Ads: (Please Click!)

Saturday, April 25, 2009

Melayan Kegersangan


25 April 2009.. 4.56 pagi..

Sudah terlalu lama aku menahan nafsu bergelodak ini. Entah kenapa malam ini, jiwa aku bagaikan memberontak. Membuak-buak. Badan menjadi panas, dan tidak menentu. Walaupun badan penat selepas saja bermain sukan badminton dan mata terasa kantuknya, namun segalanya pudar dan musnah bila dikuasai nafsu yang gulana ini. Ah, aku sudah tidak tertahan lagi!


gambar hiasan?


READ MORE/LESS >>

Aku perlu mengambil keputusan yang drastik tapi taktikal dalam hal ini. Aku tidak mahu sesiapapun tahu aktiviti aku sewaktu melayani nafsu yang bergelodak ini. Aku bukan malu. Aku bukan takut. Tapi aku tidak mahu diganggu. Biarlah aku, diri aku saja melunaskan segala keinginan di dalam jiwa dan raga. Aku mahu sendirian. Ini soal personal. Bukan soal untuk semua. Jari jemari dan tangan sudah menggeletar.

Aku hidupkan komputer aku. Waktu itu, semua ahli rumah sudah pun beradu. Ruang kamar sudah bergelap, namun aku masih mengadap komputer yang baru saja dibuka. Ah, sungguh bagus. Aku kini keseorangan. Hanya bunyi putaran kipas saja kedengaran. Sang cengkerik bergalak di luar rumah bagai merai aktiviti aku ini. Terima kasih, wahai sang cengkerik sekalian..

Aku membuka folder yang berkenaan dengan tenang. Tidak perlu gopoh. Tiada apa perlu dirisau atau ditakuti. Aku sendirian saja.

"Ya. Ini dia yang aku cari!", bisik hatiku.

"Malam ini, kaulah pemuas nafsuku. Aku amat merinduimu. Puaskan aku!"

Lantas aku menutup suis sub-woofer komputer aku. Aku tidak mahu sesiapapun mendengar 'bunyi-bunyi' yang bakal keluar. Tidak! aku tidak mahu mereka terganggu daripada ulit tidur mereka. Dan dalam masa yang sama, aku tidak mahu aku diganggu sewaktu nafsu aku dilempiaskan! Ah, biarlah bisukan saja komputer aku ini!

Setelah memastikan suis sub-woofer komputer ditutup dengan betul, aku tersenyum. Aku memandang nama fail yang terpampang di skrin komputer. 'TheGreen'. Aku sengaja menamai fail itu dengan nama tersebut. Tujuannya satu. Aku tidak mahu sesiapapun mengusik atau membuka fail ini! Aku seorang saja, cukup! Biarlah apa orang hendak kata. Aku kedekut? Aku membosankan? Biarlah..

Tanpa berlengah, aku klik dua kali TheGreen.

Oh, TheGreen. Aku sangat ingin denganmu! Yang manakah perlu aku 'jolok' terlebih dahulu? Nafsu aku ini sangat-sangat inginkan yang memuncak! Tamak? Tidak, wahai TheGreen. Yang memuncak itulah yang memberi 'kemenangan' kepadaku! Memberi kepuasan untukku! Yang pink.. Coklat.. Hitam.. Semua itu kesukaanku! Keghairahanku!

Oh, TheGreen. Kasihan kepada mereka. Aktiviti ini bukan lagi privasi atau personal. Aku terlanjur bercerita di sini. Pekung sudah terbuka! Mereka juga ingin tahu, siapa dikau sebenarnya TheGreen.

TheGreen?

TheGreen

Maaflah, TheGreen. Aktiviti ini bukan lagi rahsia. Walaupun begitu, nafsu aku akan dilunaskan setelah aku berjaya 'tewaskan' dirimu malam ini! Ya, aku sudah gian! Aku sudah gersang!

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
40 Comments


40 Orang Kentut Madu:

OREOO said... [Reply]

hahahahhaa..
ampeh giler ahh..
cesss..engat saspen beno..
kdekot gilerr,nk rhsia2 sal the green..xnk bg org bukak folder die..
haish..
btw..kacang je maen the green 2..
petik jari konpem menang ;D

Cikgu Ije said... [Reply]

kontroversi semata!~ haha. da agak da~ layan la thegreen sepuas2nya~

intanurulfateha said... [Reply]

.fuh abg aduka neh
.pnt tau bce dr atas
.suspen sungguh :P

Ady Syam said... [Reply]

lerr... thegreen rupanya.. eh thegreen tu apa ek?

PriNcEsS said... [Reply]

r u normal??

Syazni Rahim said... [Reply]

hehe..lawak lak..

IxoR@ said... [Reply]

ini dah kes paranormal ! kihkihkih...

TheGreen ? Siapa tu.... :o

Anonymous said... [Reply]

ape mknenye smue ne??
aku ttipu!!!
ish..pe la en.aduka ne..
wt saspen je..

niesah la! niesah!! said... [Reply]

da agak da..xkn ade sebarang unsur2 seksual walopun ayat mmg x bley blah..
aduka kn baik..hahaha
;p
nisah suke la aduka punyer ayat..x terasa nk buat novel ke?
hoho~~

Scha Abdllh said... [Reply]

walawe citer bukan men lagi ek.kasi suspen bebenor..hahahha

cewet atas tu gwe kenal banget.hihi

>_<

amin said... [Reply]

wakaka...

Siti Fatimah Nabihah said... [Reply]

wat the?? hahaha.. watever la!
erm.. thepink ada x?? haha

Unknown said... [Reply]

thegreen rpenyer. ku igt thegirl. hahah.

Aduka said... [Reply]

oreoo: haha.. kedekot? hehe.. "aku tidak mahu sesiapapun mengusik atau membuka fail ini! aku seorang saja! biarlah apa orang hendak kata.. aku kedekut? aku membosankan? biarlah.." tambah sikit.. "kedekut? biarlah.." =P

ije: hahaha.. dah puas.. menang 2 kalah 4.. aiseh..

teacher intan: haha.. terkena.. =P

ady syam: game snooker da.. =P

princess: absolutely.. =P

cik syazni: yeke?

ixora: tak baca betul2 ek.. hehe..

manjer: haha.. padan muker.. =P

niesah: sy baik? ye kot.. hehe.. novel? pjg sgt..tkut org xmo baca.. klu stakat cerpen tu ok kot.. tp mls lg nak tulis buat masa ni.. sy teramatlah busy.. thanks for your suggestion anyway.. =)

sha: haha.. saje wat gempak.. boring dowh.. awek tu cun ke? ntah mana aku rembat dlm tenet.. =P

fatimah: ade kot.. jap nak cari.. =P

addeena: hahaha.. thegirl nnti la sy cari sorg.. buat model utk blog sy ni =P

Qib said... [Reply]

Porn gilos enrty ni!!

Aduka said... [Reply]

pinqib: mne ade porn.. awk slh paham tu.. hahaha.. =P

FaaFauzi said... [Reply]

hahaha..gelak goleng2 bace post ni..hahahah :D

Aduka said... [Reply]

xo;E : haha.. ilex2.. control jiwa control jiwa.. ahaha.. =))

Kapten Luffy said... [Reply]

cis kek!

tp camana ek nak buat mcm blog ko

boleh selindung2... lepas klik baru blh bukak

Aduka said... [Reply]

ada kat tepi blog ni.. tutorial spoiler.. study2.. =P

GadisKasutConverse said... [Reply]

kanda kanda!!=P

Aduka said... [Reply]

hahaha..! kanda tidak sejahat yg dinda sangkakan.. kanda bdk yg baek.. xkan ada unsur2 18sx dlm blog kanda.. jgn rsau.. =P

LuVidA^^ said... [Reply]

=))
sng je maen tu kn..
adik2 saye pon maen.
tapi saye salu failed.
by da way, gabra je bace entry ni tadi.
syes x dpt bajet dr awal.
hoho~

Aduka said... [Reply]

mmg senang pun.. slalu je menang.. hehe..
haha.. pdn muke.. kan dah kene.. sy xkan la buat en3 yg bukan2.. huhu.. =P

apisz said... [Reply]

aku nak awek yg dlm hiasan tu...hahahahha

Aduka said... [Reply]

haip!! xle3.. kene beli.. 5 hinggit sekilo! haha.. =P

ARYN said... [Reply]

hahaha.. men lagi ke the green ne

lizz said... [Reply]

aku ingtkan kau nak tgk muvi porno!!! wakakakaka! siut giler mende alah ni yg ko giler2 kan???hahahaha

Aduka said... [Reply]

aryn: hehe.. mlm ni plak.. =P

lizz: porno? O_o ko biar betik lizz.. aku bdk baek tauu.. hahaha.. =P

D' Perfume said... [Reply]

penceritaan yg menarik..

haha :D

Aduka said... [Reply]

ekino: tenkiu3... =P

p i j a h said... [Reply]

huargh.. haha. giler ayat. power... bikin otak aku kunen buat sekejap cuma. tahniah2 ;p

Aduka said... [Reply]

hakuna: muahaha.. rmai sungguh terkena.. =P

unknown said... [Reply]

aku baca entry ni sbb paling hit kt blog ko

haha, ramai yg tertipu dgn ko

^_^

Aduka said... [Reply]

kriell: ha'a.. sbnrnya x sgka bleh hit.. tulis en3 ni pn time ngntuk.. kpla merapu jerk.. then x sgka plak ada yg slh phm.. huahuahua.. =P

joegrimjow said... [Reply]

hampessss

hasni said... [Reply]

aduka duka
huhu
lusu

Aduka said... [Reply]

hasni: jgn salah paham aaa.. =))

cik tomyam said... [Reply]

hamboi. buat saspen noh

Mr X said... [Reply]

hahaha.. lawak2 hahahha..

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger