutnya!

malam itu, adik aku tidak terus memasuki bilik.. sebaliknya, dia ke ruang tamu dan menonton televisyen.. tinggal aku keseorangan juga.. oleh kerana sudah lewat, dan hati masih tidak tenteram dek kejadian aneh tadi, aku terus tutup komputer dan balik ke bilik.. terus saja aku tidur..

Sunday, March 22, 2009

Pingu di Stesen Petronas???

apakah???

anda kenal pingu, bukan? tadi saya terserempak dengan pingu..

eh..! bukan yang ni.. yang atas ni dalam TV.. yang aku jumpa ni real punya.. klik je sini kalu nak tau..

muahahahahahahahaha!!!

Sunday, March 15, 2009

Wayang di Mid Valley #2

penat betul aku hari ni.. oleh kerana semalam aku seharian bersama Norway, hari ni aku penat gile.. pagi aku bangun trus pegi Mid Valley (Mid).. awalnya aku segar bugar.. menghala ke petang, aku mengantuk tahap kronik peringkat cipan.. cipan pun tak mengantuk cam aku.. planning nak 'berkampung' lagi di Mid (ntah ape menarik sangat Mid agaknya..) sampai ke waktu maghrib.. tapi aku btol2 dah tak larat sangat nak buka mata aku..

ops! aku bukannya nak bercerita pasal mengantuk, ok? ehem2.. hari ni sebenarnya aku pegi tengok wayang.. serik dah tengok cerita melayu.. so hari ini, aku choose cerita english plak.. apakah??? ya.. english movie.. iaitu.. Street Fighter: The Legend of Chun-Li! wahuuuu..! best siot cerita ni..! so tak rugi la aku tengok cerita ni.. nak plak cerita gaduh-gaduh, lawan-lawan.. memang aku suka la..

pada awalnya, aku nak tengok cerita Dragonball Evolution, tapi kebetulan seat tak berapa nak best.. seat kat belakang semua dah ditempah orang.. dammit.. takkan nak amik seat depan.. tak suka la aku.. sakit tengkuk aku nak mendongak.. kalu korang pun sure pilih seat belakang kan..? baru thrill nak tengok wayang, betul tak?

ok, aku nak review sikit pasal citer ni.. berdasarkan tajuk, ia berkisar tentang kisah salah satu watak dalam game Capcom terkenal sewaktu masa dulu, iaitu Street Fighter.. siapa tak kenal game konsol Street Fighter? bila sebut Street Fighter, semua orang yang lahir tahun 80-an tahu akan game ni.. jika sebelum ini, movie Street Fighter dilakonkan dan di-'life-action'kan oleh Jean Claude Van Damme.. cerita tersebut memang mengikuti watak game Street Fighter, berbanding movie Lagend of Chun-Li ni.. jalan ceritanya pula amat berbeza.. untuk movie Legend of Chun-Li ini, ia berlatarkan kisah awal (pra-cerita) Chun-Li, iaitu salah satu watak di dalam game Street Fighter.. nak dikatakan penglibatan awal pun, tak juga.. sebab pada ending cerita baru diceritakan jemputan Gen (watak Ken di dalam game) ke arena Street Fighter kepada Chun-Li.. movie ni lebih menceritakan bagaimana Chun-Li menjadi seorang jaguh jalanan apabila bapanya diculik Bison dengan bermotifkan memperguna bapanya untuk kepentingan Bison sendiri.. walaupun sejak kecil Chun-Li diberi kepercayaan penuh oleh bapanya untuk menjadi pemain piano terkenal..

bermula pada penculikkan bapanya, Chun-Li mula menjejak bapanya apabila mendapat skrol yang tidak diketahui dari mana datangnya dan siapa yang menghantarkan kepadanya.. setelah disiasat dan mencari, Chun-Li dibawa ke Bangkok, Thailand dan bertemu dengan Gen.. setelah bertemu dengan Gen, Gen telah mendedahkan Chun-Li kepada asal usul pertubuhan Shadaloo dan siapakah muka-muka tertinggi di dalam pertubuhan tersebut.. salah seorangnya adalah tidak lain dan tidak bukan adalah Bison..

disamping itu, cerita ini juga memperkenalkan beberapa watak baru bagi memperkuatkan jalan ceritanya, iaitu Nash dan Maya.. Nash adalah salah seorang anggota polis interpol yang sekian lama cuba menjejaki dalam usaha memberkas Bison.. tetapi 14 kali cubaan, dan 14 kali jugalah menemui jalan buntu dan gagal.. dengan bantuan Chun-Li, Nash dan Maya berjaya mengesan kedudukan Bison, di mana sewaktu itu Bison membuat cubaan menyeludup masuk White Rose, yang dianggap amat penting bagi Bison..

dalam perjalanan mencari bapanya, pelbagai rintangan dan cabaran telah dihadapi oleh Chun-Li sehinggalah Chun-Li ditangkap oleh Bison.. walaupun dapat bertemu dengan bapanya dalam jangka waktu yang amat singkat, akhirnya bapa Chun-Li dibunuh juga oleh Bison di depan matanya sendiri.. begitupun, Chun-Li dapat memperboloskan diri.. dengan tunjuk ajar Gen, Chun-Li dapat mengalahkan salah seorang 'orang kuat' Bison, iaitu Vega.. dan pengakhiran cerita Chun-Li juga dapat membunuh Bison walaupun Gen sendiri kalah ditangan Bison..

masih kasar kan cerita aku? nak tahu lebih lanjut? baca sinopsis DI SINI.. tak faham? pegi tengok sendiri.. hahaha.. aku bleh bagi 3 1/2 bintang untuk cerita ni.. best! tak rugi la kalu korang tengok..

Saturday, March 14, 2009

Gadis itu lagikah?!

hari ni seharian aku 'dating' dengan kawan satu Jasper aku, Norway.. kami kenal rapat semasa sesi terakhir di Jasper Kemaman dan tiga bulan on-job-training di M2Farm, Kuala Terengganu.. setelah Norway mendapat tawaran kerja di Encoral Technology Sdn Bhd, aku sudah jarang-jarang sekali berbual dan ber-SMS dengannya.. bertemu lagi la susah.. oleh kerana aku sudah berada dan bekerja sementara di Kuala Lumpur ni, maka aku ambil peluang hari minggu begini untuk bertemu rakan-rakan sekolah, rakan-rakan sekolej, dan rakan-rakan yg lain selainnya..

seperti dijanjikan, aku sampai Mid Valley awal.. pukul 10.30 pagi, aku dah terpacak berdiri di depan pintu selatan Mid Valley.. dipendekkan cerita, seawal pagi tu kami sarapan dulu.. perut aku berdendang lagu ulik mayang dah.. ala gentleman gitu, aku treat Norway ni makan pagi.. maklumlah.. semasa di M2Farm dulu, Norway selalu je belanja aku makan.. so tak best la kan asyik dia aje treat aku makan.. so kali ni aku tak kisah sangat la kan treat dia untuk sarapan pagi.. walaupun Norway menawarkan diri untuk membayarnya, tapi aku tolak dan berkata, "belanja boling ok?", Norway terus aje mengangguk kepala tanda setuju..

untuk pengetahuan korang, asalnya ada dua perkara sebab apa Norway mahu berjumpa dengan aku.. first, ajak aku lawan bowling.. untuk lepaskan tension bekerja dia.. dan second, nak suruh aku tolong tengokkan coding untuk projek UPM dia.. oleh kerana dia 'bekas' anak murid aku di M2Farm dulu, takkan aku nak menolaknya plak kan? nak plak aku dah hampir sebulan tak pegang bola boling neh.. hehehe..

selesai kami berdua sarapan, kami terus je ke Cosmic Bowling.. kami layan boling dua game setiap seorang.. game pertama aku kalah ngan Norway.. game kedua, baru aku menang balik.. fair la kan.. hehe.. lane kat Mid Valley ni tak berapa best la.. tu pasal aku kalah game pertama.. errr.. ke balingan aku yg tak best..? selesai boling, aku membantu Norway tengok-tengokkan coding dia.. tapi kesian Norway.. laptop dia plak takde bateri.. area tu plak takde langsung extension power supply untuk sambungkan ke laptop.. so, aku bantu dia sekerat jalan je.. tapi dengan berdasarkan modul kerja dia, aku terang dan guide dia serba sedikit pasal projek UPM tu.. selepas tu, kami ronda-ronda, pusing-pusing sekitar Mid Valley..

dijadikan cerita, dalam perjalanan menuju ke tingkat dua di South Court, aku terserempak dengan seorang gadis yang hampir sama raut wajahnya ngan gadis yang aku bertemu semalam! ah, tak mungkin.. aku amati betul-betul wajah si gadis.. tapi disebabkan masa tu aku dan naik esculator, maka aku tak sempat perhatikan raut wajahnya dengan betul.. sementara si gadis tersebut berada di bawah bersama...... seorang lelaki???!!!

"ah, tak mungkin..mungkin gadis lain ni.. tak pun pelanduk dua serupa..tapi......... cara dressing dia sama la ngan gadis semalam!", bisik aku dalam hati..

aku cuba melupakan raut wajah si gadis yang aku bertemu dan bertentang mata semalam.. bila aku melihat kembali gadis yang aku bertemu di Mid Valley petang tadi membuatkan aku berkhayal kembali.. ah! pelbagai persoalan bermain difikiran aku.. oh, tuhan.. apakah dugaan yang kau turunkan kepadaku? kami berpisah untuk pulang pada pukul 8 malam.. setelah aku menghantar Norway ke stesen train Mid Valley, aku still tertanya-tanya.. adakah gadis itu yang aku bertemu semalam?!

sekali lagi.. seketika aku post entry ini, fikiran aku masih melayang dan terbayang akan raut wajah si gadis cantik.. ah, tidak.. tidak mungkin.. adakah aku betul-betul jatuh cinta pandang pertama pada gadis cantik itu?!

tapi.. jika benar si gadis yang aku bertemu petang tadi adalah orang yang sama yang aku bertemu petang jumaat semalam?! jika benar, siapa lelaki tu? yang tak sedap hati, mereka berpegangan tangan! maka sahlah mereka couple atau.......?!!

TTIIIIDDDAAAAKKKKKKKKK!!!

Wednesday, March 11, 2009

Jom korek idong!

apakah???

klik gambo ni kalu nak perbesor view.. (auto open new window)

agaknya bleh caye ke pakar kesihatan org kapiaq neh? apakah hanya nak perbodoh-bodohkan kita? hm.. tepuk dada, tanyalah selera..




*..silence..*




"er.. selera, selera.. boleh caye ke fakta kat atas ni, wahai selera?", kata aku sambil tepuk dada sendiri..

Kasih seorang isteri

Di sempena Hari Wanita, aku ada satu kisah utk tatapan korg.. jom layan..

**********

Nura memerhatikan jam di dinding.. Sudah dekat pukul 12.00 malam.. Argh... Dia lambat lagi malam ini.. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.

2 pagi..

"Nura.. Nura.. bangun sayang..", Hilmi mengejutkan isterinya.

"Eh! Abang dah balik? Maaf, abang.. Nura tertidur.. Abang nak makan?", tanya Nura.

"Tak apalah.. Abang dah makan tadi.. Jomlah kita tidur di atas..", jawapan yang cukup mengecewakan Nura.

"Arrggh rindunya Nura pada abang.. Rindu nak makan semeja dengan abang.. Abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni? Ikan cencaru sumbat kesukaan abang!", luah Nura dalam hati.

"Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu", pinta Nura sambil menuju ke dapur.

Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta, kecil hatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar. Tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.

Klik sini untuk meneruskan pembacaan..

"Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam, tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura", bisik hati kecilnya. Aargghh rindunya Nura pada abang.

"Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang", lalu dikucup dahi suaminya yang sudah nyenyak tidur itu.

Selesai solat subuh, Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan khusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi. Lantas dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.

"Assalamualaikum..", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat.

"Wa'alaikumsalam, sayang..", Nura cuba bermanja sambil menambah, "Abang nak kopi atau teh?"

Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja. Dia ada 'presentation' dan hendak cepat. Mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan terus tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suaminya hingga ke muka pintu.

"Abang.. Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura", kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi. Arrghh rindunya Nura pada abang.

**********

"Mi, semalam pukul berapa kau balik?", tanya Zikri.

"Dekat pukul 2 pagi", jawab Hilmi acuh tak acuh.

"Wow dasyat kau.. Kalah kami yang bujang ni.. Wei! Semalam malam Jumaat ler.. Kesian bini kau..", Zikri bergurau nakal.

"Apa nak buat.. Lepas aku siapkan pelan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak.. Sedar-sedar dah pukul 2 pagi.. Aku balik pun bini aku dah tidur..", balas Hilmi.

"Sorrylah aku tanya.. Sejak akhir-akhir ni, kau sengaja jer cari alasan balik lewat. Hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing. Kau ada masalah dengan Nura ke?", Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung.

"Entahlah Zek.. Aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah. Bukan aku bencikan Nura. Kami tak bergaduh, tapi.. entahlah!", terang Hilmi.

"Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau. Aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar. Amacam?", usul Zikri.

"Ok!", jawab Hilmi ringkas sambil menyambung kembali merenung pelan bangunan yang sedang direkanya.

**********

Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas. Hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan.

Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nura menangis sepuas hatinya. 5 tahun menjadi suri Hilmi. Bukan satu tempoh yang pendek. Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh. Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi.

Makin laju air matanya mengalir.

"Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?", tanya Nura 5 tahun yang lepas.

"Abang cintakan Nura setulus hati abang. Abang sanggup dan InsyaAllah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Nura.", janji Hilmi.

"Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?", tanya Nura lagi.

"Syyy...! Doktor pun manusia macam kita. Yang menentukan Allah. InsyaAllah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri..", kata Hilmi cuba meyakinkan Nura.

Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat.

Tapi, itu suatu masa dahulu..

Selepas 5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Nura pada abang..

**********

"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek. Sebenarnya aku tidak salahkan Nura. Dia tidak minta semuanya berlaku. Isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal.. Tapi... ", ayat Hilmi terhenti disitu.

"Tapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?", celah Zikri.

"Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya. Duduk rumah saja.. Sunyi.. Tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah. Aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi.

"Maksudnya, kau menyesal dan menyalahkan dia?", tingkas Zikri.

"Entahlah Zek. Aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia. Aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana simpati aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan..", jelas Hilmi.

"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?", tanya Zikri tidak berpuas hati seraya menambah, "Apa kata korang ambil saja anak angkat?"

"Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek! Kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu. Ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising. Mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup!", ujar Hilmi.

**********

Nura masih menanti. Selalunya hujung minggu, masa mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk orang tua Hilmi di kampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain, macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya. Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka. Biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka. Itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya. Maklumlah, dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit. Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Nura pada abang.

Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing. Dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setia kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi. Dia masih cuba memasak sesuatu yang istimewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi. Arghh tak apalah, demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Nura pada abang.

**********

"So you dah tahu I dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I. Kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?", tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya.

"I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua. I dah mula sayangkan you..", kata Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?

**********

"Abang. Nura tak berapa sihatlah, abang. Rasa macam nak demam saja..", adu Nura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat.

"Ye ker? Nah, ambil duit ni. Nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye.. Abang tak boleh hantar Nura ni..", jawapan Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura.

Arrgg rindunya Nura pada abang. Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik. Selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring. Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi.

Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini. Rindu pada manusia yang ada di depan mata setiap hari. Aargh rindunya Nura pada abang.

Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka mulut. Ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu. Dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.

"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?", Nura memohon keizinan seperti kelazimannya.

"Nura, dah lewat sangat ni. Esok sajalah. Abang letih!", bantah Hilmi.

"Tapi esok pun abang sibuk jugak. Abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat. Nura tak berpeluang abang", ujar Nura dengan lembut.

"Eh? Dah pandai menjawab?", perli Hilmi.

Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang Nura nak bincangkan.

"Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni?", tanya Nura.

"Nura, abang sibuk kerja cari duit. Dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?", Hilmi beralasan.

Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia. Lantas dia terus bertanya, "Dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura. Tapi sekarang..?", ujar Nura.

"Sudahlah Nura. Abang dah bosan, pening! Jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada!", bantah Hilmi lagi.

"Sampai hati abang abaikan Nura.. Nura sedar siapa Nura.. Nura tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak, bukan?", dan Nura terus bercakap dengan sedu sedan.

"Sudahlah Nura.. Abang dah bosan! Jangan cakap pasal tu lagi. Abang tak suka. Bosan betul..!"

Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi.

Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah. Nura menjadi risau. Telefon bimbit dimatikan. Nura risau. Dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan. Tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi hanya sekadar mengangguk.

Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. Demam Nura pula makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.

"Abang.. Pulanglah abang.. Pulanglah.. Nura ingin beritahu perkhabaran ini.. Pulang abang..", doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti. Bila masuk hari ketiga, dia sudah tidak tahan sabar lagi. Dia menelefon ke pejabat, dan telefon itu disambut oleh Zikri.

"Syukurlah Nura kau telefon aku. Ada perkara aku nak cakapkan ni. Boleh aku jumpa kau?", tanya Zikri.

"Eh, tak bolehlah. Aku ni kan isteri orang. Mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku. Berdosa tau!", tolak Nura.

Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. "Setianya kau, wahai perempuan..", bisik hatinya.

"Oklah kalau macam tu. Aku pergi rumah kau. Aku pergi dengan mak aku boleh?", pinta Zikri.

"Ok, kalau macam tu tak apalah. Aku pun dah lama tak jumpa mak kau. Last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan?", kata Nura tanda setuju.

**********

"Eh kenapa pucat semacam ni?", tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik!". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan. Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah.

"Nura.. Aku anggap kau macam saudara aku. Aku tak tahu macam mana nak mulakan. Aku harap kau tabah dan bertenang. Sebenarnya Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri. Aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni. Kau tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah. Cubalah selamatkan rumah tangga korang..", terang Zikri.

Nura menangis semahunya di bahu Mak Siti. Rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.

Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya.

"Ya, betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan juga. Abang takkan lepaskan Nura. Itu janji abang. Mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura kerana mereka juga sayangkan Nura. Dan Nura kena faham yang abang inginkan zuriat sendiri. Walau apa pun, persiapan sedang dibuat. Abang janji takkan abaikan Nura..", janji Hilmi.

Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa.

**********

Hilmi masih menanti di luar, rasa amat bersalah bersarang di kepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.

"InsyaAllah, Encik Hilmi. Dua-dua selamat..", terang doktor pada Hilmi.

"Dua-dua? Apa maksud doktor?", tanya Hilmi.

"Dua-dua. Ibu dan baby dalam kandungan tu. Tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh dan stabil. Saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran. Tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni..", terang doktor.

"Ya Allah! Nura mengandung! Ya Allah! Berdosanya aku pada Nura!", kesal Hilmi. Malu rasanya untuk menatap muka Nura.

"Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung?", kesal Hilmi.

"Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan tu. Nura tak sampai hati, bang. Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu..", jelas Nura.

"Nura.. Sebenarnya, abang belum bertunang dengan perempuan tu. Abang cuma sekadar berkawan saja. Belum pernah abang bincangkan soal kahwin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi..", janji Hilmi.

Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam di halaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa ke hospital. Dan mujur juga Nura pengsan di halaman, dapat dilihat orang.

**********

"Mama, kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat..", marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja di rumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.

"Ala Papa ni.. Biarlah mama buat.. Sikit sajalah..", balas Nura sambil tersenyum kepada suaminya. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni.

Dengan pengawasan rapi doktor, setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan. Dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Nura hanya berehat di hospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar. Amat berharga kehadiran dia nanti. Sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.

Kandungan sudah di penghujung 7 bulan. Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setiap tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah. Dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja. Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana. Hilmi makin risau, setengah jam kemudian doktor keluar.

Hilmi meluru. "Doktor, bagaimana keadaan isteri saya?", Hilmi terus bertanya.

"Sabar. Kami telah cuba sedaya upaya. Tahniah, anak encik selamat. Encik dapat anak perempuan seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain..", terang doktor.

"Apa maksud doktor?", tanya Hilmi yang sudah tidak sabar.

"Begini. Isteri encik telah kehilangan banyak darah. Kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan terus berusaha. Namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran dari pihak encik untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya..", jelas doktor.

"Buatlah doktor. Saya izinkan, asalkan isteri saya selamat!", rayu Hilmi.

**********

"Ermmm... lekanya dia sampai terlena..", tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Nura masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah, buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu. Hatinya terlalu sepi. Semalam dia mimpikan arwah ibunya datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Nura menjadi seorang perindu, dia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Hilmi.

"Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira..", pujuk Hilmi menenangkan Nura.

"Abang..! Tolong Nura, bang!", laung Nura dari bilik air.

"Ya Allah! Nura! Kenapa ni?!", Hilmi ketakutan.

"Mak..! Tolong mak..! Makkkkkkkkkkk!!!", Hilmi menjerit memanggil emaknya di dapur.

"Cepat! Bawa Nura pergi hospital! Cepat, Hilmi!", perintah Mak Zaharah.

**********

"Maaf, encik. Kami tak dapat selamatkan isteri encik. Terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa. Dia terlalu lemah dan akhirnya dia terlebih dahulu menghadap Yang Maha Esa. Bersabarlah, encik..", terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu. Langsung sahaja air mata lelakinya tergenang di pipi.

Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu. Seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu. Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu. Akhirnya dia terlelap didakapan papanya.

**********

Abang yang Nura rindui dan kasihi..

Abang.. Maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang. Nura tak harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura.
Itu harapan Nura, bang. Nura masih ingat. Rumah tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang. Tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan. Untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kepayahan demi zuriat ini, bang.

Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setiap katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa setiap tendangan dia abang. Nura bahagia. Cukuplah saat manis ini, Nura dan dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja, Nura redha bang. Siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura tak mampu abang.

Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa. Dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha.

Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika. Andai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Nura. Janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.

Abang yang Nura rindui dan kasihi..

Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang. Tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang...

Nura rindukan abang... Nura rindu sangat dengan abang.. rindu bang.. rindu sangat..

Selamat tinggal, abang..

Dari,
Isterimu yang mencintai..

18SG: Otak Bersepai Kena Langgar!

nak tengok? Klik je sini..

muahahaha..! kene tipuuu..!

Saturday, March 07, 2009

Kereta Idaman

salam..

ramai orang bertanya especially kawan2 aku..

"latip, bila kau nak pakai kereta?"

"latip, kau kan dah keje.. tak teringin ke nak pakai kereta sendri..?"

"bai..gaji besar takkan simpan koootttt..! beli je kereta satu bai..!"

"dari kau pakai moto, baik kau beli kereta.. hujan panas kau takyah pikir beb.. lgpun kau nak ke mana2 senang wo.."

dan.. yg paling aku suka soalan, "latip.. kau takde kau punya dream car ke..?"

so.. utk menjawab semua persoalan yg dipersoalkan itu, utk entry kali ni aku nak citer sikit pasal 'my dream car' atau 'kereta idamanku'.. selalunya penulisan macam ni banyak sangat yg dibuat di sekolah kan..? aku still ingat waktu sekolah dlu2.. amboi.. macam2 idaman.. maklumlah pada tahun 1991, kereta nasional iaitu proton saga dah dikeluarkan dan dipasarkan di negara kita.. masa tu mmg tersohor sangat2 pasal kereta saga.. so masa darjah satu, aku selalu sebut pasal kereta saga ialah kereta idaman aku.. bila diingatkan dan diimbau kembali, rasa lucu pun ada.. masa tu budak2.. tahu apa la sangat pasal teknologi kan..

Klik sini untuk meneruskan pembacaan..

kini aku tidak langsung berminat dengan kereta nasional.. kenapa? kerana kereta nasional sangatlah tidak memuaskan hati.. aku tak hairan jika setakat enjin campro ke ape ke.. tp yg aku pentingkan sekali adalah dari segi kualiti dan keselesaan.. memanglah kereta nasional tu lebih murah berbanding kereta import atau kereta buatan bukan nasional.. ya.. berpadananlah dengan harga murah dan kualiti yg sangat2 kurengggg.. mmg aku tak nafikan.. mana2 kereta pun akan mengalami kerosakan ke ape ke.. seperti yg aku sebut tadi, aku lebih pentingkan kualiti, dan keselesaan berbanding harga.. aku tak kisah jika harga tu mahal asalkan selesa dan berkualiti serta bermutu..

kereta idaman pertama.. BMW M3 Schnitzer!

ramai orang cakap aku ni hangin je lebih.. konon berkhayal dan berangan.. konon aku tak layak memiliki kereta mewah ni.. correction ek; ni kereta idaman.. nama la idaman.. bukan aku niat nak beli pun.. lainlah kalu aku ni ada rezeki mmg aku sambar je kereta ni satu.. tp aku sendri pun tak berani nak cakap la bila aku berkemampuan nak beli kereta camni kan.. milionnaire takpe la gak.. tp kalu dah rezeki Allah swt anugerah utk aku, semuanya boleh jadi kan? bak kata org bijak pandai, "dari angan2 bermula la idaman.. dari idaman bermula la cita2.. dari cita2 bermula la usaha.. dari usaha bermula la kenyataan.." so, bila usaha membuahkan hasil, insyaAllah aku pakai kereta BMW M3 Schitner ni.. asalkan usaha kena la lebih.. btol tak? bukan setakat M3 sahaja idaman aku.. kalu dapat 3 series pun dah kira okay bagi aku.. jenama BMW (Bavaria Motor World - kalu korg tak tau maksud dia..) mmg jenama paling aku suka sejak dulu lagi..

kereta idaman kedua.. Toyota Caldina GT!

yg ni aku mmg suka tengok.. ramai dah org pakai kereta ni.. kereta ni bukan MPV walopun nampak cam MPV.. kalu kat jepun, spec ni lebih kepada sport.. maybe utk model GT ni je la kot.. aku pun tak pasti.. yg penting model ni mmg aku admire gile.. td aku balik dari lunch, terserempak ngan kereta ni.. cantiknyeeeeeeeeee.. geram aku tengok.. *sabar.. sabar..* insyaAllah someday, i will get it one! aku pakai BMW M3 Schnitzer, isteri aku plak pakai Toyota Caldina GT.. cewahhh.. mmg aku btol2 berangan lebih niii.. hahaha..

kereta idaman ketiga.. Toyota Vios J!

haa.. yg ni last choice aku.. orang cakap kereta ni murah.. ye ke murah? hm.. baru2 ni mak punya kawan aku dah sambar sebijik kereta ni.. model J terbaru.. not bad gak la.. bayar muka dalam RM6K, dan bulanan dalam RM7++.. ngan gaji aku skrg, boleh sangat nak pakai kereta ni.. tp.. sabaaaarrrrr.. blom masanya lagi.. "bertahan dulu ek wahai encik aduka.. dah sampai masa, kau sambar la satu kalu nak pakai sangat kereta", kataku pada diriku sendri.. hahahaha.. ramai org cakap model kereta Vios terbaru ni huduh sikit sebab nampak kementot! ya, mmg aku tak nafikan.. tp bg aku style kita boleh ubah.. tp kena mod sikit la.. pasang body kit pun dah sure gempak!

amacam? okay tak kereta idaman aku..? hehe.. berangan je lebih kan? tak apalah.. at least menjadi pendorong utk aku mengejar apa yg aku impikan.. yg penting, usaha dan berdoa! setakat ni ini je kereta idaman aku.. ntah la, mungkin ada lagi kot model2 terkini yg bakal menggugat kedudukan kereta idaman aku sekarang? aku tak tau.. oh ya.. ada juga beberapa org rakan bertanya..

"kau tak suka ke kereta sport, latip? cam evo ke.. skyline ke.. subaru ke.."

ya.. di sini aku menjawab persoalan tersebut.. aku kurang berminat dengan kereta yg selalu menjadi idaman orang.. aku lebih suka kereta yg nampak executive dan dalam masa yg sama nampak sporty.. evo ke skyline ke aku tak suka.. diulangi; tak suka.. sebab tu la aku letak BMW di tangga teratas berbanding kereta2 lain.. lain la kalu ada org nak bagi free kereta evo ke skyline ke.. mmg aku tak cakap banyak, sambar jeeee.. org nak memberi, kita takkan menolak kan..? *tapi ada ke org nak bg free..?* hahaha..

pastu ada plak org bertanya, "dah tu kawen bila lagi, latip?"

untuk menjawab persoalan ni, nanti lah aku explain kat entry yg lain ya.. entry ni aku just nak citer pasal kereta idaman aku je.. pasal kawen ke apekebende ke, tunggu je la next entry okay? nanti panjang plak entry kali ni.. korg bukannya suka sangat pun baca entry panjang2.. huh!

Monday, March 02, 2009

Panggung di Mid Valley

1 Mac 2009, 10.30am..

aku still tido.. maklumlah hari minggu.. qada balik hari2 keje aku yg kekurangan masa tido.. aku terjezut dari tido bila adik angkat aku anto mesej..

"abg, cancel kul 12.. pkul 1.30 ok? cousin adik ade kat umah.."

aku pun balas ringkas, "ok dik.. abg ok je.. jumpa sana kul 1.30.."

entry sblom ni aku ada cite pasal adik angkat aku ajak pegi tengok wayang.. klik SINI kalu korg blom baca.. tp entry tu aku citer semasa aku berada di Kemaman, hari sebelum aku bertolak utk bertugas di KL.. beberapa hari yg lepas, aku still berSMS ngan adik angkat aku ni.. dalam perbualan menerusi SMS, kami blom confirm pun di mana dan bila utk kami ketemu.. semalam (Sabtu) adik angkat aku menghantar SMS;

"abg, adik nak ajak abg tengok wayang.. nak x? abg dkt ngan mid valley kan? jumpa sana k..pkul 12 ok?"

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

tp hari ni (Ahad), adik angkat aku cancel plak pkul 12 dan ditunda pada pkul 1.30pm, mcm aku tulis kat atas td.. oleh kerana jam masih pkul 10.30, aku sambung tido balik.. hehehe.. tengah syok cari mood tido, tetiba kawan baik aku time kolej dlu, Yatie, mesej aku.. tp bila aku reply, dia diam je.. dammit.. mesti nak aku call die.. then aku pun call la kan..

"hah.. apehal ko? lama x dengar citer..", cakap Yatie..

"aku ok je.. oi semalam aku call ko.. amboi2.. senang2 je ko cakap nak tido ek.. dah lama aku tak borak ngan ko.. hampeh..", kata aku..

"ala, sorry la smalam aku ngantuk gile.. ko ade kat mane latip?"

"aku ade KL la syg.. aku call smalam nak bgtau tu la..", jawab aku..

"hah?! amboi ko.. tak bgtau awal2 tu nape?"

"hahaha.. aku lupa ko ade kat sini!", sambil aku gelak besar..

"ngada2! so jom la jumpa hari ni ok?", ajak Yatie..

"oi mane bleh.. arini ade org book aku la..", jawab aku spontan..

"amboi! dating ngan awek aa.. curang ngan aku! mana?"

"adik angkat aku la.. awek apenye.. mid valley.. jauh la ngan ko..", jawab aku ngan confident.. hehe.. aku tau dia takkan leh ganggu date aku ngan adik angkat aku punye.. konon la kan..

"eleh.. mula2 adik angkat.. lepas tu 'terangkat' la.. ok set! jumpa sana!"

"oi! aku tak ajak ko pun.. jgn nak ngada2 nak kacau date aku aaa.. aku nak tengok wayang la.."

"oh yeke? em.. kalu camtu takpe la.. ape2 nanti aku call ko balik..", jawab Yatie.. hufff.. berjaya akhirnya aku menghalang si minah potpet ni kacau date aku.. dengan jawapannya td tu meyakinkan aku yg dia takkan datang ke Mid Valley ganggu date aku.. lagipun dia stay kat Putrajaya.. jauh la gak.. hehehe..

dipendekkan cerita, tepat pkul 1.30pm, aku terpacak betul2 depan Echo Park, Mid Valley.. hampir setengah jam aku menunggu adik angkat aku.. tak ape la sbb adik angkat aku pun datang dari Gombak.. jauh gak la perjalanan dia berbanding aku.. aku ni tak sampai stengah jam pun bleh sampai Mid Valley tuh.. so, aku pun tunggu la.. dalam duk menunggu tu, tiba2 aku didatangi oleh seorg remaja pompuan..

"assalamualaikum bang.. saya pelajar dari UPM sedang membuat pantauan.. bleh tak abg tolong jawabkan questionnaire saya ni?"

alamak.. kene jawab questionnaire la plak.. ehem2.. bleh tahan gak la 'awek' neh.. alang2 jawab questionnaire, sempat gak la aku borak2 ngan awek ni kan.. tnya blaja dah tahun berapa, asal mana, and macam2 lagi la.. hehe.. awek ni gak sempat lagi snap2 muka aku yang macho (ehem2) ni.. hahaha.. mujurlah aku still ingat adik angkat aku.. kalu tak sure aku lebih2 plak nak ngorat awek tu.. (ayat mngada2..) beberapa minit aku abes jawab questionnaire, adik angkat aku sampai dan kami bertentang mata.. wahhh..! makin comey adik angkat aku skrg.. dah 3 tahun tak jumpa.. uhuk3..

"abg dah lama tunggu?", tanya adik angkat aku.. eh lupa la nak bgtau nama adik angkat aku ni.. ok.. nama adik angkat aku ni, Norhafiza..

"takde la lama dik.. ade la dlm 3 tahun..", kata aku diiringi gelak gurau.. adik angkat aku gelak gak.. langsung, kami ke kaunter reservation.. kata adik angkat aku, dia dah book tiket wayang tp talian terputus.. tak sempat dia dapatkan digit reservation.. utk confirmation, kami pun bertanya la kat kaunter tu kot2 still valid lagi booking tu.. tp malangnya, reservation tu rejected.. dan malang lagi bila kami terpaksa beratur panjang utk beli tiket.. dammit.. hari minggu, maka crowded la sket.. aku dari jauh dah nampak tiket utk 'Geng' tu dah hampir2 nak sold out.. kesian kat adik angkat aku.. nak sangat tengok Upin Ipin die tu.. dah tiba turn kami, lagi skali malang menimpa.. mmg nasib tak menyebelahi kami bila tiket citer 'Geng' sold out! hampeh.. adik angkat aku datang dari jauh.. aku plak mmg nak teman dia tengok wayang.. satu plak td dah beratur panjang.. alang2 baik beli je tiket citer lain.. so adik angkat aku beli je la tiket citer 'Rasukan Ablasa'.. tiket pkul 3.15pm..

kebetulan sesudah membeli tiket, aku dapat panggilan dari no yg tak dikenali.. aku pun jawab..

"oit! datang kat bowling sbelah panggung mid valley!" alamak! aku kenal sangat suara girl ni.. Yatie!!! arghh..! camne die bleh datang sini plak.. ngan sape..??? dammit.. mmg btol2 nak kacau daun aku la minah ni.. takpe2.. buat2 cool depan adik angkat aku..

"sape tu, abg?", tanya adik angkat aku..

"er.. kawan sekolej abg dulu.. Yatie.. dia cakap die ade kat bowling.. adik kenal ke?"

"oh Kak Yatie.. chinese look tu ke? kenal la abg.. tp tak penah la borak..", jawab adik angkat aku.. fuhh.. seb baek respons dia ok.. then aku pun ajak adik angkat aku jumpa si minah potpet tu.. oh patut la die boleh datang ke Mid Valley.. rupa2nya dia datang ngan officemate dia.. lelaki.. Naz nama dia.. masa tu jam pun hampir pkul 3.. aku pun tanpa berlengah, ajak adik angkat aku masuk wayang.. pedulik la ko Yatie weehhh.. "see you after I finished my theater la..", bisik aku dalam hati.. hahaha..

so layan la aku citer 'Rasukan Ablasa' tuh.. hah.. korg ade hajat nak tengok citer ni ke? tak payaaahhhh..! tak best langsung.. dalam panggung asyik adik angkat aku je terkejut terkinja.. aku..? *sigh* bosan.. jalan cerita pun dah tak menarik.. from 5, i give it 1 star for rating! abes wayang, camne la adik angkat aku leh cakap citer tu not bad.. bagi aku, it's too bad lah! aku ske tgk citer2 horror.. tp cite tu mmg 'horror' and terrible la bagi aku!

habis kami tengok wayang, kami makan kat food court Mid Valley.. lapo beb.. adik angkat aku treat aku tiket wayang.. aku plak treat die utk makan.. habis makan, aku call Yatie tanya dia ada kat mana.. tp dia lambat angkat.. bila dia angkat, perlahan sangat suara dia.. rupa2nya dia tengah tengok wayang jugaaakkk..! amboi.. balas dendam nampak.. huhuhu.. takpelah.. ade gak chance aku utk borak2 ngan adik angkat aku ni..

jam dah hampir pkul 6 petang.. aku sempat gak jumpa Yatie kat Laksa Shack Mid Valley.. dah lama tak jumpa maka macam2 perkara la kami sembangkan..then pada pkul 6.45pm kami blah.. aku antar adik angkat aku kat train.. then aku pun balik gak la memandangkan hari dah nak gelap.. mak aku marah kalu balik time masa hampir2 senja.. hahaha..

tp aku kesian tengok adik angkat aku.. mmg dia suka bebenor citer Upin Ipin tuh.. tp nak wat camne diiikkk.. naseb tak mnyebelahi kita.. ecececeee.. cam lirik lagu la plak.. then on the way balik, adik angkat aku still berSMS ngan aku.. amboi.. blom puas lagi kot jumpa aku td.. ehehe.. takpelah.. aku layankan aje la kan.. aku bgtau adik angkat aku.. oleh kerana dia takde kawan sangat di KL ni, aku pun cakap, "kalu adik nak kuar lagi, nak pegi tgk wayang ke jalan2 ke, ajak la abg.. abg sudi temankan adik.." wahh..! baeeekkk punye ayat aku kan? hehehe.. adik angkat reply, "takde masalah abg.. adik suka.." tuuu diiiaaaaa..!

dh la.. sampai sini saja cerita aku.. penat aku menaip..

** citer 'Rasukan Ablasa' tak best! korg jgn tengok!

Wednesday, February 18, 2009

Aktiviti Malam = Bowling!

wawawaaa~~.. aku ni baru je balik dari maen bowling kali kedua.. besh tau.. sape yg tak minat tu toksah dgr citer aku.. yg minat meh rapat2.. cam penjual minyak tepi jalan plak aku ni.. hehehe..

buat kali kedua malam ni performance aku makin meningkat.. dulu punye game tak sampai pun seratus point aku.. then malam ni aku happy la gak sebab smua game aku cecah seratus lebih point.. ok la kan bagi orang yg baru nak berjinak-jinak ngan sukan bowling neh.. satu dlm sribu la kalo ade org leh point 200 lebih ke atas utk first time maen.. ade ke? adeeee.. sape kate takde..? kali ni aku takde cedera apa2 macam sblom ni.. kaki..? okeeeyyy.. tangan..? okeeyyy jugaaakkk.. minda..? laggiii okeeeyyyy..

yang cambestnya mlm ni bila aku duk sbelah lane ngan Pok Man.. sape Pok Man? hah.. sape tak kenal Pok Man mmg die ni newbie la kat Stadium Sultan Mizan tuh.. Pok Man ni kalu korg nak tau, mmg otai kat pusat bowling Diman neh.. leh dikatakan pusat bowling ni rumah kedua dia.. tiap2 hari ada dia ni.. pagi petang siang malam ada.. nape aku suka duk sbelah lane ngan die? sebabnya, best tgk die maen.. leh curi2 sket skill die.. kwn2 die pn hebat2 gak.. point 200 ke atas tu celah gigi je beb..! strike je memanjang.. jeles aku nengok..

dalam duk suka, ade gak yg benci.. first, menunggu tu dah sekian hal.. yg aku bengang bila ada org potong queue.. bayangkan, aku book nama pkul 8.15pm.. dapat maen pkul 10.45pm! kesnya, Pok Man dan ade dua tiga org lagi dah deal ngan taukeh pusat bowling tu.. maknanya, diorg takyah tunggu giliran.. just bgtau kat taukeh die nak maen, then pilih je lane mane ko nak.. pergh..! punye la hangin aku satu badaaannnn.. bukan hari minggu pun terpaksa menunggu kerana org jenih camnih.. org laen nak maen gak.. tau la korg tu pelanggan tetap.. yg pelanggan tak tetap ni camne? geramnye aku..

tp seb baek Pok Man tu baek orgnya.. sudi gak bgtau law maen bowling kat kitorg.. mekasey la Pok Man.. hm.. kdg2 terpikir gak aku.. Pok Man dah tua.. spatutnya duk la kat umah beribadah.. dengan usia Pok Man tu alangkah baiknya 'bermain' di surau ataupun masjid.. bukannya di pusat bowling membaling bola semata-mata nak menjatuhkan pin.. duk surau or masjid at least bleh 'baling' segala ibadah untuk 'menjatuhkan dosa'.. tak gitu?

ape2pun.. aku hepi hari..

** dah tua buat la cara org tua..!
 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger