ya, aku penat.. aku sampai rumah sewa aku di Durian Burung, Kuala Terengganu dalam pukul 7.30 petang.. aku bertolak dari rumah di kampung dalam pukul 5 petang.. jadi, ia memakan masa selama 2 jam setengah perjalanan.. lama, bukan? sebab aku merempit.. hehe..
oh, ya.. mungkin kalian semua tidak mengetahui perjalanan aku kebelakangan ini, bukan? untuk pengetahuan semua, pagi hari jumaat (semalam) aku bertolak balik ke kampung halaman aku untuk mengambil cermin mata aku yang sudah siap.. alhamdulillah.. 'pendekar mata satu' kini berubah menjadi 'pendekar sempurna'.. haha.. satu cermin mata baru, harga RM 380 dan satu cermin mata asal, cuma tukar cermin, bingkai sama, harga RM 180.. semua sekali RM 560.. eh, lupa pula.. tambah lagi contact lens, RM 83.. berapa? ya.. RM 643!
hari ini, pada sebelah pagi aku pergi ke Dungun bersama beberapa orang rakan termasuk ex-boss aku.. kami ramai-ramai pergi ke company cawangan (cyber cafe) milik ex-boss aku ini untuk transfer 2 orang pekerjanya.. aku hanya mengikut saja oleh kerana tiada aktiviti di hari sabtu.. setibanya di sana, aku tertarik dengan banner yang digantung di luar cyber cafe.. "Program Latihan Membina Blog Untuk Belia".. wah! menarik..! lantas aku masuk ke dalam.. kebetulan pada waktu itu kelas baru saja hendak bermula.. di kesempatan itu, aku mencelah untuk menunjukkan blog aku kepada mereka.. beberapa orang pelajar, termasuk cikgunya sekali, tertarik dengan blog aku! bangga, bangga..! hehe.. alhamdulillah, aku sempat mengajar beberapa orang pelajar tentang blog, termasuk instalasi Blogumulus Label untuk blog..
"bang, yang gambar-gambar ni plak, nak buat camne bagi gerak-gerak?", tanya salah seorang pelajar..
"em, yang ini saya belum post dalam blog.. nanti saya post kalau ada masa..", aku menjawab..
"cantiklah blog abang!"
"ehehe.. biasa aja..!", balas aku.. lubang hidung aku kembang kuncup.. bangga betul ada orang puji.. hahaha..
sebaik saja menunaikan solat asar, aku terus bertolak dari rumah, balik ke Kuala Terengganu.. esok, aku perlu masuk kerja seperti biasa.. ah, aku penat..!

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!