Ads: (Please Click!)

Tuesday, September 06, 2011

Mat Indera : Komunis ATAU Pejuang?


Mat Indera Mat Indra
Salam.

Benarkah sejarah mengenai Mat Indera ini menyatakan bahawa beliau komunis? Walau bagaimanapun, kini isu sejarah Mat Indera hangat diperkatakan oleh ahli-ahli politik tentang kebenarannya. Fakta sebenar sejarah Mat Indera sebenarnya adalah pejuang. Mana satu yang benar? Jom kita sama-sama baca, berfikir, berdiskusi, dan bagi pendapat.

Kita baca dahulu sejarah siapa sebenarnya Mat Indera @ Mad Indera @ Mat Indra @ Ahmad Bin Indera ini.

Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.

Seorang hafiz al-quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

Menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di parit setongkat, muar. Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan inggeris.

Menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad, dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API), atau dikenali sebagai Angkatan Pembunuh Inggeris oleh golongan pemuda fanatik.

Mat Indera telah masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Indonesia menentang Belanda, dan bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Satu-satunya gerila di hutan ialah kumpulan orang-orang cina dikenali sebagai Bintang Tiga.

Mahu atau tidak, Mat Indera perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza, lalu Mat Indera dicop sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua komunis melayu bagi daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka.

Dikaitkan dengan peristiwa serangan balai polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak menyerang, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis.

Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam tahun baru cina, sebaliknya orang-orang cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

Mat Indera Mat Indra
Inggeris ambil kesempatan untuk mengukuhkan dakwaan keganasan Mat Indera, lalu menawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.

Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 orang lagi bernama Beladang dan Misban. Bersetuju menerima tawaran setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.

Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera diajak ke sebuah perjumpaan di Kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dengan kecubung, menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk, maka segala tangkal dicabut dan beliau ditewaskan. Tangan diikat dgn lalang dan dibawa ke balai polis Seri Medan. Dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebal.

Mat Indera dipamerkan. Ada yang suka, ada yang sedih. Beliau dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Dalam penjara didera. Akhirnya hukuman gantung sampai mati dilaksanakan pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Keesokan hari, Mat Indera dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Sumber: Tranungkite Online

Dan marilah kita saksikan pula video ini. Kepada siapakah penghormatan diberikan? Kepada askar Melayu yang menegakkan keadilan atau askar British yang benar-benar 'bernama' British?


Baca lanjut di Blog Milo Suam

Dan yang paling pelik, kalaulah Mat Indera @ Mat Indra ini seorang musuh negara, kenap beliau di iktiraf perjuangannya oleh Kerajaan Negeri Johor dan namanya tercatit di dalam buku 'Tokoh Terbilang'? Pelik, bukan?

Mat Indera Mat Indra
Teks di atas menulis: "Justeru mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan petualang"!

Baca lanjut di Blog Penoreh Getah dan Blog Milo Suam.

Dan yang paling lucu dan kelakarnya tatkala Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, yang dikenali sebagai tokoh sejarah terkemuka tanah air mengeluarkan fakta yang sangat memalukan. Beliau yang sepatutnya ahli sejarah perlulah mengeluarkan fakta sejarah. Bukan fakta putar belit sejarah.

Kata beliau, "Dia (Mat Indera) berasal dari Indonesia, bukan rakyat jajahan takluk kesultanan Melayu. Mat Indera atau nama penuhnya Ahmad bin Indera bukan seorang pejuang kemerdekaan yang menentang British. Sejarah diputar belit oleh ahli politik dari kedua – dua belah gabungan politik. Mereka tidak memahami sejarah."

Itu kata Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mengenai sejarah Mat Indera, aku tak tahu sumber rujukannya dari mana punya buku sejarah. Adakah benar apa yang dinyatakan oleh Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim itu bahawa Mat Indera adalah orang seberang (Indonesia)?


Jom kita kaji. Baca artikel di bawah pula.

Johan Indera Mat Indera
Menurut Pak Johan (gambar), atau nama sebenar Johan bin Indera, mereka mempunyai 8 orang adik-beradik. Mat Indera, atau nama penuhnya Ahmad bin Indera merupakan anak kedua dan Pak Johan adalah anak yang bongsu.

Salasilah keluarganya ialah Ahmad bin Indera bin Salleh bin Husin. Husin inilah yang dikatakan dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela, Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Beliau (Mat Indera) dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor.

Bagaimanapun kerana anak yang pertama sudah meninggal dunia ketika masih kecil, Mat Indera seolah-olah sudah menjadi anak sulung dan memegang tanggungjawab menjaga 6 adik-beradiknya yang masih kecil. Ibu mereka meninggal dunia ketika Mat Indera berusia 18 tahun, Pak Johan pula baru berusia 2 tahun.

Mat Indera pernah berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim. Menurut Pak Johan, disebabkan Mat Indera pernah menjadi anak murid kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan inilah yang menjadikan faktor mengapa Sultan Ibrahim enggan menandatangani surat hukuman gantungnya selepas Mat Indera dituduh bersalah.

Mat Indera dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor menurut adik Allahyarham Mat Indera sendiri. Dan kata Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, Mat Indera adalah orang seberang.

Sumber di Blog Dari Sungai Derhaka.

Jadi siapa yang memutar belit sejarah untuk kepentingan peribadi sekarang?

Persoalannya: Siapakah yang benar? Apakah fakta sebenar sejarah?

Sejarah buku teks dikarang oleh pihak tertentu. Namun, siapa yang menapisnya sebelum teks sejarah diterbitkan? Jika benar ia 'sejarah', kenapa perlu masuk proses tapisan? Dan yang paling utama, benarkah input sejarah yang masuk ke dalam kepala otak (minda) kita selama ini?

Kenapa baru sekarang isu ini timbul oleh sesetengah ahli politik?

Kita selalu diserap dengan semangat patriotik oleh kerajaan. Bila disebutkan patriotik, sejarah PASTI menjadi hubung kait. Sejarah enjadi pemangkin kepada semangat kita untuk berkobar-kobar menyayangi negara. Jadi, kena tahu fakta sejarah sebelum semangat patriotik ada dalam diri kita.

Tapi..

Kenapa sejarah negara sengaja diputar belit? Kenapa mahu menipu dalam fakta sejarah?

Kerana kepentingan sesebuah parti politik?

Kerana menjaga imej sesetengah individu?

Tepuk dada, tanya selera!

P/S: Jika anda ada link atau fakta sejarah yang kukuh, sila kongsikan bersama untuk pendedahan dan perbincangan.

UPDATE! (7 September 2011)

Berita Sinar dedah!!!



Penjelasan Baharom Shah Indera yang merupakan adik Mat Indera. Berasal dari Bakri, Muar Johor. Beliau tampil di pejabat PAS pusat pada 7 September 2011 memberi penjelasan mengenai abangnya Mat Indera.

Walau bagaimanapun, hari ini (7 September 2011), Menteri Besar Johor telah menukar pendiriannya setelah mengatakan Mat Indera sebagai Tokoh Terbilang suatu ketika dulu. Apakah tujuan MB Johor menukar pendirian? Apakah MB Johor ini ditekan oleh Umno Johor kerana kerisauan Johor juga bakal tumbang jika sejarah sebenar terungkai ?

Merujuk kepada kenyataan MB Johor dalam portal bernama;

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.

Beliau berkata berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM), sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.

"Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan.

"Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).

Sumber dari Blog Edyesdotcom.

Anda mempunyai mata, telinga, hati, dan otak. Gunakanlah dengan sebaik-baiknya anugerah pemberian Allah s.w.t. itu kepada anda. Lihatlah siapa sebenarnya yang patut dicop 'pencacai'.

Ini baru sejarah Mat Indera. Bagaimana pula dengan sejarah tokoh-tokoh yang lain? Adakah mereka juga mengalami nasib yang serupa?

Jadi, anda nilailah sendiri!

UPDATE! (9 September 2011)

Artikel aku ini bukanlah berniat untuk menghasut. Hanya mengajak pembaca berhenti sejenak dan berfikir secara positif. Janganlah terlalu taksub kepada sesetengah pihak atau sebelah pehak sahaja. Fikirlah secara rasional dan professional. Ya, anda berhak menurunkan sebarang komen di blog ini memandangkan blog ini tidak memilih sesiapa untuk menurunkan komen. Anda boleh menyamar sebagai Anonymous. Tapi ingatlah bahawa komen yang anda turunkan itu sebenarnya lahir dari hati dan sanubari anda.

Baca artikel di bawah yang terus dipaut dari Blog Milo Suam.

Mereka luluskan permit edaran Akhbar Komunis di Malaysia!

Mereka berbangga mereka dipuji Parti Komunis Cina!

Menantu anak saudara kepada pemimpin Komunis!

Siapakah sebenarnya yang komunis dan BERALIRAN komunis sekarang?

Anda dari golongan yang bijaksana. Anda nilailah sendiri.

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
15 Comments


15 Orang Kentut Madu:

Unknown said... [Reply]

aku baca.. aku faham dan aku cuba imbangi...
http://kelabraven.bologspot.com

alyrds said... [Reply]

siapa yang perlu dipercayai? harap ada penjelasan yang SEBENAR selepas ini.

Aduka said... [Reply]

E-NYCE HAN:

kebenaran tetap kebenaran.. =)


alyrds:

tungguuuu..
=)

Unknown said... [Reply]

betul. pelik bila baru sekarang semuanya cuba nak dirungkai. kenapa baru nak pertikaikan siapa Mat Indera. memang sejarah itu fakta, tapi sejauh mana fakta itu adalah kebenarannya kan.

Anonymous said... [Reply]

Dlm hidup ni ada 3 jalan. Jalan kiri, jalan tengah & jalan kanan. Jln kiri anggaplah jln kasar, jln tengah neutral, jln kanan cara lembut. bagi akulah walau kau baik sekalipun dan kau tertangkap masa ambil jalan kiri, kirilah kau dapat. sama juga sebaliknya. macam mana?

Aduka said... [Reply]

Anonymous:

knp nk kata 'jalan kanan jalan lembut'? mcm berat sebelah je. habis, kau igt semua yg berhaluan kiri tu jahat ke? subhanallah.

ini kejadian SEBELUM merdeka. bermakna semua yg berhaluan kiri menentang penjajah. siapa penjajah waktu tu? British ke komunis? utk pengetahuan kau dan semua la, Mat Indera TERPAKSA masuk komunis krn MAHU MENENTANG PENJAJAH dan waktu itu PKM adalah relevan. sebab apa relevan? krn mereka menentang penjajah walaupun Mat Indera tahu PKM adalah komunis. selepas merdeka, PKM diisytihar tidak lagi relevan. sila betulkan jika aku silap.

* skrg kerajaan kita sokong CPC. siapa CPC tu beb? habaq mai. *

Anonymous said... [Reply]

bru aku paham , selame ni aku x paham..truk betul la diorang ni..desperate sangat..

Aduka said... [Reply]

@Anonymous

tahniah krn dgn entry aku yg x seberapa ni telah membukakan minda anda.
=)

Naga Sarawak said... [Reply]

Saya setuju dengan anda. Pakar Sejarah bukan mengkaji melaui "mesin masa" yang boleh membawa mereka ke zaman silam tapi melalui ilmiah yang kebanyakkannya telah diputar belit untuk kepentingan pihak tertentu.

Aduka said... [Reply]

@Naga Sarawak

hahaha. pakar sejarah guna mcm poket doraemon tu.

=P

Anonymous said... [Reply]

Ideologi komunis yang tak bertuhan boleh disebut sebagai pejuang? memang hilang akal. tapi aku tak pelik. matlamat menghalalkan cara.(memang cara komunis pun)

Anonymous said... [Reply]

sudahlah.. pemimpin sudah terlajak cakap sekarang nak cari semua cara untuk elak dari malu.. semua dah jadi arwah.. sekarang pulak nak puja komunis..
ikut yahudi jadi yahudi la bang..
ikut komunis jadi peuang kemerdekaan?
skrip mana korang pakai?

Aduka said... [Reply]

@Anonymous

kahkahkahkah! cik anon yg atas skali, lain kali blaja sejarah. ko blaja ape prinsip PKMM sbelom n slepas merdeka. ko cari bahan antara UMNGOK n PKMM sape yg berjuang ats erti kemerdekaan. cari beb. baru hentam aku dgn fakta. jgn jd org bacul komen guna nickname anon. kahkahkah.

anon kt bwh plak. ape yg sudah? ini history bang. kalu xde fakta, jgn nk hentam aku. kau pn sama ngn anon kt atas. bacul. kaji dulu sejarah. jgn duk 'angguk2' ape yg tertulis dlm buku teks sejarah yg ko blaja kt skolah tuh aje. and fyi, aku bt artikel ni bkn utk beck up sape2. tp krn mat sabu tu, rmai para penkaji sejarah mmg BUTA SEJARAH. ade ke kata negara kita x penah dijajah? layak ke dia ada pangkat prof? bodoh tahap lembu.

Anonymous said... [Reply]

Mungkin Perjuangan Mat Indera Ni Pada Asalnya Murni Iaitu Untuk Menghapuskan Penjajah.. Tapi Beliau Telah bekerjasama dengan Pihak Komunis semata2 untuk mendapatkan sokongan dan bantuan.. berapa ramai orang melayu yang mati di tangan komunis? adakah semua melayu itu harus diibaratkan sebagai korban untuk mendapatkan kemerdekaan? Malaysia dah MERDEKA dan bertambah maju dari masa ke semasa.. perlukah ideologi PKMM diserap kembali ke otak generasi sekarang dan masa depan? Apa motif sesetengah pihak nak membangkitkan ideologi ni? Da gatal nak berperang? da gatal nak bunuh orang? Jangan disebabkan taksub dengan sesuatu parti politik kita nak menegakkan benang yang basah, setiap parti ada kebaikan dan keburukan, sebab tu setiap negara mesti ada pembangkang dan kerajaan, supaya pihak yang memerintah dapat memperbaiki kelemahan melalui fakta-fakta yang di sebut oleh pihak pembangkang. Sayangi Negara Kita!!! Pelihara Kemerdekaan Kita!!! Kenangi Jasa Mereka!!!

Aduka said... [Reply]

@Anonymous

kahkahkahkahkah. sekarang ni cuba kau tgk dan baca balik ape yg kau tulis ni. apa yg aku leh simpulkan yg kau ckp ni menunjukkan mmg btol la mat indera tu pejuang kan? kahkahkahkah.

baca artikel aku elok2 saudara. artikel2 yg blogger2 isu dan uar2kan bkn nak sgt menaikkan kemunis. ttp nak menaikkan siapa sebenar pejuang dan siapa sebenar komunis. tak nampak lagi ke? ini cerita sebelum merdeka saudara. ya, mmg aku akui sejarah mencatatan PKM x relevan setelah merdeka. masalahnya yg diisukan di sini, artikel para blogger adalah ttg isu mat indera. bkn isu komunis. baca elok2. itu cerita sebelum merdeka. sekarang siapa komunis? tiada siapa pun nak agung2kan komunis. dan tiada siapa2 pun sanggup nak berperang. apatah lg sesama sebangsa! ttp masalahnya sekarang, sesama sebangsa ni lah ada di antaranya mempergunakan rakyat demi kepentingan diri sendri dan kroni!!! sila buka mata dlm hal ni.

wahai penyokong tegar UMNGOK/Be-eNd. jgn kerana isu komunis, kalian nak tutup aktiviti 'komunis' korg kpd rakyat. sila baca artikel pd pautan (link) pada akhir2 artikel aku. bukti dah jelas. kalau nk kata sgt pembangkang ni sokong komunis, kenapa pemimpin no 1 korg sanggup bermenantu dgn kepala komunis? boleh jawab?

btw, korg dah nampak x? krn isu 'mat indera', byk ttg fakta sejarah yg peru digubal balik. korg fikir logik tak prof serba tau korg tu mengeluarkan fakta bhw negara kita tak pernah dijajah?? kahkahkahkahkah.. prof korg mmg lucu..

wahai penyokong tegar UMNGOK/Be-eNd. sudah2lah korg nk 'berkokok' kat sini. lgpun, aku dah jemu nak layan 'ideologi-mentaliti-kronik' korg ni.. lgpn aku stuju isu2 cmni timbul tau. sebab apa? satu2 pemimpin dan prof2 korg tunjuk kebodohan masing2. siyes beb! nak2 media massa dan media cetak 3 suku korg tuh! hahahahahahahaha.

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger