kenapa begitu malang sekali kepada 'pendekar mata satu' ini..?
jam 10.45 pagi..
"hello.. nama saya Abdul Latiff Yusoh.. saya nak tanya pasal cermin mata yang saya buat minggu lepas.. er.. dah siap ke belum?", tanya si pendekar..
"kejap ye dik..", kata suara wanita di telefon.. dalam beberapa minit menunggu, suara wanita tersebut memberi jawapan..... yang agak mengecewakan juga.....
"sebenarnya cermin dah siap beberapa hari yang lepas.. tetapi, oleh sebab cermin adik diperbuat dari kaca, ia pecah la semasa proses memotong.."
"hah?! jadi.. bila pula boleh siap?", tanya si pendekar lagi..
"kita terpaksa order balik dari KL.. so, seminggu lagi lah!"
alahai.. si pendekar bertambah bingung dan risau.. sepatutnya esok dia terpaksa melapor diri di 'pejabat'.. maka terpaksalah si pendekar bercuti lagi hari esok, ahad..
"ish tak boleh jadi ni.. leceh la buat spek kat kedai melayu! lembab! keje cuai! leceh!", bisik hati si pendekar..
lantas si pendekar mengejutkan adindanya yang belum lagi bangun dari tidur.. tepat di tengahari, si pendekar membonceng motosikal bersama adindanya menuju ke bandar.. terus saja singgah ke kedai optometris cina.. (depan di seberang sahaja daripada kedai optometris melayu, yang mana si pendekar pergi sebelumnya..)
"kena test dulu tengok macam mana maaa..!", kata optometris cina..
si pendekar terus bersetuju, dan dia menjalani ujian pemeriksaan mata untuk kali kedua.. leceh memang leceh.. selesai saja pemeriksaan mata, si pendekar mendapat jawapan dari optometris cina tersebut..
"ini power you punya cermin ha.. kena order maaa.. so maybe in about 4 to 5 days baru boleh siap looo.. bole ka?", tanya optometris cina..
dammit..! malang betul si pendekar.. memang dah nasib.. sesiapa saja yang power cermin mata setahap dia mungkin mengalami nasib yang sama sepertinya, jika cermin mata mereka pecah.. ah, si pendekar mula terdesak..
"i sepatutnya kerja esok tau.. you takde alternatif lain ke?", tanya si pendekar yang agak kecewa..
"i boleh suggest you to wear a contect lens looo.. sementara aja maaa.. nanti you punya spectacle dah siap, we call you back maaa.. ok ka?"
si pendekar berfikir sejenak, lantas terus saja mengangguk tanda bersetuju..
aku kini berada di cyber cafe, tempat lama aku bekerja dahulu.. walaupun pandangan persekitaran masih lagi kabur-kabur, tetapi memadailah dapat melihat skrin dan menaip papan kekunci komputer.. ya.. memang aku, si pendekar mata satu, tidak leka berada di rumah.. ada saja aktivitinya bila berada di kampung..