Ads: (Please Click!)
Showing posts with label Twitter. Show all posts
Showing posts with label Twitter. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

Siapa Cakap Twitter Tidak Popular? Baca Fakta Ini!

Twitter Logo
Dalam tahun 2006, designer mula membangunkan prototaip yang dipanggil Twitter. Jack Dorsey (@jack) antara orang pertama di dunia yang 'tweet' di internet pada 21 Mac 2006.

READ MORE / LESS >>

Haaa.. Itu cerita pada lebih kurang 5 tahun yang lampau beb. Bagaimana Twitter sekarang? Eh, benarkah bahawa ada orang mengatakan Twitter ini tidak sepopular social network yang lain? Benarkah?

Sebelum kita membuat sebarang spekulasi atau andaian, mari kita lihat dahulu fakta terbaru mengenai Twitter di bawah. Kemudian, sama-sama kita fikirkan kembali bersama.

1 - Ia memerlukan masa selama tiga tahun, dua bulan, dan satu hari untuk sampai dari tweet yang pertama hingga tweet yang ke billion. Sekarang ada satu billion tweet seminggu!

2 - Setahun yang lalu, pengguna telah menghantar 50 juta tweet sehari. Pada 11 Mac 2011, tally dianggarkan 177 juta tweet!

3 - Rekod sebanyak 456 tweet per saat telah tercatat selepas Michael Jackson meninggal dunia pada tahun 2009. Rekod itu telah dipecahkan pada sambutan tahun baru tahun ini (2011) di Jepun di mana telah tercatat sebanyak 6.939 tweet per saat!

4 - Sebanyak 572,000 akaun baru telah dibuat pada tarikh 12 Mac 2011 manakala 460,000 akaun baru dibuat setiap hari, secara purata, dalam tempoh satu bulan terakhir!

5 - Pengguna Twitter Mobile telah meningkat 182% pada tahun lepas!

6 - Twitter sekarang mempunyai 400 pekerja pada hari ini berbanding hanya lapan orang pekerja sahaja pada Januari 2008!

Macam mana? Terkejut dengan fakta menarik tentang Twitter seperti yang dinyatakan di atas? Teruja? Macam tidak percaya? Haha. Percayalah. Twitter sememangnya hebat dan setanding dengan social network yang lain!

Anda macam mana? Dah ada akaun twitter ke belum? Apa tunggu lagi? Jom daftar! Kemudian, add aku di twitter! Hehe. http://twitter.com/aduka5

Sumber : Twitter Blog

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger