Ads: (Please Click!)

Tuesday, April 21, 2009

Aku dan Kahwin?


malam semalam, aku mendapat SMS dari seorang rakan lama.. sudah lama kami tidak ketemu.. mujurlah aku dan dia masing-masing mempunyai nombor telefon.. dan kami hanya berhubung dengan SMS dan berbual di telefon sahaja.. sebelum ini, aku bekerja di KL seketika atau orang putih cakap, 'outstation'.. sempat juga aku bertemu dengannya, alhamdulillah.. terkenang kembali zaman persekolahan.. kami selalu pulang ke rumah bersama, berbasikal..

selama kami ber-SMS, dia bertanya kepada aku, "mu bila mau kawin? kawan-kawan yang lain smua dah kawin.. aku tunggu gak nasi minyak dari kau! haha!"

kahwin? aku berkahwin?

siapa tidak mahu berkahwin, bukan? rugilah kalau tidak berkahwin.. hehe..

dia membalas lagi, "kerja dah ada, apa lagi mau? kahwin sudahlah! umur mu tu dah makin lanjut! hahaha!"

Klik sini untuk meneruskan pembacaan..

ya.. memang mudah lidah berbicara.. hendak laksana? tidaklah semudah itu..!

aku membalas, "bukan tak mahu kahwin..tapi..hehehe.." aku cuba mengelak.. aku tanya macam-macam pada kawan aku itu.. ya, aku berjaya! tiada lagi topik pasal kahwin..

**********

kahwin, kahwin, kahwin! tiada soalan lain lagi ke nak tanya? aduh..! pelbagai alasan aku bagi tapi bukannya nak percaya pun.. bila tak jawab, cakap aku sombong la ape la.. aduh..! pening la weh..! jadi, nak atau tidak, layan aje la.. nanti terasa plak!

2 hb Mei, aku mendapat jemputan perkahwinan kawan sekolah aku.. perempuan.. alhamdulillah.. sedulunya dia asyik mengeluh kerana tiada kekasih.. dalam diam, akhirnya dia menghantar kad jemputan perkahwinan.. terkejut juga aku.. tanpa pengetahuan aku, dia sudahpun berpunya.. maksud aku, ada kekasih lah.. sempat juga dia bertanya, "turn aku dah hampir.. bila kau pula?"

aduh..! sorang lagi tanya.. lantas aku berjenaka, "mu la..! time single tak mahu amik aku jd boyfriend mu! hahahaha..!"

"banyak la mu! dahtu, bila?"

"entah la.. nanti la aku merisik nora danish! hahahaha!"

**********

soalan-soalan berbisa..

"bila kau nak kahwin?"

"anggaran umur berapa nak kahwin?"

"dah ada calon ke belum?"

"kau ada banyak awek sangat ke sampaikan tak tahu nak pilih yang mana satu?"

"kau nak bini kau jenis yang macam mana?"

"perempuan yang macam mana pilihan kau?"

peninglah nak jawab soalan-soalan cenggini.. saya skip ye, halim! hahaha..

**********

kadang-kadang jiwa aku tergugat juga bila mendengar dan melihat kawan-kawan sudahpun berumahtangga.. aku? terkapai-kapai lagi.. tak mengapalah.. kalau dah jodoh tak ke mana kan? yang penting, kerjasama.. eh! silap.. yang penting, cari duit dulu! hahaha.. selepas membaca entry ini, tenang sikit rasanya.. hehehe.. *jiwang gak aku ni rupa-rupanya..!*

kepada kawan-kawan yang sudah hampir tiba masa berumahtangga, aku ucapkan selamat pengantin baru.. mudah-mudahan rezeki anda semua bertambah.. dan moga-moga anda semua berkekalan menjadi suami isteri hingga ke akhir hayat juga..!

*** especially to kak honeysour.. tahniah, kak! =)

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
9 Comments


9 Orang Kentut Madu:

elle said... [Reply]

nt ada la jodoh tu... antara cpt dan lmbt je... InsyaAllah... (^_^)

IxoR@ said... [Reply]

Jodoh belum sampai...nak kata apa?

:D

aimee said... [Reply]

moge2 encek aduka bertemu jodoh.. aminnn..jom kawen! haha.

Scha Abdllh said... [Reply]

ceq ni pun bila la mau kawen.heheh ;p

emak said... [Reply]

pe nk riso kanda aduka..nora kn ad nih..
muahaha

♥ Chacha said... [Reply]

kalau da jOdoh tak kemana....
dOakan yg terbaik utk diri..
insyAAllah.. jOdoh kamo0o bakal tiba...

Kapten Luffy said... [Reply]

tak apa... ada rezeki tu

Aduka said... [Reply]

elle: mekasih.. =)

ixora: xleh nk kata apa2.. haha.. =P

aimee: jommmm..! *laju jeee.. hahaha.. *

sha: kita serupaaaa~~ =_="

jijan: pe brg..made in golok! hahaha.. =P

cik ca: mekasih.. insyaAllah.. =)

uncle luppy: insyaAllah.. mekaceh.. =)

intanurulfateha said... [Reply]

.nti klu da nk kawen, jmput kite tau! :)
.alaa bru 25
.lek lu :P

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger