A blind date is a date where the people involved have not met each other previously. The match could have been arranged by mutual friends, relatives or by a dating system. Blind dates are becoming more commonplace following the rise of the Internet, when people who have met in chatrooms, Instant Messaging or forums finally agree to meet in person. Although this type of date may not be considered 'blind' by everyone, since the people have already communicated with each other..
Ini kisah terjadi pada tahun 2002. Masa itu, aku bergelar penganggur. Selepas menamatkan peperiksaan SPM, aku 'mendaftarkan' diri selaku penganggur yang berjaya, cemerlang, gemilang, dan terbilang. Sememangnya aku sudah mind-set; selepas SPM, aku mahu enjoy sepuas-puasnya. Langsung satu tahun aku enjoy menghabiskan masa dengan lepak, dan membuang masa. Rakan-rakan yang lain sibuk mencari universiti, politeknik. Aku pula hanya tahu lepak, lepak dan terus lepak. Menghabiskan duit mak bapak. Benar.. hidup aku dahulu cukup teruk. *sila terima, ya?*
Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..
Dipendekkan cerita, aku mengenali seorang gadis melalui chat. Namanya, Zura. Gadis tersebut tinggal satu daerah dengan aku. Setelah beberapa hari berkenalan melalui chat, aku mengajak untuk berjumpa dan berkenalan dengan lebih rapat. Pada mulanya aku takut-takut. Namun aku beranikan diri dan cuba 'ayat'. Dan akhirnya, sangkut. Tempat yang kami janjikan adalah di... Centre Point Kemaman!
Aku menunggu di hadapan satu lot kedai bundle. Menanti jelma si gadis berbaju merah, bertudung pink, dan berseluar jeans. Mujurlah perjanjian di dalam chat, aku hanya berkata aku memakai cermin mata untuk dikenali. Entah kenapa, mungkin gadis itu cuai *atau bodoh* untuk tidak bertanya dengan lebih terperinci bagaimana untuk cam aku.
Aku berdiri agak jauh sebenarnya dari tempat yang dijanjikan. Aku memerhati dari jauh. Setelah hampir satu jam menunggu, nun jauh di sudut tiang besar kelihatan kelibat seorang wanita berbaju berwarna merah, bertudung pink, dan berjeans. Aku pandang dengan teliti. Ya.. memang betul seperti yang dikatakan si gadis chat. Cuma aku sedikit keliru. Di dalam ruang chatting, dia mengatakan bahawa dia berusia 18 tahun. Namun, kelibat wanita yang aku lihat jauh kelihatan lebih berusia. Mungkin dalam lingkungan 20-an. Walau bagaimanapun, inilah taste aku! aku suka wanita lebih mature, dan lebih bergaya dari aku. *itu taste lama aku.. sila terima, ya?*
"Oh, mungkin ini dia 'si gadis idaman'!", bisik aku sendirian.
Lantas aku cuba merapati wanita tersebut. Aku menyusun langkah perlahan. Gaya seorang lelaki maskulin. Aku memperbetulkan rambut aku yang panjang di depan. Makin mendekati, hati aku makin galak. Jantung aku makin berdegup kencang. Bukan kerana takut tetapi kerana terlalu teruja.
Apabila merapati, "Amboi.. boleh tahan. Cantik!", bisik hatiku. Lantas aku segera menegurnya.
"Zura ke?", tanya aku.
Diam. Wanita tersebut pandang aku atas, bawah, atas, bawah. Kemudian dia berpaling muka ke arah lain.
"Er.. awak Zura kan?", tanya aku lagi.
Wanita tu diam juga.
"Amboi.. sombongnya!", bisik hati aku. Aku mula serba salah. Rasa malu dan segan mula menerpa dalam jiwa. Aku cuba lagi dengan memperkenalkan diri aku. Manalah tahu kalau-kalau si dia tidak cam aku.
"Saya Latip! Yang dalam chat tu! Tak ingat?", aju aku kepada wanita tersebut. Wanita itu tiba-tiba berpaling dan menunjukkan muka 'singa'nya. Dan..
"Abang!!! Tengok ni ada orang nak ngorat sayang!", teriak wanita itu.
Aku terkebil-kebil.. 'Abang'??? Aku didatangi seorang lelaki bertubuh tinggi dan kurus. Takkan nak tunggu, betul tak? Aku terus menyusun langkah seribu.. lari!!!
Sampai tingkat bawah, aku mengurut-urut dada. Nafas laju. Hampir semput. Penat aku berlari. Shopping complex masa itu sesak dengan orang ramai. Entah berapa orang aku langgar tadi. Dengan makcik-makcik semua mencarut terjerit-jerit. Mujur pak guard tak kejar aku. Takut juga disangka aku ini pencuri.
Balik rumah, aku terus SMS Zura. Jawapannya lebih kurang macam ini; "Maaf lah Zura agak lewat sampai sana..cari u tapi x jumpa..so Zura balik je lah"
Baru aku sedar, wanita yang aku tegur itu bukanlah Zura. Cuma pemakaiannya saja yang sama. Mungkin kebetulan.
Sejak dari itu, aku sudah serik untuk 'blind date'. Takut aku tersilap 'blind date' dengan bini/makwe orang! Itulah yang pertama dan terakhir aku terlibat dalam kancah 'blind date'! serik!
** apa jadi pada Zura? hehe.. rahsia..