malam semalam, aku keseorangan di rumah.. selesai saja solat isyak, aku lepak di bilik adik aku.. tujuan aku hanya satu; layan blogging, yang sudah menjadi hobi sambilan aku kini.. dalam beberapa ketika, pintu bilik diketuk.. aku lihat mak aku masuk ke dalam bilik dan memberitahu kepadaku, "mak, ayah dan adik-adik nak tidur di surau malam ni.. nak ikut?"
"tak lah kot, mak.. tak apalah, saya jaga rumah ngan adik..", jawab aku.. mak aku hanya mengangguk..
"adik kau ni, asalkan malam, merayap.. asal malam, merayap.. tak reti-reti duk kat rumah.. nanti adik kau balik, suruh dia duk kat rumah aje..", bebel mak aku..
"baiklah, mak..", jawab aku ringkas..
begitulah setiap malam jumaat.. keluarga aku akan bermalam di surau ayah aku yang telah diwakafkan pada akhir tahun lepas.. pada sebelah paginya, keluarga aku akan mengadakan satu majlis yang dipanggil 'solawat burdah' pada setiap hari pagi jumaat.. rumah aku agak menjauh sedikit daripada kejiranan.. belakang rumah adalah hutan kecil.. pada sebelah malam, agak menyeramkan juga jika berjalan kaki berseorangan.. walaupun begitu, bagi aku yang sudah 3 tahun menetap di rumah baru ini, sudah menjadi kebiasaan..
Klik sini untuk meneruskan bacaan..
entah kenapa malam itu, aku berasa lain.. hati tak berapa sedap.. keadaan cuaca bilik pula panas.. ah, aku buat tidak tahu sahaja.. "mungkin nak hujan malam ni..", bisik hati aku, sekadar menyedapkan hati..
lebih satu jam aku mengadap komputer adik aku.. jam menunjukkan pukul 11.45 malam.. adik aku belum lagi pulang.. aku masih lagi keseorangan di rumah.. sedang aku sibuk melayan internet, tiba-tiba aku tersentak bila angin kuat tiba-tiba menghembus masuk melalui tingkap bilik.. tiupan angin tersebut menghasilkan bunyi deruan yang agak menyeramkan.. tiupan angin yang kuat itu juga menerbangkan beberapa helai kertas-kertas yang ada di atas meja komputer.. aku menoleh ke luar tingkap.. hati aku berbisik, "angin dari mana pula ni? peliknya.." aku melihat ke langit.. tiada langsung tanda-tanda mahu hujan atau ribut.. bingkas aku bangun dan mengutip kembali kertas-kertas yang diterbangkan oleh angin tadi..
"nak ditutup tingkap, nanti panas pula bilik ni.. ah, biarkan sajalah ia terbuka.. sekurang-kurangnya bagus juga angin malam masuk..", bisik hati aku..
aku kembali menyambung ber'blogging'.. ya.. memang pada waktu itu, aku berasa tidak sedap hati.. kalau angin tiup memasuki tingkap bilik berterusan berkali-kali tidak mengapa.. tidak dihairankan sangat.. inikan hembusan angin tersebut hanya sekali.. kuat pula..
aku menoleh sekali lagi ke luar tingkap.. memandang ke arah hutan kecil.. gelap.. tidak nampak apa-apa..
sebaik saja aku menoleh ke skrin komputer, tiba-tiba aku di sapa oleh satu suara..! aku betul-betul tersentak dan terkejut..!
"abang.. buka pintu.. adik lupa la bawa kunci rumah.."
celaka! adik aku rupa-rupanya.. jantung aku berdegup kencang kerana terkejut..
"yang kau tak call aku kenapa??!! terkejut aku kau sapa aku kat tingkap ni, kau tau tak?!", marah aku kat adik aku.. adik aku hanya tersengih macam kerang busuk..
"haaaa.. abang takut ek.. hahaha.. tu la.. asyik sangat layan internet.. padan muka!", kata adik aku sambil gelak besar sebab tengok muka aku yang terkejut.. er.. pucat kot.. hehe..
walaupun begitu, aku masih berfikir.. angin apakah yang menghembus kuat masuk melalui tingkap bilik? tidak mungkin adik aku meniup dengan mulutnya, sebab angin yang menghembus itu benar-benar kuat hingga menerbangkan kertas-kertas yang ada di atas meja komputer! tidak logik pula jika mengatakan adik aku yang menghembus dengan mulutnya!
malam itu, adik aku tidak terus memasuki bilik.. sebaliknya, dia ke ruang tamu dan menonton televisyen.. tinggal aku keseorangan juga.. oleh kerana sudah lewat, dan hati masih tidak tenteram dek kejadian aneh tadi, aku terus tutup komputer dan balik ke bilik.. terus saja aku tidur..