Ads: (Please Click!)

Monday, April 27, 2009

Cerita hutang


Micha sumpah seranah..

"celaka! bulls**t! b**i!"

"oi Micha.. ko ni pehal? masuk dah la tak ketuk pintu..! terkejut aku..", tanya Baby.. Baby yang sedang membaca buku kini terbantut setelah Micha tiba-tiba memasuki biliknya sambil mencarut-carut..

"camni ke kawan? bodoh! ah! bencinya!", jerit Micha lagi sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai.. tangannya menggosok-gosok kepala.. rambutnya sudah kusut..

"kawan apa? kawan mana yang kau maksudkan ni? cuba kau cerita kat aku..", tanya Baby.. dia terkebil-kebil melihat Micha meradang tanpa mengetahui hujung pangkal sebab musababnya..

air mata Micha tiba-tiba bergenang.. menitis jatuh ke atas meja.. Micha menunduk melihat lantai.. dia menangis..

"aku... aku...", kata Micha tersedu-sedan..

"sabar.. kau rilex dulu.. kau menangis dulu puas-puas.. aku sambung baca buku jap!"

Micha bingkas bangkit dan menjerit, "oi! aku nak cerita la ni! kau nak dengar ke tak ni?!"

"haaa.. tahu pun.. hah! ceritalah!", jawab Baby sinis..

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

"ada seorang mamat ni.."

"oh! lelaki!"

"nantilah! kau ni suka sangat menyampuk.. tunggu la aku cerita sampai habis dulu!"

Baby ketawa terbahak-bahak.. Micha mengesat air mata yang membasahi pipinya tadi.. tingkah laku Baby membuatkan dia terbantut untuk menangis.. dia turut ketawa kecil..

"mamat ni.. aku percaya kat dia.. beberapa bulan lepas aku pinjamkan dia RM 300.. dia janji nak bayar balik kat aku.. then lepas tu dia datang jumpa aku lagi.. nak pinjam lagi RM 400!"

"hah? banyaknya duit kau, Micha! habis? kau bagi ke?"

"ha'a.. aku bagi la.."

"eh mudah-mudah je kau bagi?! pakwe kau ke?"

"tak.. dia kawan aku.. aku kenal dia dah lama.. dia janji nak bayar.. lagipun dia bersungguh benar.. dia cakap ada hal mustahak sangat-sangat.. jadi dia nak pakai duit.. so aku bagilah..", jawab Micha..

"kau ni Micha.. mudah sangat percayakan orang.."

"bukan camtu Baby.. dia merayu-rayu kat aku.. aku tak expect la mende ni akan berlaku..!"

"habis? yang kau maki hamun tak tentu fasal tadi tu kenapa?", tanya Baby..

"begini.. dia janji nak bayar akhir bulan lepas.. ini dah masuk bulan baru dah.. aku pun call la dia, nak minta duit aku balik.. tapi..", kata Micha.. ceritanya terhenti.. dia hanya termenung ke lantai.. matanya kembali tergenang dengan manik-manik jernih.. dia menangis..

"ni mesti kes tak mahu bayar ni, bukan?!", gertak Baby.. Micha hanya mengangguk perlahan.. Baby menggenggam buku limanya.. lantas menumbuk-numbuk patung beruang disebelahnya.. Micha mengesat air mata yang membasahi pipi..

"aku dah call berkali-kali.. tak jawab pun..! kau nak tahu? tadi aku call lagi.. malangnya nasib aku.. nombor tu dia dah tak pakai!"

"lelaki celaka! bodoh! &^%$ &* %&%", kata Baby sambil mencarut-carut.. ditumbuknya lagi patung beruang tanpa rasa bersalah..

"itu la kau.. cepat sangat percaya dengan pujuk rayu lelaki.. kan dah kena!".. Micha hanya terdiam.. dia hanya tunduk melihat lantai.. disapunya air mata yang masih mengalir perlahan..

"dahla Micha.. biarlah apa yang terjadi ini, pengajaran buat kau.. nyah dia dari hidup kau! dia biarkan kau menangis sekarang, di akhirat kelak biar dia sendiri tanggung! sabar, okay?"

"thanks, Baby..", balas Micha perlahan.. "habis.. takkan aku nak biarkan dia lari macam itu saja, Baby?!"

"what else we can do?! kau cakap kau kenal lama dia.. nak kita serbu rumah dia ke?", tanya Baby..

"aku memang kenal lama dengan dia.. tapi masalahnya.. aku.. rumahnya pun aku tak tahu..!"

"huh.. kau memang sengal la Micha..!".. Micha hanya mengangguk..

"lelaki.. pujuk rayu mereka buat kita cair tau.. dulu aku pun ada masalah macam kau.. tapi tak banyak la aku bagi pinjam kat minah ni.. minah ni jenis liat gak la nak bayar hutang.. kau nak tahu aku buat apa? aku gertak aku nak report kat mak dia.. tak sampai seminggu terus dia bayar!", kata Baby sambil ketawa..

"aku hairanlah, Baby.. kenapa susah sangat peminjam ni nak bayar balik duit yang dia pinjam? minta bukan main lagi merayu sampai kecil kepala.. bila kita minta balik, jangan kata bayang.. batang hidung pun tak nampak!"

"hm.. aku pun tak tau nak cakap macam mana.. biasanya perkara macam ni silap kita juga.."

"eh? kenapa pula?"

"ye la.. yang kau senang-senang bagi duit kat orang tu kenapa? kalau RM 10, RM 50 takpe la juga.. ni sampai ratus-ratus!"

Micha terdiam.. dia hanya mengangguk tanda setuju dengan kata-kata kawan karibnya itu..

"lepas ni, kau jangan bagi pinjam lagi kat sesiapa pun, tahu? biarlah kawan baik ke kawan tak baik ke, kau jangan bagi!", tegas Baby.. Micha mengangguk lagi..

"satu dalam seribu nak cari peminjam yang bayar balik hutang dia tau.. kalau kau nak tahu, peminjam ni cam s**l, tahu? cukuplah sekali aku terkena.. selepas kejadian yang menimpa aku, sesiapa saja nak pinjam duit dari aku, aku akan cakap, 'pegi kat bank! sana banyak duit!'.. padan muka.. jangan kata kawan.. adik beradik aku sendiri pun aku berkira, kau tahu?", cerita Baby panjang lebar..

"yelah.. sudahlah.. jam sudah pukul 1 pagi ni.. esok ada kelas.. jom tidur!"

"hah? pukul 1? alamak.. aku belum habis baca buku ni! ah, ni kau punya fasal la ni!"

Micha ketawa melihat gelagat Baby.. Baby menyambung membaca buku pelajarannya di atas meja.. Micha memeluk patung beruang yang ditumbuk oleh Baby tadi..

"beruang sayang.. kasihan kat kau.. marilah aku peluk kau!", bisik Micha.. dia merenung patung beruang tersebut..

"kasihan kat aku juga..", bisik Micha lagi lantas memejamkan matanya..
cerita ini hanyalah rekaan semata-mata.. tiada kena mengena dengan sesiapa samada yang hidup ataupun yang telah innalillah.. kalau ada, mungkin hanyalah kebetulan.. pandai-pandailah ambil iktibar dari cerita ini..

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
10 Comments


10 Orang Kentut Madu:

qishie said... [Reply]

aku pun hampir2 kena tipu dengan kawan baik sendiri.
n dia lelaki!

merayu tiap2 malam mintak bagi pinjam 1 ribu.
siap buat cerita accident dengan cina kereta merc..then need money utk bayar balik.
hampir2 aku nak bagi.tapi nasib baik
kawan aku yang lain sempat halang n bgtau yg dia ni tipu.just nak join skim cepat kaya,

haram jadah.

Kapten Luffy said... [Reply]

hohoho

drama bermesej ni bang

thumb-up!

GadisKasutConverse said... [Reply]

he3..
terima qaseh kanda!
ganas gak watak2 dlm citer hutang ni eh?sib baik dinda tak mcm tu..ngee~

''hutang budi org bwk mati,
hutang duit,pandai2lah settlekn sebelum ajal menjemput!!''

Anonymous said... [Reply]

ye, jadi pulangkan rm500 beta?

err, ade ke? hihi..

pesanan penaja: hutang longan dan teddy bear jgn lupa. yeay~~~ ^_^

aimee said... [Reply]

saya ada org dulu pinjam gitar lor..
gitar mahal tau.
bila nak mintak balik sudah hilang.
siap tukar no lg.
kalau bukan sebab dia saya sudah join af.

FaaFauzi said... [Reply]

ber motif gile cite ney..
bgos2..two thumbs for you :)

Qib said... [Reply]

laa,.

ingat kesudahan happi ending..

kuciwa =(

Aduka said... [Reply]

qishie: sungguh menarik cerita kamu.. ape2pn, amik iktibar dr certa ni.. jgn bg pnjam kat sape2 pn.. =)

uncle luppy: tenkiu.. =)

reen: sama2 dinda.. =)

capiqa: buat2 lupa je la ek.. haha..

aimee: owh.. O_o pndai men gitar ek? AF? muahahaha..!

xo;E: mekaceh.. =)

pinqib: cerita bleh jd pelbagai.. hepi ending x smestinya cerita jd mnarik.. =)

Sofia Nin said... [Reply]

wahh.cerita bagus punya

tepuk tangan*

Aduka said... [Reply]

mekaceh.. =)

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger